Oleh |
Perkembangan Kanak-kanak |
angkabut
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18897
Posting: 251
Dari: KampungKU
|
Posting pada: 15-06-10 18:09
satu topik yang memerlukan buah idea daripada sahabat ana semua, patutkan rumah kita tidak dilengkapi dengan televisyen?rumah siapa yang tak pernah ada televisyen?patutkah anak-anak kecil tidak didedahkan dengan media tersebut?...
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 15-06-10 21:18
assalamualaikum...tv ??? ada pro dan kontranya.. bila bahan media tersebut digunakan kearah kebaikan maka hasilnya jadi baik..tapi bila digunakan sebaliknya maka akan jadi sebagaimana yang digunakan bahan media tersebut.. tepuk dada tanya akal.. tapi kalau bagi ana, ada bagus juga banyak kanak-kanak belajar melalui pemerhatian,terutama tv..selebihnya peranan ibu bapa untuk mengawal aktiviti anak-anak dirumah..wallahualam..
|
angkabut
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18897
Posting: 251
Dari: KampungKU
|
Posting pada: 15-06-10 21:44
tetapi apa kesan kalau anak mmbsr tanpa tv ea?
|
znia80
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2010 Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang
|
Posting pada: 16-06-10 09:15
assalamualaikum, tuan2, puan2 & encik atau cik yang dirahmati Allah sekelian, untuk pengetahuan semua, sejak saya dilahirkan hingga umur saya 15tahun, dirumah saya tidak ada tv, sekarang saya cuba praktikkan apa yang ayah saya lakukan, dikediaman saya ada tv, hampir 3 tahun dah saya tak buka. pada akal saya yang cetek ni, tv salah satu alat yang dapat merosakkan akidah manusia, sebagai contoh iklan milo, hampir setiap hari iklan ini dimainkan, antara kata-kata dalam iklan tersebut "minum milo akan menjadi sihat dan kuat", anak-anak yang baru membesar akan terkesan dengan iklan ini, mereka mengatakan untuk menjadi sihat dan kuat perlu minum milo. begitu juga dengan iklan lain fair & lovely untuk mencerahkan kulit dan sebagainya, benda itu memang betul pada pandangan mata, tapi menyalahi akidah kita, akibat kita dididik dengan perkara tersebut dari kecil menyebabkan kita sukar untuk percaya atau yakin dengan kekuasaan Allah, sedangkan Allah dan nabi dah bagitahu untuk menghilangkan deman atau pening kepala hendaklah kamu solat sunat dengan memohon padaku, perbanyakkan baca alfatihah, bersedekah, istighfar, makan makanan yang berkaitan dengan sunnah nabi(kismis,habbatul sauda,atau madu) dan baru cari ubat yang berkaitan dengan herba. tapi saya bila deman dan pening kepala cari panadol atau dr, memang benda tu ikhtiar, dan ia juga menyebabkan akidah rosak. anak-anak ni ibarat kain putih, ibu bapanya lah yang mencorakkannya, samaada islam, yahudi, majusi ataupun nasrani. mungkin ada pendapat dari kawan-kawan yang lain, silakan dari hamba Allah yang fakir, sa'id(bertuah)@znia
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 16-06-10 09:45
Bismillah Salam Dengan izin dan rahmatNya...semoga sahabat semua di bawah rahmat & kasih sayang Allah SWT. pertamanya mengenai perkembangan kanak-kanak; Seawal usia 4 tahun..ada kanak-kanak yang sudah bijak untuk menilai dan membezakan sesuatu perkara. Samaada yang dilihat atau didengar oleh mereka. Pemerhatian ana dari perspektif ini kepada kanak-kanak yang sudah di tadika..pada usia 4 tahun, begitu kagum melihat.. bagaimana dalam lingkungan usia ini..sudah ada yang mahir membaca surah-surah lazim...beserta dengan maksudnya. Jadinya, semua bermula dari mana kalau tidak didikan dan tauladan dari rumah? Perhatikan bagaimana cara mereka dirumah..jika rancangan kartun; spiderman, batman, ultraman, power ranges.. semua ini salah satu perkara yang didedahkan kepada anak-anak tanpa kawalan, maka itu yang akan menjadi sebutan harian atau ingatan mereka. Contoh ayat biasa... si anak akan berkata begini bila ditanya.. bila dah besar nak jadi apa? dijawabnya ultraman... sehinggalah ke segenap aspek - beg sekolah, pensil box.. hatta buku dan kehendak harian mereka pun...majoritinya berasaskan jenama kartun yang dilihat. Waliya'uzubillah... selain daripada itu peranan utama kemudahan kini...kanak-kanak seusia 10 tahun sudah pandai menggunakan internet. (maaf terkeluar tajuk ye pembuka topik). Semuanya memerlukan pengawalan dari ibubapa atas persekitaran anak. Tidak salah untuk menggunakan..namun harus ada pemerhati agar anak kecil ini tidak terkeluar dari landasan kebenaran. seperti kata saudara diatas, tv adalah salah satu penyumbang yang boleh merosakkan akidah seseorang. Bukan itu sahaja...secara tidak sedar..mampu mengundang kepada kegoyahan iman. InsyaAllah...ana sendiri pun dirumah ada tv. Tidak rajin untuk membuka...melainkan family buka. Bila ada program usrah atau kuliyah..baru lari ke tv..kalau setakat cerita biasa... program realiti, proram live ..... tidak berminat.. bimbang boleh menjerumuskan diri leka dan alpa. Wallahua'lam
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-06-10 12:45
Apa nak jadi dengan bakal anak-anak kita di masa hadapan ye? siapa boleh predict? hehe...tak rasa scary ke?
|
angkabut
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18897
Posting: 251
Dari: KampungKU
|
Posting pada: 16-06-10 13:05
dr kecil hingga besar...disuap dengan plbagai hiburan..
|
pu3_umairah86
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.10.2009 Ahli No: 37764
Posting: 22
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-06-10 15:20
hari2 saya fikir hal ni..hehe.. sebab sekarang terlalu banyak hiburan..tambah-tambah seperti saya ini..membesarkan anak di Kl ni yang kita sedia maklum penuh dengan aktiviti dan tempat2 yang tak baik.. apa yang boleh saya buat hanyalah berdoa di samping try untuk mendidik anak dengan ilmu2 agama dengan cukup supaya bsar kelak mereka dapat membezakan yang mana baik dan bruk..Kita berusaha dan bertawakal.. yang pasal tv tu saya rasa boleh untuk bagi anak menonton..tapi kena kawal dan ada time2nyer.. sebab saya pernah terbaca,anak-anak Kalau terlalu banyak masa di depan tv otaknya macam beku..malas nak berfikir dan tak baik untuk kesihatan seperti msalah obesiti.. biar tanamkan lebih minat kepada membaca supaya lebih focus.. P/s ; hanya sekadar beri pendapat..kalau ada salah harap betulkan..
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 18-06-10 23:36
pada saya televisyen tak salah Kalau ada. akan tetapi SIARAN TELEVISYEN yang ditonton lah yang perlu dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa. -----------------
|