Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 142
Ahli: 0
Jumlah: 142




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 38 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: salam.satu soalan untuk ditanyakan.terima kasih atas jawapan yang diberikan.


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» salam.satu soalan untuk ditanyakan.terima kasih atas jawapan yang diberikan.

Please Mendaftar To Post


Oleh salam.satu soalan untuk ditanyakan.terima kasih atas jawapan yang diberikan.

islam-me
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-10 13:21


saya ingin bertanya:
Apakah hukum solat fardhu kepada golongan OKU/ -fokus kepada golongan buta dan pekak?

Jika ada dalil yang menyatakan kewajipannya,boleh tak sertakan dalilnya sekali?
mohon bantuan sahabat-sahabat sekalian,jazakumullah khoiron jaza'.


-----------------
we make history or we become history


Bookmark and Share

    


  Member Information For islam-meProfil   Hantar PM kepada islam-me   Pergi ke islam-me's Website   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 08-09-10 13:39


Saya cuba jawab setakat mana yang mampu..kalau salah mana-mana pihak tolong betulkan...

Berbalik kepada syarat wajib solat:
1) Islam
2) Baligh
3) Berakal
4) Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

kalau cukup syarat ni maka wajib solat ikut kemampuannya...

DALIL WAJIB MENDIRIKAN SOLAT:


Berfirman Allah swt :

“Dan dirikanlah olehmu akan solat berikanlah olehmu akan zakat dan rukuklah kamu berserta orang-orang yang rukuk.” (AL BAQARAH : 43)

“Dan dirikan olehmu akan solat, kerana sesungguhnya solat itu menghalangi kamu dari fahsya (kejahatan) dan dari mungkar (pekerjaan yang buruk keji).” (AL ANKABUT : 45)

“Pelihara baik-baik olehmu akan segala solat dan solat wustha (solat yang paling baik) dan berdiri tegaklah kamu untuk Allah (hal keadaan kamu) kekal dalam khusyuk.” (AL BAQARAH : 238)

“Maka apabila kamu telah jauh dari kesulitan, atau telah tenang tenteram dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat itu fardhu yang telah diwaktu-waktukan atas segala orang yang beriman.” (AN NISA' : 102)

Ayat-ayat Allah swt yang suci ini memerintahkan kita para umat mendirikan solat; menyuruh kita mengerjakan solat bersama-sama, berkaum-kaum; menyatakan bahawa solat itu menghalangi kita dari fahsya dan mungkar; memerintahkan kita memelihara solat dengan secara yang paling sempurna, paling baik; menyuruh kita menegakkan solat di waktu-waktu yang telah ditentukan.

Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (hari BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)

Hadis ini menerangkan bahawasanya solat adalah rukun atau sendi Islam yang terpenting. Orang yang hendak mendirikan pembinaan Islam, wajib mendirikan tiang-tiang tonggak ini. Jika tiang-tiang tonggak yang penting ini tidak didirikan, pembinaan Islamnya tidak dapat berdiri dalam erti yang sebenarnya.

Harap dapat membantu....wallahua'lam....


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

Aqoo
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-09-10 13:46


Assalamualaikum

setahu Aqoo, buta dan pekak tidak diwajibkan solat.. tak kiralah sejak dilahirkan atau selepas kehidupan sempurna keadaan..logik orang sebegini tak tahu/sedar akan keadaan sekeliling

kalau buta ATAU pekak sahaja sejak dilahirkan, perlulah diajar bersolat sampai pandai.. maka hukum nya wajib bersolat setelah pandai bersolat...

jika buta ATAU pekak selepas kehidupan sempurna dan tahu bersolat.. orang sebegini tetap wajib bersolat...

dalam bab solat berjemaah ana kurang pasti terhadaqp golongan2 ni.. SORRY...


-----------------
Sentiasa Mencari Keredhaan Allah


Bookmark and Share

    


  Member Information For AqooProfil   Hantar PM kepada Aqoo   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 15-09-10 15:03


rasa macam ada logiknya jawapan aqoo...tapi tak apa..kita dengar jawapan lain pula yang lebh bernas dan berdalil..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 23-09-10 16:55


SYARAT-SYARAT WAJIB SEMBAHYANG

1. Islam. Tidak wajib sembahyang kepada orang-orang kafir. Bagi orang Islam yang meninggalkan sembahyang, wajib qadha’ dan begitu juga orang yang murtad wajib qadha’ sembahyang yang ditinggalkan di masa murtadnya.

1. Baligh. (sampai umur pada syarak) sama ada kerana cukup umur 15 tahun qamariah atau bermimpi atau dengan kedatangan haidh. Ada pun kanak-kanak yang belum baligh tetapi berumur 7 tahun yakni kanak yang sudah mumayyiz maka berkewajipan ke atas dua ibu bapa menyuruh anak-anak sembahyang dan apabila genap 10 tahun tetapi tidak mengerjakan sembahyang maka hendaklah dua ibu bapa memukulnya dengan pukulan ringan yang tidak membawa kepada kecederaan.

1. Berakal. Oleh itu tidak sah sembahyang bagi orang gila dan tidak wajib qadha’ ke atasnya. Begitu juga tidak sah sembahyang bagi orang yang pitam dan mabuk dan dan tidak tidak juga wajib qadha’ ke atasnya. Tetapi sekiranya mabuk itu disengajakan wajib qadha’ sembahyang yang ditinggalkan semasa mabuk itu.

1. Suci daripada haidh dan nifas.

1. Sejahtera penglihatan dan pendengaran, yakni orang yang buta dan tuli serentak semenjak kecil yakni belum baligh tidak wajib sembahyang , buta sahaja atau tuli sahaja wajib sembahyang.

1. Sampai seru, oleh itu tidak wajib sembahyang bagi mereka yang tidak sampai seruan Islam.


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 23-09-10 18:12


Pada 15-09-10 13:46 , Aqoo posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

setahu Aqoo, buta dan pekak tidak diwajibkan solat..


Kenapa pulak tak wajib solat?
walaupun dia OKU tapi kalau cukup semua syarat wajib solat,maka WAJIB...


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.249085 saat. Lajunya....