Oleh |
Abuya meninggal??? Tiada liputan meluas??? |
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 16-05-10 21:47
Salam Pada tanggal 13 Mei 2010, pemimpin paling ajaib telah meninggal dunia... Namun berita pemergiannya bagaikan tiada apa-apa. Tiada suara daripada sesiapa juga. Masing-masing mendiamkan diri... Kenapakah??? Di ukhwah.com pun tiada yang bercerita tentangnya. Tertunggu2 juga. Akhirnya saya mulakan.... Apa komen-komen dari anda semua??? Al-Fatihah... http://isa777.multiply.com-----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 16-05-10 23:02
!!! QUOTE !!! Pada tanggal 13 Mei 2010, pemimpin paling ajaib telah meninggal dunia... Namun berita pemergiannya bagaikan tiada apa-apa. Tiada suara daripada sesiapa juga. Masing-masing mendiamkan diri... memang tak tahu apa-apa.....abuya yang mana ? ustaz as shaari ke ? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 16-05-10 23:17
Ya... Ustaz Ashaari Muhammad. Dulu pemimpin Al-Arqam... Diberitakan beliaulah Pemuda Bani Tamin. Kisahnya terus terkubur sepi... Mana Ikhwan2...??? -----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 16-05-10 23:34
!!! QUOTE !!! Ya... Ustaz Ashaari Muhammad. Dulu pemimpin Al-Arqam. dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan dikembalikan....takziah untuk keluarganya... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 16-05-10 23:38
|
ramadhan
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4566
Posting: 32
|
Posting pada: 17-05-10 07:31
assalamualaikum. maaf bertanya....Kenapa perlukan liputan? adakah perlu kita membicarakan berkaitan seseorang yang telah pun kembali kepada Nya?
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 17-05-10 08:04
pemimpin paling ajaib? hati-hati..jangan tersilap cakap.. beliau juga manusia biasa.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 17-05-10 09:19
Perlu ke liputan? Sedangkan ramai bekas-bekas menteri meninggal pun tak dapat liputan. Apapun takziah kepada keluarga beliau. Moga yang belum celik akan celik selepas ini. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
mohdazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2010 Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-05-10 12:41
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-05-10 12:45
Biasala itu cerita tak sensai mana nak kecoh..berita semua kecil-kecil saja..paling kecik tulisan kat bawah saja...sampai DAP menang kat sibu pun aku tak tahu...kalau BN menang bukan main lagi dia punya sensai...semua benda nak tau kena cari internet saja sekarang....
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 17-05-10 14:57
Katanya terkenal di serata dunia... Manusia mati meninggalkan nama. Teringat lirik sebuah nasyid lama... "seorang penyelamat datangkanlah segera, membawa rahmat dan karomah, jua berkatnya..." Penyelamat??? Masih adakah??? Siapa lagikah??? -----------------
|
ramadhan
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4566
Posting: 32
|
Posting pada: 17-05-10 15:24
Bolehkah saudara isa777_musa cuba jelaskan apa sebenarnya tujuan topik dibuka? Apakah sebenarnya yang ingin saudara sampaikan dan bincangkan? Baru mudah sahabat lain memberikan pandangan. hendak dipuji sukar untuk mencari apa yang boleh dibanggakan dengan ajaran sesatnya..hendak dikeji tidak manis rasanya apatah lagi arwah sudah tiada lagi di dunia ini. Yang berlalu biarkanlah. Jadikan kesilapan arwah sebagai pengajaran dan iktibar.
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 17-05-10 21:13
salam... pertamaynya takziah buat keluarga ustaz..(nak sebut abuya, dia bukan abi saya..).. erm..Kenapa tak ada liputan meluas..erm..actually saya pun tertanya2 hal ni..tapi nak buat bagaimana...siapalah dia... tapi saya pasti mesti ada sesuatu yang mmebuatkan berita kembalinya ke rahmatullah tidak d gembar gembubrkan secara meluas... saya bukan berprasangka buruk, tapi berdasarkan kisah hidup beliau masa dulu yang pernah terbuang daerah dan terkuarantin disekat dengan macam-macam pkembangan mengenainya...jadi bila da xdenye dia takkan mesti lah macam tu jugak.. Kalau lah berita ni heboh sure2 lah satu nusantara ni datang beri takziah..dengar cerita masa pengebumiannya lebih kurang 2000 org beri pghormatan.. erm.. saya bukan lah nak menagung2kan beliau..tapi sekurangnye kita kena hargai juga lah jasa2nya dalam hal ehwal 'islam the way of life'nya... jangan pula nak nafikan apa yang telah dia buat untuk islam dalam soal fardhu kifayah..ekonomi, hiburan, media dan pelbagai lagi.. hal-hal yang ada keraguan pada akidah tu urusannya dengan tuhan..kita yang ada akal tentu saja kena berfikir guna akal.. yang baik jadi ikutan..yang buruk jadi sempadan..betul kan? apapun harapnya jangan ada lagi yang mencaci2nya..biarkan lah dia..dia telah selamat bertemu tuhannya..kita pula bagaimana? (konfuz jugak kenapa isa777_musa buka topik ni..hehe) ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 18-05-10 07:25
Inilah tujuannya... Membaca semua komen dari sahabat lain. Bukan untuk memuji apatah lagi untuk mengeji... Komen yang ni pulak sahabat… Saya buat video tentang kehadiran pemimpin ke-7 negara Indonesia dan Malaysia (jangan gelakkan tau...). http://www.youtube.com/watch?v=Qu_e33L-XXc-----------------
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 18-05-10 07:49
tu dah tak ada kena mengena dengan topik dah tu. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
demuara
Warga Rasmi Menyertai: 11.05.2010 Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor
|
Posting pada: 20-05-10 09:10
Eksklusif: Abuya kembali Pengikut percaya Asaari tak mati KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat. Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya. Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam. “Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu. berita harian
|
amna_liana
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh
|
Posting pada: 20-05-10 10:07
Pada 17-05-10 21:13 , syemarly posting:!!! QUOTE !!!
erm.. saya bukan lah nak menagung2kan beliau..tapi sekurangnye kita kena hargai juga lah jasa2nya dalam hal ehwal 'islam the way of life'nya... jangan pula nak nafikan apa yang telah dia buat untuk islam dalam soal fardhu kifayah..ekonomi, hiburan, media dan pelbagai lagi.. hal-hal yang ada keraguan pada akidah tu urusannya dengan tuhan..kita yang ada akal tentu saja kena berfikir guna akal.. yang baik jadi ikutan..yang buruk jadi sempadan..betul kan?
apapun harapnya jangan ada lagi yang mencaci2nya..biarkan lah dia..dia telah selamat bertemu tuhannya..kita pula bagaimana?
saya sokong dengan pendapat syemarly ni...hal-hal yang berkaitan dengan aqidah dia (asyaari mohd) dan pengikutnya tu,itu adalah urusannya dengan Tuhan..jasanya dalam mempertingkatkan ekonomi,hiburan dll untuk orang-orang islam patut diingati dan dijadikan panduan buat kita sebagai umat islam...jadikan ia contoh.. kalau kita boleh ikut cara orang AS,Jepun yang bukan islam (panduan yang sesuai dan yang baik),tak salah kalau kita ikut apa yang telah beliau lakukan untuk islam.. arqam dulu memang hebat,sayangnya aqidah sahaja yang salah...doakan agar mereka kembali ke jalan yang benar dan semoga islam tetap utuh dan hebat sampai bila-bila...ingatlah ini adalah ujian buat ummat islam.. p/s-itu pendapat saya sahaja..perbetulkan jika tersalah..
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 20-05-10 10:09
Pada 20-05-10 09:10 , demuara posting:!!! QUOTE !!! Eksklusif: Abuya kembali
Pengikut percaya Asaari tak mati
KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.
Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya. Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam. “Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.
berita harian --------- Hmm.. ini siapa yang nak jawab ni? Terus bersangka baik dan biarkan mereka tersesat begini ke? --------- Sekiranya seorang pencuri meninggal, bolehlah dikata biarlah dah meninggal, tak perlu bercakap yang tak elok mengenainya. Tapi abuya lain, dia ada pengikut yang akan terus mengamalkan ajarannya. Ini sangat berbahaya. Soal akidah. Jika tak berani nak berdiskusi, tak perlu pula memuji melampau, soal jasa dan sebagainya, dikhuatiri akan datang, golongan yang membaca melalui penulisan betul-betul menyangka beliau adalah pejuang Islam sebenar. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 20-05-10 10:19
Lafaz syahadat jika ditambah perkataan As Suhaimi dihujung, apa hukumnya tu?
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 20-05-10 10:26
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 42: "Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui." ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
amna_liana
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh
|
Posting pada: 20-05-10 10:38
tidak pernah pun memuji terlampau...juga tidak hebat untuk berdiskusi dengan anda semua yang hebat2 belaka di sini..sekadar ingin bersama-sama berdiskusi..saya juga sudah terbaca headline paper berita harian awal pagi tadi...alangkah sedihnya apabila mereka masih mempunyai kepercayaan sebegitu...doakan mereka insaf dan bertaubat..
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 20-05-10 17:59
astaghfirullahh... Kenapa begitu yakin sangat mereka ni? saya selama ni besikap adil dengan tak menolak habis-habis..apa yang baik ambil..yang buruk letak tepi..soal mereka menyikini abuya kembali tu yang buat saya terkejut berok..bukan tak biasa dengan kontovesi macam tu tapi rasa macam pelek sangat da...erm..moga-moga allah ampuni segala salah silap al-ustaz..kebaikan dan jasanya yang ada harap dapat menyelamatkannya dr segala murka allah (siapalah kita nak kata org lain bersalah dan berdosa...).. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
ramadhan
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4566
Posting: 32
|
Posting pada: 21-05-10 14:21
Benar kata syemarly, siapalah kita nak kata orang lain bersalah dan berdosa. Persoalannya, setelah ajaran diharamkan adakah arwah berusaha perbetulkan semula akidah pengikut-pengikutnya lalu menghentikan ajaran yang bercanggah dengan Islam? Secara peribadi saya rasa tidak sebab jika ada usaha daripada arwah sendiri takkan sehingga ke akhir hayat arwah sehinggalah kini beliau begitu dipuja melebihi segala-galanya. Ini juga terbukti daripada tindakan anak sulung arwah sendiri yang mempercayai arwah tidak mati dan akan kembali lalu mengajak pengikut juga untuk mempercayai kepercayaan karut tersebut. .Anak yang begitu hampir dan sentiasa bersama arwah pun masih tidak diperbetul bermakna arwah masih menyebar ajaran salahnya dan diteruskan sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan kelebihan arwah adalah kejayaan organisasi perniagaannya tetapi saya lebih bersetuju dengan pandangan Hanan. Bila kita banggakan kejayaan perniagaan mereka bermakna kita mengelirukan orang lain supaya membuat tanggapan arwah adalah pejuang Islam sebenar. Justeru adalah tidak wajar gelaran ustaz diberikan kepada arwah kerana ia seolah-olah menggambarkan kita membenarkan ajaran yang dibawa. Memang tidak salah untuk ambil apa yang baik daripada seseorang seperti pandangan sahabat yang lain cuma dalam konteks arwah saya khuatir ia akan disalah tafsir dan orang akan semakin menyanjungi / memuja arwah. Jika begitu ayah pin pun “Berjaya” juga. Beliau membangunkan ekonomi dan pengikutnya dalam kerajaan langit yang serba mewah. Selain itu beliau turut “menyatupadukan” masyarakat yang berbilang kaum (di kalangan pengikut yang berbeza kaum serta agama). Adakah kita perlu hargai jasa beliau sepertimana arwah dalam ekonomi?
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 26-05-10 20:53
‘Tsunami berlaku kehendak Abuya’ Oleh Anwar Hussin 2010/05/26 Hatijah dakwa Asaari ada ‘power’ angkat, terbangkan air lautan sebesar gunung KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum Asaari Muhammad atau Abuya meninggal dunia, isteri keduanya, Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dengan mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah Asaari. Beliau turut mendakwa bekas pemimpin Al-Arqam itu akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Buku yang dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu, mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta kerajaan Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di negara ini dan hanya diedarkan kepada ahli saja. Dalam buku 83 halaman itu, Hatijah mendakwa Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian. “Abuya Asaari itu ‘power’ yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam. Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu” tulis Hatijah dalam bab tiga buku itu. Malah, bagi menggambarkan keajaiban Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya. “Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong! Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak ‘Abuya tolong!’ dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya”. Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka. Dalam bab enam yang berjudul Betulkah Abuya Asaari Putra Bani Tamim, Hatijah menulis “Kerana mengaku dialah Putra Bani Tamim atau Putra Bani Hashim atau Satria Piningit itu. Dan dialah bakal Presiden Indonesia selepas ini”. Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan. Setiausahanya, Rafani Akhyar, berkata, tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah SWT yang mampu berbuat demikian. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 26-05-10 22:58
Ingatkan nak jadi PM Malaysia saja, kat Indonesia pun sama ke? Huh macam-macam... ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
muslimah_09
Warga Rasmi Menyertai: 15.05.2010 Ahli No: 39829
Posting: 1
Dari: perak
|
Posting pada: 28-05-10 16:11
Kenapa perlunya isu ni...???????????????? tak habis-habis pengikut al -arqam ni.. mudah mudahan kita di beri hidayah dari Allah swt...
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 28-05-10 18:19
Pada 28-05-10 16:11 , muslimah_09 posting:!!! QUOTE !!! Kenapa perlunya isu ni...???????????????? tak habis-habis pengikut al -arqam ni.. mudah mudahan kita di beri hidayah dari Allah swt... Memang tak akan habis selagi tak dihabiskan.. Keluarga Abuya kena bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan. Inilah yang bahaya bila taksud pada pemimpin. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 28-05-10 22:00
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 29-05-10 01:19
Betul tu... Bosannnn... Tutup saja... Habiskan...!!! Hancurkan...!!! -----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 29-05-10 10:20
Pada 29-05-10 01:19 , isa777_musa posting:!!! QUOTE !!! Betul tu... Bosannnn... Tutup saja... Habiskan...!!! Hancurkan...!!!
encik isa777_musa ni menyokong ke atau nak perli2 ni? bukankah thread ni encik yang buka?  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 29-05-10 11:19
Pada 28-05-10 22:00 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! bosan lah dengan thread ni... kunci saja lah..
Bab agama dan akidah macam ini dikata bosan? Peliknya. Mana tahu ada pengikut Arqam di sini, sedikit sebanyak boleh juga menyedarkan. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 29-05-10 18:12
Betul juga tu... Manalah tau boleh menyedarkan pengikut2 nya yang setia tu. Jangan kunci... Jangan kunci... Teruskan...!!! Kan dah meninggal... Terimalah hakikat. Jangan hidup dalam khayalan. Tunggu lah 2012 hingga 2020. Dengar2nya ada sesuatu yang menarik pada tahun itu. Muncul manusia2 yang mempunyai kecerdasan tinggi yang bakal menguasai dunia ini. Golongan yang manakah??? Sedang berdiam diri dan menunggu masa kah??? Atau kita semua sedang bersiap dan disiapkan...??? Dalam benci ada sayang. Dalam perpecahan ada kesatuan. Ukhwah yang retak, pasti kan berpadu kembali. Bila "seruan itu" menggegar semesta ini... -----------------
|
pu3_umairah86
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.10.2009 Ahli No: 37764
Posting: 22
Dari: selangor
|
Posting pada: 31-05-10 09:29
betul tu..org dah meninggal..jangan lah diungkit lagi..itu hal dia dengan Allah..Kita yang masih hdup ni brjuang lah menegakkan kebenaran..banyak lagi perkara yang tak baik bakal berlaku kat Malaysia ni..dan Malaysia perlukan orang-orang seperti rakan-rakan ukhwah ni untuk tegakkan kebenaran.. tapi saya cuma sedikit kagum lah dengan bekas2 pengikut al-Arqam ni..dulu pakcik2 saya pernah join al-arqam..apabila al-qrqam diharamkan ,mereka keluar dan menjalani hdup biasa..tetapi apa yang saya banggakan ialah ilmu mereka..Ilmu agama mereka,bacaan Al-quran dan amalan mereka sangat bagus..Ibu saya pun pernah pergi ke perkampungan Al-arqam dulu..ibu saya cakap memang penuh ketenangan.. ibu saya just pergi sana untuk melawat abg2nye saja.. cuma itu lah sayangnya..ibu cakap mereka terlalu sayangkan ketua mereka shingga taksub..tetapi sebenarnya ketua mereka tidak ada apa-apa sangat ibu cakap.. itu cerita ibu saya.. saja nak kongsi.. hdup ni cukup lah berpegang pada Al-quran dan Al-sunnah..InsyaAllah..bahagia dunia akhirat..=) P/s..tapi sampai sekarang saya sangat suka nasyid2 keluaran al-arqam..sangat shahdu.. ahli kumpulan nasyid macam rabbani,hijjaz dan raihan pun datang dr al-arqam..memang sedap suara mereka..dan kita pun boleh tengok peribadi mereka sekarang..
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 31-05-10 13:46
Al fatihah untuk beliau...moga ruhnya dicucri rahmat. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
alornk
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin
|
Posting pada: 31-05-10 17:12
salam.. tak baik kita kutuk-kutuk... biarkan mereka dengan labu2nya.. bukan nya kita tak pernah buat apa-apa.. kan
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 31-05-10 17:15
... saya bukan lah kata bosan sebab mmbincangkan hal akidah ni...tapi saya bosan dengan sikap2 kita ni yang asik2 lah nak ngutuk sana-sini..Kalau nak membicarakan hal ehwal islam ni kena lah betul caranya..bukan dengan maki hamun caci nista.. sebab saya lihat thread ni makin terpesong ke arah menghina almarhum maka baik kita stopkan Kalau sikap kita macam ni.. kemudian..encik isa777_musa ni..tak faham lah apekenenyer kenyataan anda ni nampak lebih kepada provokasi..seolah anda juga macam menunggu2 sesuatu seperti orang-orang al-arqam ek.. apapun Kalau nak diteruskan jugak thread ni harap tak ada lah posting2 yang mengutuk2 lagi..Kalau hal politik tak kisahla..ni hal agama....ok..Sorry andai ada silap bahasa.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 02-06-10 14:06
sebenarnya aku kagum dengan al-arqam ni, pemimpin dia berjaya membentuk satu ekonomi yang kuat. tapi sayangnya dari segi akidah mereka menyeleweng. kalau pemimpin islam yang lain dapat membentuk ekonomi macam arqam buat, rasanya malaysia ni tak ada org miskin.
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 04-06-10 10:08
Rasulullah SAW Bersabda: "Perkatakanlah yang haq walaupun dihadapan Raja yang zalim." Jika benarlah semua orang jujur didalam menyelamatkan aqidah Abuya dan orang-orangnya tolong jangan politikkan tulisan ini dengan cara mengancam dengan penangkapan, ISA dan lain-lain. Sebenarnya, kebenaran dari Allah Yang Esa itu dapat ditemukan jika kita mahu berdialog secara kasih sayang di ruangan berhawa dingin bukan didalam kawat berduri. Dan jika benar karena Allah dan Rasul lah penghinaan kepada kami itu dibuat, diharapkan tolong bersedia bertemu kami atau tolong sudi menjawab pertanyaan-pertanya an kami ini dengan rasa penuh tanggungjawab dan doa. Demi mendapatkan taqwa, yakni dapat patuh kepada perintah Allah dan sanggup meninggalkan larangan Allah, bahkan sampai terwujudnya sebuah sistim hidup Islam yang syumul dalam masyarakat, kami menyatakan Abuyalah pemimpinnya. Abuya terbukti mempunyai ilmu yang pratikal untuk melahirkan keluarga-keluarga Poligami yang indah. Poligami itu kan perintah Allah dan Sunnah Nabi. Dalam keadaan Negara-negara Islam di dunia dengan segala undang-undang yang dibuat, bukannya hukum Allah itu terlaksana bahkan pejuang-pejuang Islam dan Ulama pun termasuk tidak mampu melakukan poligami indah. Tapi Abuya melakukannya secara besar-besaran sekali. Perjuangan yang disesatkan dengan fatwa yang begitu hebat, pemimpin yang dihina di mimbar-mimbar masjid di seluruh Negara Malaysia dengan begitu berkesan sekali, yaitu Abuya, namun masih kekal mempunyai pengaruh yang dapat menakutkan penentang-penentang nya, tidakkah ianya lebih hebat dari semua itu? Jemaahnya, dimana Abuya sendiri ikut memberi kerjasama untuk dibubarkan, yakni Al Arqam telah dihancurkan. Secara akal sepatutnya, setelah itu Abuya hanyalah menjadi seorang peneroka Felda (pekerja ladang) yang sudah dilupakan orang, tapi kini muncul sebagai lelaki yang disebut-sebut di dua Negara Malaysia dan Indonesia sebagai Putra Bani Tamim oleh banyak orang. Dihari-hari kepergiannya ada surat kabar di Malaysia terpaksa memberi ruang istimewa untuk promosi diri dan perjuangannya dengan sangat negatif sekali. Sepanjang 7 tahun sakit parahnya, yakni setelah dibebaskan dari ISA dengan syarat-syarat bahwa jika menghidupkan kembali Al Arqam, kami akan tangkap lagi. Maka berjuanglah beliau dengan gaya sakitnya, maka waktu itulah beliau mendapat hasil lumayan dimana pengikut dan perjuangannya mendapat kekuatan yang dikira kualitasnya dapat menyamai kekuatan sebuah Negara. Ahlinya 10,000 orang, berada di 8 buah Negara di dunia. Jumlah projek-projek Islam dalam semua aspek, ada 1000 buah, yang juga tersebar di 8 buah Negara di dunia, atas nama Perusahaan Global Ikhwan Sdn Bhd. Nilai uang dan barangan (Aset) itu semuanya ialah sekitar RM 1 Billion. Pendapatan bersih Perusahaan dalam satu bulan ialah RM500,000. Dan Abuya serta Perusahaannya tidak berhutang dan tidak meminjam pada bank. Semua urusan perdagangan dan urusan hidup orang-orangnya dibuat dengan bank Tuhan. Tuhan yang Maha Kaya dijadikan Pemimpin Perusahaannya, melalui ibadah, doa dan membaiki diri. Segala-galanya dirujuk kepada Allah dan Rasul secara perhubungan roh dengan kuasa yang tidak dapat dilihat dengan mata (Ghaib) yang memiliki segala-galanya. Adakah orang sakit mampu membuat semua ini? Buku terakhir ialah Tsunami membuktikan Abuya adalah Putra Bani Tamim (Satria Piningit/Ghaib) ). Mengapa Abuya membuat buku itu? Setelah meluncurkan Kelab Poligami Ikhwan yang begitu meresah gelisahkan Barat (Amerika dan Yahudi), Abuya hantar juga surat kepada Amerika untuk membuat pukulan maut. Buku Tsunami membuktikan Abuya adalah Putra Bani Tamimitu sebenarnya membawa pesan (untuk memberitahu Amerika dan konco-konconya (wahabi)) bahwa kekuatan orang Tuhan dan Rasul (yakni orang Islam tulen) itu jauh lebih kuat daripada Amerika, bedanya ibarat langit dengan bumi. Abuya berkata kepada Barat itu, Engkau boleh hancurkan Iraq tapi tidak! dengan Indonesia dan Malaysia. Tuhan kepada Muhammad itu mempunyai kekuatan ghaib (teknologi roh) yang Maha dahsyat umpama Tsunami Aceh itulah. Dan Allah dan Rasul lakukan itu adalah untuk menyempurnakan kebangkitan Islam ini, melalui tangan wakil yang dilantiknya yaitu Putera Bani Tamim, yaitu Satria Piningit, yaitu Abuya. Bahwa mukjizat Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad S.A.W itu ialah mempunyai 2 tokoh yang akan membangun imperium Islam sekali lagi, dengan mengalahkan Amerika dan Rusia, yaitu Imam Mahdi didahului oleh Putra Bani Tamim. Kedua-duanya duta Allah yang Allah bekalkan kekuatan rohani yang mampu mengatasi kekuatan tentara Amerika. Dan Yahudi karena terlalu yakin dengan hadis-hadis akhir zaman, telah memberi respon kepada Allah dengan berkata:"Bukan saja Imam Mahdi, bayangannya pun kami akan bunuh!" Tolong ambil perhatian, bahwa Barat terlalu taksub dengan bangsa (Bani Israel) sampai sanggup bermusuh dengan Allah yang melantik Nabi Akhir Zaman bukan dari kalangan bangsa mereka. Abuya ‘pergi’ diwaktu banyak rakyat Malaysia di kalangan atasan, SB dan rakyat biasa yang berdoa agar krisis politik Malaysia tidaklah sampai membawa kepada peristiwa 13 Mei atau seperti Thailand. Mereka sebenarnya sangat mengharapkan seorang tokoh yang bukan lagi orang politik menjadi pemimpin. Yakni pemimpin Islam yang terbukti mempunyai kekuatan rohani yang mampu menyelamatkan Malaysia. Sedangkan di Indonesia hampir semua rakyat berkata : "Hanya keajaiban yang dapat menyelamatkan Indonesia." Lalu, apakah salah aqidah, kalau seseorang itu, meminta Allah melakukan kuasaNya yang Agung kepada Abuya, seperti yang telah Allah lakukan pada umat-umat sebelum ini, yakni datangkan (pulangkan) Abuya kembali, seperti akan dizahirkan Allah Imam Mahdi dan akan diturunkannya Nabi Isa kembali. Allah sudah pun memberitahu di dalam Al-Quran bahwa Allah telah lakukan hal itu kepada umat-umatnya terdahulu, lihatlah Al-Quran: 1) Nabi Isa A.S (Ali Imran 3:55) (An Nisa 4:158) 2) Uzayr yang tidur selama 100 tahun. (Al-Baqarah 2:259) 3) Si mati dalam kisah lembu Nabi Musa A.S (Al-Baqarah 2:73) 4) Para pengikut Nabi Musa A.S yang dihidupkan kembali setelah mati dipanah petir (Al-Baqarah 2:56) 5) Ashabul Kahfi yang tidur selama 300 tahun (Al-Kahfi 18:20) 6) Hadis Sabda Rasulullah : "Allah akan menzahirkan dari persembunyiannya (dari alam ghaib) Al-Mahdi yang (berasal) dari kaum kerabatku sejurus sebelum tibanya hari kiamat, walaupun umur dunia hanya tinggal sehari saja. Dia akan memenuhkan Bumi ini dengan keadilan dan kebijaksanaan dan akan menghapuskan kezaliman dan penindasan (Riwayat: Imam Ahmad). 7) Pada Surah Az-Zumar ayat 42, Allah mengesahkan bagaimana keghaiban itu dilakukannya. 42. Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. . Maksudnya: orang-orang yang mati itu rohnya ditahan Allah sehingga tidak dapat kembali kepada tubuhnya; dan orang-orang yang belum mati, hanya tidur saja, rohnya dilepaskan sehingga dapat kembali kepadanya lagi. Ketahuilah wahai semua orang Islam, bahwa bila mana Al-Quran dan Hadis membenarkan yang demikian itu, maka tidaklah rosak aqidah seseorang yang mengatakan hal itu dapat terjadi lagi dengan izin dan kuasa Allah, bahkan kepada Abuya! Abuya yang telah terbukti mampu melepasi semua halangan yang dibuat kepadanya. Ciri ini tertulis didalam hadis : Bersabda Rasulullah S.A.W : akan datang di setiap awal 100 tahun seorang Mujaddid yang akan memperbaharui agama, yang tidak dapat dihalang oleh penentang-penentang nya. Abuya ditentang musuhnya tidak saja waktu hidup, bahkan dihari mereka yakin Abuya sudah wafat. Halangan-halangan sebelumnya tidak mampu memberi paku terakhir kepada keranda Abuya. Dan dengan semua ciri-ciri lain yang dipaparkan tadi, banyak orang yang telah yakin bahwa Abuya itu orang yang dilantik Allah dan dibela oleh Allah. Kalau bukan karena didukung kuasa Allah sebagai Mukjizat Nabi Muhammad, Abuya itu hanya mampu berkembang sebatas Pilin saja. Mustahil dapat sampai menjadi World figure. Demikian mereka berfikir. Orang lain pun terfikir begitu juga sebenarnya. Sebab hingga hal Abuya pergi, hujjah-hujjah Allah untuk menjawab segala tanda tanya tentang Abuya sudah cukup sempurna di taqdirkanNya. Tapi hasad dengkilah yang telah menutup segala-galanya. Paham, tapi pura-pura tidak paham. Apa salahnya membenarkan perbedaan pendapat dalam hal ini? Apa perasaan anda, jika anda dihina seperti kami dihina oleh anda? Sesungguhnya meminta Allah kembalikan Abuya, untuk selesaikan Misinya adalah lebih bijak daripada mengharapkan Allah lahirkan orang lain dimulai dari bayi lagi. Atau anda ialah seorang yang ada formula lain untuk menyelamatkan Malaysia dan Indonesia dari kejahatan Yahudi yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran? Firman Allah yang bermaksud :"Tidak sekali-kali orang-orang Yahudi dan Orang-orang Nasrani akan redha kepada kamu melainkan kamu mengikuti agama mereka." (Al-Baqarah 120) Atau anda melihat tidak ada masalah di Malaysia dan Indonesia, hingga berkata:Apa perlunya pemimpin alternatif? Atau anda hanyalah seorang yang hanya berpikir tentang makan dan minum dan merasa cukup dengannya? Atau jangan-jangan tanpa sadar anda sebenarnya salah seorang konco-konco Yahudi? Akhir sekali, mari kita tunggu dan lihat, doa siapakah di antara kita ini yang akan dikabulkan oleh Allah Taala? Dan jika terjadilah hari yang Abuya kembali itu nanti, anda bagaimana agaknya? Sedangkan kami tidak rugi apa-apa kalaupun Allah tidak tunaikan Harapan ini! Nukilan DR Ing Abdurrahman Riesdam Effendi & DR Ing Gina Puspita ----------------- UMMU IMRAN
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 04-06-10 11:01
uiks... hmm...topik adalah mengenai kematian abuya yang tidak dipopularkan.walaubagaimana pun, topik diteruskan dengan pemahaman akidah pengikut2nya.. yang bagi saya secara peribadi supaya kita lebih tahu. mungkin ada yang tidak suka kerana abuya mungkin juga idola mereka, atau sekadar menganggap artikel sedang menghina si mati. bagi saya artikel2 yang disertakan adalah penceritaan pengikut yang terlalu taksud dan sebagainya..bukannya tetanng si mati. salah satu artikel di atas ada menyebutkan ini. Malah, bagi menggambarkan keajaiban Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya. “Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong! Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak ‘Abuya tolong!’ dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya”. Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.sehebat mana pun abuya, pernyataan dan kepercayaan sebegini adalah HARAM.. harap para pengkaji agama yang lebih mahir seperti wuzara dan myhoney.dapat serba sedikit memberi komen terhadap nukilan GRing abdurrahman riesdam effendi dan dr. ing gina puspita di atas ini. macam mana kita nak bentu negara dan pemerintahan islam andai akidah kita pun dalam ancaman? ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 04-06-10 18:22
sesat menyesatkan.sesat menyesatkan.sesat menyesatkan.sesat menyesatkan.sesat menyesatkan. ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 04-06-10 19:08
"....wahai tuhan kami....kasihanilah diri kami...jangan biarkan kami gelap gelita lagi sengsara...seorang penyelamat datangkanlah segera...membawa rahmat dan karamah jua berkahnya....." - petikan lirik dr lagu 'huru hara di mana-mana' by nadamurni 1993 ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 05-06-10 00:30
Masa arwah sakit sebelum meninggal, pengikutnya kata diuji seperti Nabi Ayub. Dan satu hari nanti akan bangkit dari sakit dan meluaskan empayarnya. Kini dah meninggal, dikatakan kan hidup semula pula. Yang dah meninggal tu sudah lah. Jasa yang baik terus dikenang. Kita yang tak pasti lagi. Apakah nasib kita nanti... Asalnya topik pasal liputan arwah meninggal yang tidak ada liputan meluas. Kini jadi medan "meluaskan" aqidah perjuangan. Saya pun ada rasa2 macam akan jadi penyelamat Indonesia dan Malaysia jugak. Pun macam ada "power". akhirnya saya disahkan mengidap penyakit "Bipolar Disorder". (sejenis penyakit mental). Cettttttt...!!! Tapi Rasulullah dulu pun dianggap gila oleh masyarakat jahiliah ketika itu. Rupanya Baginda Nabi terakhir yang dinanti2. Tah2 saya penyelamat yang kalian nantikan... Jeng, jeng, jeng... Sila layari : http://isa777.multiply.com-----------------
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 06-06-10 18:29
hadooiiilaaaa kenapa lah jadi macam ini... sangat-sangat sesat.. minta dijauhkn lah macam ini.. walau jahat mana skalipon tu lebih baik daripada macam baik tapi akidah terpesong!
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 23-06-10 15:34
Dari segi sistem sesebuah pergerakan, AlArqam jauh meninggalkan pergerakan2 lain di Malaysia mahupun di dunia ini. Kita masih boleh mempelajari sesuatu yang baik daripada pergerakan ini. AlArqam telah mempelopori banyak perkara ketika kebanyakan kita masih lalai. Saya masih ingat ketika awal 70an,ketika kebanyakan daripada kaum hawa yang mendedahkan aurat(rambut),termasuk ustazah sekolah saya, muslimah2 AlArqamlah yang mempelopori fashion bertudung. Kesannya kita dapat lihat hingga kini. Bagaimanapun dalam soal akidah saya reservekan kerana setakat ini saya hanya mendapat maklumat dari pihak ketiga iaitu media seperti TV dan akhbar arus perdana yang mana pengalaman saya mengatakan media sebegini cenderung untuk menokok tambah kalaupun tidak berbohong. Anggota2 AlArqam dapat dibezakan dari sifat2 mereka. sebagai contoh kita akan dapat bezakan penasyid2 AlArqam seperti Rabbani,Raihan dan Hijjaz berbanding dengan kumpulan yang bukan dari didikan jemaah ini. Bagaimanapun saya berharap masih ada di luar lingkungan AlArqam satu jemaah yang menjalani sistem yang lebih lengkap dari AlArqam, bukan sekadar teori yang tinggal teori. kepada pendokong AlArqam, tiada salahnya ada tassamuh menerima pandangan luar, kerana Abuya bukanlah segala galanya, Allah SWT dan Rasul yang tujuan yang nyata.
|
lading21
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.03.2008 Ahli No: 32849
Posting: 125
|
Posting pada: 27-06-10 20:32
Mudah-mudahan kita semua dapat menyelami maksud ayat ke5 dari surah Al-Fatihah...semoga Allah menyelamatkan kita daripada sebarang kesesatan sama ada yang tersembunyi ataupun yang nyata
|
biru-putih
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.07.2006 Ahli No: 25137
Posting: 135
|
Posting pada: 28-06-10 09:19
Pada 17-05-10 08:04 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! pemimpin paling ajaib? hati-hati..jangan tersilap cakap.. beliau juga manusia biasa..
Beliau mati dalam keadaan senyum... kira luar biasalah itu... keturunan anda pun belum tentu dapat macam tu kan... so kira mati dalam imanlah tu...seperti kata P.Ramle bila ditanya Kenapa mati senyum? maka jawabnya sebab mati dalam iman.. kalau orang tu tak betul tentu tak dapat kelebihan macam itu kan...?
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 28-06-10 10:00
Beliau tetap manusia biasa. Jika pengikut beliau tidak percaya beliau telah tiada, telah tidak percaya juga Saidina Umar Alkhatab Rasulullah telah wafat pada peringkat awalnya. Jika pengikut beliau telah memberi alasan beliau telah diangkat ke langit sebagaimana Nabi Isa AS,telah diberi alasan yang sama oleh Saidina Umar ra pada peringkat awalnya. Tetapi Saidina Umar ra segera sedar akan kekhilafannya, hanya kerana beliau memahami isi AlQuran. Jika kewafatan Rasulullah SAW boleh diterima sahabat,mengapa tidak pengikut Abuya. Tidak ada ruginya anda menerima pandangan sebegini. Di dunia luar sana masih ramai org lagi yang kalaupun tidak lebih baik ianya setaraf dengan beliau.
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 28-06-10 17:16
Pada 28-06-10 09:19 , biru-putih posting:!!! QUOTE !!! Pada 17-05-10 08:04 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! pemimpin paling ajaib? hati-hati..jangan tersilap cakap.. beliau juga manusia biasa..
Beliau mati dalam keadaan senyum... kira luar biasalah itu... keturunan anda pun belum tentu dapat macam tu kan...
so kira mati dalam imanlah tu...seperti kata P.Ramle bila ditanya Kenapa mati senyum? maka jawabnya sebab mati dalam iman.. kalau orang tu tak betul tentu tak dapat kelebihan macam itu kan...? salam~ masih saya ingat arwah nenek saya juga meninggal dalam keadaan yang sangat menenangkn.. wajahnya senyum... kedut di mukanya lsg tak terlihat walaupun umrnya dah menjangkau 70 an.. berbeza wajahnya waktu arwah hidup... tapi yang pasti kita hanya manusia biasa.. yang lebih mengetahui Allah swt.. jadi tak perlu timbul isu-isu org luar biasa dan sebagainya..
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 28-06-10 21:54
Pada 28-06-10 09:19 , biru-putih posting:!!! QUOTE !!! Pada 17-05-10 08:04 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! pemimpin paling ajaib? hati-hati..jangan tersilap cakap.. beliau juga manusia biasa..
Beliau mati dalam keadaan senyum... kira luar biasalah itu... keturunan anda pun belum tentu dapat macam tu kan...
so kira mati dalam imanlah tu...seperti kata P.Ramle bila ditanya Kenapa mati senyum? maka jawabnya sebab mati dalam iman.. kalau orang tu tak betul tentu tak dapat kelebihan macam itu kan...? saya nasihatkan sahabat kita diatas mengenai perkataan PALING AJAIB.. paling dari istilah bahasa adalah yang top. maksudnya kalau dalam kategori ajaib..tak ada yang lebih ajaib dah..dia saja yang paling ajaib.. paham tak? bab senyum ke sengih ke..maaf lah mata saya tidak dapat melihatnya..kalau setakat kabar2 begitu..tak nak lah saya percaya..sebab anak dia sendiri pun beritahu yang dia tak mati lagi.. nanti nak to be continue nak muncul hidup balik..kan? ada second season pulak kan? tau lah cerita p ramlee ada sambungan..lepas cerita do re mi ada nasib do re mi pula...sampai kata-kata p ramlee dijadikan panduan dan pegangan sudahnya...hahahhaa... sama ada senyum, nangis, mata terkeluar, sama ada seseorang itu mati dalam iman,dalam islam atau tidak..hanya Allah yang tahu..kita sebagai manusia tak boleh sama sekali jadi terlebih pandai nak jatuhkan hukum atau buat kesimpulan sesedap rasa. mati senyum luar biasa... mati sengih juga luar biasa.. mati terbeliak pun luar biasa.. begitu juga mati terjelir lidah...pun luar biasa jugak.. malah kematian sendiri adalah satu perkara yang luar biasa kerana ia semuanya ketentuan Allah..bukan makhluk yang mati yang setting diri sendiri nak mati macam mana.. saya sedikit pun tak sebut sama ada kematian beliau luar biasa atau tidak.. aku tegur bab perkataan "paling ajaib" sahaja..akhirnya aku pulak yang tak paham.. apa kaitan pula nasihat aku pasal penggunaan istilah dengan mati senyum? siap dengan keturunan aku sekali anda memandai? anda gilo ke apo ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
jojoi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang
|
Posting pada: 28-06-10 22:13
Pada 17-05-10 09:19 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! Perlu ke liputan? Sedangkan ramai bekas-bekas menteri meninggal pun tak dapat liputan. Apapun takziah kepada keluarga beliau.
Moga yang belum celik akan celik selepas ini.
Ana setuju sangat-sangat.... ----------------- Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...
|
usaidUSAID
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.06.2010 Ahli No: 39972
Posting: 26
|
Posting pada: 29-06-10 00:19
apa yang saya nampak pasal al-arqam..kesedaran bertudung di kalangan wanita muslim. kalau tahun 70an 80an dulu mak saya cakap susah nak jumpa wamita bertudung sempurna. malah mak saya sendiri yang berkelulusan pengajian islam dan berstatus ustazah di sekolah menengah hanya mengenakan selendang jarang nampak jambul. sampailah awal 80an sekolah mak saya mengajar ada guru baru. guru bahasa inggeris lulusan uk tapi bertadung bulat(labuh). beliau lah yang menyedarkan mak saya tentang aurat &kemudian mak saya mula pakai tudung yang betul-betul tutup aurat
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 29-06-10 07:36
seluruh malaysia dah tahu abuya dah mati ,, tak meluas lagi ke tuu..orang sebelah rumah aku mati semalam orang kampung sebelah tak tahu, kalau yang kes ni baru boleh kata orang tak tahu dia dah mati . cuma pengikut arqam mesti tahu abuya mereka dah mati,, jangan dok buat kerja pelik-pelik lagi.
|