Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 109
Ahli: 0
Jumlah: 109

  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Poligami: Bung dipenjara, Zizie didenda

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Poligami: Bung dipenjara, Zizie didenda

Please Mendaftar To Post

Oleh Poligami: Bung dipenjara, Zizie didenda

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 20-05-10 14:41

Poligami: Bung dipenjara, Zizie didenda
    Salhan K Ahmad
Mei 19, 10
10:04am     
Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Jurun
ikah bagi perkahwinan itu pula, Ahmad Shahazami, yang juga abang kepada Zizie dihukum denda RM1,000 bagi kesalahan itu.

Dua orang adiknya, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam juga masing-masing didenda RM1,000 kerana bersubahat atas kesalahan itu.

Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki itu juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar -- Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.

Mohon tangguh hukuman

Semua tertuduh memfailkan permohonan untuk menangguhkan hukuman melalui peguam Amli Embong.

Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam pada itu berkata, penghakiman hari ini dibuat dengan mengambil kira hujah mitigasi daripada peguam dan juga pendakwa.

B
agaimanapun, mahkamah bersetuju dengan pandangan supaya hukuman dibuat dengan mengambil kira kedudukan Bung Moktar dan Zizie sebagai tokoh yang dikenali masyarakat.

Tambahnya, hukuman yang dikenakan kepada wali dan saksi itu juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai peraturan perkahwinan.

Katanya, hukuman juga diberikan dengan setimpal dan seadilnya memandangkan perkahwinan itu didaftarkan secara tidak sah.

"Jika wali dan saksi tidak mengikut peraturan, boleh dianggap menjalankan pernikahan sindiket," katanya.

Tambahnya, pembelaan juga gagal membuktikan sama ada perkahwinan kedua Bung Moktar merupakan sesuatu yang patut dan perlu.

Katanya lagi, hukuman di mahkamah syariah perlu dinaikkan, memandangkan had hukuman denda maksimum sebanyak RM1,000 menyebabkab masyarakat tidak menghormati undang-undang syariah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan Bung Moktar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya itu.

Awal pagi tadi, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir untuk mengikuti perbicaraan itu turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.

Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 20-05-10 14:41

Apa kata kita melihat perkara ini dengan kacamata Islam. Adakah ia sepatutnya terjadi begini?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 20-05-10 14:54

bukan ke kalau ikut islam tak perlu signature 1st wife?
maksudnya.. lelaki boleh saja kahwin yang kedua sama ada terang terangan atau sorok2 tanpa perlu minta izin.. betul tak?
:)

maksudnya, tak perlu dihukum hatta sesen pun .. betul tak?

-----------------
the key is ignorance to negativity..

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 20-05-10 14:55

Pada 20-05-10 14:41 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Apa kata kita melihat perkara ini dengan kacamata Islam. Adakah ia sepatutnya terjadi begini?

tidak sama sekali......

berzina dan pelacuran 'dibenarkan'....pelbagai program yang menggalakkan maksiat ini tumbuh macam cendawan kat negara kita....

berkahwin dan poligami disusahkan.....disekat dengan peraturan buatan manusia yang tak merujuk kitab Allah.....

!!! QUOTE !!!

Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki itu juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran.

kita pernah dengar tak org ditangkap kerana bersubahat membantu perzinaan atau bersekedudukan laki perempuan ??....rasanya tak pernah dengar...

betolkan saya jika saya silap....... pada saya mahkamah syariah seperti 'salah berfungsi'......

poligami ?...... apa yang perlu diperjelaskan tentang poligami ???..... dengan tindakan ini, apa yang dapat dididik masyarakat dan difahamkan kepada mereka kedududkan poligami dalam Islam ??

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 20-05-10 15:05

!!! QUOTE !!!

bukan ke kalau ikut islam tak perlu signature 1st wife?
maksudnya.. lelaki boleh saja kahwin yang kedua sama ada terang terangan atau sorok2 tanpa perlu minta izin.. betul tak?

betul eni...cuma ada perinciannya....

hukum perkahwinan dalam Islam mengambil kira keadilan untuk kedua pihak. Diberi 'hak' lelaki untuk berpoligami tanpa menafikan 'hak' wanita untuk tidak sanggup dipoligami......jika bertembung keduanya, kemudian mengambil jalan dengan merujuk pada apa yang diperuntukkan dalam al quran, maka akan berjumpa titik penyelesaian antara keduanya...

saya teringin sangat meluah rasa dan kefahaman saya tentang poligami.....terutama dengan sesama wanita ini......InsyaAllah saya kembali lagi... :D

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 20-05-10 15:27

Assalamualaikum

agaknya apa rujukan mahkamah syariah ni sekarang...??? kalau bukan syariat Islam semata-mata...

Bookmark and Share

  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 20-05-10 20:41

Pada 20-05-10 14:54 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

bukan ke kalau ikut islam tak perlu signature 1st wife?
maksudnya.. lelaki boleh saja kahwin yang kedua sama ada terang terangan atau sorok2 tanpa perlu minta izin.. betul tak?
:)

maksudnya, tak perlu dihukum hatta sesen pun .. betul tak?

salam...memang islam tak menggariskan suami perlu signature previous wife untuk kawin satu lagi..kalau perkahwinan seorang lelaki menyebabkan dharar syarie shingga mengganggu emosi seorang isteri yang sblumnya ini,perkahwinan tu tak diharuskan pun..perlu ada alasan yang kukuh untuk berkahwin lain..

kata syeikh muhammad abduh dalam berpoligami:

1. lelaki yakin dapat berlaku adil antara isteri2

2. berikan nafkah zahir dan batin scukupnya untuk isteri dan juga anak-anak

3. perkahwinan baru tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan.

ini tidak, kalau isteri muda saja yang diusung setiap hari,bermakna lelaki itu bukanlah adil..jadi lebih baik elak poligami daripada disoal tentang keadilan lelaki di akhirat kelak..islam tidak mewajibkan poligami kerana bukan semua lelaki itu adil... =)

Bookmark and Share

  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 20-05-10 21:39

Betul pandangan syeikh muhamamad itu, namun tajuk disini adakah perlu perkara ini sampai kepada hukuman...

Jika tidak mampu, itu urusan mereka dengan tanggungjawap mereka, tapi yang halal jangan disusahkan dan yang haram jangan disenangkan..

-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 20-05-10 22:14

Dari http://www.angelfire.com/mac2/polygyny/

Antara Sebab Berkahwin Di Siam

Menurut Pendaftar Nikah Luar Negara Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand, Ishak Mohd, banyak sebab mengapa ramai pasangan Malaysia bernikah di Narathiwat. Antaranya:

1. Ingin berpoligami. Tidak dinafikan, ramai lelaki yang ingin berpoligami memilih bernikah di Narathiwat kerana mereka tidak perlu menyertakan keizinan daripada isteri pertama.
2. Tentangan keluarga. Ramai juga daripada kalangan pasangan yang bernikah di Narathiwat kerana mendapat halangan daripada keluarga masing-masing. Ada disebabkan kedudukan, fahaman politik kedua-dua keluarga ataupun kerana perbezaan umur.
3. Kelulusan lambat dan kos guaman tinggi. Jika pasangan ingin berkahwin di Malaysia (terutama yang ingin berpoligami), mereka terpaksa menunggu agak lama sehingga kelulusan diberikan pejabat agama. Antara kelulusan yang diperlukan supaya pernikahan dapat disegerakan termasuklah keizinan daripada isteri tua. Pasangan terpaksa melalui proses perbicaraan guaman yang remeh dan kos guaman yang tinggi. Rata-rata ada antara pasangan yang terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan kelulusan Mahkamah Rendah Syariah. Sekiranya isteri tua membuat rayuan, kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah yang mungkin mengambil masa lebih 2 tahun! Mereka juga terpaksa membelanjakan kos guaman yang tinggi, sekurang-kurangnya RM5500 sehingga RM10,000 untuk setiap kes. (Rujukan: Noorafizah Abdul Aziz & Associates, Tel: 03-4251 0711)
4. Berkahwin dengan wanita tempatan. Ramai juga lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita tempatan (warga Thailand).
5. Terlanjur dan hamil. Bagi mengelakkan keluarga mendapat tahu si wanita sudah hamil disebabkan terlanjur dengan teman lelaki, mereka mengambil keputusan berkahwin di Narathiwat. Jika si wanita bersalin dalam tempoh 4 bulan usia pernikahan, barulah anak itu dianggap anak luar nikah.
6. Belanja kahwin mahal. Tidak dinafikan, belanja perkahwinan yang semakin meningkat menyebabkan pasangan memilih untuk bernikah di sempadan. Kata Ishak, mereka tidak menetapkan kadar bayaran mas kahwin, terpulang kepada kemampuan si lelaki. yang wajib hanya RM300 sebagai yuran proses pernikahan.
7. Sembunyi demi kerjaya. Dikhabarkan juga, ada berkahwin di Narathiwat kerana si lelaki anggota polis atau tentera. Mengikut peraturan, anggota polis atau tentera, tidak dibenarkan berpoligami.

"Tanggungjawab kami menikahkan mereka agar penzinaan mereka tidak berterusan, juga untuk melindungi hak bayi yang dikandung." Ishak menjelaskan, sekiranya wanita itu bersalin selepas enam bulan dari tarikh pernikahannya, maka bayi itu bukan dianggap anak luar nikah dan berhak menerima haknya (wasiat dan dibin atau dibintikan kepada bayi itu).

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

hidayattullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.12.2009
Ahli No: 38772
Posting: 33

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-05-10 23:04

semua ni agenda2 nak mencalarkan imej Islam dan syari'atnya....
Ada pengajaran, jadikan pedoman....

Bookmark and Share

  Member Information For hidayattullahProfil   Hantar PM kepada hidayattullah   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 21-05-10 07:19

Salam

Walauapapun, semuanya mestilah, malah wajib berlandaskan syariat islam sama ada Al Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas..Ya akhi, tanyalah pada yang pakar dan ahlinya sebelum jatuhkan hukum.

-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***

Bookmark and Share

  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 21-05-10 07:23

Sesungguhnya hukum yang telah ditetapkan dan digariskan oleh Allahurabbi adalah yang terbaik dan wajib bagi setiap muslim dan mukmin untuk percaya dan yakin serta tidak meremeh-remehkan atau menidakkannya.

-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***

Bookmark and Share

  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 21-05-10 10:05

Semua Enakmen Agama Islam Negeri2 di Malaysia memperuntukan prosedur poligami yang sebegini kecuali Perlis. Ia adalah perlaksanaan hukum Islam tetapi disesuaikan dengan konteks idealogi kapitalisme, yang hakikatnya bertentangan dengan hukum Islam. Sebenarnya, banyak lagi hukum Islam yang dilaksanakan mengikut hukum sekular kapitalisme.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-05-10 12:47

!!! QUOTE !!!

"Tanggungjawab kami menikahkan mereka agar penzinaan mereka tidak berterusan, juga untuk melindungi hak bayi yang dikandung." Ishak menjelaskan, sekiranya wanita itu bersalin selepas enam bulan dari tarikh pernikahannya, maka bayi itu bukan dianggap anak luar nikah dan berhak menerima haknya (wasiat dan dibin atau dibintikan kepada bayi itu).

ini pengetahuan baru dan agak asing bagi saya.....sebelum ini saya berpandangan bahawa semua kehamilan dari persetubuhan haram adalah anak zina dan tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menghamilkan wanita berkenaan sekalipun mereka mengambil keputusan berkahwin selepas wanita disahkan hamil....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-05-10 13:18

Pada 20-05-10 20:41 , faithfuller posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-05-10 14:54 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

bukan ke kalau ikut islam tak perlu signature 1st wife?
maksudnya.. lelaki boleh saja kahwin yang kedua sama ada terang terangan atau sorok2 tanpa perlu minta izin.. betul tak?
:)

maksudnya, tak perlu dihukum hatta sesen pun .. betul tak?

salam...memang islam tak menggariskan suami perlu signature previous wife untuk kawin satu lagi..kalau perkahwinan seorang lelaki menyebabkan dharar syarie shingga mengganggu emosi seorang isteri yang sblumnya ini,perkahwinan tu tak diharuskan pun..perlu ada alasan yang kukuh untuk berkahwin lain..

kata syeikh muhammad abduh dalam berpoligami:

1. lelaki yakin dapat berlaku adil antara isteri2

2. berikan nafkah zahir dan batin scukupnya untuk isteri dan juga anak-anak

3. perkahwinan baru tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan.

ini tidak, kalau isteri muda saja yang diusung setiap hari,bermakna lelaki itu bukanlah adil..jadi lebih baik elak poligami daripada disoal tentang keadilan lelaki di akhirat kelak..islam tidak mewajibkan poligami kerana bukan semua lelaki itu adil... =)

Poligami adalah peraturan untuk menghadapi dharurat dan bukanlah perkara pokok dalam islam. yang dituntut dalam perkahwinan poligami ialah keadilan dan kesaksamaan dan ini adalah perkara yang sukar dilaksanakan. Bedasarkan hakikat ini maka perkahwinan yang pokok dalam islam ialah kawin seorang, tapi di sana terdapat pula kes2 perkahwinan seorang mengakibatkan 'kezaliman' bukan keadilan.....maka islam tetap halalkan poligami bagi memenuhi tuntutan dharurat itu. Islam sedar bahawa keadilan yang mutlak kepada melayani isteri yang berbilang tidak mungkin 100% terlaksana namun Islam halalkan juga poligami untuk mencegah akibat buruk dari perkahwinan tunggal.

contohnya situasi yang menuntut kepada poligami :

1) kesan selepas perang yang mengorbankan ramai pemuda dan meninggalkan isteri2 atau wanita sehingga hilang keseimbangan masyarakat. Adanya wanita tanpa suami yang melebihi bilangan lelaki sedang kehidupan harus diteruskan dan kebutuhan mereka untuk hidup berpasangan termasuk berkelamin tetap tidak dinafikan. maka di sini lelaki berkemampuan perlu tanpil membela wanita ini sebelum lebih banyak kerosakan akhlak muncul akibat keinginan wanita terhadap lelaki tidak dipenuhi dengan jalan yang wajar yakni perkahwinan.

2) Keinginan wanita yang semulajadi kepada anak. Sekalipun keinginan memiliki anak juga menjadi keinginan lelaki, tapi keinginan itu lebih mendalam kepada wanita dengan sifat2 fitrah mengasuh dan menjaga anak-anak yang dimiliki. Wanita lebih menikmati kewanitaannya dengan mengandung, melahirkan dan menjaga anak-anak....maka di sini dibuka laluan untuk wanita-wanita 'mensyarikati' suami dengan cara terus terang degn restu undang-undang.

3) suami memiliki tenaga seks luarbiasa yang tidak mampu ditampung oleh isteri yang tunggal ,dan isteri itu tiada pilihan lain kecuali berkongsi memenuhi tugas tersebut bersama wanita lain. Adalah tidak diterima agama untuk sisuami memenuhi kepuasan dengan cara sulit dan haram maka poligami adalah penyelesaian untuk menyelamatkan suami serta mengurangkan bebanan si isteri.

4) kes2 pribadi seperti kemandulan isteri sedang memiliki zuriat adalah antara hasrat terjadinya perkahwinan lelaki dan wanita. Sekalipun takdir kemandulan tidak boleh disalahkan pada pihak perempuan, tetapi adalah tidak adil menafikan hak lelaki untuk memperolehi anak dengan benihnya. maka di sini poligami menjadi penyelesaian.

5) penyakit dipihak isteri, yang menghalang suami mendapatkan kenikmatan dari isteri dan menjadi halangan juga si isteri menyempurnakan tugas rumahtangganya yang lain. Sekiranya suami berkesanggupan menahan nafsu demi menjaga perasaan isteri , itu merupakan sifat yang budiman....tetapi jika suami meminta hak ini untuk dipenuhi wanita lain dengan poligami, isteri wajib tidak menghalang.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-05-10 13:29

!!! QUOTE !!!

Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

secara pribadi saya mempertikaikan hukuman yang dikenakan......

perkahwinan itu tidak dirahsiakan dan menjadi berita umum.....kedua pihak dikenali dan diketahui status mereka. Sepatutnya berbalik kepada tujuan 'permohonan kebenaran poligami' itu diadakan. Sekalipun tanpa permohonan, jika tidak timbul apa-apa kesulitan atau penganiayaan mana-mana pihak, cukup sekadar dinasihatkan supaya mendaftar perkahwinan atau apa-apa nasihat yang selayaknya....h.denda ini akan menyulitkan pasangan yang dah sah berkhwin dan memalukan mereka semata-mata......mmm ini yang saya tak faham,...sesiapa ada pandangan ??

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

nor_207
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.01.2010
Ahli No: 39013
Posting: 36
Dari: Selangor

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-05-10 20:49

Poligami itu penyelamat jika dilakukan dengan mengikut matlamat dan cara yang telah disyariatkan. Namun, poligami itu boleh jadi pemusnah institusi keluarga jika matlamat dan caranya salah. Semoga kita mengambil pengajaran.

Sedikit komen tentang isu ni, peraturan yang ditetapkan oleh undang-undanh hari ni menampakkan seolah-olah poligami itu sangat susah. Bila susah tu yang buat orang kahwin kat Siam

-----------------
Ya Allah, bantulah aku untuk redha dengan apa yang belum Engkau tentukan untukku dan jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas nikmat-Mu

Bookmark and Share

  Member Information For nor_207Profil   Hantar PM kepada nor_207   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 22-05-10 07:53

Pada 20-05-10 20:41 , faithfuller posting:

!!! QUOTE !!!

kata syeikh muhammad abduh dalam berpoligami:

1. lelaki yakin dapat berlaku adil antara isteri2

2. berikan nafkah zahir dan batin scukupnya untuk isteri dan juga anak-anak

3. perkahwinan baru tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Syeikh Muhammad Abduh memang terkenal dengan pandangannya yang menyempitkan poligami.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 19:58

Konsep nikmat dunia diutamakan, akhirat dibelakangkan. Itulah manusia..

Nauzubilillah

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 22-05-10 20:24

bagi aku, memang patut kena dapatkan tandatangan isteri pertama untuk berkahwin walaupun tak terdapat dalam undang-undang islam. sekurang2nya dengan cara tu dapat mengelakkan kahwin tanpa di ketahui dan juga dapat mengelakkan perkahwinan antara adik beradik suatu hari nanti. tapi dr segi hukuman yang di kenakan tu agak keterlaluan. org yang berzina pun tak dikenakan hukuman yang berat, ini yang berkahwin pula kena hukuman yang agak berat....

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 20:36

saya libas jejauh dulu perihal POLITIK NEnGARut dalam jawapan saya ni

poligami kan tak salah dalam ISLAM.... cuma bilamana keadilan antara pasangan tu tak dituruti, gunakan lah cara dendaan yang lain lebih sesuai selain penjara ni.

yang kawin ramai di tekan-tekan.. akui ramai yang tak adil, yang tak mengikut aturan poligami betul lah penyebab hukuman sedemikian dibuat. tapi... bab-bab lain tidak lah pulak berkeras gini... contoh, bunuh terus yang bersekedudukan ke.... dll.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 21:22

!!! QUOTE !!!

poligami kan tak salah dalam ISLAM.... cuma bilamana keadilan antara pasangan tu tak dituruti, gunakan lah cara dendaan yang lain lebih sesuai selain penjara ni.

bung mokhtar dipenjara ni bukan atas tuduhan tidak berlaku adil pada kedua-dua isterinya, tapi sebab dia ni kawin dengan isteri kedua tanpa kebenaran undang-undang. yakni tidak buat permohonan.....

saya pun kurang setuju dengan hukuman penjara, ....berat sangat, sedang kesalahan tidaklah seteruk mereka melakukan kesalahan menghindari perkahwinan sebaliknya memilih bersekedudukan secara haram

.....jika pihak mahkamah dapat buktikan perkahwinan tersebut sah di sudut syarak, patut jangan lah denda seberat itu pada mereka......dendaan bayaran mungkin munasabah untuk si suami, mengapa mengheret isteri sekali ???...yang lebih patut bertanggungjawab atas kesalahan tersebut adalah si suami....entah lah....

rasanya peruntukan peraturan poligami di negara kita ni patut dikaji semula....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 22-05-10 21:25

POLIGAMI YANG SAH DIHUKUM, JUDI YANG HARAM DIBENAR
shoutun nahdhah 220 : www.mykhilafah.com

Kerajaan 1Malaysia sehingga kini masih memekakkan telinga dan menutup sebelah mata akan bantahan rakyat Malaysia terhadap kebenaran (lesen) judi yang mereka keluarkan kepada Berjaya Group sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung nanti. Di sebalik dakwaan Najib bahawa konsep 1Malaysia-nya selari dengan Islam, namun apa yang kita dapat saksikan adalah pemerintahan Najib semakin hari semakin dipenuhi maksiat. Judi yang Allah sifatkan sebagai rijsun (najis) kini terlihat jelas memenuhi wajah pemimpin Malaysia. Inilah ‘hadiah’ dari sistem demokrasi kepada rakyat Malaysia di mana mengikut demokrasi, pihak yang berkuasa (kerajaan) adalah pihak yang berhak membuat undang-undang. Kerajaan secara kolektif, dan para menteri secara individu memiliki kuasa penuh untuk membuat undang-undang mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada mereka di bawah hukum demokrasi.
‘Kuasa’ mereka ini sungguh hebat di mana ia boleh mengatasi kuasa Allah SWT!!! Mereka boleh menghalalkan apa sahaja yang Allah telah haramkan! Dalam perkembangan lain, tetapi berkaitan, rakyat Malaysia telah ‘dihiburkan’ dengan satu lagi drama demokrasi di mana ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar, 51, dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Mei lepas atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Isterinya, pelakon Zizie Izette, 32, mengaku bersalah atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran mahkamah manakala tiga iparnya dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dan kesemua mereka didenda RM1,000, gagal bayar, enam bulan penjara. Di luar mahkamah, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita berkumpul bagi membantah salah laku Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Kumpulan yang terdiri daripada gabungan tujuh NGO itu diketuai Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor, Maria Chin Abdullah turut mendesak Bung Mokhtar untuk meletak jawatan .

Begitulah hakikat demokrasi di mana poligami yang sah di sisi Islam telah dijadikan satu kesalahan dan mesti dihukum jika dilakukan tanpa izin mahkamah. Manakala judi yang jelas-jelas haram di sisi Islam, dibolehkan, dibenarkan dan dihalalkan. Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, kita tidak tahu lagi sejauh mana kes ini akan berlarutan kerana peguam Bung dikatakan sedang menyiapkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Bung Moktar bukanlah calang-calang orang, dia orang kuat UMNO dan seorang ahli Parlimen yang terkenal. Kebiasaannya, orang kuat UMNO mempunyai ‘imuniti’ yang kuat dari undang-undang, jika mereka tidak menjadi kambing hitam. Inilah sketsa dalam panggung demokrasi di mana segala undang-undang dibuat oleh manusia dengan mengetepikan segala undang-undang Allah. Bung kini sedang ‘merasakan’ sedikit penangan undang-undang kufur yang digubal oleh tangan-tangan manusia, termasuklah dirinya sendiri sebagai salah seorang penggubal undang-undang. Kita semua tahu bahawa mengikut undang-undang Islam, poligami langsung tidak memerlukan izin mahkamah, namun mengikut undang-undang demokrasi, izin mahkamah diperlukan, jika tidak, maka akan didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali! NGO wanita yang telah dicemari dengan kebusukan demokrasi tidak berpuas hati dengan Bung Moktar dan menuntut beliau meletak jawatan, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menunjukkan bantahan mereka kepada kerajaan Najib yang telah menghalalkan judi seterusnya menuntut Najib untuk meletak jawatan! Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin terus memperkatakan isu ini, namun ingin memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang poligami yang sering disalahfahami dan dijadikan isu perjuangan yang salah oleh sesetengah golongan.

Hukum Poligami Mubah, Keadilan Bukan Syarat

Allah SWT telah berfirman di dalam KitabNya yang mulia,

“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua-dua, tiga-tiga atau empat-empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” .

Ayat ini diturunkan kepada Nabi SAW pada tahun ke-8 Hijriah. Ramai orang sekarang salah faham bahawa ‘hukum asal’ kahwin di dalam Islam adalah seorang sahaja, lalu ayat ini turun dan membenarkan orang Islam (lelaki) untuk kahwin lebih dari seorang, sehingga (maksima) empat. Walhal sesungguhnya ayat ini diturunkan untuk ‘membatasi’ jumlah isteri pada batas maksima empat orang sahaja di mana sebelum ayat ini diturunkan, jumlah isteri bagi seorang lelaki tidak ada batasannya. Siapa sahaja yang meneliti dan memahami ayat ini dengan benar, akan nampak jelas bahawa ayat ini diturunkan untuk ‘mengehadkan’ jumlah isteri sehingga kepada empat orang sahaja, tidak boleh lebih dari itu seperti sebelumnya. Dengan pemahaman yang benar mengenai ayat ini, seseorang akan memahami bahawa Allah sesungguhnya menghendaki bahawa bilangan isteri bagi seseorang lelaki dikecilkan atau dikurangkan, bukannya ditambah atau diperbanyakkan. Justeru, pemahaman sesetengah orang bahawa Islam datang dan membenarkan bilangan isteri ditambah (dari satu menjadi empat), adalah salah dan keliru. Sebaliknya Islam datang mengehadkan bilangan wanita yang boleh dikahwini oleh seorang lelaki (dari tidak terbatas menjadi empat).

Di dalam ayat ini, bilangan matsna wa tsulasa wa ruba’ (dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat) disebut secara sepadan dan berulang, yang membawa maksud ‘kahwinilah oleh kamu wanita-wanita yang baik-baik yang telah dibatasi dengan jumlah ini, dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat’. Seruan ayat ini ditujukan kepada manusia secara keseluruhan (al-khithab li al-jami’). Kerana itu, pengulangan itu harus dilakukan agar seruan itu mengena kepada setiap orang yang hendak menikahi beberapa wanita yang diinginkannya, dengan syarat, jumlah wanita yang hendak dinikahinya itu dibatasi dengan hitungan ini (tidak boleh lebih dari empat orang). Hal itu seperti ketika kita berkata kepada sekelompok orang, ‘Bahagilah oleh kamu harta ini’ dan sebagai contoh, jumlah harta itu adalah sebanyak 1000 dinar. Kemudian kita mengatakan, ‘Bahagilah oleh kamu harta 1000 dinar ini sebanyak dua dinar-dua dinar, tiga dinar-tiga dinar atau empat dinar-empat dinar seorang. Pengungkapan dengan bentuk matsna wa tsulasa wa ruba’ di dalam ayat di atas merupakan suatu kemestian sehingga apa yang ingin diungkapkan adalah berupa ‘jumlah /bilangan tertentu’ yang terkena bagi setiap orang. Manakala firman Allah “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja” maknanya, ‘jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil di antara sejumlah wanita tersebut, maka pilihlah seorang wanita sahaja dan tinggalkanlah (keinginan) untuk menghimpun lebih dari seorang wanita’. Hakikatnya, memilih seorang wanita sahaja adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Kerana itu, frasa ‘adna alla ta’ulu’ membawa maksud lebih dekat kepada kamu tidak berbuat aniaya, kerana lafaz al-’aul maknanya adalah al-jur (aniaya). Aisyah ra menuturkan dari Nabi SAW,

“Agar kamu tidak berbuat aniaya, yakni agar kamu tidak berlaku zalim (tidak adil)” .

Kebenaran berpoligami amat jelas di dalam ayat al-Quran di atas dan Allah SWT membatasi jumlah isteri bagi sang suami kepada empat. Akan tetapi, ayat tersebut juga memerintahkan agar seorang suami yang berpoligami berlaku adil di antara isteri-isterinya. Ayat tersebut menganjurkan untuk membatasi dengan seorang isteri sahaja, dalam keadaan takut tidak dapat berlaku adil. Ini adalah kerana, membatasi dengan seorang isteri sahaja dalam keadaan ini merupakan tindakan yang lebih dekat kepada tidak berbuat zalim. Sikap semacam ini harus dimiliki oleh setiap Muslim. Cuma, wajib difahami bahawa keadilan di sini bukanlah ‘syarat’ bagi ‘boleh’nya seseorang itu berpoligami, tetapi keadilan itu hanya merupakan ‘hukum’ bagi keadaan seorang laki-laki yang menikahi lebih dari seorang wanita. Maksudnya, wajib bagi seorang lelaki bersikap adil apabila ia berpoligami. Dan ayat ini juga merupakan dorongan untuk lelaki membatasi baginya seorang isteri sahaja dalam keadaan dia takut tidak dapat berlaku adil.

Dalam hal ini, makna kalimat dalam ayat tersebut telah pun sempurna pada firman Allah SWT, “Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua-dua, tiga-tiga atau empat-empat”. Ini bermakna, dengan ayat ini telah ada izin untuk berpoligami dengan bilangan yang disebutkan dan kalimat ini berhenti di situ. Kemudian, ia disambung dengan kalimat yang lain dan ungkapan yang lain pula pada firman Allah, “nothing in khiftum...” (Kemudian, jika kamu takut ...); kalimat ini tidak berada dalam kedudukan sebagai ‘syarat’, kerana ia tidak bersambung dengan kalimat pertama dengan hubungan syarat. Akan tetapi, kalimat tersebut merupakan kalimat selanjutnya yang baru. Ia akan menjadi syarat jika ayat tersebut berbunyi, “fankihu ma thaba lakum min an-nisa’ matsna wa tsulatsa wa ruba’a in adaltum” (maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua-dua, tiga-tiga atau empat-empat jika kamu adil). Akan tetapi, ayat tersebut bukanlah sebegitu sehingga boleh dipastikan bahawa keadilan bukanlah ‘syarat’ untuk berpoligami. ‘Keadilan’ merupakan hukum lain yang berbeza dengan hukum yang pertama, yang (keadilan itu) wajib ke atas seorang suami setelah dia berpoligami. Hukum pertama membolehkan poligami secara mutlak (tanpa syarat) sampai batas maksima empat orang isteri. Setelah itu, datang hukum lain, iaitu bahawa yang lebih utama adalah membatasi satu orang isteri sahaja, jika seorang Muslim itu memandang bahawa berpoligami akan menjadikannya tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isterinya. Dan jika dia tetap berpoligami, maka terdapat pula hukum baru ke atasnya yakni dia wajib berlaku adil. Itulah pengertian ayat di atas.

Maksud “Adil”

Adapun ‘keadilan’ yang dituntut ke atas seorang suami terhadap isteri-isterinya (jika dia berpoligami), itu bukanlah keadilan secara mutlak (dalam segala hal). Keadilan di sini bermaksud berlaku adil terhadap isteri-isteri dalam batas kemampuannya sebagai seorang manusia untuk merealisasikannya. Ini adalah kerana, Allah SWT sendiri tidak membebani manusia kecuali dalam batas-batas kemampuannya, sebagaimana firmanNya,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya” .

Perlu difahami bahawa kalimah ta’dilu (adil) dalam surah 4:3 adalah berbentuk umum yang mencakup setiap bentuk keadilan. Akan tetapi, kata yang bersifat umum ini kemudian di-takhsis (dikhususkan) oleh ayat lain (iaitu) hanya dalam sesuatu yang mampu direalisasikan oleh manusia. Firman Allah,

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkontang-kanting” .

Allah SWT telah menjelaskan di dalam ayat ini bahawa mustahil seseorang boleh berbuat adil dan berlaku sama rata di antara isteri-isterinya, sampai tidak ada kecenderungan sama sekali (kepada salah satunya). Kerana itu, Allah mengangkat dari seorang Muslim kewajiban untuk mewujudkan keadilan yang sempurna dan paling tinggi. Keadilan yang dibebankan kepada seorang Muslim tidak lain adalah keadilan yang mampu ia wujudkan, dengan syarat, ia telah mengerahkan segala kemampuan dan kekuatan yang ada padanya. Ini adalah kerana, taklif (pembebanan hukum) di luar batas kemampuan seseorang adalah termasuk suatu kezaliman. Padahal, Maha Suci Allah dari sifat zalim,

“Dan Tuhanmu tidak berbuat zalim kepada seorang juapun” .

Lanjutan dari ini, firman Allah, “Kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)” menjadi penjelas terhadap firmanNya, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil” yang membawa maksud “kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil dalam membahagi cinta dan kasih-sayang”. Mafhumnya adalah, manusia mampu untuk berbuat adil kecuali dalam hal cinta dan kasih sayang. Inilah bentuk keadilan yang diwajibkan di dalam ayat sebelumnya. Oleh yang demikian, keadilan yang dituntut itu dikhususkan dalam hal selain cinta dan kasih sayang. Sebaliknya, cinta/kasih-sayang dan jima’ (persetubuhan) dikecualikan dari kewajiban berlaku adil itu. Kerana itu, dalam dua perkara ini, tidak ada kewajiban untuk berlaku adil sebab manusia sekali-kali tidak akan mampu berlaku adil dalam hal cinta dan kasih sayang. Pengertian semacam ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra di mana ia menuturkan,

“Rasulullah SAW membahagi (giliran di antara isterinya) dan berupaya berlaku adil lalu baginda berkata, ‘Ya Allah, sesungguhnya inilah pembahagianku dalam apa yang aku miliki (kuasai). Maka janganlah Engkau cela aku dalam hal yang Engkau miliki (kuasai) sementara tidak aku miliki (kuasai)” .

Maksud ‘yang dikuasasi Allah dan tidak dikuasai oleh Nabi SAW’ adalah hati beliau.

Sebagai tambahan, diriwayatkan dari Ibn Abbas ra tentang firman Allah SWT, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil” di mana Ibn Abbas ra berkata, “yakni dalam masalah cinta dan persetubuhan”. Dalam ayat di atas, Allah SWT telah memerintahkan untuk menjauhkan diri dari ‘kullu al-mayl’ (terlalu cenderung). Ini bererti, Allah SWT memperbolehkan seseorang suami untuk cenderung terhadap isteri tertentu kerana mafhum dari larangan bersikap terlalu cenderung (kullu al-mayl) adalah, dibolehkan seseorang suami itu untuk cenderung (al-mayl) terhadap isteri tertentu – tetapi tidak sampai terlalu cenderung. Hal ini adalah serupa dengan larangan bersikap boros, sebagaimana firmanNya,

“Dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya” .

Ertinya, boleh menghulurkan tangan (membelanjakan harta) asalkan tidak sampai bersikap boros. Atas dasar ini, Allah SWT telah membenarkan suami untuk bersikap cenderung terhadap sebahagian isterinya. Akan tetapi, Allah melarang kecenderungan itu sampai mencakup segala hal. Namun cenderung yang dibolehkan itu adalah cenderung dalam hal yang berkaitan cinta (kasih-sayang) dan aktiviti seksual. Dengan demikian, pengertian ayat di atas adalah - jauhilah oleh kalian sikap terlalu cenderung, kerana jika kalian terlalu cenderung ia akan menjadikan seorang wanita atau isteri (yang diabaikan) itu terkontang-kanting, iaitu seperti tidak memiliki suami tetapi belum diceraikan (gantung tidak bertali). Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah ra dari Nabi SAW, baginda bersabda,

“Siapa sahaja yang mempunyai dua orang isteri, lalu ia lebih cenderung kepada salah satu dan mengabaikan yang lain, nescaya ia akan datang pada hari Kiamat nanti berjalan sementara salah satu kakinya lumpuh atau pincang” .

Atas dasar ini, keadilan yang diwajibkan atas seorang suami adalah berlaku sama rata di antara isteri-isterinya dalam hal yang ia mampu, seperti menginap di malam hari, dalam hal makanan, pakaian, tempat tinggal, dan lain-lain. Sedangkan, dalam perkara-perkara yang termasuk dalam pengertian ‘kecenderungan’, iaitu masalah cinta dan hasrat seksual, maka tidak diwajibkan keadilan di dalamnya, kerana hal itu memang berada di luar kemampuan manusia, dan hal itu dikecualikan (dari kewajiban berlaku adil) oleh nas Al-Quran .

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Poligami adalah perkara yang diizinkan oleh Allah dengan jelas di dalam kitab suciNya, Al-Qur’anul kareem. Namun di Malaysia, di bawah undang-undang demokrasi melalui sebuah ‘kitab suci’ mereka yang bergelar ‘Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam’, poligami tidak dibolehkan, kecuali dengan izin Mahkamah Syariah!!! Walau tidak ada satu nas pun yang menyekat poligami sebagaimana sekatan yang ada pada hari ini, namun oleh kerana hukum demokrasi yang mereka amalkan itu lebih tinggi dari hukum Allah, maka kita menyaksikan bagaimana perintah dan larangan Allah diperkotak-katikkan dengan begitu mudah oleh mereka yang berkuasa. Mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan dan mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan. Semuanya dilakukan dengan seenaknya oleh mereka yang memegang kekuasaan tanpa rasa bersalah atau berdosa sedikitpun. Mereka beralasan bahawa apa yang mereka lakukan (dengan menggubal undang-undang itu dan ini) adalah untuk pembaikan, walhal sesungguhnya merekalah pelaku kerosakan yang nyata.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi’, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang membuat kebaikan’. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya” .

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 22:29

saya membaca dan agak bermasalah untuk telan kesemuanya...ada sesuatu yang 'tersangkut' dan macam ada tak kena....

di sini bukan isu 'haramkan' poligami...semua org jelas ia 'halal'....

cuma saya berpandangan mahkamah meletakkan peraturan tertentu untuk poligami supaya urusan keharusan berpoligami tidak diambil mudah dan diguna sewenang2nya.... bimbang ada berlaku penipuan, poligami disalahgunakan dan ada pihak yang terainiaya.

ikhlas saya nak tanya, adakah menjadi kesalahan jika mahkamah meletakkan peraturan supaya mendapatkan keizinan serta mesti didalam pengetahuan mahkamah jika seorang lelaki ingin berkahwin lebih dari satu ?

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 23-05-10 13:31

!!! QUOTE !!!

Wahai kaum Muslimin! Poligami adalah perkara yang diizinkan oleh Allah dengan jelas di dalam kitab suciNya, Al-Qur’anul kareem. Namun di Malaysia, di bawah undang-undang demokrasi melalui sebuah ‘kitab suci’ mereka yang bergelar ‘Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam’, poligami tidak dibolehkan, kecuali dengan izin Mahkamah Syariah!!! Walau tidak ada satu nas pun yang menyekat poligami sebagaimana sekatan yang ada pada hari ini, namun oleh kerana hukum demokrasi yang mereka amalkan itu lebih tinggi dari hukum Allah, maka kita menyaksikan bagaimana perintah dan larangan Allah diperkotak-katikkan dengan begitu mudah oleh mereka yang berkuasa. Mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan dan mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan. Semuanya dilakukan dengan seenaknya oleh mereka yang memegang kekuasaan tanpa rasa bersalah atau berdosa sedikitpun. Mereka beralasan bahawa apa yang mereka lakukan (dengan menggubal undang-undang itu dan ini) adalah untuk pembaikan, walhal sesungguhnya merekalah pelaku kerosakan yang nyata.

Sepertinya, problem rumahtangga yakni hal poligami di Malaysia ini telah diselesaikan dengan cara mengubah undang-undang syarak....... mungkin itu yang dimaksudkan oleh artikel di atas....

apabila ada pandangan yang menuntut agar mahkamah mengambil kuasa 'melulus atau menolak' hasrat seseorang untuk berpoligami, maka apakah dengan cara itu ia dikira wajar untuk memberi pembelaan kepada hasrat sepasang wanita dan lelaki yang halal berkahwin dari meneruskan hasrat mereka?...apakah ianya wajar dan dapat mengendurkan keinginan bersungguh2 seorang lelaki untuk berpoligami ?

apakah hak untuk berkahwin lebih dari satu isteri perlu campurtangan mahkamah ?

tanpa kelulusan mahkamah pun perkahwinan boleh diteruskan selagi ia bertepatan dengan kehendak syarak....dan memang akan tetap diteruskan jika kedua pihak begitu menginginkan.....ia masih diterima agama....maka apa perlu mahkamah bertindak pada pasangan yang dah selamat kawin sehingga kepada denda penjara atau bayaran duit ribu ribu ??

hmmm....itu yang nampak tak munasabah 'ulama2 kat mahkamah syariah' ni...wallahualam

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 23-05-10 14:57

Kak, saya rasa akak bertanya kemudian jawab sendiri. :)
Tahniah.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 23-05-10 22:39

Pada 23-05-10 14:57 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Kak, saya rasa akak bertanya kemudian jawab sendiri. :)
Tahniah.

bukanlah.......akak tengah monolog ni .....

tak terjawab lagi monolog akak ni... :cry:

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 09:02

lagi satu..Kenapa kalau nak uruskan perkahwinan di suatu tempat kena ada tempoh bermastautin. macam johor ni kena bermastautin setahun. terpaksalah suami saya dulu balik dari johor ke penang. kat shah alam kena mastautin 6 bulan. nasib saya dah 6 bulan. kalau tak, nampaknya kena balik sabah. tapi akhirnya urus di penang. tapi tak tahulah sangat prosedur dia, mungkin ada alternatif lain.
---opps off topik :p

-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8

Bookmark and Share

  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 10:00

Kasihan ada, rasa lucu pun ada.

Kasihannya, bernikah secara sah pun dikenakan hukuman. Penjara pulak tu. Yang lucunya, menteri kerajaan sendiri pun tak ikut undang-undang yang kerajaan cipta. Apa nak jadi?

Yang halal, dihukum. Yang haram, diberi lesen halal.
Inilah negaraku Malaysia.

Bookmark and Share

  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 10:44

saya tak tahu apa 'tanggungan org mahkamah syariah' dihadapan Allah nanti. Beberapa peraturan rumahtangga dan kekeluargaan begitu mengelirukan dan ketara bersalahan dengan ajaran Islam....

1)mengambil pengalaman seorang teman....suaminya berpoligami dan mengahwini seorang wanita lain setelah wanita tersebut melakukan tebus talaq dengan suaminya. Kemudiannya dihadapan isteri tua dia mengaku kononnya 'terkena' atau disihir maka dia jatuhkan talak tiga pada isteri muda.....namun bila isu ini sampai ke mahkamah, mahkamah putuskan talaq tidak jatuh kerana lafaz talak itu perlu disebut dihadapan isteri mudanya itu......mmmm begitukah syarat jatuh talak ???
maka kembalilah si suami 'bersama' isteri muda dan hidup macam biasa. Teman saya itu tidak berpuashati dengan situasi ini dan dalam usaha meminta fasakh dan ingin bercerai dengan suami.....

2) seorang rakan guru, ketika kelahiran anak anak ketiga yakni seorang anak perempuan, suaminya yang terlalu 'excited' terlepas cakap " anak perempuan abang ni kalau kena panas sikit saja, jatuh lah talak kat hang"....mmmm mana mungkin tak kena panas matahari....takkan nak kurung dalam peti sejuk.Setelah 4 tahun berlalu adalah kedua suami isteri ni 'bergaduh' dan isteri ungkit balik kata-kata suaminya dulu...suami kata kira 'dah rujuk' lah, perkara dah lama dan kita dah banyak kali bersama....isteri bawa ke mahkamah dan mahkamah putuskan mereka bukan lagi suami isteri salah seorang kena keluar dari rumah....sekarang ni pasangan ni 'bercerai' lah. Si suami 'malu dengan tindakan isteri yang report pej. agama, langsung tawar hati dan tak berusaha pulihkan hubungan mereka berdua...

dua situasi ni memperlihatkan kekeliruan pihak yang mengendalikan undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan kat negara kita... saya tertanya2 apakah keputusan mahkamah menepati dengan hukum agama??

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 24-05-10 13:03

Assalamualaikum wbt,

Menjadikan kes poligami ini sebagai kajian, sekiranya kita perhati dengan teliti, banyak lagi hukum Islam yang cuba disesuaikan dengan konteks idealogi sekular kapitalisme di Malaysia. Ia meliputi aspek:
1) Perundangan dan dasar
2) Nilai dan budaya

1) Perundangan dan Dasar

     Perundangan dan dasar ideologi kapitalisme secara asasnya lahir dari aqidah yang bertentangan dengan Islam. Walaubagaimana, ada juga perundangan dan dasar yang hukumnya bersifat universal, maka ia diperbolehkan oleh Islam. Tetapi ada banyak hukum-hukum perundangan dan dasar yang bertentangan sama sekali dengan Islam. Maka banyaklah, pihak yang cuba mengabsahkan perudangan ini kerana melihat banyaknya kemaslahatan dari dasar kufur ini kepada umat Islam. Saya sekadar memberikan sebuah contoh hukum:

Ramai pihak yang melihat kebaikan usaha kerajaan mengawal harga barang agar tidak melambung. Sedang kenaikan harga barang juga berlaku pada zaman Rasulullah.
                     Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Hurairah,

”Ada seorang lelaki datang lalu berkata, ‘Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga.’ Baginda menjawab,’(Tidak) justeru biarkan sahaja’. Kemudian baginda didatangi lelaki lain lalu mengatakan, ’Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga.’ Baginda menjawab,’(Tidak) tetapi Allah yang berhak menurunkan dan menaikkan.’”

Diriwayatkan oleh Anas .a:

“Pada masa Rasulullah harga-harga melambung tinggi, lalu orang ramai mencadangkan kepada Rasulullah ‘Wahai Rasulullah, Kenapa tidak harga ini engkau tetapkan saja.’ Kemudian baginda besabda ‘Sesunguhnya Allah-lah Yang Maha Mencipta, Maha Menggenggam, Maha Melapangkan, Maha Memberi Rezeki, yang berhak menetapkan harga ini. Dan aku mahu menghadap Allah Azza Wa Jalla tanpa seorang pun yang menuntut kepadaku kerana kezaliman yang telah aku lakukan terhadap dirinya, baik dalam hal darah atau harta.”

Sekiranya kita memahami sistem ekonomi Islam, ia adalah 100% berbeza dengan asas dan praktik ekonomi kapitalisme hari ini. Tetapi, kita dapati akibat cuba menyesuaikan Islam mengikut ideologi kapitalisme, maka ramailah yang membenarkan kawalan harga kerana melihat maslahah yang perlu dicapai.

2) Aspek Nilai dan budaya

Dalam kapitalisme, nilai selain material bukanlah suatu yang diiktiraf. Malah budaya masyarakat yang diperintah oleh ideologi kapitalisme seperti Malaysia tentulah tidak sama dengan masyarakat Islam dalam khilafah Islam. Sebagai contoh, dalam pembahagian wang zakat, golongan gharimin (yang berhutang) adalah layak menerima zakat. Tetapi realitinya dalam sistem kapitalisme seperti di Malaysia, terlalu ramai orang yang tidak mampu membayar hutang. Buktinya, rujuklah AKPK. Apakah ini nilai dan budaya dalam kehidupan Islam sebegini rupa sehingga orang berhutang sampai 20 -25 tahun, kemudian tidak mampu membayar, hutang, atau perlu diinsuranskan? Ini sama sekali nilai dan budaya yang 100% bertentangan dengan hadharah Islam.

Kes ini : POLIGAMI

Barat menyerang Islam melalui poligami. Ada pula para pemikir Islam menjawab serangan tersebut, tetapi dengan cara defensif apologetik, membenarkan poligami dengan pelbagai syarat yang dibuat-buat. Perlu memenuhi pelbagai syarat yang sebenarnya tidak ada dalam Islam. Dalam hal ini Nabi bersabda:

Tiada gunanya orang mempersyaratkan syarat-syarat yang tidak ada di dalam Kitabullah. Syarat apapun yang tidak ada dalam Kitabullah adalah batil meskipun seratus syarat. Ketetapan Allah lebih layak (diikuti) dan syarat Allah lebih kuat (dipegangi) (hari al-Bukhari, Malik dan Ibn Majah)

Sebenarnya, dalam hampir semua aspek kehidupan dan perundangan hari ini, apabila ia melibatkan kontradiksi dan aspek hukum Islam, maka ianya disesuaikan dengan aplikasi dalam sistem kufur kapitalisme. Jika kita mempunyai pemikiran Islam yang jernih, kita boleh melihat satu persatu perkara ini dan kita akan melihat bahawa ideologi kapitalisme ini telah meracuni jauh dan merayap ketubuh umat Islam hatta kepada pemikiranya tanpa kita sedar. Inilah tugas berat pendakwah hari ini, untuk membuang jauh-jauh racun kapitalisme ini dari tubuh umat Islam yang sudah koma.

just my2cent,
wuzara

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 13:43

setiap hukum Allah itu pasti ada hikmahnya termasuklah poligami ini,cuma yang meremehkan dan menyusahkan adalah undang-undang.jangan kerana nak tunjuk POWER sehinggakan Islam itu nampak susah

-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 15:05

!!! QUOTE !!!

Diriwayatkan oleh Anas .a:

“Pada masa Rasulullah harga-harga melambung tinggi, lalu orang ramai mencadangkan kepada Rasulullah ‘Wahai Rasulullah, Kenapa tidak harga ini engkau tetapkan saja.’ Kemudian baginda besabda ‘Sesunguhnya Allah-lah Yang Maha Mencipta, Maha Menggenggam, Maha Melapangkan, Maha Memberi Rezeki, yang berhak menetapkan harga ini. Dan aku mahu menghadap Allah Azza Wa Jalla tanpa seorang pun yang menuntut kepadaku kerana kezaliman yang telah aku lakukan terhadap dirinya, baik dalam hal darah atau harta.”

Sekiranya kita memahami sistem ekonomi Islam, ia adalah 100% berbeza dengan asas dan praktik ekonomi kapitalisme hari ini. Tetapi, kita dapati akibat cuba menyesuaikan Islam mengikut ideologi kapitalisme, maka ramailah yang membenarkan kawalan harga kerana melihat maslahah yang perlu dicapai.

boleh tak kupas lebih terperinci ??

maknanya dalam amalan ekonomi Islam pun akan ada kenaikan atau harga barang yang melambung... dan islam benarkan ?? jadi kenaikan harga barang yang membebankan pengguna bukan hanya berlaku dalam kapitalisme saja ?

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 24-05-10 15:21

Pada 24-05-10 15:05 , myhoney posting:

Kenaikan melambung harga barang dalam Islam adalah disebabkan faktor real dan tidak bersifat sistemik seperti disebabkan bencana alam, kekurangan pengeluaran, kerosakan tanaman dll.

Sedangkan kenaikan harga barang @ penurunan nilaian tukaran adalah suatu yang wajib dan bersifat sistemik dalam kapitalisme. Inflasi adalah suatu kemestian, sedangkan deflasi pula lebih merbahaya, maka berterusan sistem sistem ini berada dalam inflasi yang dikategorikan terkawal. Maka selamalah riba' diperlukan untuk compensate penurunan nilai. Apatah lagi kapitalisme membenarkan ikhtikar (monopoli), penguasaan galian kepada syarikat2 tertentu dan menjadikan bahan asas dan makanan sebagai komoditi.

Saya kira jika sesiapa hadir ke MUNAAQASHAH MEREALISASIKAN DINAR DAN DIRHAM Anjuran Hizbut Tahrir di Khilafah Centre, Bangi pada Ahad 30 Mei, serba sedikit mampu memberi gambaran, tentang satu aspek sistem ekonomi iaitu kewangan. Topik ini menarik perhatian saya, InsyaAllah kita boleh jumpa di sana.

p/s: Kejelasan kita terhadap sistem ekonomi Islam yang sebenar, mampu memberikan gambaran kehidupan dibawah naungan Islam.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-05-10 11:01

!!! QUOTE !!!

Kenaikan melambung harga barang dalam Islam adalah disebabkan faktor real dan tidak bersifat sistemik seperti disebabkan bencana alam, kekurangan pengeluaran, kerosakan tanaman dll.

Sedangkan kenaikan harga barang @ penurunan nilaian tukaran adalah suatu yang wajib dan bersifat sistemik dalam kapitalisme. Inflasi adalah suatu kemestian, sedangkan deflasi pula lebih merbahaya, maka berterusan sistem sistem ini berada dalam inflasi yang dikategorikan terkawal. Maka selamalah riba' diperlukan untuk compensate penurunan nilai. Apatah lagi kapitalisme membenarkan ikhtikar (monopoli), penguasaan galian kepada syarikat2 tertentu dan menjadikan bahan asas dan makanan sebagai komoditi.

sebetulnya kapitalisme diimport ke negeri2 islam ketika fasa penjajahan kuasa barat ke atas negara2 umat islam....samentelah, umat islam ketika itu sedang dilanda kemiskinan, kejahilan, wabak penyakit dan kemunduran.....ia telah berkembang cukup lama dan menjadi bingkai yang kukuh kini.

hmmm dalam perjalanan sistem ekonomi yang komplikated ni, akak pun tak boleh nak 'congak' penyelesaian yang boleh dlakukan sebagai penentangan kepada kapitalisme yang ' cekup' sistem ekonomi negara kita bahkan seluruh dunia..... apakah jalan keluarnya??? sepertinya, selagi negara masih terkongkong dalam ekonomi kapitalisme , kawalan dan penetapan harga masih munasabah....untuk membendung sikap buruk peniaga yang sorok barangan untuk lambungkan harga atau pengeluar yang limitkan pengeluaran untuk upkan demand......betul tak ??

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-05-10 11:14

!!! QUOTE !!!

Saya kira jika sesiapa hadir ke MUNAAQASHAH MEREALISASIKAN DINAR DAN DIRHAM Anjuran Hizbut Tahrir di Khilafah Centre, Bangi pada Ahad 30 Mei, serba sedikit mampu memberi gambaran, tentang satu aspek sistem ekonomi iaitu kewangan. Topik ini menarik perhatian saya, InsyaAllah kita boleh jumpa di sana.

memang menarik dan sangat berminat, apatah lagi perniagaan dinar dan dirham antara kecenderungan kami....kalau suami pergi pasti saya ikut juga...andai saya tak ada rezeki ke Bangi, wuzara boleh kongsi dengan kita nanti...Wajib! tolong ya..

ada lah beberapa seminar Dinar anjuran Public gold yang saya hadiri di penang dan sg petani....tapi tentu pendekatannya serta penerangannya lain dari pendekatan HT....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 26-05-10 20:06

Pada 25-05-10 11:01 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

hmmm dalam perjalanan sistem ekonomi yang komplikated ni, akak pun tak boleh nak 'congak' penyelesaian yang boleh dlakukan sebagai penentangan kepada kapitalisme yang ' cekup' sistem ekonomi negara kita bahkan seluruh dunia..... apakah jalan keluarnya???

Nampaknya akak kena masuk halaqah HT, semua tu diajar. Bukan senang nak menjernihkan pemikiran kita agar bisa melihat dunia ini dengan kacamata Islam yang paling tajam.

!!! QUOTE !!!

sepertinya, selagi negara masih terkongkong dalam ekonomi kapitalisme , kawalan dan penetapan harga masih munasabah....untuk membendung sikap buruk peniaga yang sorok barangan untuk lambungkan harga atau pengeluar yang limitkan pengeluaran untuk upkan demand......betul tak ??

Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 26-05-10 20:13

Pada 25-05-10 11:14 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Saya kira jika sesiapa hadir ke MUNAAQASHAH MEREALISASIKAN DINAR DAN DIRHAM Anjuran Hizbut Tahrir di Khilafah Centre, Bangi pada Ahad 30 Mei, serba sedikit mampu memberi gambaran, tentang satu aspek sistem ekonomi iaitu kewangan. Topik ini menarik perhatian saya, InsyaAllah kita boleh jumpa di sana.

memang menarik dan sangat berminat, apatah lagi perniagaan dinar dan dirham antara kecenderungan kami....kalau suami pergi pasti saya ikut juga...andai saya tak ada rezeki ke Bangi, wuzara boleh kongsi dengan kita nanti...Wajib! tolong ya..

ada lah beberapa seminar Dinar anjuran Public gold yang saya hadiri di penang dan sg petani....tapi tentu pendekatannya serta penerangannya lain dari pendekatan HT....

Saya tak pernah menghadiri seminar Dinar oleh Public Gold, tapi dari pembacaan dari website, ia lebih berorientasikan perniagaan. Sedangkan HT menjelaskan kepada umat pembahasan hukum kewangan sebagai suatu hukum yang wajib dipraktikkan secara keseluruhan. HT membahasa sistem ekonomi Islam dalam Kitab Nizamul Iqtisadi dan secara spesifik membahas hukum perbendaharaan dan kewangan dalam Kitab Al Amwal. Keduanya dihalaqahkan agar kita ada jentera yang berkemampuan melaksanakan hukum ini sekiranya khilafah tertegak.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-05-10 10:09

Pada 26-05-10 20:06 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-05-10 11:01 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

hmmm dalam perjalanan sistem ekonomi yang komplikated ni, akak pun tak boleh nak 'congak' penyelesaian yang boleh dlakukan sebagai penentangan kepada kapitalisme yang ' cekup' sistem ekonomi negara kita bahkan seluruh dunia..... apakah jalan keluarnya???

Nampaknya akak kena masuk halaqah HT, semua tu diajar. Bukan senang nak menjernihkan pemikiran kita agar bisa melihat dunia ini dengan kacamata Islam yang paling tajam.

!!! QUOTE !!!

sepertinya, selagi negara masih terkongkong dalam ekonomi kapitalisme , kawalan dan penetapan harga masih munasabah....untuk membendung sikap buruk peniaga yang sorok barangan untuk lambungkan harga atau pengeluar yang limitkan pengeluaran untuk upkan demand......betul tak ??

Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram.

tapi bukankah nabi saw juga melarang ihtikar ?? bagaimana undang-undang dalam negara islam boleh membendungnya ??

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 27-05-10 11:40

ihtikar memang haram.
kawalan harga juga haram.

p/s: Dasar kerajaan kapitalisme biasanya menggalakkan ikhtikar dalam bentuk monopoli, biasa oleh GLC atau konglomerat. Itu yang lebih besar, tetapi yang bilis2 begini yang kerajaan kononnya ambil tindakan.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.142084 saat. Lajunya....