Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: PERLAWANAN BOLA TAJAAN MINUMAN KERAS


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» PERLAWANAN BOLA TAJAAN MINUMAN KERAS

Please Mendaftar To Post


Oleh PERLAWANAN BOLA TAJAAN MINUMAN KERAS

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-06-10 06:51


Sumber: Mufti Brunei


Soalan :

Ada semacam perlawanan bola sepak yang ditaja oleh sebuah jenama minuman keras. Melalui perlawanan tersebut syarikat berkenaan akan mendapat beberapa keuntungan. Jika tidak, sekurang-kurangnya syarikat tersebut akan berpeluang mempromosi dan memperkenalkan jenama mereka terutama kepada negara-negara yang menyertainya. Bagaimana pandangan dan fatwa Pehin mengenai perkara tersebut jika negara kita menyertainya ?


Jawapan:

Adapun hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadis dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum (ma'belum min ad-din bi adh-dharurah).


Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :

"Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak." (hari Ibnu Majah dan Tirmizi)

Maka dengan ini adalah jelas bahawa jika perlawanan tersebut di atas adalah atas nama Tiger Beer, bahkan apa sahaja jenis minuman yang diharamkan oleh syara', haram hukumnya menyertai perlawanan tersebut kerana menyertai perlawanan tersebut, dengan secara tidak langsung ia menandakan bahawa kita redha, menyokong, memberi pertolongan kepada penyebaran (mempromosi) minuman tersebut, walaupun kita tidak berniat sedemikian.

Malah adalah wajib bagi orang Islam tidak ikut serta perlawanan tersebut berdasarkan kepada *mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Sa'id bin al-Khudri*, kerana tidak ikut serta adalah di antara tanda-tanda kebencian (mengingkari) dengan hati. Hukum ini samalah juga memakai baju yang memaparkan lambang jenama minuman keras, kerana ada unsur redha dan mengajak kepada peminuman minuman itu .



*mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Sa'id bin al-Khudri*

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman." (hari Muslim)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-10 14:14


kesimpulannyer di sini, jangan lah tengok atau menyokong bola tu..


-----------------
PRaiSe To YoU,
JuST FoR You,
ALLAH....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chiyo_kajujiProfil   Hantar PM kepada chiyo_kajuji   Pergi ke chiyo_kajuji's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-06-10 15:30


habes..FIFA tu macam lah tak terlepas daripada tajaan2 syarkat arak? astaghfirullaaahh...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09798 saat. Lajunya....