Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Fokus dalam solat


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Fokus dalam solat

Please Mendaftar To Post


Oleh Fokus dalam solat

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 09:33


Pernahkah anda terlupa akan sesuatu dan sebaik sahaja anda mula solat, perkara tersebut terlintas di kotak minda ada? Ketika sedang solat, banyak perkara mula terlintas di fikiran. Dimana barang yang hilang tadi? Dah siap kerja atau belum? Nak makan apa selepas ini? Dan pelbagai lagi perkara-perkara lain yang kadangkala sangat remeh terlintas di fikiran kita sebaik sahaja kita mula solat.

Pernahkah anda terfikir Kenapa hanya dalam solat, perkara sebegini berlaku?

Daripada Abu Hurairah .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Jika dikumandangkan azan, syaitan akan melarikan diri mereka sambil terkentut-kentut sehingga tidak lagi mendengar suara azan. Ketika azan telah selesai dikumandangkan, dia datang lagi hingga iqamat dikumandangkan. Ketika iqamat dikumandangkan, dia melarikan diri lagi. Ketika iqamat telah selesai dikumandangkan, dia datang lagi untuk menggoda seseorang yang hendak mengerjakan solat dengan membisiki hatinya, "Ingatlah ini dan itu" iaitu sesuatu yang tidak diingatinya sebelum solat, sehingga orang tersebut tidak lagi tahu berapa rakaat yang telah dikerjakannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Syaitan tidak pernah lupa akan janjinya untuk menyesatkan manusia. Hatta dalam solatpun, syaitan akan datang mengganggu. Tujuannya agar solat yang dikerjakan rosak mutunya dan tidak diterima Allah SWT. Ini kerana syaitan sedar akan fadhilat besar yang bakal diperoleh mereka yang solat dengan khusyuk. Ada banyak hadis yang diriwayatkan Muslim yang menceritakan akan fadhilat solat. Antaranya ialah suatu hadis daripada Uthman .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Tidaklah seorang Muslim yang mendapati waktu solat fardhu, lalu berwuduk dengan sempurna dan khusyuk dalam mengerjakan solatnya, melainkan semua itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya yang telah lalu selagi dia menjauhi dosa besar, dan keadaan ini berlaku sepanjang hayatnya. (Riwayat Muslim).



Oleh itu, jagalah solat kerana syaitan akan sentiasa akan mengganggu. Persoalannya, bagaimana nak fokus ketika melakukan solat? Selain daripada bacaan doa-doa tertentu (yang boleh didapati di dalam sesetengah buku panduan solat), beriku adalah beberapa tips bagi mengelakkan fikiran kita melayang ketika melakukan solat:

1. Pastikan diri dan pakaian dalam keadaan bersih. Pakai sedikit wangian jika boleh.
2. Datang awal ke masjid (bagi yang solat berjemaah).
3. Rehat 2-3 minit sebelum melakukan solat. Elakkan terus melakukan solat setelah melakukan sesuatu perkara yang meletihkan fizikal (contoh: bersukan) dan mental (contoh: ulangkaji).
4. Solat sunat dua rakaat (rawatib) sebelum solat fardhu.
5. Fahami maksud setiap bacaan di dalam solat.
6. Cuba fahami dan hayati maksud surah-surah yang dibaca di dalam solat.
7. Cuba fokus kembali kepada solat sebaik sahaja otak mula memikirkan perkara-perkara luar solat.
8. Cuba elakkan/minimakan pergerakan ketika solat.
9. Solat dengan kelajuan yang sederhana, tidak terlalu pantas dan tidak terlalu perlahan.

Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu kita semua di dalam mencapai solat yang lebih baik.

Jom solat !!!


Sumber : syedzai.blogspot.com


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 13:34


memang susah untuk fokus dalam solat..
panduan yang amat berguna..
tapi kalau tutup mata masa solat, untuk lebih khusyuk, bagaimana pula?


-----------------
PRaiSe To YoU,
JuST FoR You,
ALLAH....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chiyo_kajujiProfil   Hantar PM kepada chiyo_kajuji   Pergi ke chiyo_kajuji's Website   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 13:38


Assalamualaikum

Kenapa ya setiap kali ana solat banyak perkara yang terlintas kat dalam otak ana ni?



Bagaimana ya nak fokus masa solat? :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099188 saat. Lajunya....