Oleh |
Fitnah Petunjuk Istikharah |
chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.01.2010 Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana
|
Posting pada: 24-05-10 20:30
“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?” Sepucuk emel dihantar kepada saya. Beristighfar dan mengurut dada. Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi. Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam. Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu? di ambil dari ( http://saifulislam.com) ----------------- PRaiSe To YoU, JuST FoR You, ALLAH....
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 24-05-10 21:28
erm..nak boncang pasal istikharah ke atau pasal curang tu? erm.. pada saya... sukar untuk saya tentukan bila lah masanya kita dapat signal dr istikharah kita..macam tak sedar..atau tak tau pun...lantas akhirnya kita buat keputusan sendiri yang tak berapa nak pasti Kalau ia benar-benar dr allah... pasal yang curang tu... susah lah...boleh jadi itu alasan dia..tapi Kalau betul pun, dia kena buktikan mana dan siapa individu tu before putuskan hubungan...takut kelak ada kesesalan..kan? ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
znia80
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2010 Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang
|
Posting pada: 25-05-10 16:38
istikharah bukan hanya dibuat sekali, malah ia perlu dilakukan berkali-kali, kadang-kadang oleh kerana kita terlalu inginkan sesuatu ia boleh juga hadir dalam mimpi, bagi saya istikharah penting juga dalam membuat sesuatu keputusan, kita buat perancangan, Allah juga buat perancangan, perancangan Allah swt adalah yang terbaik, pohonla padanya,
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 31-05-10 13:50
Pada 25-05-10 16:38 , znia80 posting:!!! QUOTE !!! istikharah bukan hanya dibuat sekali, malah ia perlu dilakukan berkali-kali, kadang-kadang oleh kerana kita terlalu inginkan sesuatu ia boleh juga hadir dalam mimpi, bagi saya istikharah penting juga dalam membuat sesuatu keputusan,
kita buat perancangan, Allah juga buat perancangan, perancangan Allah swt adalah yang terbaik, pohonla padanya, ya betul..no bias.... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
mohdazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2010 Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor
|
Posting pada: 31-05-10 15:59
BERIMAN LAH DENGAN QADA DAN QADAR ALLAH S.W.T INSYAALLAH HATI TENANG,HATI KITA JADI GUNDAH KERANA KEHENDAK KITA BERLAWANAN DENGAN KEHENDAK ALLAH.S.W.T,JOM BELAJAR PATUH PADA KEHENDAK ALLAH.S.W.T ----------------- http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com
|
didad
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang
|
Posting pada: 02-06-10 15:28
pada saya ada beberapa soalan yang perlu kita sendiri jawab sebelum solat istikharah... 1)adakah perlu istikharah jika kita sendiri berkehendakkan seseorang itu?adakah kita istikharah supaya Allah tunjukkan bawa dia yang terbaik untuk kita...? 2)adakah kita perlu istikharah semata-mata untuk menjaga hati orang tua yang memilih calon untuk kita? saya akan istikharah jika sesuatu perkara itu sama berat...dan saya tak mampu buat keputusan selain istikharah pada Allah...
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 02-06-10 18:28
Pada 02-06-10 15:28 , didad posting:!!! QUOTE !!! pada saya ada beberapa soalan yang perlu kita sendiri jawab sebelum solat istikharah...
1)adakah perlu istikharah jika kita sendiri berkehendakkan seseorang itu?adakah kita istikharah supaya Allah tunjukkan bawa dia yang terbaik untuk kita...?
2)adakah kita perlu istikharah semata-mata untuk menjaga hati orang tua yang memilih calon untuk kita?
saya akan istikharah jika sesuatu perkara itu sama berat...dan saya tak mampu buat keputusan selain istikharah pada Allah... Bismillah Salam Antum boleh klik disini, JAWAPAN ISTIKHARAH YANG TEPAT & SENANG lebih jelas rasanya..disana ada dibincangkan. Semoga membantu.
|