Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 19 hari yang lalu
nur_takwa88: 25 hari yang lalu
kismis: 25 hari yang lalu
qaulah_atrah: 36 hari yang lalu
muaz9768: 40 hari yang lalu
Rashdin: 46 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: harussani


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» harussani

Please Mendaftar To Post


Oleh harussani

faisaltehlipot
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27175
Posting: 95
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-07-10 12:00


HASAN AKUI TEMU HARUSSANI TETAPI BUKAN SULIT – harakah daily

Exco kerajaan negeri Selangor, Hasan Mohamed Ali mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut diadakan secara terbuka dan ditempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukannya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemimpin dan ahli PAS khasnya agar jangan berprasangka jahat terhadap beliau dan menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.


KENYATAAN HASAN DEDAH HARUSSANI BERBOHONG – harakah daily

Mahfuz Omar menuntut Mufti Perak, Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

KAH KAH KAH..

woit… APA SUDAH JADI NEGARA KITA INI… kah kah kah..

woit… BUDAYA MENIPU DAN PEMBOHONG….kah kah kah…

kah kah kah…. BANYANGKAN…. KALAU MUFTI BOLEH MENIPU…. kah kah kah..

woit… PATUTLAAA APNO MEROMPAK SIANG DAN MALAM….kah kah kah



Dicatat oleh Tukar Tiub pada 2:03:00 AM 15 ulasan


hanya inginkan kebenaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For faisaltehlipotProfil   Hantar PM kepada faisaltehlipot   Pergi ke faisaltehlipot's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 25-07-10 15:40


Mungkin Hasan Ali benar, mungkin Harussani benar, mungkin media arus perdana salah melaporkan, mungkin ada pihak ketiga yang melaga lagakan dan segala kemungkinan. Salah satu telah melakukan kesilapan dan cukuplah kesilapan itu dan jangan kita terjebak mengulangi kesilapan yang serupa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 27-07-10 06:42


betul..media banyak putar belit fakta & edit supaya keluar yang mereka nak saja. so kadang-kadang bila kita lihat bukan versi penuh sehingga ia membawa maksud yang berbeza dari apa yang disampaikan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 07:07


Kasihan Harussani dicela sedemikian semata mata kita percaya penuh pada media arus perdana. Ironinya media yang sama kita pernah gelar macam-macam kerana tidak percayanya kita pada mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 27-07-10 07:16


sedih bila agama digunakan demi kepentingan politik...yang menjadi mangsa adalah kesucian agama Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 08:14


ana tak salahkan harunsani dan PAS...ana salah media yang salah menyiarkan berita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 09:11


Setuju.Kita jangan mudah cepat melatah, bersangka buruk dan mudah menghukum org lain. Kita mungkin juga tersilap dan tidak sempat minta maaf.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 13:55


ya memang media yang salah...tapi bagi saya yang paling bersalah adalah UMNO....kerana mereka yang kontrol media semasa....so...nak kata media 100% bersalah tak betul jugak...sebab media di kontrol oleh UMNO yang zalim.

harap maklum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 14:08


Pada 27-07-10 13:55 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!

ya memang media yang salah...tapi bagi saya yang paling bersalah adalah UMNO....kerana mereka yang kontrol media semasa....so...nak kata media 100% bersalah tak betul jugak...sebab media di kontrol oleh UMNO yang zalim.

harap maklum..



yang ni saya setuju sangat-sangat...padanlah media kita kalah dengan media indonesia yang lebih telus......saya berani cakap yang negara kita ni lebih teruk dari NEGARA KOMUNIS dan NEGARA HARAM ZIONIS


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 12:25


satu pernah merangkak dalam gelap satu lagi dah nampak suka jadi alat.



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

cipoi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.05.2006
Ahli No: 24504
Posting: 242
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 15:18


sudah2 lah tu...cukuplah dengan perpecahan yang ada sekarang....
umat Islam perlu bersatu....


-----------------
::: Bersama Membangunkan Ummah :::


Bookmark and Share

    


  Member Information For cipoiProfil   Hantar PM kepada cipoi   Pergi ke cipoi's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 16:26


Pada 28-07-10 12:25 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

satu pernah merangkak dalam gelap satu lagi dah nampak suka jadi alat.


tak faham ini, siapa yang merangkak dan siapa yang alat? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 16:51


lebih baik kita berhati-hati dalam bercakap tentang para ulama' ni.. lebih baik jangan cakap apa-apa.. jangan ulas apa-apa.. takut2 nanti kita terfitnah kekasih Allah pula.. kita ni masih hidup lagi kat dunia.. kat akhirat nanti barulah kita tau siapa betul siapa salah.. topik macam ini takpayahlah kita ulas2 lagi.. tak ada moderator ke nak lock..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 17:01


setuju. saya nampak ramai yang cuba menjadi hakim dan suul dzon. Bukankah org berilmu Allah SWT angkat martabatnya lebih tinggi dari org biasa? Bagaimana andai kita tersilap fakta bukankah ianya satu fitnah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 21:19


Allah SWT berfirman, ertinya :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (al-Hujurat;6).


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 10:54


siapa kita nak menuduh seorang ulama'.. jangan lah sebab isu ni umat islam nak berpecah... kita pula jangan mudah melatah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 08:43


Kalau ada bukti ulama tu cakap plinplan dan berjalan dengan kepala kebawah dan tidak menjaga amanah yang dipikulnya. bila ditegur macam cacing kepanasan...habis nak buat macamana..nak kata tak boleh tegur juga ke..aku juga ada hak nak kata aku betul,,kerana aku yakin aku betul. dan aku ada saksi aku betul.mungkin dia rasa cara dia betul tapi akau yakin cara dia tak betul. nak buat macamana ..



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

SmartMuslim88
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2008
Ahli No: 34620
Posting: 5
Dari: Shah Alam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 08:52


Masalahnya Harussani ni tak jawab apa-apa.So sah lah dakwaan org.Kita mesti tau siapa yang boleh kita percaya atau tidak untuk tegakkan islam di malaysia. Al maklumlah, berpolitik ni bukan sembarangan boleh percayakan bulat2. Risiko besar. kalau betul dia tak bohong, maka dia wajib mempertahankan maruah dia.tapi dah berapa lama sampai sekarang tak ada jawapan.


-----------------
syafiq


Bookmark and Share

    


  Member Information For SmartMuslim88Profil   Hantar PM kepada SmartMuslim88   Pergi ke SmartMuslim88's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 10:06


Masalahnya apabila media yang menjadi sumber kita dan kita mudah percaya tetapi peliknya apabila media yang sama menuduh puak yang lain contohnya Guan Eng kita mula menggelarkan media yang sama dengan nama Berita Hairan lah, Utusan Meloya lah, TV Tiga suku lah dan semua gelaran yang menunjukkan berapa tidak boleh dipercayainya media2 tersebut. Mengapa kita mempunyai double standard dalam perkara ini. Alangkah baiknya jika mencari peluang bersemuka dengan ulama sebegini dari kita bersangka2 berdasarkan media.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 03-08-10 15:24


Harussani terus terang tak setuju khilafah, tapi setuju Islam hadhari.
Baik pula dengan UMNO, cukuplah tu.

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 21:44


Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Umayyah bin Abi ash Shalth atas Tsaqafi yang disebutkan Rasulullah SAW sebagai 'org yang beriman dalam syair syairnya namun hatinya kafir' (Hadith Riwayat AnNasa'i).
Inikah perbandingan kita sehingga kita meletakkan taraf Harussani sebegitu rendah? 'Agama itu adalah memberi nasihat. Untuk siapa ya Rasulullah? Untuk Allah, untuk Rasul dan untuk orang mukmin.' (Hadith Riwayat Muslim)

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

rostanmohd
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39839
Posting: 42
Dari: Ipoh

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-10 13:42


apa yang penting tumbangkan kerajaan yang zalim.dengan cara ini kita dan negara kita akan kembali bebas untuk bersuara dan bermedia dengan cara yang jujur dan telus...........


-----------------
Insan yang lemah..........


Bookmark and Share

    


  Member Information For rostanmohdProfil   Hantar PM kepada rostanmohd   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 05-08-10 11:28


persoalannya bukan sahaja menumbangkan kerajaan tapi perlu juga persediaan untuk memerintah.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-08-10 12:37


Pada 05-08-10 11:28 , songkok_aji02 posting:

!!! QUOTE !!!

persoalannya bukan sahaja menumbangkan kerajaan tapi perlu juga persediaan untuk memerintah.......


ye betul....
kalau jatuhkan BN ganti kerajaan kufur PR, buat apa,... lagi banyak keharaman yang perlu dihalalkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-08-10 12:42


Pada 03-08-10 21:44 , faqir_imara posting:

!!! QUOTE !!!

Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Umayyah bin Abi ash Shalth atas Tsaqafi yang disebutkan Rasulullah SAW sebagai 'org yang beriman dalam syair syairnya namun hatinya kafir' (Hadith Riwayat AnNasa'i).
Inikah perbandingan kita sehingga kita meletakkan taraf Harussani sebegitu rendah? 'Agama itu adalah memberi nasihat. Untuk siapa ya Rasulullah? Untuk Allah, untuk Rasul dan untuk orang mukmin.' (Hadith Riwayat Muslim)


Dalam tafsir Jalalain dinyatakan ayat itu menceritakan seorang pemuda bani israel yang menggunakan ilmu dan kepandaiannya untuk kemewahan, pangkat dan kehendak nafsunya.

Kaedah ushool menyatakan, beramal dengan keumuman lafaz dan bukan kekhususan sabab. Maka ayat ini boleh terkena kepada siapa saja, termasuk saya dan anda. Apatah lagi buat ulama' yang terus menerus mempertahankan pemerintahan kufur BN.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-10-10 23:02


Pada 09-08-10 12:37 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-08-10 11:28 , songkok_aji02 posting:

!!! QUOTE !!!

persoalannya bukan sahaja menumbangkan kerajaan tapi perlu juga persediaan untuk memerintah.......


ye betul....
kalau jatuhkan BN ganti kerajaan kufur PR, buat apa,... lagi banyak keharaman yang perlu dihalalkan.


perlu bijak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128262 saat. Lajunya....