Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 1 hari, 43 minit yang lalu
Muslim1987: 7 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Minyak, Tol, Gula, Tepung naik serta merta June 2010


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Minyak, Tol, Gula, Tepung naik serta merta June 2010

Please Mendaftar To Post


Oleh Minyak, Tol, Gula, Tepung naik serta merta June 2010

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 22:31


MINYAK NAIK 15 SEN
Pengumuman oleh Idris Jala.

Subsidy rationalisation laboratory has proposed that fuel price be increased in mid-2010 by 10 to 15 sen, followed by 10 sen increase every six months until it reaches market price.

(Makmal penyelarasan subsidi telah mencadangkan harga minyak dinaikkan pertengahan tahun ini sebanyak 10 hingga 15 sen, diikuti kenaikan setiap 6 bulan sebanyak 10 sen sehingga mencapai paras harga pasaran).



Harga petrol selepas ini:

Jun 2010: RM1.95 seliter
Jan 2011: RM2.05 seliter
Jun 2011: RM2.15 seliter
Jan 2012: RM2.25 seliter
Jun 2012: RM2.35 seliter
Jan 2013: RM2.45 seliter
Jun 2013: RM2.55 seliter
Jan 2014: RM2.65 seliter


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 22:54


Pemotongan subsidi bermakna harga barangan tersebut akan melonjak dan antara barangan asas yang disebut-sebut akan terbabit dalam kenaikan harga termasuk petrol yang bakal dinaikkan daripada RM1.85 seliter kepada RM2.00 dan gula daripada RM1.75 sekilo kepada RM2.00.

Mesyuarat mingguan Kabinet esok dijangka akan membincangkan serta meluluskan usul mengenai pemotongan rejim subsidi ke atas beberapa keperluan asas termasuk minyak, gas asli, gula, tepung dan tol lebuh raya.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata beliau menentang sebarang kenaikan harga kerana yang terpaksa menanggung beban adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.

"Isu menaikkan harga keperluan ini bukan isu baru dan ini bakal menjejaskan kepentingan orang ramai.Sebab itu saya sebagai Presiden MTUC menentang kenaikan harga barang keperluan asas ini.

"Pendapatan pekerja swasta dan kilang masih lagi di takuk lama dan jika diteruskan akan menjejas kehidupan harian mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Mohd Yusof Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bawahan.

"Masyarakat mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barang keperluan kerana ekonomi masih dalam keadaan tidak menentu.

"Salah satu alasan kerajaan adalah untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung dan menyerapkan kos tersebut kepada rakyat.

"Tindakan kerajaan ini akan dipersoalkan oleh rakyat kerana kita tahu banyak dana awam telah digunakan secara yang tidak berhemah," ujar Mohd Yusuf

Menurut beliau, jika rakyat gagal diberitahu oleh kerajaan tentang mengapa kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah.

"Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan rakyat terdiri daripada rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 dan ini sudah tentunya membebankan mereka.

"Kita khuatir akan kesannya kerana implikasinya pasti menyeluruh dan akan menyebabkan kenaikkan kepada perkhidmatan dan barangan yang lain.


"Dasar Fomca menyokong pengurangan subsidi kepada barangan asas secara beransur-ansur tetapi hendaklah tidak membebankan rakyat," kata beliau ketika dihubungi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini dan menunggu hasil mesyuarat Kabinet esok.

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 23 Oktober tahun lalu memperlihatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan Umno-BN melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Ini dapat dilihat melalui cara Umno-BN membelanjakan wang rakyat. Takkala negara bergelut dengan masalah ekonomi dan keperitan hidup rakyat yang semakin menekan, Najib pula menganugerahkan RM100 juta kepada Program Permata, projek kegemaran isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan ini seolah-olah membelakangkan hakikat bahawa hutang negara telah meningkat dengan mendadak kepada RM362.5 bilion pada tahun 2009.

Bagi menangani publisiti negatif terhadap kerajaan daripada tindakan Najib ini, Umno dikatakan telah mengadakan siri penerangan kepada ahli parti itu diperingkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut seorang ketua cawangan Umno di Shah Alam tindakan menaikkan harga barangan keperluan asas akan mejnadi sebab kepada kekalahan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kami diminta memberi penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Macam mana nak cakap kepada rakyat sebab kami pun tak setuju.

"Kalau macam ni caranya saya rasa Umno akan kalah pada pilihan raya nanti sebab rakyat akan marah dan semakin susah," kata beliau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 29-05-10 11:23


Assalamualaikum


Maka kita perlulah berjimat cermat selepas ini, Ini akan menjejaskan ekonomi sebahagian rakyat yang kurang mampu.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-05-10 08:24


Assalamualaikum

Tak habis-habis nak bagi naik harga minyak........!

Ye ye....naikkan sajalah semuanya, Kamu suka naikkan harga, buat sajalah........ :-)

Bila harga minyak naik, bukan saja harga gula tepung naik, semua harga barang akan naik...!



Yang sakit adalah rakyat, bukan kamu!
Yang menangis adalah orang miskin, kamu goyang kaki saja!
Yang menderita adalah orang awam, kamu tetap di singgahsana tinggi..!    


>>>>>
Asalkan perut aku buncit, apa peduli aku, selagi aku berkuasa aku akan buat, kaut dan kaut lagi....! :-)


-----------------
0


Bookmark and Share

    


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-05-10 16:34


haaa mari2 sokong Barang Naik(BN)


kerja melingkupkan negara memang no 1 hasil dari didikan si mamak kerala tu.....

22 tahun semua kena tipu dengan kroni2 mamak tu :lol: :lol: :lol: :lol:


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-05-10 23:08


saya kehabisan gula di rumah....puas cari di kedai2 runcit tapi semuanya kata 'tak ada'....rasanya dah seminggu gula sukar dibeli di kedai-kedai runcit...ni gara-gara tokey gula sorok gula sebab harga gula nak naik.......melampau betul !
kerajaan 1 Malaysia bawah najib ni nampak brutal betul dekat rakyat...memang menekan dan 'balas dendam' kat rakyat habis abisan....semua barang naik harga....rasanya baru beberapa bulan lepas gula dah naik harga, nak naik lagi.......memang BN tu kerajaan 'Barang Naik'


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 23:53


tapi kerajaan siap mempromosikan kurangkan gula dalam minuman tingkatkan manis dalam senyuman..

apa nak jadi lah kerajaan ini...tak paham sungguh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 08:14


iyalah.. semalam jusco pun dah tak ada gula.. huhuu


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 01-06-10 09:09


Idris Jala : Jika tak kurangkan subsidi, Malaysia akan bankrup.

MTUC : Pengurangan subsidi akan membebankan rakyat.

Ma'mor Osman (Cuepacs) : Tidak mahu komen.

Subramanian (menteri sumber manusia) : Kerajaan memahami kesempitan hidup pekerja swasta. Tiada kenaikan untuk tempoh 15 tahun, malah menurun.

Najib : Kerajaan akan naikkan gaji kakitangan kerajaan lagi. Cuepacs tuntut 2 bulan bonus.

WUZARA:

Dalam ekonomi Islam, galian adalah harta milik umum yang diurus pemerintah. Maka ia dibalikkan kepada ummat sebagai tuan punya, bukan sebagai pengguna yang perlu menangung keuntungan syarikat konsesi. Makanan pula diurus sebagai keperluan asas, bukan sebagai komoditi dagangan. Maka subsidi terhadap keperluan seperti petrol, minyak masak, gula, tepung, beras dan lain-lain bukanlah isu dalam Islam.

Kita boleh melihat kontradiksi diantara para pemerintah negara sekular ini. Kementerian Sumber Manusia kononnya menyedari kesempitan hidup yang dialami oleh pekerja sektor swasta dan akan mengatasinya. Tetapi menjawab soalan di Parlimen, beliau mengakui gaji sektor swasta ditentukan oleh pasaran. Tetapi dalam masa yang sama meluluskan 3 rang undag-undang baru yang memberi lebih kuasa kepada majikan dan menindas golongan pekerja. MTUC menyifat rang undang-undang ini sebagai PALING TERUK untuk 40 tahun. Dalam kononnya Idris Jala menyatakan Malaysia boleh bankrup dan menanggung defisit 325 billion, Najib mengumumkan menimbangkan menaikkan lagi gaji kakitangan awam. Dan malah Cuepacs menuntut 2 bulan bonus. Mungkin sebab itu Cuepacs tidak memberikan sebarang komen atas cadangan penarikan subsidi. Nampak jelas dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Najib masih mahu menggula-gulakan kakitangan awam dengan menambah seksa sektor swasta sebagai pembayar cukai terbesar tetapi bergaji kecil.

Inilah pemerintah sekular yang mengurus negara ini tanpa secuit pun menggunakan hukum Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 09:14


Pada 31-05-10 23:53 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

tapi kerajaan siap mempromosikan kurangkan gula dalam minuman tingkatkan manis dalam senyuman..

apa nak jadi lah kerajaan ini...tak paham sungguh...


Boleh pula nak naikkan harga gula dengan mengaitkan soal kesihatan. Macamlah kalau gula murah kita nak telan sepaket gula tu.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 21:49


Malaysia ni negara kaya, sumber banyak..kalau kekayaan ni diagihkan dengan cara yang betul takkan ada isu harga barang naik dalam masa yang singkat & juga sekurang-kurangnya tidak akan ada isu miskin mutlak.


-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 23:02


Pada 01-06-10 21:49 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

Malaysia ni negara kaya, sumber banyak..kalau kekayaan ni diagihkan dengan cara yang betul takkan ada isu harga barang naik dalam masa yang singkat & juga sekurang-kurangnya tidak akan ada isu miskin mutlak.



ana agak setuju dengan anta, disini boleh dilihat dari sudut ketelusan dalam urusan mentadbir negara oleh seseorang pemimpin..ana bukan nak hentam mana-mana pihak tetapi memang nyata dan jelas kita tidak telus dan adil malah sering menghimpit rakyat dengan pelbagai propaganda untuk memenuhkan poket mereka iaitu pihak-pihak yang berkepentingan..jadikanlah cara pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai panduan dalam menjaga ketelusan dalam mentadbir harta negara..maka eloklah mana-mana pihak yang nak sangat jadi pemimpin, baca atau mengaji bab sirah zaman kegemilangan pemerintahan islam, Rasulullah dan para sahabat sebelum menerima apa-apa jawatan.


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 23:10


kerana para pemimpin-pemimpin inilah yang akan dihimpunkan oleh Allah Taa'ala untuk disoal di padang mahsyar, sejauh manakah ketelusan dan amanahnya mereka ketika mentadbir. Jika ada rakyat menderita dan negara mempunyai sumber yang cukup banyak pun akan ditanya oleh Allah. Sesungguhnya Allah telah bentangkan dan hamparkan bumi ini dengan sumber yang tidak terkira banyaknya untuk ditadbir oleh manusia yang digelar khalifah dan bukan untuk dirosakkan. Maka jika demikian yang berlaku, Allah Maha berkuasa untuk menarik semula nikmat dan rahmat yang telah diberikan asbab kelalaian dan kerakusan manusia. Na'uzubillah


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 23:20


Pada 01-06-10 09:14 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-05-10 23:53 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

tapi kerajaan siap mempromosikan kurangkan gula dalam minuman tingkatkan manis dalam senyuman..

apa nak jadi lah kerajaan ini...tak paham sungguh...


Boleh pula nak naikkan harga gula dengan mengaitkan soal kesihatan. Macamlah kalau gula murah kita nak telan sepaket gula tu.



entah...tak lojik langsung.....kalau tidak kerana gula pun, senyuman saya dah cukup manis rasanya....kalau tak, takkan ada yang berkenan ....kan kan kan :lol:

dah beberapa hari tak ada gula dirumah...... masih gagal mendapatkan gula, bancuh milo tanpa gula untuk suami tapi tak berani pula nak hidangkan kopi o .... :cry:


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 23:20


terlebih dahulu selidiklah latar agama Idris Jala..adakah dia Islam atau Kristian atau sebagainya..Jika dia islam maka muhasabahlah, jika dia beragama selain daripada agama yang diredhai Allah maka, adakah kita nak dengar hujahan mereka ini?Akhir zaman ini, iaitu dizaman keruntuhan aqidah umat islam, kafir laknatullah sering mencari-cari jalan untuk memesongkan dan memecahbelahkan umat islam sehingga kita hilang pegangan. Ingatlah antum semua, hampir majoriti umat islam di Malaysia mempunyai taraf hidup yang boleh dikatakan sederhana dan golongan-golongan ini, iaitu kita, akan menerima impact daripada keputusan kerajaan ini. Semoga Allah lindungi dan pelihara kita semua.


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 07:25


Pada 01-06-10 23:20 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-06-10 09:14 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-05-10 23:53 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

tapi kerajaan siap mempromosikan kurangkan gula dalam minuman tingkatkan manis dalam senyuman..

apa nak jadi lah kerajaan ini...tak paham sungguh...


Boleh pula nak naikkan harga gula dengan mengaitkan soal kesihatan. Macamlah kalau gula murah kita nak telan sepaket gula tu.



entah...tak lojik langsung.....kalau tidak kerana gula pun, senyuman saya dah cukup manis rasanya....kalau tak, takkan ada yang berkenan ....kan kan kan :lol:

dah beberapa hari tak ada gula dirumah...... masih gagal mendapatkan gula, bancuh milo tanpa gula untuk suami tapi tak berani pula nak hidangkan kopi o .... :cry:



kami baru dapat beli gula semalam..itupun dengan syarat kena beli barang lain di kedai itu baru pakcik cina itu jual gula..dia ambil gula tu di bawah meja kaunter :D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 08:14


- d e l e t e d -


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 08:18


dah pun masuk bulan june...


huuu.. sorok bawah meja..
hmm kritikal jugak masalah gula kali ni..
kat saya ada lagi 3 paket.(3kg).
kalau ikut penggunaan harian, tahan lah dalam 4/5 bulan lagi.
tapi yelah.. ramadhan menjelang tiba.konon-konon nak ambil tempahan kuih raya.. kalau tak ada gula, tak dapatlah teruskan misi.. uhuuu


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 10:40


Pada 01-06-10 23:20 , Ustadz posting:

!!! QUOTE !!!

terlebih dahulu selidiklah latar agama Idris Jala..adakah dia Islam atau Kristian atau sebagainya..Jika dia islam maka muhasabahlah, jika dia beragama selain daripada agama yang diredhai Allah maka, adakah kita nak dengar hujahan mereka ini?Akhir zaman ini, iaitu dizaman keruntuhan aqidah umat islam, kafir laknatullah sering mencari-cari jalan untuk memesongkan dan memecahbelahkan umat islam sehingga kita hilang pegangan. Ingatlah antum semua, hampir majoriti umat islam di Malaysia mempunyai taraf hidup yang boleh dikatakan sederhana dan golongan-golongan ini, iaitu kita, akan menerima impact daripada keputusan kerajaan ini. Semoga Allah lindungi dan pelihara kita semua.




Assalamualaikum


Huhu........Masya Allah! pandangan ini memang dahsyat, gali dari akar umbi terus!    Macamana nak jawab ni!!! :-)

Ada sesiapa berani jawab? ....... :-)


-----------------
0


Bookmark and Share

    


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 12:54


gula, tepung dan semua dah tak jadi naik.... hooorrayyy nasib baik khabar angin tak menjadi... huhhuuhuhu... jadi kawan-kawan, tak perlu gelabah2 nak simpan stock... perbuatan anda menyebabkan kehabisan sangat membimbang kan.....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 15:13


Pada 02-06-10 12:54 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

gula, tepung dan semua dah tak jadi naik.... hooorrayyy nasib baik khabar angin tak menjadi... huhhuuhuhu... jadi kawan-kawan, tak perlu gelabah2 nak simpan stock... perbuatan anda menyebabkan kehabisan sangat membimbang kan.....



kita simpan stok tak pa....bukan nak menjual untuk naikkan harga, cuma beringat kalau tetengah malam habis gula kebetulan tetamu menyinggah dan nak dihidangkan minuman pula....jadi sebenarnya elok simpan stok gula, beras, gas dan beberapa keperluan lain yang utama....tu saja...

ada pun khabar angin tentang harga gula nak naik tak jadi tu.....percayalah, sikit hari nanti naik juga....kita dah 'biasa' dengan gula-gula getah puak pemerintah ni....nak bagi rakyat 'tak panik' sekejap...dia 'tahan' dulu..... :-D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 22:09


Pada 02-06-10 10:40 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-06-10 23:20 , Ustadz posting:

!!! QUOTE !!!

terlebih dahulu selidiklah latar agama Idris Jala..adakah dia Islam atau Kristian atau sebagainya..Jika dia islam maka muhasabahlah, jika dia beragama selain daripada agama yang diredhai Allah maka, adakah kita nak dengar hujahan mereka ini?Akhir zaman ini, iaitu dizaman keruntuhan aqidah umat islam, kafir laknatullah sering mencari-cari jalan untuk memesongkan dan memecahbelahkan umat islam sehingga kita hilang pegangan. Ingatlah antum semua, hampir majoriti umat islam di Malaysia mempunyai taraf hidup yang boleh dikatakan sederhana dan golongan-golongan ini, iaitu kita, akan menerima impact daripada keputusan kerajaan ini. Semoga Allah lindungi dan pelihara kita semua.




Assalamualaikum


Huhu........Masya Allah! pandangan ini memang dahsyat, gali dari akar umbi terus!    Macamana nak jawab ni!!! :-)

Ada sesiapa berani jawab? ....... :-)



Nak jawap. Ehehe...tidak mengapa lah, asalkan org Islam tak terpesong pegangan agama..biar miskin harta jangan miskin iman...Kita takut dek kerana org Islam terlalu sempit dan terhimpit maka ada yang sanggup pergadai agama demi mencari dunia...maka perkasa kan lah iman...berdoalah akan terhindar fitnah akhir zaman ini


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 23:06


Pada 02-06-10 12:54 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

gula, tepung dan semua dah tak jadi naik.... hooorrayyy nasib baik khabar angin tak menjadi... huhhuuhuhu... jadi kawan-kawan, tak perlu gelabah2 nak simpan stock... perbuatan anda menyebabkan kehabisan sangat membimbang kan.....





Assalamualaikum

Terkadang khabar angin itu bukan 'khabar di angin', tetapi memang khabar di bawa oleh angin yang tak dapat ditahan lagi.......angin bertiup kencang, pokok pun bergoyang!

Maka gemparlah seluruh alam maya dengan suara rakyat......jangan naikkan harga minyak! Nanti semua barang lain akan tutut naik!!!     Rakyat akan susah! Kamu akan kalah dalam PRU akan datang.....!!!:-)

Keputusannya tak jadilah naik harga! Sebab kegemparan rakyat telah menggemparkan 'parlimen' dan pemimpin!!!    :-)

Tapi........tunggu kejap.......aku tunggu rakyat reda kemarahan saja. Lepas tu aku naiklah harga! :-o


-----------------
0


Bookmark and Share

    


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 13:28


Pada 02-06-10 15:13 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-06-10 12:54 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

gula, tepung dan semua dah tak jadi naik.... hooorrayyy nasib baik khabar angin tak menjadi... huhhuuhuhu... jadi kawan-kawan, tak perlu gelabah2 nak simpan stock... perbuatan anda menyebabkan kehabisan sangat membimbang kan.....



kita simpan stok tak pa....bukan nak menjual untuk naikkan harga, cuma beringat kalau tetengah malam habis gula kebetulan tetamu menyinggah dan nak dihidangkan minuman pula....jadi sebenarnya elok simpan stok gula, beras, gas dan beberapa keperluan lain yang utama....tu saja...

ada pun khabar angin tentang harga gula nak naik tak jadi tu.....percayalah, sikit hari nanti naik juga....kita dah 'biasa' dengan gula-gula getah puak pemerintah ni....nak bagi rakyat 'tak panik' sekejap...dia 'tahan' dulu..... :-D



saudari nak simpan... simpanlah... tapi jangan simpan semua.... saya nak jugak!!! hehehehe


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

rostanmohd
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39839
Posting: 42
Dari: Ipoh

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 15:01


mai lah saudar saudara kita tumbang kan kerajaan yang ada pada hari ini.......zalim dan mencekik rakyat kerjanye...........cuba kerajaan baru......mungkin lebih baik.....insy........


-----------------
Insan yang lemah..........


Bookmark and Share

    


  Member Information For rostanmohdProfil   Hantar PM kepada rostanmohd   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 20:14


Pada 03-06-10 13:28 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-06-10 15:13 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-06-10 12:54 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

gula, tepung dan semua dah tak jadi naik.... hooorrayyy nasib baik khabar angin tak menjadi... huhhuuhuhu... jadi kawan-kawan, tak perlu gelabah2 nak simpan stock... perbuatan anda menyebabkan kehabisan sangat membimbang kan.....



kita simpan stok tak pa....bukan nak menjual untuk naikkan harga, cuma beringat kalau tetengah malam habis gula kebetulan tetamu menyinggah dan nak dihidangkan minuman pula....jadi sebenarnya elok simpan stok gula, beras, gas dan beberapa keperluan lain yang utama....tu saja...

ada pun khabar angin tentang harga gula nak naik tak jadi tu.....percayalah, sikit hari nanti naik juga....kita dah 'biasa' dengan gula-gula getah puak pemerintah ni....nak bagi rakyat 'tak panik' sekejap...dia 'tahan' dulu..... :-D



saudari nak simpan... simpanlah... tapi jangan simpan semua.... saya nak jugak!!! hehehehe



betul itu simpan sikit...saya pun nak jugak..asyik minum kopi pahit saja...hehehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 09-08-10 14:58


kelakar pula bila saya baca thread lama ni....kecoh2 nak naik lepas itu dimuktamadkan melalui akhbar tak jadi naik...akhirnya naik jugak seperti khabar angin..kenyataan dalam akhbar hanya untuk senyapkan spekulasi saja. rasanya ini bukan kali pertama kita diperkotak-katik/diperbudak-budak dengan kenyataan akhbar orang politik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-08-10 09:26


Pemimpin yang habiskan duit rakyat pula kena bayar
salahguna duit dan rasuah berleluasa...
nak bankrup...rakyat jadi mangsa
tak adil!tak adil!
Moga Allah membalasnya!


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128863 saat. Lajunya....