Oleh |
Pertanyaan Tentang Bacaan Al Quran (please reply) |
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 01-06-10 19:45
assalamualaikum semua.... saya ingin bertanya...maklum lah hamba ini tidak begitu arif dalam ilmu agama... jadi di sini hamba ingin bertanya pada tuan hamba sekalian.... adakah dengan membaca al quran yang ditafsir ke bahasa melayu PAHALAnya adalah sama seperti membaca al quran yang tersedia ada di dalam bahasa Arab?? maksudnya di sini bila hamba membaca terjemahannya sahaja...untuk mengetahui isi dan jalan cerita di dalam al quran itu..... dan jadikan amalan al quran seperti 'komik' atau 'majalah' harian hamba........
|
habrah
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39782
Posting: 59
|
Posting pada: 01-06-10 20:14
salam.. sudah tentulah dapat pahala nya same.. Kenapa tidak asalkan tak salah menafsirkan sudah
|
habrah
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39782
Posting: 59
|
Posting pada: 01-06-10 21:55
salam maaf pasal pahala same ke tak tu saya tak pasti... sorry... tapi yang saya pasti dapat pahala..
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 01-06-10 22:25
tak sama.. alquran yang diturunkan dalam bahsa arab punya keitimewaan tersendiri... setiap huruf2nye ada nilaian pahalanye...sebab ia adalah mukjizat agung.. so bila baca terjemahan ia jadi tak sama lah..hanya dr sudut pahala, ia kurang lah daripada pembacaan dalam bahasa alquran tu sendiri... ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 01-06-10 22:25
kepada habrah....... kawan saya dari kumpulan usrah bagi tahu...pahalanya tidak sama.... baca maksud terjemah sahaja pahalanya sama seperti baca buku2 agama....bukan pahala seperti mengaji (baca alquran) sebab al quran diturunkan dalam bahasa arab...bahasa syurga... terjemahan hanya terjemahan... hmmmmm.....masih mencari jawapan yang paling tepat dan beserta penjelasan yang baik... please....sesiapa yang arif....sila beri jawpan..
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 01-06-10 22:27
moderator... saya pun rasa macam tu..... thanks........ lebih afdal kut sekiranya kita baca kedua-duanya sekali?? kan?? ayat dan terjemahan.. dan bagaimana pula mendengar??? adakah pahala mendengar ayat2 al quran sama pahala seperti membaca ayat alquran??
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 01-06-10 22:41
AL-QURAN bukan sekadar untuk dibaca, malah untuk difahami serta diamalkan. Membaca al-Quran dengan melihat terjemahan dan tafsirannya itulah yang sebaiknya. Usaha anda untuk membaca al-Quran seperti itu adalah betul. Selain itu, sudah tentu mengaji al-Quran dengan memahami menerusi tafsiran dan terjemahan untuk mengamalkan isi kandungannya lebih besar ganjarannya di sisi Allah daripada sekadar mengaji al-Quran daripada mushaf tanpa memahaminya. Maksudnya disini, anda akan dapat pahala berganda namun tidak sama banyaknya iaitu pahala membaca al-Quran dan pahala kerana memahami dan menghayati isi kandungannya untuk diamalkan. Sebaik dan seafdalnya al-Quran itu dibaca mengikut adab dan tertibnya iaitu didalam bahasa arab, disamping itu wajib untuk memahami apa yang dibaca untuk diamalkan. Jika tidak apa yang membezakan al-Quran dan buku-buku biasa atau majalah. Maka muliakanlah al-Quran dengan membaca apa yang tertulis dan memahami dan mengamalkan maksudnya. ----------------- *** YAQEN ALLAH 100%++ ***
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 01-06-10 22:49
Pada 01-06-10 19:45 , Musafir_Ufuk_Timur posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum semua....
saya ingin bertanya...maklum lah hamba ini tidak begitu arif dalam ilmu agama... jadi di sini hamba ingin bertanya pada tuan hamba sekalian....
adakah dengan membaca al quran yang ditafsir ke bahasa melayu PAHALAnya adalah sama seperti membaca al quran yang tersedia ada di dalam bahasa Arab??
maksudnya di sini bila hamba membaca terjemahannya sahaja...untuk mengetahui isi dan jalan cerita di dalam al quran itu.....
dan jadikan amalan al quran seperti 'komik' atau 'majalah' harian hamba........ Bismillahirrahmanirrahim Wallahua'lam untuk menafsirkan berkenaan pahala & ganjaran. Perlu difahami..bahawa TAFSIRAN AL-QURAAN & AYAT AL-QURANN... 2 perkara yang berlainan. Tidak boleh disamakan tafsir & Ayat Allah..dalam bahasa Arab. Terjemahan mungkin sahaja tidak tepat & kefahaman pula sudah tentu berlainan ikut tadabbur yang dilakukan individu. membaca untuk mengetahui isi Al-Quraan.. boleh diteruskan dengan RUJUKAN hadith & kitab Ulama2.. Berkenaan menyamakan 'komik' atau 'majalah"..tidak juga boleh disamakan dengan Al-Quraan. Qalam Suci ALLAH...tiada bandingannya dengan yang lain. Sebaliknya..Al-Quraan sebagai PANDUAN & TAULADAN buat umat Islam dalam menjalani kehidupan. Bacalah..kerana dengan bacaan & penelitian akan lahir Ilmu yang mempu diamalkan serta memberi manfaat dalam kehidupan. InsyaAllah..setiap amalan yang dilakukan BERSESUAI cara & tatatertibnya..menjaga kehormatan kerana Allah dengan ikhlas & tawadhuk lebih bernilai daripada mengamalkan tanpa ilmu yang sahih & bertepatan dengan tuntutan yang sebenarnya. Tadabbur dengan berpandukan kitab mu'tabar..berguru dengan mereka yang benar-benar fasih, itu lebih baik. Bukan dengan tafsiran & akal fikiran sendiri. Wallahua'lam
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 02-06-10 09:35
salam... sinar abadi.... thanks....tapi jangan salah anggap maksud saya nak jadi kan 'komik' atau 'majalah' harian tu maksudnya disini...saya nak baca hari2....sebagai tempat saya berhibur or menikmati cerita2 yang di dalam al quran tu..... daripada kita berhibur dengan baca majalah hiburan semata-mata..baik kita baca apa yang terkandung atau cerita di dalam alquran tu... sebab ada cerita yang menarik di dalam al quran tu.... bukan saya nak samakan al quran itu dengan majalah or komik... cuma maksud saya nak bagi tahu...nak jadi kan amalan baca terjemahan tu sebagai pengisian diri...or berhibur or mencari sesuatu dari al quran... lagi pun saya dah tulis dengan macam ni 'komik' ada koma di atas,,,bukan saya tulis komik...yang tak ada koma...jadi maksud 'komik' yang ada koma ni...cuma ibarat saja....yang penting kesucian al quran tetapi dijaga.... ayat komik itu untuk bagi org faham saja...
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 02-06-10 11:41
Pada 02-06-10 09:35 , Musafir_Ufuk_Timur posting:!!! QUOTE !!! salam...
sinar abadi....
thanks....tapi jangan salah anggap maksud saya nak jadi kan 'komik' atau 'majalah' harian tu maksudnya disini...saya nak baca hari2....sebagai tempat saya berhibur or menikmati cerita2 yang di dalam al quran tu.....
daripada kita berhibur dengan baca majalah hiburan semata-mata..baik kita baca apa yang terkandung atau cerita di dalam alquran tu... sebab ada cerita yang menarik di dalam al quran tu....
bukan saya nak samakan al quran itu dengan majalah or komik... cuma maksud saya nak bagi tahu...nak jadi kan amalan baca terjemahan tu sebagai pengisian diri...or berhibur or mencari sesuatu dari al quran...
lagi pun saya dah tulis dengan macam ni 'komik' ada koma di atas,,,bukan saya tulis komik...yang tak ada koma...jadi maksud 'komik' yang ada koma ni...cuma ibarat saja....yang penting kesucian al quran tetapi dijaga.... ayat komik itu untuk bagi org faham saja... Bismillah Musafir.. bukan salah anggap., cuma peringatan & penjelasan yang hendak disampaikan. Ana faham maksud diatas... InsyaAllah teruskan. Bawa saja kemana tafsir untuk dijadikan teman..kerana Al-Quraan satu-satunya motivasi, inspirasi, pelindung & mempunyai segalanya yang terbaik buat manusia. Jazakallah
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 02-06-10 22:32
Bacalah al-Quran walau satu huruf kerana Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa akhir zaman ini al-Quran hanya tinggal tulisan sahaja, manusia tidak baca dan beramal dengan isi kandungannya. Ayat-ayat Al-Quran hanya menjadi perhiasan dinding, akhir zaman juga, al-Quran hanya digunakan jika perlu sahaja contohnya jika terdapat kes dirasuk jin atau sihir ataupun kematian ataupun bila dah nak kahwin. Dimana letaknya kemuliaan al-Quran itu, ada juga yang menjadikannya sebagai Ring Tone telefon bimbit dan sebagainya. Allah, bantulah kami untuk kembali ke jalanMu iaitulah jalan yang tiada kesesatan, berilah kami kekuatan untuk amal agamaMu dan dakwah cara Nabi S.A.W. ----------------- *** YAQEN ALLAH 100%++ ***
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 04-06-10 18:33
Bagi yang tidak memahami bahasa arab, membaca tafsiran adalah lebih baik. Sebab? Dengan membaca tafsiran, pemahaman terhadap kata-kata Allah dapat difahami. Ini akan membawa kepada amal perbuatan yang akan menghasilkan pahala. Ini lebih bermanfaat bagi muslim berbanding membaca Quran seperti burung kakak tua. (tapi burung itu sentiasa berzikir). Seorang penulis buku tidak menulis bukunya hanya sekadar bahan bacaan yang tidak mampu memberi manfaat kepada pembacanya. BUkan jua untuk dijadikan sebagai bahan jampi atau perhiasan didinding. Ilmu dan idea yang terhasil dalam bentuk tulisan itu lah intipati yang ingin disampaikan oleh pengarang sesuatu buku / novel. Namun, tidak dinafikan kedua-duanya adalah bagus dalam kategori yang berbeza. ps:- tak sentuh bab pahala sebab ia kategori perkara ghaib. ps lagi:- kan bagus kalau aku hebat bahasa arab. ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|