Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-03-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 35 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kita Orang Islam, bukan Wahhabi, bukan lainnya...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kita Orang Islam, bukan Wahhabi, bukan lainnya...

Please Mendaftar To Post


Oleh Kita Orang Islam, bukan Wahhabi, bukan lainnya...

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 24-06-10 01:32


Kita Orang Islam, bukan Wahhabi, bukan lainnya...

Perseteruan ratusan tahun antara tok guru, disambung anak murid demi anak murid,akhirnya berdentum kembali diabad ke 21 di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jika dahulu, pergeseran ini berlaku antara golongan yang disebut Kaum Tua dan Kaum Muda. Hari ini, pergeseran semakin parah. Takut sebenarnya membaca statement2 yang dikeluarkan baik golongan yang dituduh Wahhabi mahupun menuduhnya. Polemik sesat menyesatkan sampai mengkafir adalah, umpama mainan lidah bagi sesetengah bagi mereka. Kali ini kita dikejutkan dengan tuduhan Zamihan Mat Zin yang memperjuangkan fahaman Ahbash ke atas Dr Asri dan Haji Hadi yang dilabel Wahhabi.

Saya sebenarnya tidak sanggup nak mengupas perseteruan sesama Islam, baik antara Sunni-Syiah, atau di dalam Sunni sendiri baik yang mendakwa Ahlus Sunnah(AsSya'irah) mahupun yang mendakwa Salafi(yang dituduh Wahhabi). Masing-masing mendakwa merekalah firqah najihah(firqah yang selamat), selain dari mereka sesat. Dalam sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, mendorong saya mencoretkan sesuatu di sini. Bukan untuk menyingkap sejarah,bukan untuk menghurai apatah lagi menyatakan siapa betul atau siapa salah. Tetapi, agar anak-anak orang Islam ini saling menjalinkan mahabbah, cukuplah.

Tolonglah wahai saudara seIslamku, buanglah jauh-jauh fanatisme ini. Usah dilayan pihak yang tidak henti-henti menyalakan api permusuhan. Sesungguhnya ia hanya menjebakkan kita kepada debat yang sia-sia dan ketaksuban yang tiada kesudahan. Ia terlalu menyedihkan menyaksikan jika inilah yang selama ini kalian perjuangkan. Sedarlah, betapa ramai umat Islam yang begitu sedih - sangat sedih- dengan pergaduhan ini amat menyesakkan ini.

Sekadar inilah yang mampu saya coretkan dalam kesedihan yang amat.

wuzara,
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 06:18


Mengapa Kerajaan BN Berbohong?

http://drmaza.com/home/?p=1165
(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)



1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.


2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.


3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.


4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.


5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.


6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.


7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.


8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.


9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti sama Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.


10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.


11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.


Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

23 Jun 2010


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-06-10 22:31


Perseteruan sebenarnya antara Assya'irah dan Salafi, Zamihan dan Dr Asri hanya sekadar pelakonnya.
Dr Asri adalah dari golongan Salafi yang mengiktiraf pemerintah Sunnah(bukan Syiah), sebagai pemerintah Islam yang sah.
Sedangkan Zamihan banyak mengambil pandangan Abdullah Harari (Ahbash), yang seringkali mengkhianati umat Islam. Dimana-mana negara golongan Ahbash menjadi penyampai maklumat kepada pemerintah. Ramai ahli Ikhwanul Muslimin ditangkap di Mesir kerana Ahbash, begitu juga Hizbut Tahrir di Rusia. terbaru, Zamihan sendiri mengakui maklumat yang diberi adalah dalam Taklimat Sulit kepada PDRM, pengkhianat. http://www.malaysiakini.com/news/135539

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10374 saat. Lajunya....