Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
Abdullah: 23 hari yang lalu
muslimin23: 26 hari yang lalu
MTMKi: 39 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 52 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Baca dan pelajarilah Al-Quran


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Baca dan pelajarilah Al-Quran

Please Mendaftar To Post


Oleh Baca dan pelajarilah Al-Quran

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 18:21


Katakanlah (Wahai Muhammad), "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk membuat dan mendatangkan yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi yang lain". (Al-Quran, al-Isra' 17:88)


Ayat diatas menjelaskan akan bukti bahawa Al-Quran merupakan suatu mukjizat agung yang tidak akan dapat dihasilkan oleh manusia mahupu jin. Umat islam dituntut agar mempercayai Al-Quran sebagai ayat-ayat Allah yang diturunkan melalui Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Di dalam suatu hadis ada disebutkan, daripada Uthman .a. bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):


    Sebaik-baik kamu adalah orang yang mahu mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat al-Bukhari)


Tidak kira sama ada anda mahir atau tidak di dalam membaca al-Quran, ganjaran yang banyak tetap menanti. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Rasululah pernah bersabda bahawa orang yang gemar membaca al-Quran dan mahir dalam membacanya kelak akan bersama golongan mereka yang mulia dan berbakti, manakala orang yang masih merangkak-rangkak di dalam membaca al-Quran maka dia akan mendapat dua pahala.

Amat rugilah mereka yang tidak mahu membaca al-Quran. Di dalam suatu hadis yang lain, ada diceritakan tentang kelebihan untuk membaca dan mempelajari kitab suci al-Quran. Daripada Abu Hurairah .a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, lalu membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan akan turun ketenangan kepada mereka; mereka akan diliputi rahmat; mereka akan dinaungi para malaikat dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya. (Hadis riwayat Muslim)


Hebatnya mempelajari Al-Quran sehinggakan kita dibolehkan untuk iri hati kepada seseorang yang diberi kemampuan untuk menghafal Al-Quran lalu dia membacanya siang malam. Hal ini disebut di dalam suatu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Iri hati disini bukanlah untuk membenci, sebaliknya untuk menjadi faktor pendorong bagi membolehkan kita menuruti jejak langkah mereka.

Kelebihan Al-Quran tidak hanya terhad kepada di dunia sahaja. Daripada Abu Umamah .a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Bacalah Al-Quran kerana pada hari Kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya. (Hadis riwayat Muslim)


Oleh itu ayuh ! Marilah kita membaca dan mempelajari Al-Quran. Tiada ruginya kita membaca dan mempelajari Al-Quran. Bagi mereka yang telah mahir, rajin-rajinlah mengajarkan mereka yang belum mahir.

Janganlah kita hanya menunggu akan bulan Ramadhan untuk mempelajari atau membaca Al-Quran. Mulakanlah daripada sekarang. Bacalah Al-Quran... bacalah sekurang-kurangnya satu ayat sehari...

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 22:05


Katakanlah (Wahai Muhammad), "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk membuat dan mendatangkan yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi yang lain". (Al-Quran, al-Isra' 17:88)

Teringat Dr.Zakir Naik menempelak Prof.William Cambell (perli yang membuat Wawa tergelak...) - In stead of orang-orang yang pandai2 saja ubah kitab al-Qur'an ..

please.. tengok video ni, memang sangat-sangat menarik.. Awesome..!

http://www.youtube.com/watch?v=r6AiBo0COUQ&feature=related


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094626 saat. Lajunya....