Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 216
Ahli: 0
Jumlah: 216




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Al Quran di dalam Henset..macam mana ye??


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Al Quran di dalam Henset..macam mana ye??

Please Mendaftar To Post


Oleh Al Quran di dalam Henset..macam mana ye??

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-08-10 17:59


assalamualaikum

saya nak bertanya di sini....apakah status kesucian henset kita kalau ada software alquran dalam henset?

saya ada install software alquran yang complete semua surah dalam henset...jadi macam mana status henset saya ye?adakah saya perlu berwuduk,sekiranya nak baca ayat quran di dalam henset?dan tentu lah saya tak boleh sewenang2 masuk tandas dengan henset lah ye??

harap ada pakar di sini dapat tunjuk ajar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-08-10 21:27


waalaikumsalam bro.

jawapan yang super speed.

org yang hafal quran pun tak boleh masuk tandas Kalau itu macam.
sebab dalam otak dan hati dia penuh dengan ayat al-quran.
bro, u can apply the same situation to your henset.
henset,cd,kaset dan yang seangkatan adalah sama.

untuk wuduk. i'll pass to d rest.
kembali kepada konsep berwuduk.
tujuan dan etc.
memegang mushaf dan etc.

maaf jika jawapan tak tepat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-08-10 08:09


Bismillah
assalamualaikum

Banar apa yang dijawab oleh myway

!!! QUOTE !!!

org yang hafal quran pun tak boleh masuk tandas Kalau itu macam.
sebab dalam otak dan hati dia penuh dengan ayat al-quran.
bro, u can apply the same situation to your henset.
henset,cd,kaset dan yang seangkatan adalah sama.


Mudah sebenarnya bila ada software Al-Quraan dalam handset untuk kegunaan harian.

Cuma perlu dijaga dari diletakkan ditempat2 yang tidak sepatutnya (tandas) juga dibawah (bahgian rendah) dan campur sekali dengan perkara yang kurang kebaikan (lagu2 yang tiada unsur keagunganNya, kalau nasyid ok lagi. Tapi kalau lagu yang jiwang2.. baiknya tidak perlu). Halnya, sama seperti.. seorang penghafaz Quraan., perlu menjaga memory ingatan dan perlakuan mereka sesuai dengan cara pemakanan, penglihatan, pendengaran dan akhlak mereka agar selari apa yang ada dalam diri dengan kehidupan. Kesucian dari segi itulah yang perlu ditekankan.

Berkenaan berwuduk, perlu jika Al-Quraan disentuh, sudah pasti kerana menghormati kesucian Al-Quraan.

Tetapi dalam situasi berlainan..tidak salah jika hendak baca saja.. bagaimana ayat-ayat suci yang diperdengarkan diradio mahupun komputer... begitu juga dengan tafsir yang dibuka tanpa berwudhuk. Boleh saja untuk membaca dan mendengarnya.. Lebih afdal, membaca dalam keadaan berwudhuk.

Wallahua'lam.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-10 23:47


terima kasih...hehehe....dengan penerangan yang bagus...

tapi saya masih lagi tak faham adakah patut berwuduk jika nak baca al quran dalam henset ni?? sure ke tak perlu berwuduk..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-08-10 17:46


super ringkas.
boleh baca tanpa wuduk.

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-08-10 19:35


ye ke??

kalau macam tu boleh lah baca di mana saja....dalam bas ke....dalam kereta sambil tunggu sesiapa ke...

atau pun masa baring2 nak tidur ke....

boleh kan??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-08-10 08:17


ye, boleh. Tiada masalah. Baca dengan hati pun boleh.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-08-10 08:31


jawapan yang super concrete.:)

1.

Assalamualaikum ustaz,sefaham saya, untuk membaca Al-Quran perlu berwudhu. tetapi seandainya membaca Al-Quran besertakan terjemahan tidak wajib berwudhu. yang menjadi persoalan saya ialah bagaiaman pula situasinya dengan Al-Quran digital (yang tiada terjemahan) yang digunakan didalam PDA, handphone, ipod touch dll. perlukah berwudhu? persoalan kedua ialah, apa pula hukumnya PDA/handphone berkenaan dibawa masuk ke tandas? sekian. perkongsian ustaz saya dahulukan dengan jazakallah khair kathira


2.


Assalamualaikum ustaz,adakah perlunya kita memelihara handphone yang mempunyai 30 juzuk al quran seperti mana kita memelihara naskhah al quran yang sebenar seperti mempunyai wudhu dan tidak meletakkan di bawah atau membawanya ke tandas dan sebagainya? terima ksih..

Jawapan:

:الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد

Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin telah membuat kajian mengenai persoalan di atas.
Merujuk kepada soalan di atas dan kajian yang dibuat oleh Dr Husam, secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Tidak syak lagi al-Quran yang kita dengar dari CD merupakan al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt. Namun ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran dari sudut tidak boleh disentuh kecuali dalam keadaan berwudhu' menurut pandangan kebanyakan ahli ilmu. Adalah harus menyentuh CD kerana al-quran yang terdapat di dalamnya tidak disimpan dalam bentuk huruf-huruf al-Quran tetapi ia disimpan dalam bentuk sistem binari. Iaitu satu sistem yang menggunakan kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit…. rujuk huraian pakar dalam bidang ini.

Walaupun CD tidak boleh disamakan dengan mashaf al-quran, tetapi aku berpandangan tidak harus merendah-rendahkannya dengan dibuang ke dalam tong sampah, khususnya apabila ditulis pada CD tersebut perkataan yang menyatakan ia adalah CD al-Quran.

Begitu juga dengan al-Quran yang terdapat dalam handphone, ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran yang memerlukan wudhu' untuk menyentuhnya seperti mazhab kebanyakan ahli ilmu.

Walaubagaimanapun aku berpandangan tidak harus membawa handphone ke dalam tandas dalam keadaan ayat-ayat al-Quran tertera di paparan skrin handphone tersebut kerana ia dikira menghina al-Quran. Namun tidak mengapa membawa masuk handphone tersebut ke dalam tandas dalam keadaan paparan skrin tidak mengandungi ayat-ayat al-Quran (setelah ditutup program al-Quran).

Ini ialah kerana tidak terdapat huruf-huruf al-Quran di dalam handphone tersebut kerana ia disimpan dalam bentuk sistem binari yang menggunakan kod-kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit….dan begitulah seterusnya seperti huraian pakar dalam bidang ini. Perkara ini adalah seumpama seorang yang hafaz al-Quran memasuki tandas dalam keadaan al-Quran berada dalam jiwanya.

Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa seperti yang dinyatakan oleh Dr Umar bin Muhamad as-Sabil rahimahullah: Apabila dirakam al-quran ke atas kaset dengan segala jenisnya seperti tali keset, video dan CD yang digunakan di dalam komputer atau seumpamanya, maka adalah harus bagi seorang yang berhadas kecil atau hadas besar menyentuhnya. Ini ialah kerana kaset dan yang seumpama dengannya tidak dinamakan mashaf (al-Quran) kerana al-Quran tidak boleh dibaca secara terus (direct) daripadanya. Adapun al-Quran yang didengari atau dibaca daripadanya adalah dengan bantuan alat-alat khusus yang lain. Oleh itu kaset-kaset ini tidak terpakai padanya seperti hukum menyentuh mashaf al-quran yang mesti berada dalam keadaan suci. Begitu juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Ahli-Ahli Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan
Fatwa Arab Saudi yang diketuai oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

Teks fatwanya ialah; "Tidak mengapa membawa atau menyentuh kaset yang dirakam di dalamnya al-Quran bagi orang yang sedang berjunub dan seumpamanya, sekian Wabillahi at-Taufiq".

Kesimpulannya, CD yang dimasukkan al-Quran di dalamnya tidak dikira sebagai mashaf al-Quran. Begitu juga dengan handphone yang dimasukkan al-Quran di dalamnya tidak dikira sebagai mashaf al-Quran. Wallahu A'lam. (tamat nukilan dengan adaptasi kajian Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin).

Sebagai kesimpulan, tidak mengapa bagi seseorang yang berada dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil atau hadas besar menyentuh atau membawa CD, PDA dan handphone yang dimasukkan ke dalamnya program al-Quran. Juga tidak mengapa membawa peralatan-peralatan tersebut ke dalam tandas dengan syarat ayat-ayat al-Quran tidak terpapar pada skrin. Juga tidak mengapa dan tidak dikira menghina al-Quran apabila seseorang itu meletakkan handphone atau PDA di dalam poket seluarnya setelah program al-Quran dimatikan dan tidak tertera ayat-ayat al-Quran pada skrin peralatan tersebut.

Sekian والله أعلم

Rujukan
1) Islamonline (kajian Prof Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin)

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

source http://www.facebook.com/pages/Majlis-Ulama-ISMA/114931098544979#!/notes/majlis-ulama-isma/hukum-al-quran-dalam-cd-pda-dan-handphone/130420113639200

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-08-10 08:41


Pada 09-08-10 19:35 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!

ye ke??

kalau macam tu boleh lah baca di mana saja....dalam bas ke....dalam kereta sambil tunggu sesiapa ke...

atau pun masa baring2 nak tidur ke....

boleh kan??
strongly encourage:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.158209 saat. Lajunya....