Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 11 jam 10 saat yang lalu


Suara Hatiku
Topik: ..::Ukhwah Terlanjur!!::..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» ..::Ukhwah Terlanjur!!::..

Please Mendaftar To Post


Oleh ..::Ukhwah Terlanjur!!::..

althafunnisa_89
Warga Rasmi
Menyertai: 25.02.2009
Ahli No: 37296
Posting: 12
Dari: pahang

australia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-10 07:47


Pernah tak rasa gundah gulana bila tak jumpa dia lebih seminggu? Atau lebih singkat dari itu?

Pernah tak rasa sayang sangat kat dia sampai rasa kahwin tak penting? Atau nak kahwin hanya dengan sesiapa yang ada kaitan dengan dia?

Pernah tak rasa ‘kemesraan’ bila duduk dua orang sahaja dengan dia? Suka tak duduk rapat-rapat dengan dia? Selalu tak baring-baring sebelah dia?

rasa terganggu tak kalau ada kawan-kawan lain duduk dan berborak panjang bersama-sama?

Cemburu tak kalau ada orang lain rapat dengan dia?

Pernah menangis bila rasa ada tanda-tanda dia suka berkawan dengan orang lain?


Maaf ye!

Saya nak mengulas tentang satu fenomena tidak baik yang biasa berlaku dalam masyarakat orang baik-baik. Ada permintaan untuk saya menulis tentang isu ini. Rasanya dah hampir sebulan. Hari ni saya curi masa sedikit untuk berkongsi dengan pembaca sekelian pandangan saya tentang isu ini.

Hmm .. apa istilah yang paling tepat untuk kita namakan fenomena ini ya?

Dua orang rakan … sama jantina … berkasih sayang … amat intim … jalan ke mana-mana bersama-sama … tak suka orang lain ganggu mereka … kadang-kadang timbul rasa cemburu … amat setia pada rakan akrabnya itu …

Sekali pandang nampak macam mereka ni masuk dalam salah satu dari tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah di bawah lindunganNya; dua lelaki berkasih sayang kerana Allah, bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya. So, oklah tu. Tapi pandang dari sudut yang lain, nampak ‘lebih-lebih’ pula.

Semasa saya masih belajar di Mesir, perkara yang sama berlaku kepada beberapa orang rakan. Kami namakan fenomena ini sebagai masalah ‘asyiq’ (mabuk cinta). Oleh kerana ada unsur-unsur ukhwah dalam hubungan sebegini saya bagi nama baru … ’ukhwah terlanjur’.

Mungkin sebahagian akan rasa pelik kalau saya katakan bahawa fenomena seumpama ini lebih bahaya dari cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Tetapi itulah hakikatnya. Ianya lebih halus kerana tabiat salahnya tersembunyi dan berselindung di sebalik lafaz-lafaz dan istilah-istilah suci.

Batas Hubungan Sesama Jantina

Bukan hanya hubungan antara lelaki dan perempuan sahaja ada batas-batasnya. Lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan juga ada batas-batas pergaulannya yang tersendiri. Maaf saya sebut; jenayah liwat berlaku kerana hubungan sesama jenis di luar batas.

Ulama’ silam pernah membincangkan tentang batas aurat lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Ada yang longgar dan ada yang ketat. Ada yang berpendapat antara lelaki dengan lelaki auratnya adalah antara pusat dan lutut. Sebahagian dari orang-orang bujang yang duduk serumah mungkin terbiasa dengan satu kebiasaan keluar masuk tandas dan jalan mundar mandir di dalam rumah dengan bertuala singkat. Nampak peha dan semua bulu ‘roma’ betis dan peha. Kedalaman pusat yang disebut oleh masyarakat Melayu sebagai ukuran kedekut seseorang pun boleh dilihat. Tak malu pula dia mendedahkan kedekutnya tu.

Bagi perempuan dengan perempuan sebahagian ulama’ lebih ketat lagi sehingga ada yang berpendapat seorang muslimah di hadapan seorang wanita non muslim, auratnya adalah seperti di hadapan seorang lelaki.

Ulama’ juga telah membincangkan tentang hukum lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain. Ada yang berpendapat haram jika tidak ada penghadang di tengah-tengah yang menghalang sentuhan kulit. Ada yang kata haram secara mutlak jika kedua-duanya tidak berpakaian walau pun ada penghadang atau jauh (kalau selimut besar).

Ulama’ juga membincangkan tentang hukum melihat aurat seorang kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak ada aurat? Bagi sebahagian ulama’ haram seorang lelaki melihat aurat seorang kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila dia sudah berusia melebihi tujuh tahun.

Ulama’ juga membincangkan hukum lelaki melihat lelaki dengan syahwat. Jangan terkejut. Boleh berlaku juga tu walau pun agak pelik. Kalau lelaki atau perempuan selama-lamanya tidak akan teransang syahwatnya dengan melihat kaum sejenis, tidak adalah di dalam dunia ni golongan gay dan lesbian.

Ulama’ juga membincangkan adat kebiasaan masyarakat Timur Tengah yang telah menjadi sebahagian dari adat kita; iaitu budaya berpelukan apabila bertemu. Orang Mesir akan berpelukan dan tepuk belakang badan rakannya. Sebahagian penduduk Mesir di sebelah selatan dan sebahagian masyarakat Sudan ada tambahan; iaitu lagakan antara hidung. Orang Yaman pula akan cium bahu. Ada orang Arab yang akan lagakan pipi. Ada ulama’ yang mengatakan ianya haram jika dilakukan dengan amrad, si lelaki yang jelita (akan saya terangkan di bawah).

Berkasih Sayang Sesama Jantina

Sebahagian dari kita mungkin memiliki kecenderungan yang terlalu tinggi untuk berkasih sayang. Tapi mungkin oleh kerana dia tidak duduk dalam masyarakat yang bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, kecenderungan itu mungkin dicurahkan kepada rakan-rakan sejenis. Lalu dia akan mencari-cari kawan rapat. Dia suka berjalan ke sana ke sini dengan kawan rapatnya. Dia suka kalau dapat duduk serumah apatah lagi kalau dapat duduk sebilik dengan kawan rapatnya itu.

Sampai di situ tidak ada masalah lagi.

Masalah bermula apabila dia memilih lelaki yang mempunyai sifat-sifat wanita. Lagi sekali minta maaf; bukan nak tujukan pada sesiapa … tetapi memang ada lelaki yang Allah jadikan kurang sikit sifat kelelakiannya. Dia tidak bermisai dan tidak juga berjanggut. Badannya tidak berotot. Kulitnya licin. Mukanya kacak? Oo bukan kacak …. tapi jelita. Suaranya tidak garau. Suka senyum-senyum dan kalau diusik dia malu-malu kucing.

Ulama’ silam sudah pun mula membincangkan tentang lelaki jenis ini di dalam buku-buku fiqh tradisional mereka sejak berbelas kurun yang lepas. Kalau saudara-saudara lihat dalam fiqh Islami, ada lelaki yang diistilahkan oleh fuqaha’ sebagai ‘amrad’.

Imam Ibnu Abidin di dalam Hasyiah Raddil Mukhtar berkata: “Amrad adalah pemuda yang tidak bermisai dan tidak tumbuh janggut.” Beliau juga membawa kata-kata seorang ulama’ lain di dalam kitab tersebut: “Seorang pemuda apabila mencecah usia baligh seperti lelaki lain; jika mukanya tidak ‘jelita’ hukumnya adalah hukum seorang lelaki. Tetapi jika mukanya ‘jelita’, hukumnya adalah hukum seorang perempuan.”

Ibnu Qudamah di dalam Syarah Kabir meriwayatkan satu hadis dari as-saya’bi katanya:

“Rombongan Abd al-Qis datang menemui Rasulullah s.a.w. Bersama-sama dengan mereka seorang pemuda amrad yang elok wajahnya. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya duduk di belakang Baginda s.a.w.”

Ibnu Qudamah menulis lagi:

Abu Bakar al-A’yun berkata: “Seorang lelaki dari Khurasan, sahabat kepada Abu Abdullah datang bersama dengan seorang pemuda yang merupakan anak saudaranya. Wajahnya cantik. Dia bertemu dengan Abu Abdullah dan berbual-bual dengannya. Apabila kami bangun (untuk beredar) Abu Abdullah menemui pemuda cantik tersebut dan bertanya: “Apakah hubungan pemuda ini dengan kamu?” Lelaki Khurasan tersebut menjawab: “Beliau adalah anak saudara saya.” Abu Abdullah berkata: “Apabila kamu bertemu dengan saya, jangan bawa pemuda ini bersama-sama kamu. Saya juga berpendapat bahawa kamu tidak sepatutnya berjalan-jalan dengannya di perjalanan.”

Inilah apa yang dinamakan oleh ulama’ sebagai amrad. Golongan ini sering dijadikan adik angkat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk menghadapi masalah di dalam bab kasih sayang. Kalau dalam dunia pendakwah di kalangan belia dan remaja pula, golongan ini dijadikan mad’u-mad’u rapat sebahagian pendakwah yang juga mungkin ada sedikit masalah di dalam kasih sayang.

Kalau saudara rapat dengan golongan ini, suka berkawan dengan dia dan sanggup berkorban segala-galanya untuk dia, itu ukhwah. Tetapi apabila saudara suka berdua-duaan dengan dia, mungkin jalan-jalan pegang tangan dia, baring-baring sebelah dia, bergayut kat leher dia, sandarkan kepala di bahu dia dan mungkin sampai ke peringkat cium leher dia … goli den .. meghomang ghaso ehh… itu tanda-tanda dah terlanjur.

Antara tanda-tanda awal ukhwah yang terlanjur ni adalah apabila kita mula rasa sayang yang berlebihan kepada rakan kita tu. Kemudian rasa rindu bila lama tak bertemu (kadang bukan lama sangat pun, dua tiga hari sahaja). Kemudian apabila bertemu kita rasa lebih seronok kalau kita berdua sahaja di dalam bilik dan tidak ada orang lain. Ingat ya, Imam Qalyubi dan Imam Umairah menegaskan haram khalwat dengan amrad! Kemudian kita rasa cemburu bila melihat rakan kita tu rapat dan mesra dengan orang lain.

Kita rasa rakan kita tu milik kita sepenuhnya. Bahaya dah ni.

Tapi ada yang lebih bahaya dari itu semua; iaitu apabila kita mula suka baring-baring rapat dengan dia. Kemudian mula kaki kita mendarat manja atas kaki dia. Mula-mula betis atas betis. Kemudian peha atas peha. Kemudian, dari hari ke hari …. makin lama makin jauh. Wal iyazubiLlah. Moga Allah jauhi.

Bolehkah dirawat?

Sudah tentu jawapannya boleh. Apa juga penyakit hati, semuanya boleh dirawat jika kita sanggup kembali kepada syariat Islam dan patuh kepada batas-batas agama. Cuma kenalah bermujahadah lebih kuat dari orang lain yang tidak ditimpa penyakit ini.

Kalau dilayan (memang seronok melayannya) ditakuti selepas berkahwin pun akan ada masalah. Ada kes yang saya jumpa, seorang lelaki berkahwin dan menyediakan bilik untuk ‘adik angkatnya’ di dalam rumah beliau. Poning kepalo oghang ghumah ehh. Nak buek camno, terimo yolah ‘bini mudo’ tu.

Sedikit Nasihat...

* Kepada sesiapa yang termasuk ke dalam golongan amrad, hati-hati sebab saudara ramai peminat. Jangan layan sesiapa yang mula memberikan perhatian istimewa kepada saudara seorang sahaja.
* Bila kita bersahabat, bersahabatlah seramai mungkin. Jangan bataskan hanya kepada beberapa orang sahaja. Tingkatkan skill komunikasi kita sehingga mampu untuk bergaul dengan manusia yang pelbagai ragam.
* Sentiasa berbual-bual dengan rakan rapat kita bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Elakkan dari mempunyai bilik sendiri dengan tahap privacy yang terlalu tinggi. Saya pernah bertemu kes seseorang yang menyediakan loceng khas di luar rumahnya untuk ‘adik angkat’nya. Kalau loceng rumah biasa yang berbunyi dia tak akan keluar dari biliknya (bilik memang sentiasa berkunci). Kalau loceng khas itu yang berbunyi (penggera diletak kat dalam bilik dia), dia akan buka. Dahsyat tak?
* Segerakan berkahwin kalau kita memang ada kecenderungan untuk bermasalah dalam bab kasih sayang dengan kaum sejenis. Curahkan kasih sayang kita pada pasangan yang halal dengan cara yang halal.
* Lelaki dan perempuan sama sahaja di dalam bab ini. Walau pun saya banyak menulis dan merujuk kepada kes lelaki tetapi alam hawa lebih rumit dan lebih teransang untuk terlanjur di dalam ukhwah. Setakat pengamatan, kes di dalam alam wanita lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum lelaki.

Moga Allah membersihkan kita dari dosa-dosa yang samar-samar. Wallahu al-Musta’an.


-----------------
Memburu Cinta Ilahi Yang Utama, Hakiki dan Abadi itu yang pasti


Bookmark and Share

    


  Member Information For althafunnisa_89Profil   Hantar PM kepada althafunnisa_89   Pergi ke althafunnisa_89's Website   Quote dan BalasQuote

illitasnim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21574
Posting: 38
Dari: Perak

qatar  


posticon Posting pada: 15-08-10 09:33


Pendedahan yang bagus...dapat ilmu baru tentang kisah 'amrad' pada zaman Rasulullah dan zaman ulama terdahulu...Tiada alasan untuk mengatakan bahawa tiada panduan untuk kes begini di zaman ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For illitasnimProfil   Hantar PM kepada illitasnim   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-10 14:09


thanks info yang berguna ini....

hubungan sesama jantina? laki-laki dan perempuan??

nauzubillah minzallik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-10 22:49


kawan saya ada yang macam ni...
sedih melihat keadaan mereka...
tapi tak tahu nak nasihat bagaimana...
tapi sekarang dia orang dah tak duduk bersama lagi...
tapi sekali-sekala yang si B ni akan datang ke rumah si A...


-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-10 13:24


terlalu banyak isu yang sebegini,sudah masuk ke kampung2 dan felda2. maksiat sudah menjadi perkara biasa sehinggakan perkara baik sudah menjadi perkara yang pelik


-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 16-08-10 19:38


salam...good info..seharusnya althafunnisa89 menyatakan dr mana sumber ini diambil....tapi tak apa lah..janji ilmu ni tersebar luas...

ya..amrad memang jarang didengar apakah maksudnya..bisanya gol ni antara umur pra dan pasca baligh...erm..dan org yang mneyukainya pula lebih senior sedikit daripada mereka...biasanya mereka menganggap mereka adik beradik angkat sedangkan sebenarnya hub mereka lebih dr hub adik abang diluar sedar mereka...sedangkan dengan adik beradik sendiri pun tak macam tu hubungannya...

apapun memang sukar nak hukumkan salah benarnya...melainkan punya bukti nyata yang ada salah silap dilakukannya...sebab atas nama ukhwah sukar untuk kita pertikaikan..tapi dalam masa sama jangan pula kita menuduh orang-orang yang beukhwah tu pula ada sesuatu wrong d balakngnye...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-08-10 03:14


ish2... memang terok benda ni. pernah juga diganggu org macam ni. pandai mereka... waspadalah... jangan jerumuskan diri ke jurang kehancuran.

terok3...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

Aqoo
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-08-10 17:04


pergh..dahsyat ah,
pendedahan berguna..
memang pernah nampak pun org perangai macam ni...
apa pun terima kasih pada ALTHAFUNNISA_89...


-----------------
Sentiasa Mencari Keredhaan Allah


Bookmark and Share

    


  Member Information For AqooProfil   Hantar PM kepada Aqoo   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091555 saat. Lajunya....