Oleh |
Saya lebih baik dari awak ! |
syedzai
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.04.2010 Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor
|
Posting pada: 21-07-10 09:59
Setiap dari kita melakukan dosa atau kesilapan, itu adalah suatu fakta yang tidak dapat disangkal. Namun begitu, ada diantara kita melakukan lebih banyak dosa berbanding yang lain. Ada yang mencuri, ada yang tidak. Ada yang merokok, ada yang tidak. Ada yang melakukan suatu dosa yang berat, dan ada juga mereka yang tidak melakukannya. Disebabkan terdapatnya perbezaan tahap perbuatan dosa tersebut, maka terdapatnya ruang dan peluang untuk mereka yang tidak melakukan dosa merasakan dirinya lebih baik (daripada mereka yang melakukan dosa). Ya, artikel saya kali ini bukanlah ditujukan kepada pendosa, sebaliknya golongan yang merasakan dirinya lebih baik dari yang lain. Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam kitab Fathul Bari bahawa Hafs bin Humaid pernah bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak, katanya "Aku melihat seseorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?". Ibn al-Mubarak berkata, "Perasaan itu lebih berat daripada dosa orang itu". Diceritakan bahawa suatu ketika, Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama-sama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang. Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian, lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini". Nabi Isa a.s. tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu (si pelaku maksiat) dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku". Kita semua dituntut supaya membenci perbuatan dosa. Namun begitu, membeci pelaku dosa dan beranggapan bahawa kita lebih baik atau dia (si pelaku dosa) lebih hina sebenarnya suatu kesalahan yang cukup besar, kerana perkara ini termasuk di dalam salah satu cabang kesombongan. Belum tentu seseorang yang sering melakukan maksiat dan dosa besar akan ke neraka. Kalaupun dia melakukan banyak dosa sehingga memenuhi langit dan bumi sekalipun, ketahuilah bahawa dosanya mungkin diampunkan Allah kelak sekiranya dia bertaubat. Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani". (Surah al-Zumar 39:53) Jika Allah SWT sendiri telah mengatakan bahawa Dia Maha Pengampun, maka siapalah kita untuk memandang hina mereka yang melakukan dosa. Sebaiknya, kita mendoakan mereka yang melakukan dosa dengan kata-kata seperti, "Moga-moga Allah memberi pentunjuk dan hidayah kepada si dia". Itu jauh lebih baik daripada kita memalingkan muka dengan rasa benci, kerana itu menyamakan kita dengan syaitan. Ingat!!! Syaitan yang sekian lama melakukan ketaatan kepada Allah, dek kerana kesombongannya merasakan dia lebih baik berbanding Adam, dilaknat Allah SWT. Semua amalannya selama ini menjadi sia-sia. Adakah kita, dek kerana merasakan diri kita lebih baik berbanding seseorang, sanggup menurut jejak langkah syaitan dan mengulangi sejarah yang sama? Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis (maksudnya): "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka dia dia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" (Hadis riwayat al-Tirmizi). Oleh itu, berhentilah daripada memandang hina mereka yang melakukan dosa, kerana setiap orang tidak terlepas daripada melakukan dosa atau kesilapan. Sebagai umat akhir zaman, kita dituntut supaya menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebaiknya, kita bimbing si pelaku dosa dengan cara yang berhikmah supaya kembali ke jalan yang benar. Doakan mereka agar mendapat hidayah Allah dan meninggalkan perbuatan dosa. Mudah-mudahan usaha kita akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT. Sumber: http://syedzai.blogspot.com/----------------- Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 21-07-10 10:33
artikel yang baik..bagus dan menyedarkan ,,terime kasih... ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 22-07-10 16:27
thanks....tulisan yang baik.. saya tersentuh hati membaca majalah solusi bil 21, kisah Abu Bakar bila di beritahu bahawa Allah memuji kebaikan beliau, Abu bakar tidak gembira sebaliknya menangis. Rupanya bagi Abu bakar, beliau rasakan sebenarnya Allah bukan memuji Abu Bakar sebaliknya Allah memuji diri-Nya sendiri...lantaran kebaikan yang mampu dilakukan Abu bakar adalah dari kehendak dan kurnia Allah jua....maka dirinya berasa ' dia tidak ada apa-apa'.... subhanallah... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 22-07-10 20:29
salam... thanks for this article.. i shared this articles with my friends.. kak myhoney... saya pernah mendengar bahawa jika ditimbang amalan Abu Bakar dengan amalan semua manusia.. nescaya lebih berat amalan abu bakar... subhanallah...
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 23-07-10 00:12
alhamdulillah such a good note ...semoga membr manfaat..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 23-07-10 00:49
Pada 22-07-10 20:29 , irashahirah posting:!!! QUOTE !!! salam...
thanks for this article.. i shared this articles with my friends.. kak myhoney... saya pernah mendengar bahawa jika ditimbang amalan Abu Bakar dengan amalan semua manusia.. nescaya lebih berat amalan abu bakar... subhanallah... benar....baginda sendiri yang menyebutnya begitu. Bahkan baginda saw juga berkata jika baginda boleh memiliki kekasih maka Abu Bakar lah orangnya ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 23-07-10 15:58
Setiap insan ada kebaikan dan kelemahan. Mana yang kurang bantu perbaiki dan beri sokongan. Kebaikan yang ada berkongsi dan manfaatkan bersama. InsyaAllah. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 23-07-10 16:51
Pada 23-07-10 15:58 , SiNaRaBaDi posting:!!! QUOTE !!! Setiap insan ada kebaikan dan kelemahan. Mana yang kurang bantu perbaiki dan beri sokongan. Kebaikan yang ada berkongsi dan manfaatkan bersama. InsyaAllah.
Salam Setuju, Kita sebagai hamba perlu saling nasihat menasihati dan berusaha untuk memperbaiki diri yang masih kurang dengan pengetahuan ilmu agama.  -----------------
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 23-07-10 21:24
Kata Hasan AlBana 'Kita ada dua mata, satu untuk melihat kebaikan orang, satu lagi untuk melihat keburukan diri sendiri. Ada dua telinga, satu untuk mendengar kebaikan orang, satu lagi untuk mendengar keburukan diri sendiri.' Merasakan diri lebih baik itu ujub.
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 23-07-10 23:06
Tidak pula pada penglihatan kita itu baik, tentu baik dan sempurna... dan tidak pula semestinya yang kita lihat banyak kekurangan itu suatu yang tidak ada harapan untuk perbaiki dan menjadi yang terbaik.. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
skhaty
Warga Rasmi Menyertai: 24.07.2010 Ahli No: 40088
Posting: 4
Dari: kem terendak
|
Posting pada: 24-07-10 23:15
Alhamdulillah...thaks a lot.artikel ni boleh jadi muhasabah diri kita semua..aminn... ----------------- Hiasi dirimu dengan amal dan iman.
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 26-07-10 22:13
alhamdulillah,artikel yang baik dan dengan kiizinan dari allah mudah-mudahan mendapat kebaikan dan manfaat melalui artikel ini...syukran ya akhi...
|
minnie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah
|
Posting pada: 27-07-10 20:24
terima kasih atas artikel yang bguna ini..semoga kita semua dirahmati ALLAH..insyaALLAH ----------------- bersama meninggikan martabat ISLAM
|
ellina
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau
|
Posting pada: 28-07-10 10:11
terima kasih..banyak manfaatnya dr artikel ini..boleh menyedarkan kita semua. sebab kadang-kadang kita tak nampak dan tak rasa benda yang kita anggap remeh dan biasa, namun lebih dibenci oleh NYA.. nauzubillah hi min zalik.. ----------------- ''jika asal benih baik gugur di sahara menjadi samudera...gugur di lautan pasti menjadi pulau...''
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 28-07-10 11:06
satu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya.. "wahai guru, bagaimana ingin menghapuskan sifat riya'? aku sangat takut segala amalan rosak binasa" gurunya menjawab.. "ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hanya orang yang riya' tidak merasa dirinya riya' dan hanya orang yang berdosa tidak merasa dirinya berdosa, tingkatkan imanmu, dampingi para ulama' agar kamu sentiasa akan melihat akan dosa2mu" Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami wallahua'lam..
|
panglima_azam
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.09.2008 Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan
|
Posting pada: 31-07-10 14:31
salam a'laik...bagus artikel ini.. ana bersyukur dapat membaca artikel seperti ini.. sesungguhnya kebaikan itu datang dari Allah...
|