Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 61 hari yang lalu
the_brOtherz: 88 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: Petua cepat beroleh zuriat


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» Petua cepat beroleh zuriat

Please Mendaftar To Post


Oleh Petua cepat beroleh zuriat

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-05-10 22:05


Assalamualaikum

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat dari Ustazah bahyah

Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak.

Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan sama ada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
*Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
*Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
*Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
*Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
*Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
*Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
*Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)-

Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.Amalan kedua.-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-05-10 22:09


Kepada kawan-kawan yang ada lagi pertua2 , pengalaman atau produk2 halal yang boleh dijadikan ikhtiar untuk memperoleh zuriat sudi2kanlah berkongsi mudah-mudahan ianya membantu sahabat-sahabat kita yang masih ternanti-nanti kedatangan cahayamata setelah berkahwin.. mudah-mudahan ada ganjaran disisi Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 10:43


Salam. Saya ada terdengar seorang ustaz dalam rancangan tanya ustaz minggu lepas. Ini petua orang arab macam mana nak cepat dapat anak. Katanya blender buah kurma dengan air susu kambing fresh. Ini adalah ikhtiar. Yang menentukannya Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-05-10 11:32


"Salam. Saya ada terdengar seorang ustaz dalam rancangan tanya ustaz minggu lepas. Ini petua orang arab macam mana nak cepat dapat anak. Katanya blender buah kurma dengan air susu kambing fresh. Ini adalah ikhtiar. Yang menentukannya Allah."

Em saya ada juga dengar tentang tu tapi tak tahu pula secara detail tentang tu...kalau ada yang tahu secara detail boleh lah kongsikan kat sini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-05-10 21:27


ada juga cara menggunakan debunga kurma dan dicampur dengan madu, diminum bersama suami istri sewaktu subur

ada yang gunakan buah adam/hawa/ zuriat(macam-macam nama). buahnya berbau harum. macam bau gula melaka.kulit keras masya allah. hanya boleh diperolehi di kaki bukit rahmah. diminum air rebusannya suami isteri

kedua-duanya cara ni ada antara kawan-kawan yang dah buat..dan dah dapat zuriat. tapi setakat ni pada saya masih belum berjaya lagi.insya allah rezeki saya akan hadir nanti. amin.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 30-05-10 20:55


EMM SUSAHLAH kalau NAK DAPATKAN BUAH ZURIAT TU.. sebab TAK DAPAT DI MALAYSIA.. AGAK-AGAKKAN kalau NAK IKUT macam USTAZ TU CAKAP,MINUM SUSU KAMBING SEGAR dengan KURMA 7 BIJI SEHARI KAN...macam SUSAHLAH NAK dapat SUSU KAMBING TU.. kalau DIGANTIKAN dengan SUSU ICG HI-GOAT BOLEH KE? TAKUT KANG TAK BERKESAN pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 07:16


Pada 30-05-10 20:55 , humairatulhusna posting:

!!! QUOTE !!!

EMM SUSAHLAH kalau NAK DAPATKAN BUAH ZURIAT TU.. sebab TAK DAPAT DI MALAYSIA.. AGAK-AGAKKAN kalau NAK IKUT macam USTAZ TU CAKAP,MINUM SUSU KAMBING SEGAR dengan KURMA 7 BIJI SEHARI KAN...macam SUSAHLAH NAK dapat SUSU KAMBING TU.. kalau DIGANTIKAN dengan SUSU ICG HI-GOAT BOLEH KE? TAKUT KANG TAK BERKESAN pula..



Salam..

Cuba dahulu, letakkan yakin pada Allah..sama ada berkesan atau tidak, bukan susu atau makhluk yang tetapkan..Allah, zat yang Maha Memberi Manfaat dan Mudarat. Insyallah..


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 00:34


Boleh ke dah kahwin merancang kehamilan? Betulkah sunatullah siapa yang rancang kehamilan ini ALLAH memang tarik terus rezeki zuriat ini.

Agaka ramai kawan-kawan yang sudah berumhatangga namun belum ada cahaya mata. Kebetulan alasan mereka sama, bermula dengan peracangan di awal perkahwinan dan setelah 2-3 tahun berkahwin bila masa kepingin anak, maka tidak dapat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-06-10 21:59


Pada 01-06-10 00:34 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Boleh ke dah kahwin merancang kehamilan? Betulkah sunatullah siapa yang rancang kehamilan ini ALLAH memang tarik terus rezeki zuriat ini.

Agaka ramai kawan-kawan yang sudah berumhatangga namun belum ada cahaya mata. Kebetulan alasan mereka sama, bermula dengan peracangan di awal perkahwinan dan setelah 2-3 tahun berkahwin bila masa kepingin anak, maka tidak dapat.


Assalamualaikum
emm bagi ana... memang agak rugi kalau kita merancang khamilan.. takut kang terus tak dapat.. tapi tak tau lah.. kerana setiap org ada alasan tersendiri... mungkin sesuatu yang tak boleh dielakkan seperti masalah kesihatan yang tak mengizinkan hamil lagi atau tuntutan kerja yang terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk beroleh cahaya mata...

tapi kita semua kena percaya bahawa anak itu rezeki dr Allah.. hanya dia yang berhak menentukan kita cepat, lambat atau tidak berpeluang langsung menimang cahayamata... semuanya ada hikmahnya tapi itulah.. manusia... bila dah lama menanti tapi tak jugak dapat perasaan sedih dan rendah diri tu tetap hadir apatah lagi bila bab itu terus diajukan oleh keluarga dan rakan-rakan... mudah-mudahan Allah terus bekalkan ketabahan dalam melalui mehnah ini... :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 13:40


Pada 01-06-10 21:59 , humairatulhusna posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-06-10 00:34 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Boleh ke dah kahwin merancang kehamilan? Betulkah sunatullah siapa yang rancang kehamilan ini ALLAH memang tarik terus rezeki zuriat ini.

Agaka ramai kawan-kawan yang sudah berumhatangga namun belum ada cahaya mata. Kebetulan alasan mereka sama, bermula dengan peracangan di awal perkahwinan dan setelah 2-3 tahun berkahwin bila masa kepingin anak, maka tidak dapat.


Assalamualaikum
emm bagi ana... memang agak rugi kalau kita merancang khamilan.. takut kang terus tak dapat.. tapi tak tau lah.. kerana setiap org ada alasan tersendiri... mungkin sesuatu yang tak boleh dielakkan seperti masalah kesihatan yang tak mengizinkan hamil lagi atau tuntutan kerja yang terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk beroleh cahaya mata...

tapi kita semua kena percaya bahawa anak itu rezeki dr Allah.. hanya dia yang berhak menentukan kita cepat, lambat atau tidak berpeluang langsung menimang cahayamata... semuanya ada hikmahnya tapi itulah.. manusia... bila dah lama menanti tapi tak jugak dapat perasaan sedih dan rendah diri tu tetap hadir apatah lagi bila bab itu terus diajukan oleh keluarga dan rakan-rakan... mudah-mudahan Allah terus bekalkan ketabahan dalam melalui mehnah ini... :bunga:


:bunga: setuju...


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 14:18


Alhamdulillah...terima kasih dengan info yang sangat bermakna ni ye...


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 18:44


Pada 01-06-10 00:34 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!



tak boleh kata begitu... :jangan:

setiap orang dah ditentukan REZEKInya..

ada yang merancang, dan dapat seperti yang dirancangkan. ada yang tak merancang, tapi hingga ke akhir hayat tak dapat dapat. ada pula dok 'elak' tapi tak abih2 lah melekat(mengandung)

setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-06-10 18:36


Pada 02-06-10 18:44 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-06-10 00:34 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!



tak boleh kata begitu... :jangan:

setiap orang dah ditentukan REZEKInya..

ada yang merancang, dan dapat seperti yang dirancangkan. ada yang tak merancang, tapi hingga ke akhir hayat tak dapat dapat. ada pula dok 'elak' tapi tak abih2 lah melekat(mengandung)

setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya

second that


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-06-10 06:23


Pada 02-06-10 13:40 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-06-10 21:59 , humairatulhusna posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-06-10 00:34 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Boleh ke dah kahwin merancang kehamilan? Betulkah sunatullah siapa yang rancang kehamilan ini ALLAH memang tarik terus rezeki zuriat ini.

Agaka ramai kawan-kawan yang sudah berumhatangga namun belum ada cahaya mata. Kebetulan alasan mereka sama, bermula dengan peracangan di awal perkahwinan dan setelah 2-3 tahun berkahwin bila masa kepingin anak, maka tidak dapat.


Assalamualaikum
emm bagi ana... memang agak rugi kalau kita merancang khamilan.. takut kang terus tak dapat.. tapi tak tau lah.. kerana setiap org ada alasan tersendiri... mungkin sesuatu yang tak boleh dielakkan seperti masalah kesihatan yang tak mengizinkan hamil lagi atau tuntutan kerja yang terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk beroleh cahaya mata...

tapi kita semua kena percaya bahawa anak itu rezeki dr Allah.. hanya dia yang berhak menentukan kita cepat, lambat atau tidak berpeluang langsung menimang cahayamata... semuanya ada hikmahnya tapi itulah.. manusia... bila dah lama menanti tapi tak jugak dapat perasaan sedih dan rendah diri tu tetap hadir apatah lagi bila bab itu terus diajukan oleh keluarga dan rakan-rakan... mudah-mudahan Allah terus bekalkan ketabahan dalam melalui mehnah ini... :bunga:


:bunga: setuju...



Thanks for the info..

Tapi mungkin mengikut situasi..jika pengantin terdiri dr golongan pelajar..kadang-kadang mereka ingin merancang terdahulu supaya masa lebih focus pada study..

Tapi pada yang telah berkerja maybe ada terus yang tak sabar nak menimbang cahaya mata..

Di akhir zaman ini, Ada pendapat mengatakan elok menjaga kualiti daripada kuantiti..tapi ianya bercanggah dengan hadis Nabi dimana Nabi berbangga dengan umatnya yang ramai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096935 saat. Lajunya....