Oleh |
Jangan dedahkan dosa dan aib diri sendiri |
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-06-10 10:23
Petikan ringkas dari artikel asal ustaz Zaharuddin bertajuk 'jangan promosi dosa dalam facebook dan blog' Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata:" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma . Jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah senyap dan sembunyikan. Ia bukan hipokrit! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat . Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengaburi mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan . Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan . Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar akan dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu (dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya (Riwayat Al-Bukhari) Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya . ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
permata_keluarga88
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.06.2010 Ahli No: 39992
Posting: 31
|
Posting pada: 17-06-10 10:49
salam... kenapa kita nak bgitau kat org apa yang boleh memalukan kita... sepatutnya kita berdoa kepada ALLAH.. supaya ampunkan dosa2 kita itu...
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 17-06-10 11:12
Bismillah Salam Semoga dalam rahmat dan kasi sayang Allah sentiasa. Syukran ukhti sakinah, penjelasan yang baik. Persoalan; untuk apa dibuka keaiban dan dosa sendiri kepada umum? apakah ianya menjamin keselamatan dan memberi ruang supaya hati diperbaiki. Rasanya bukan hipokrit untuk menutup ini...sebaliknya muhasabah kembali akan dosa yang dilakukan. Perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah...semua manusia mampu menjadi yang terbaik... kerana manusia itu dipilih untuk menjadi khalifah dimuka bumi. Tiada yang sempurna tiada juga yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan. dengan kesilapan yang lalu mengajar hidup untuk lebih berhati serta menjadi pengajaran ke arah yang lebih baik. Sayidina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW:"Wahai Rasulullah, Adakah umatmu yang dapat masuk syurga tanpa hisab?" Jawab baginda: "Ada, iaitu orang yang mengenang-ngenang dosanya lalu dia menangis."Cukuplah Hanya Allah Mengetahui keaiban/dosa/kekurangan kamu...bukan yang lain dariNya. Dengan pengabdian seluruh jiwa dan kehidupan kamu kepadaNya, mudah-mudahan ia dapat menenteramkan hatimu. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 17-06-10 11:56
Pada 17-06-10 11:12 , SiNaRaBaDi posting:!!! QUOTE !!! Bismillah Salam
Semoga dalam rahmat dan kasi sayang Allah sentiasa. Syukran ukhti sakinah, penjelasana yang baik.
Persoalan; untuk apa dibuka keaiban dan dosa sendiri kepada umum? apakah ianya menjamin keselamatan dan memberi ruang supaya hati diperbaiki. Rasanya bukan hipokrit untuk menutup ini...sebaliknya muhasabah kembali akan dosa yang dilakukan. Perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah...semua manusia mampu menjadi yang terbaik... kerana manusia itu dipilih untuk menjadi khalifah dimuka bumi. Tiada yang sempurna tiada juga yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan. dengan kesilapan yang lalu mengajar hidup untuk lebih berhati serta menjadi pengajaran ke arah yang lebih baik.
Sayidina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah, Adakah umatmu yang dapat masuk syurga tanpa hisab?" Jawab baginda: "Ada, iaitu orang yang mengenang-ngenag dosanya lalu dia menangis."
Cukuplah Hanya Allah Mengetahui keaiban/dosa/kekurangan kamu...bukan yang lain dariNya. Dengan pengabdian seluruh jiwa dan kehidupan kamu kepadaNya, mudah-mudahan ia dapat menenteramkan hatimu.  Setuju. Sebaiknya sebagai hamba perlulah memohon keampunan kepada Allah s.w.t agar dosa-dosa lalu diampunkan dan jangan mengulangi dosa lalu. Ambil sebagai iktibar dan pengajaran pada masa akan datang. -----------------
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 17-06-10 11:59
Pelik juga zaman sekarang ni, Ramai pula yang gemar promote sesuatu benda kat laman FB, Tak kira apa benda dan sebagainya. Kalau benda tu baik eloklah tapi kalau sebaliknya... -----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 17-06-10 12:00
!!! QUOTE !!! Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar akan dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu (dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya (Riwayat Al-Bukhari)
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya . benar, pintu taubat itu terbuka luas kepada manusia sebelum tiba ajalnya. Maka keaiban janganlah dibuka kepada umum. Hatta saya pernah mendengar bagi pesalah zina, dia bolleh menyembunyikan perbuatannya sekiranya tiada yang mengetahuiS dan hendaklahdia bertaubat serta benar-benar memohon ampun kepada Allah.. Sebab itu antara hikmahnya pelaksanaan hukum hudud keatas muslim khususnya untuk kesalahan zina sangatlah teliti dan begitu cermat terutama dalam hal persaksian. Hukumannya sangat berat dan tidaklah mudah mensabitkan pesalah zina jika tidak cukup syaratnya. Maka bagi yang terlepas dari hukuman dunia kerana kekurangan syarat sedangkan dia mungkin benar bersalah diharap mengambil peluang untuk bertaubat dan menyucikan dosanya. memang dosa atau keaiban tidaklah pantas dibuka kepada umum apatah lagi untuk di bangga banggakan. Ada yang disentuh dalam tulisan ustaz zaharudin tentang f/book ini ialah tentang gambar-gambar yang dimuatkan. Ada dikalangan rakan lama yang tag gambar rakan muslimahnya yang dulunya dalam keadaan menutup aurat tapi sekarang sudah mendedahkannya. maka muslimah ni bangga pula mengatakan 'itu zaman sucinya dulu, atau zaman 'warak' atau zaman skema dan macam-macam 'penghinaan' untuk 'waktu lampaunya yang lebih baik....saya kira ini sungguh memalukan bagi seorang muslimah mempunyai perasaan yang sedemikian. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 18-06-10 20:00
sentiasa memperbaiki diri...bukan mendedahkan dosa sendiri...  ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 19-06-10 06:30
Sebenarnya artikel itu juga menyentuh: Filem, Drama Dan Dosa Dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya. DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya. Bilakah itu? Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya. Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya . Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontonan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu. Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook). Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 19-06-10 06:37
Pada 17-06-10 10:49 , permata_keluarga88 posting:!!! QUOTE !!! salam... Kenapa kita nak bgitau kat org apa yang boleh memalukan kita... sepatutnya kita berdoa kepada ALLAH.. supaya ampunkan dosa2 kita itu...
 kadang-kala berlaku dengan tidak sengaja atau tidak disedari. contohnya kerana dengan sengaja mahu buka dan ceritakan keaiban orang lain, aib sendiri pun terpaksalah turut dibuka. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
permata_keluarga88
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.06.2010 Ahli No: 39992
Posting: 31
|
Posting pada: 26-06-10 19:40
"kadang-kala berlaku dengan tidak sengaja atau tidak disedari. contohnya kerana dengan sengaja mahu buka dan ceritakan keaiban orang lain, aib sendiri pun terpaksalah turut dibuka." rmmm itu betul....sebab kita semua tak semestinya sempurna 100% termasuk saya..... tapi kita hendaklah berhati-hati dalam membicarakan sesuatu hal itu... betul tak.... jangan terlalu memandang rendah terhadap orang lain sehingga lupa kekurangan diri sendiri..... p/s maaf kalau ada salah silap....
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 27-06-10 18:19
betullah..ana setuju dengan pendapat antum semua.. laman sosial ni baik ke tak ye??? boleh minta pendapat antum???
|
usaidUSAID
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.06.2010 Ahli No: 39972
Posting: 26
|
Posting pada: 29-06-10 00:01
semua benda, selain yang diharamkan adalah natural.sama lah dengan laman sosial...kalau baik cara jadi lah macam ukhwah.com ni tak terkira ilmu pengetahuan dapat kita kongsi dengan orang lain kalau kita corakkan dia sebagai jadi laman tambah dosa jadi lah dia segai laman "so sial" hehe
|
usaidUSAID
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.06.2010 Ahli No: 39972
Posting: 26
|
Posting pada: 29-06-10 00:04
saya pelik dengan perempuan zaman sekarang. semua gambar nak letak dekat fb semua aktiviti nak report kat fb. sampai gambar masak cekodok cuci longkang tunggu lrt semua letak kat fb. harap kat ukhwah.com ni tak ada lah perempuan2 sebegitu sisters semua jangan marah ye..ini kenyataan, betul tak?
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 29-06-10 11:39
Bismillahirrahmanirrahim Betul atau tidak.. muslimin atau muslimah. Rasionalnya mungkin untuk mudah dikenali, tapi jika dah ramai yang melihat, tak mungkin ke boleh jadi fitnah dan bahan sebaran. Jadinya tak perlu diletakkan gambar pada pandangan umum. Sekadar pendapat. Bersama renungkan. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|