Oleh |
Pasangan Remaja Mengaku Tanam Bayi |
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 20-05-10 10:13
MELAKA 18 Mei - Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini. Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu. Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh. Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah. ''Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,'' katanya. Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar. ''Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,'' katanya.Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing. Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu. Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan. Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit. ----------------- Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 20-05-10 10:21
Lemah jantung rasanya dengar berita begini. Apa nak jadi negara ini? Apa nak jadi dengan pelapis negara ini?
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 20-05-10 10:37
Beginilah agaknya bagaimana bayi itu ditanam...
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 20-05-10 12:29
Inilah bahananya anak-anak muslim terdidik dengan pendidikan acuan barat yang tidak memberikan hak yang sewajarnya kepada ilmu2 agama.Mereka membesar dalam masyarakat kebendaan yang rosak dan tidak dapat melihat dimana sepatutnya diletakkan kehidupan remaja mereka yang sebaik-baiknya. Mereka terkongkong dalam naluri seks yang primitf dan melihat hubungan kelamin seperti berkelaminnya para binatang....bebas dan tiada digantung pada rasa pertanggunjawaban melainkan kepuasan shahwat semata-mata. Bukan saja mereka jadikan diri menjadi tidak berharga bahkan hubungan yang haram itu juga melahirkan natijah yang mendorong mereka untuk dosa yang lebih keji yakni membunuh..... hukumannya....dibebaskan dengan ikat jamin sahaja...... saya kurang arif apakah keadilan undang-undang syarak untuk golongan seperti mereka. undang-undang negara mungkin ada 'pelepasan' kerana usia dibawah umur....tapi tahap yang membolehkan seorang wanita hamil dan lelaki pula memiliki benih ini bukankah sudah ditahap dipertanggungjawabkan kesalahan mereka? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 20-05-10 14:43
Inilah kejayaan Islam Hadhari yang dituai 1Malaysia.
|
carrotsusu
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2008 Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...
|
Posting pada: 20-05-10 14:50
astagifullah..memang sangat-sangat terkejut bila dengar berita ni kat tv hari tu..sesungguhnye kita kembali ke zaman jahiliyah...nauzubillah ya Allah...sangat-sangat takut bila dengar berita macam ni..takut bila nanti kita dipersoalkan oleh Allah..apa tindakan kita bila tengok maksiat berleluasa... ----------------- Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 20-05-10 15:52
ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak ilmu dunia dan agama. kalau keadaan sekeliling maksiat banyak atau malaysia ini bukan "negara Islam" pun anak-anak masih boleh jaga diri sebab didikan agama yang baik dari rumah. apapun persekitaran memang pengaruhi seseorang buat maksiat. tidak sia-sia Allah sediakan dalam Islam garis panduan kewajiban setiap orang; ibubapa, anak-anak, pemimpin. --> pendapat sayalah. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 20-05-10 17:18
Bismillah Salam Waliya'uzubillah...minta dijauhkan bencana dariNya. Zaman kembali ke fasa zaman jahiliyah. Apakah bayi ini ditanam hidup2? Bagaimana ini semua boleh berlaku berleluasa? Hanyasanya, tidak akan ada semua ini,... jika diri remaja itu yang mengawal & mengikuti PERINTAHNYA. pelik juga...ibu kepada pesalah ini takkan tidak tahu akan anaknya semasa awal hingga akhir penghamilan tersebut. Semoga Allah mengampuni dosa & keterlanjuran akhlak dan peribadi insan tersebut. Sama-sama kita ambil pengajaran dan pemerhatiaan kepada saudara yang lain. Wallahua'lam
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 20-05-10 21:44
Pada 20-05-10 14:50 , carrotsusu posting:!!! QUOTE !!! astagifullah..memang sangat-sangat terkejut bila dengar berita ni kat tv hari tu..sesungguhnye kita kembali ke zaman jahiliyah...nauzubillah ya Allah...sangat-sangat takut bila dengar berita macam ni..takut bila nanti kita dipersoalkan oleh Allah..apa tindakan kita bila tengok maksiat berleluasa...
Ini pendapat yang kelima secara spontan saya dengar..sesungguhnya kita telah kembali ke zaman Jahiliyah. Maka siapkanlah diri hidup di dunia akhir zaman. ----------------- Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku
|
nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9
|
Posting pada: 20-05-10 22:11
Na'uzubillahiminzalik... memang menakutkan dan menyedhkan perkara2 yang berlaku di akhir zaman ini... semoga zuriat kita, keluarga kita dan muslimin muslimat seluruhnya dijauhi dari perkara sebegini.... Amiiin.... tepuk dada, tanyalah iman...
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 22-05-10 00:57
Dalam Semak – Amuk Dalam semak dalam longkang Yang dibungkus yang telanjang Ada yang masih hidup Ada juga yang tidak lagi Hai bernyawa Tepi surau tepi sekolah Tak dihirau tak diendah Ada bayi masih merah Ditinggalkan manusia Tak bermaruah Di mana jiwamu di mana rasa belas ikhsan rasa kecintaan Demi menutup malu dan terhina Si kecil rela kau persiakan Kaulah syaitan bertopengkan insan Tahu makan tak tahu simpan Sedangkan yang bernama haiwan Tidak membuang anak yang dilahirkan Demi nama kedudukan Takut malu tidak takut dosa Gembiralah masa mudamu Sambil menabung dosa sampai tua Hey…. Tangisan si kecil itu Menagih simpati ibu dan ayah Dan engkau pun berlalu Seolah-olah tiada bersalah ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 22-05-10 20:43
Pada 20-05-10 15:52 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak ilmu dunia dan agama. kalau keadaan sekeliling maksiat banyak atau malaysia ini bukan "negara Islam" pun anak-anak masih boleh jaga diri sebab didikan agama yang baik dari rumah.
ibubapa sekarang memandang 'pendidikan' untuk anak-anak ialah pastikan mereka dapat keputusan cemerlang dalam exam .Soal adab, akhlak, agama tidak begitu diberi perhatian....bertungkus lumus dan berhabis duit mak bapak hantar anak-anak tuisyen dari darjah satu lagi untuk membolehkan anak-anak tidak tertinggal dalam arus pendidikan yang mementingkan 'banyak A'.....mana-mana anak yang cemerlang ekademik dianggap 'emas' dan 'maruah' keluarga dalam masyarakat...ditatang bagai minyak yang penuh...nak buat apa pun tak dikisah sangat sebab pada ibubapa, anak yang cemerlang akademik ni 'tahu nilai mana baik buruk'.....kalau nak ada boyfriend atau awek, nak dating dan keluar ke mana saja, bila-bila masa saja langsung mak ayah tak kisah/bimbang sebab anak bijak ni mesti tahu jaga diri....atau 'akhlak lingkup' pun tak pa janji periksa dapat banyak "A".....tu lah kat IPT sekarang, buang anak, melacur , khalwat dan zina dah jadi 'trend' budak "U"...... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 24-05-10 10:05
Nak tengok negara akan datang, tengoklah pada remaja hari ini. Bila tengok remaja hari ini, nampak tak negara akan datang macamana??? ....hmmm
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-05-10 16:37
Pada 24-05-10 10:05 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! Nak tengok negara akan datang, tengoklah pada remaja hari ini. Bila tengok remaja hari ini, nampak tak negara akan datang macamana??? ....hmmm Nampak...
|