Oleh |
Apa punca Ummat Islam Lemah? |
Kosong
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.05.2010 Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor
|
Posting pada: 04-08-10 17:48
Assalamu 'Alaikum wr wb Kita semua sedia maklum penguasaan Ekonomi dunia oleh Yahudi lah'natullah. Dengan adanya kekuasaan ekonomi mereka melakukan sewenang2nya atas Ummat Islam. Mereka memburu dan membunuh Ummat Islam. Ratusan ribu Ummat Islam telah terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita. Ada sejumlah Ummat Islam berpendapat untuk mengalahkan mereka ini, Ummat Islam perlu mewujudkan jutawan2 dikalangan Ummat Islam. Ada orang Islam lain mengatakan kita perlu wujudkan syarikat2 perdagangan Islam yang besar untuk menyayingi monopoli Yahudi di arena anarabangsa. Satu pendapat lain mengatakan kita perlu kuatkan aqidah Ummat Islam dahulu kerana kepincangan sebenar Ummat Islam sekarang adalah aqidah dan kerosakan Tauhid. Oleh kerana kerosakan aqidah lah Ummat Islam menjadi lemah, hina dan menjadi buruan!!! Sejauh mana kebenaran pendapat2 ini. Apa implikasi pendapat yang berbeza2 ini ke atas ummat Islam? Apa pandangan anda? Sila hulurkan pendapat anda di sini....... http://kerjayahalal.blogspot.com/p/adab-jualbeli.htmlPendapat anda dihargai....terima kasih ----------------- 0
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 05-08-10 08:15
Apa yang boleh Wawa simpulkan ialah kerana umat Islam sekarang ni (yang lemah ).. cintakan dunia, dan tidak takut mati (al-wahn) Semoga kita tergolong dari kalangan orang-orang yang kuat agama dan bagus akhlak.. Amin. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 05-08-10 09:10
Pada 05-08-10 08:15 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! Apa yang boleh Wawa simpulkan ialah kerana umat Islam sekarang ni (yang lemah ).. cintakan dunia, dan tidak takut mati (al-wahn)
Semoga kita tergolong dari kalangan orang-orang yang kuat agama dan bagus akhlak.. Amin.
salam..... saya setuju...banyak golongan sekarang terlalu cintakan dunia..atau melebihi harta kebendaan berbanding yang lain....sedangkan mereka tidak sedar...jika kejar akhirat...dunia juga mereka dapat... bagi saya punca org islam yang lemah sekarang adalah berpunca dari harta dan kebendaan...
|
Kosong
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.05.2010 Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor
|
Posting pada: 05-08-10 11:44
Pada 05-08-10 08:15 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! Apa yang boleh Wawa simpulkan ialah kerana umat Islam sekarang ni (yang lemah ).. cintakan dunia, dan tidak takut mati (al-wahn)
Semoga kita tergolong dari kalangan orang-orang yang kuat agama dan bagus akhlak.. Amin.
Betul kata SNMA. Alhamdulillah ramai juga anak-anak muda zaman ini mempunyai kesedaran. Tetapi sedih juga ramai lagi yang masih terlena dalam buaian ma'siat......bohsia, bohjan, dadah, zina macam-macam lagi...! Salah siapa? Siapa perlu sedar? Pemimpin negara? MAsyarkat? Guru2/pendidik? Ibubapa? ----------------- 0
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 09-08-10 10:45
saya tengok, list manusia terkaya di dunia, dalam 10 orang tu.. rasa macam 8 orang daripadanya org Islam.. em, billionaire kebykknnya org Islam.. ----------------- nampak salah orang, muhasabah diri sendiri.. mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain.. ampunilah kami ya Allah..
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 09-08-10 11:28
Pada 09-08-10 10:45 , fatin3 posting:!!! QUOTE !!! saya tengok, list manusia terkaya di dunia, dalam 10 orang tu.. rasa macam 8 orang daripadanya org Islam.. em, billionaire kebykknnya org Islam..
salam.... lemah maksud di sini dari segi JATI DIRI...pegangan diri....dan HAKIKAT SEORANG MANUSIA..bukan lemah dari segi keewangan....
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 09-08-10 12:35
Faktor utama kelemahan umat Islam adalah kerana tidak mempunyai pemikiran Islam yang mendalam. Ia berpunca dari kelemahan penguasaan bahasa Arab dan seterusnya ijtihad. Akibatnya, umat Islam berpecah belah, taraf pemikiranya jatuh menjunam, tidak dinamik dan negaranya dihancurkan. Saya melihat, umat Islam baru melepasi titik kejatuhan yang paling parah dan sedang kembali menuju kebangkitan. Pemahaman fikrah Islam yang semakin mendalam dalam aspek siasah dikalangan umat merupakan bukti kebangkitan itu. Cuma, sebuah lagi bongkah ais yang perlu dipecahkan agar membuka minda politik yang global, bukan sekadar dalam konteks nasional sahaja. So giant, wake up.
|
Aqoo
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka
|
Posting pada: 09-08-10 21:41
assalamualaikum... pada pendapat aqoo lah kan antara faktor kelemahan umat sekarg: kurang BERJEMAAH dalam urusan agama... tidak mengamalkan AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR... tidak melaksanakan PERUNDANAGN ISLAM secara menyeluruh... tu saja agaknya..tapi rasa macam ada banyaklagi.... Sabda Nabi S.A.W. " Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak menghiraukan urusan muslimin".... ----------------- Sentiasa Mencari Keredhaan Allah
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 10-08-10 10:07
saya setuju dengan pendapat aqoo.. contoh paling mudah, solat berjemaah.. solat berjemaah makin dipandang enteng, syukur masih ada golongan yang mempertahankan solat jemaah, tapi lihat pula kekuatan saf.. sedangkan kekuatan umat islam, akan jadi ukuran apabila barisan solat jemaahnya teguh dan rapat.. bahu bertemu bahu, buku lali bertemu buku lali.. err, saya dengar ni dalam satu kuliah masa dalam kelas... Kalau salah tolong perbetulkan ye.. ----------------- nampak salah orang, muhasabah diri sendiri.. mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain.. ampunilah kami ya Allah..
|
znia80
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2010 Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang
|
Posting pada: 10-08-10 11:55
assalamualaikum, semua pendapat kalian bagus, kalau kita buat perumpaan pada sepohon kayu, pendapat anda semua adalah seperti dahan, ranting, daun dan sebagainya, tapi anda semua lupa akan tunjang pokok tersebut, kerana dengan akar tunjang, yang akan menguatkan pokok tadi, tunjang disini adalah keimanan kita terhadap Allah, kita perlu perbetulkan iman terhadap Allah, usaha membetulkan iman perlu dilakukan setiap saat, walhal untuk solat ada masanya, begitu juga dengan puasa, zakat dan haji, ada hadis nabi mengatakan "perbaharuilah iman kamu, sahabat bertanya bagaimana cara nak mamperbaruinya, maka nabi bersabda, perbanyakkan ucapan lailahaillalah, ulamak bagitahu banyak perkatakan lailahaillah adalah banyak mengagungkan Allah, ingat Allah, cakap kehebatan Allah, fikir kebesaran Allah, dengar kebesaran Allah, dan banyak takutkan Allah. contoh terdekat adalah usaha yang telah nabi jalankan terhadap para sahabat, selama 23 tahun nabi betulkan iman para sahabat, 13 tahun dmekah dan 10 tahun dmadinah, sehinggakan 2/3 dunia ini dikuasai oleh orang islam dizaman khalifah umar, iman malik ada bagitahu untuk ubah ummat islam, kita perlu ambil jalan yang nabi telah buat, baru ummat islam akan bersatu, (belajar dari sejarah) untuk menangkap anak ayam, amatlah susah sekali,kita berkejar kesana kemari, jika kita tangkap ibu kepada anak ayam nescaya anak-anak ayam akan datang mendampingi ibunya, begitu juga jika iman kita kuat, segala amalan2 lain mudah kita laksanakan, org yang imannya rosak akan melakukan zina, rasuah, bunuh, merompak dan sebagainya, bagi saya pokok pangkalnya adalah iman, islam kuat bukan dengan ekonomi yang mantap, tentera yang ramai, teknologi yang canggih, islam kuat jika iman dalam hati org islam terbina. baru pertolongan Allah akan datang, bukan ana salahkan ilmu ekonomi atau lain-lain perkara, tapi usaha yang perlu diutamakan adalah iman antum semua boleh tegur jika salah
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 10-08-10 17:36
Salam. Salah satu punca umat Islam lemah- tak jaga makanan. Halal haram syubhah semua sebat asalkan saiz perut dapat dikembangkan dan tidur boleh dipanjangkan sampai 12 jam... -----------------
|
YoYoY
Warga Rasmi Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33472
Posting: 16
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 18-09-10 18:11
Kini ramai umat Islam yang cintakan dunia, takut mati. Agama tidak diambil sebagai panduan hidup. Kurang ketaatan kepada Allah SWT, kurang cintakan sunnah Nabi SAW. Israel negara kecil di tengah2 negara yang majoritinya Islam pun tak boleh nak buat apa. Nak boikot produk musuh Islam pun tak mampu, -----------------
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 19-09-10 10:25
kalau disenaraikan pelbagai sebab dan musibab Islam hari ini lemah begitu banyak..Islam hari ini menang dari segi kuantiti tapi kalah dari segi kualiti.. Ada juga yang ambil agama setengah-setengah...solat 5 waktu, berpuasa siang hari...malam tetap dengan maksiat dan dosa...buat dosa buat pahala... bak kata org Utara..carca marbu habis umat Islam harinie sampai tidak ada apa yang boleh dibangga kan lagi!!
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 20-09-10 09:05
mungkin sebab kita telah jauh atau dijauhkan dari al-Quran dan Sunnah Nabi Sallahu 'alaihi wasallam.. musuh Islam memang mengetahui bahawa selagi umat Islam berpegang teguh kepada 2 sumber agung ini, selagi itulah mereka tidak dapat menguasai umat Islam seluruhnya.. jadi caranya mereka menjauhkan kita daripada al-Quran dan Sunnah.. banyak cara mereka untuk menjauhkan kita dari al-Quran dan Sunnah.. dari awal celik mata hingga tidur, kebanyakan kita disibukkan dengan dunia.. sehingga kita tiada masa pun untuk melihat al-Quran apatah lagi membacanya.. suasana dan keadaan sekeliling kita membuatkan kita menjauhkan diri dari al-Quran dan memandang sepi Sunnah Nabi Sallahu 'alaihi wasallam.. maafkan jika tersilap.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|