Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: :~Bingkisan Buat Bakal Isteriku.~:


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» :~Bingkisan Buat Bakal Isteriku.~:

Please Mendaftar To Post


Oleh :~Bingkisan Buat Bakal Isteriku.~:

abadikan_03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.02.2006
Ahli No: 22544
Posting: 177
Dari: Negeri Sembila (N9)

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 09:07


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti. Aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah. Aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya. Aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara: keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku..

WasSalam
layari bersama my blog....

persinggahanterakhir.blogspot.com


-----------------
Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu..




Bookmark and Share

    


  Member Information For abadikan_03Profil   Hantar PM kepada abadikan_03   Pergi ke abadikan_03's Website   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 11:59


salam...
wah...indahnya nukilan di atas....
agak2nya untuk siapa lah ia ditujukan ek...?
em...mudah-mudahan "kau tercipta untukku" jadi kenyataan...
insyaAllah...amin...


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

abadikan_03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.02.2006
Ahli No: 22544
Posting: 177
Dari: Negeri Sembila (N9)

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 12:58


Pada 18-05-10 11:59 , sakinah283 posting:

!!! QUOTE !!!

salam...
wah...indahnya nukilan di atas....
agak2nya untuk siapa lah ia ditujukan ek...?
em...mudah-mudahan "kau tercipta untukku" jadi kenyataan...
insyaAllah...amin...



~ khusus ditujukan buat para sahabat muslimen dilaman ukhwah ini yang masih mencari... bertemu kerana Allah..jua berpisah kerananya.. mudah-mudahan pertemuan disini lebih mulia dari bertemu di dilaman-laman yang lain,..

~ Buat sahabat Muslimin semua, ana cuba rangkapkan beberapa point disana..untuk kita muhasabah, dan koreksi diri serta menilai peribadi. Adakah kita sudah bersedia kearahnya... juga buat diri ini semoga bingkisan ini menjadi satu kekuatan untuk kearah itu...

~ Sungguh cantik si ikan pari...
    Lebih enak bila dimakan...
    disamping kita koreksi diri...
    istikharah dan usaha jangan dilupan... :kelip:


-----------------
Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu..




Bookmark and Share

    


  Member Information For abadikan_03Profil   Hantar PM kepada abadikan_03   Pergi ke abadikan_03's Website   Quote dan BalasQuote

drssm
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.03.2010
Ahli No: 39536
Posting: 33
Dari: kb

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 13:29


moga saya pun dipertemukan jodoh dengan lelaki itu....amin

hanya untuk melengkapkan agama, memenuhi sunnah nabi, dan mengelakkan fitnah manusia disamping untuk ketenteraman hati....

Bookmark and Share

    


  Member Information For drssmProfil   Hantar PM kepada drssm   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 12:18


terima kasih kepada yang posting...

petikan ini amat mengajar diriku

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089054 saat. Lajunya....