Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 123
Ahli: 0
Jumlah: 123

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: Lelaki dan Wanita Ajnabi bercinta Yang diharamkan!

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Lelaki dan Wanita Ajnabi bercinta Yang diharamkan!

Please Mendaftar To Post

Oleh Lelaki dan Wanita Ajnabi bercinta Yang diharamkan!

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 14-05-10 22:26

Assalamualaikum

Bercinta, suatu yang sememangnya terlalu istimewa & sangat manis bagi darah muda. Apalagi bila zaman berubah, segala kemudahan yang ada....memudahkan lagi perhubungan remaja diteruskan dengan haluan kehidupan mereka.

Persoalannya, sejauhmana tahap ini dibenarkan dalam syariatnya?
Dimana batasan yang membolehkan mereka teruskan perhubungan?
Apakah matlamat & hala tuju mereka dalam melayari dan membina hubungan dan rasa cinta ini, mari kita selidiki & renungi penjelasan yang ana ingin kongsikan.

Syukran buat insan bergelar ‘PAK ARAB’ mengizinkan sinar atas usaha penulisan beliau untuk mengenengahkan hakikat sebenar buat masyarakat Islam umumnya dalam memperoleh jalan keredhaan & keberkatan Allah S.W.T.

Mudahan-mudahan kita dapat ambil bersama secebisan bingkisan & pengetahuan dari ilmuan yang professional dalam persolan akidah & ibadah sepanjang meniti kehidupan yang dimuliakan-Nya.

Wallahua’lam

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 14-05-10 22:27

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SEBAB2 HARAMNYA CINTA LELAKI DAN WANITA BUKAN MUHRIM!

Sudah terlalu banyak topik2 berkaitan ini di bangkitkan di laman ini. Dengan berbagai nama dan panggilan……….‘Apakah boleh bercinta?”, “ Adakah boleh bercouple?’ “Couple atau tidak?” “Putus cinta” dan macam-macam lagi nama topic ini.

Setiap kali topic seperti ini dibuka, ianya mendapat sambutan menggalakkan. Kelihatan ini sebagai suatu aliran remaja zaman ini ; bukan sahaja di negara kita bahkan ianya seolah-olah menjadi ‘virus’ yang menyerang remaja seluruh dunia.

Sebahagian bermula sebagai ‘kawan’ belajar , akhirnya masuk alam percintaan.
Yang lain-lain bermula dari ‘group discussion’ disekolah/universiti akhir sekali bertukar jadi pasangan2 bercinta.
Daripada bertemu mejadi berdua2an. Dari berduan bertukar kepada berpegangan...! Dari berpegangan ......kisah lain bermula!!!

Lelaki dan wanita bukan muhrim bercinta dianggap sebagai suatu perkara yang biasa bahkan sebagai suatu yang menjadi kemestian untuk mencari pasangan bahagia. Setengah ibubapa yang tiada kefahaman agama, membiarkan perbuatan ini seolah-olah mereka menyokong perbuatan ini. Masyarakat…….mass media. - majallah, suratkhabar, TV, semuanya merancakkan lagi suasana ini dengan mempamerkan ianya sebagai suatu kebaikan!!!! !!! !!!

Ada pula berani bertanya, “dimana salahnya cinta lelaki dan wanita bukan muhrim?”
Untuk ini kita akan cuba kupas dimana letaknya permasaahan ini.
Kita akan melihat betapa beratnya masalah ini sehingga ianya boleh membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan! Ianya boleh menjadi pemusnah kepada keturunan!    Ianya menjadi perosak agama dan kesucian diri.!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 14-05-10 22:27

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Islam bukan "pendapat aku", "ini perasaan aku", "ini kemahuan aku".!!!

Tetapi Islam adalah Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma' Ulama yang wajib dipatuhi. Insya Allah kita akan melihat nya satu persatu. Selepas pak arab huraikan.....pak arab minta keluarkan dali2 dari Al-Qur'an, Hadis Nabi dan Ijma' Ulama Mu'tabar.    

Sifat benci membenci bukan cara orang beriman! Kita di perintah saling memberi peringatan dan nasihat. Jika nasihat itu benar bersesuaian dengan agama, maka wajiblah kita terima. Jika pada pendapat kita nasihat itu tak betul, maka menjadi kewajipan kita untuk betulkannya. Tetapi AWAS semua itu wajib berdiri pada hujjah yang nyata berdasarkan Al-Qur'an ,Hadis dan Ijma' Ulama Mu'tabar.

Kita tak haramkan atau halalkan sesuatu! Tiada siapa pun boleh haramkan atau halalkan suatu melainkan semuanya milik Allah Ta'ala. Apa yang akan disebut nanti semuanya sudah tertulis.......hanya di tulis semula, untuk renungan dan i'tibar kita semua!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 11:17

Pada 14-05-10 22:27 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Sokong....sokong SiNaRaBaDi....teruskan...! Biarlah ramai dapat pengetahuan dan pengajaran!

Kosong ingin belajar....dari kosong sampai kosong!
:-)

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 11:58

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

!!! QUOTE !!!

LEMBARAN I - SUMBER CINTA

Maha Suci Allah Yang bersemayam di atas Arasy. Dia Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani menjadikan makhluk dengan KasihNya! Dia menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.

Dia masukkan cahaya Iman dalam dada mereka supaya mereka dapat menemui jalan kembali kepadaNya!

Dia masukkan sifat kasih kedalam hati mereka supaya mereka melebarkan kasih ini keseluruh alam kehidupan dunia.

Dia jadikan nafsu syahwat didalam hati mereka agar menjadi asbab untuk berkembang biak menurut perhitunganNya yang sangat sempurna! Maha Suci Allah Yang Tidak Lupa dan Tidak Lalai.

Dialah sumber cinta dan kasih. Disebabkan kasih ini sekalian makhluk dapat merasai kemanisan dan ketenteraman hidup

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 11:59

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

!!! QUOTE !!!

LEMBARAN 2 - CINTA INSAN YANG FITRAH

Allah Ta’ala menjadikan nafsu, syahwat dan keinginan didalam hati manusia. Dengan itu menjadi asbab penerus generasi manusia. Tetapi sesuai dengan kemuliaan dan ketinggian yang Allah anugerahkan kepada mereka, Dia mengatur undang-undang agar mereka terbeza dari haiwan.!

Ketika syahwat insan memuncak, ketika nafsunya bergelora untuk bersatu dengan wanita/lelaki, datang Syari’at menengahi mereka lalu memerintah ; bersatulah cara halal. Jangan kamu hampir sebelum kamu aqad secara sah! Jangan kamu jalin hubungan sebelum kamu di ijab qabul sebagai suami isteri yang sah.

Apa yang ingin kita paparkan adalah ; Cinta, kasih dan nafsu syahwat keinginan kepada jantina lawannya adalah fitrah kejadian Allah didalam diri mereka. Seorang lelaki normal dan waras fikirannya, memerlukan seorang wanita sebagai teman hidupnya. Demikian seorang wanita mempunyai keinginan untuk bersama seorang lelaki. Maka Allah Ta’ala memerintahkan supaya mereka bersatu didalam keadaan suci bersih agar mereka terbeza daripada haiwan yang tidak mempunyai peraturan!

وَمِنْ ءايَـتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَجاً لِّتَسْكُنُواْ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِى ذَلِكَ لأَيَـتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan Kekuasaannya dan RahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum :21)

Lihatlah betapa indahnya kelapangan dan keluasan Rahmat Allah Ta’ala kepada manusia. Dia mengatur manusia menurut fitrah kesucian diri agar mereka tetap unggul sebagai makhluk pilihan dan khalifah atas muka bumi.

Lelaki atau wanita yang didatangi perasaan cinta kasih kepada wanita hendaklah segera uruskan perkahwinan mereka melalui ibu bapa mereka. Inilah jalan selamat. Inilah jalan kesucian agar hatinya terus tepelihara daripada buruan perasaan nafsu yang boleh merosakkan hatinya, menganggu ibadahnya, menghalang zikirnya dan pora porandakan kehidupannya!

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa kerana puasa itu dapat membentengi dirinya”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi

Jika mereka tidak berbuat demikian sebaliknya terus melayan perasaan cinta tersebut dengan khayalan, pertemuan, pendampingan, mencurah rasa kasih dengan jantina yang berlawanan, maka mereka sudah masuk kepada daerah BAHAYA! Iaitu daerah godaan Iblis dan nafsu!     Mereka bakal masuk kedalam mulut BUAYA kehidupan yang akan membawa kesengsaraan.! Mereka bakal dibelenggu oleh rantai2 Iblis yang menghumban mereka kedalam neraka!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 17:46

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

!!! QUOTE !!!

LEMBARAN 3 : PERCINTAAN LELAKI WANITA AJNABI (BUKAN MUHRIM) YANG DI LARANG!

Apabila mereka (lelaki dan wanita ajnabi) didatangi perasaan cinta tidak segera berkahwin, sebaliknya melakukan perbuatan bercinta yang ditegah, mencurah rasa, bercumbuan, berdua2an, bersentuhan dll, adalah mereka ini melakukan kesalahan2 dan dosa2 yang tidak terhitung banyaknya. Cuba kita lihat di bawah ini berapa pelanggaran perintah Allah yang dilakukan oleh pasangan bercinta mengikut nafsu syahwat mereka :

Pelanggaran Pertama :

Allah Ta’ala memerintah seorang wanita tinggal tetap didalam rumahnya dan tidak dibenarkan keluar melainkan uzur syar’i.    

وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَى

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu………….. “

Wanita yang melangkah keluar untuk bertemu lelaki kekasihnya, sudahpun melakukan keengkaran kepada perintah ini.

Pada langkah pertama ini mereka sudah pun melakukan kesalahan dan keengkaran yang besar. Kerana wanita-wanita yang keluar tanpa tujuan yang dibenarkan syara’ adalah di umpamakan seperti wanita jahilyyah dan tergolong wanita yang rosak akhlaknya.
Apa lagi tujuan mereka keluar adalah untuk berjumpa lelaki ajnabi untuk bermesra dan bercumbuan!

Pelanggaran ke 2:

Melanggar amaran Allah supaya melabuhkan jilbabnya agar terbeza daripada wanita-wanita fasiq.

يأَيُّهَا النَّبِىُّ قُل لاًّزْوَجِكَ وَبَنَـتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَـبِيبِهِنَّ ذلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbabnya (pakaian labuh diluar) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Pelanggaran ke 3 :

Mereka melanggar perintah Allah supaya menundukkan pandangan terhadap ajnabi…..

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنْ أَبْصَـرِهِمْ وَيَحْفَظُواْ فُرُوجَهُمْ ذلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـرِهِنَّ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang lelaki ajnabi atau lain-lain yang haram)…..”

Pelanggaran ke 4:

Apabila bertemu, kedua pasangan bercinta ini akan mencurah rasa. Si wanita akan bercakap manja dan lemah lembut suaranya. Demikian juga si lelaki akan melayannya dengan suara godaan yang sama….. …

Mereka terang-terangan engkar perintah Allah Ta’ala ….

ينِسَآءَ النَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Pelanggaran ke 5:

Apabila seorang wanita ingin berjumpa kekasihnya dia akan memakai pakaian2 yang menarik serta berbagai kosmetik, haruman dan wangi2an sedangkan Allah dan RasulNya melarang keras berbuat demikian…….

وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَى

“Dan janganlah kamu tabarruj (mendedahkan perhiasan diri)seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu”

Dari Abu Musa al Asy’hari رضي الله عه berkata, Rasulullah    صلى الله عليه وسلم    bersabda:

“Tiap-tiap wanita yang menggunakan harum-haruman kemudian keluar melewati sekelompok kaum supaya dicium baunya oleh kaum itu, maka dia adalah seorang wanita penzina (pelacur) dan setiap mata yang memandangnya juga telah (ikut) melakukan zina (berzina).” (An-Nasai)

Pelanggaran ke 6 :

Menyentuh wanita/lelaki yang tidak halal baginya.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم,

Seandainya kepala seseorang di tusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Thabrani)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

"Kedua tangan berzina dan zinanya adalah meraba, kedua kaki berzina dan zinanya adalah melangkah, dan mulut berzina dan zinanya adalah mencium.” (Muslim dan Abu Dawud)

Kesalahan ke 7:

Allah Ta’ala melarang menghampiri zina…iaitu segala perkataan, perbuatan dan pergerakan yang boleh mendorong kepada zina!

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى

“Dan janganlah kamu menghampiri zina”
(Al-Isra, :32)

Pasangan lelaki dan wanita yang belum di ijabkabul sebagai suami isteri yang sah sedang melakukan perbuatan menghampiri zina dengan perlakuan mereka berhubung, bertemu dan bercumbu mesra!
Demikian banyaknya keengkaran dan dosa yang dilakukan oleh lelaki wanita yang melakukan perbuatan bercinta. Kebanyakan pasangan mengatakan ianya tidak di galakkan saja! Setengah pasangan lain menanggapnya dosa kecil jadi tidak mengapa mereka melakukannya!!! Wal Iyazubillah!
Renungkanlah baik-baik! Hanya Allah memberikan petunjukNya!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-05-10 22:52

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

!!! QUOTE !!!

LEMBARAN 4 : CINTA MELALUI ALAM CYBER

Setengah pasangan, terutama mereka yang mempunyai asas agama benda’wa ; kami tak berjumpa. Kami Cuma berhubung melalui telefon, sms, email…..jadi menurut dakwaan mereka ini tak salah!

Percintaan melalui ruang udara….ye suatu yang menarik di zaman cyber! Kalian berasa tidak bersalah? Mari kita tengok apa sebenarnya berlaku......!

Lelaki dan wanita yang bercinta melalui media letronik /alam cyber tidak jauh berbeza dengan pasangan yang melakukannya secara nyata kerana :

1. Berurusan dengan bukan muhrim atas hal-hal yang tidak di haruskan. Wanita hanya boleh berurusan dengan lelaki atas hal-hal penting yang diizinkan syara'. Sedangkan bercinta mencurah rasa antara ajnabi tidak harus kerana bukan kerana kepentingan syara' bahkan di tegah keras kerana mereka berhubung dan bercinta dengan pasangan yang belum halal bagi mereka. (Pelanggaran 1)

2.    Seperti biasa bila disebut pasangan bercinta mereka akan lunakkan suara dan manjakan suara mereka dengan berbagai panggilan cinta dan rindu. (Pelanggaran ke 4)

3.    Walaupun tidak bertemu namun gelora cinta akan di nyalakan oleh nafsu syahwat dan Iblis membuatkan ibadahnya tetap terganggu.
4.    Lazimnya perbualan melalui media letronik akan di susuli dengan pertemuan. Ini tidak dapat dielakkan kerana syaitan sudah masuk jarum syahwat dia! (Pelanggaran ke 7)
5.    Ulama2 zaman ini klasifikasikan hubungan cinta melalui media letronik – chatting, ym, sms, telefon dll sebagai khalwat di alam cyber kerana tidak ada orang lain melainkan hanya mereka berdua ketika mereka berhubung.

>>>>>>>

Catitan : Sekarang persilakan mereka-mereka yang mendakwa perbuatan bercinta lelaki wanita ajnabi (seperti yang dilakukan oleh remaja2 sekarang) sebagai bukan haram, menafikan keterangan di atas atau bawa hujjah2 yang membenarkan perbuatan tersebut! Silakan! sama-sama kita berbincang dan muhasabah diri!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 00:09

Pada 15-05-10 11:17 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-05-10 22:27 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Islam bukan "pendapat aku", "ini perasaan aku", "ini kemahuan aku".!!!

Tetapi Islam adalah Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma' Ulama yang wajib dipatuhi. Insya Allah kita akan melihat nya satu persatu. Selepas pak arab huraikan.....pak arab minta keluarkan dali2 dari Al-Qur'an, Hadis Nabi dan Ijma' Ulama Mu'tabar.    

Sifat benci membenci bukan cara orang beriman! Kita di perintah saling memberi peringatan dan nasihat. Jika nasihat itu benar bersesuaian dengan agama, maka wajiblah kita terima. Jika pada pendapat kita nasihat itu tak betul, maka menjadi kewajipan kita untuk betulkannya. Tetapi AWAS semua itu wajib berdiri pada hujjah yang nyata berdasarkan Al-Qur'an ,Hadis dan Ijma' Ulama Mu'tabar.

Kita tak haramkan atau halalkan sesuatu! Tiada siapa pun boleh haramkan atau halalkan suatu melainkan semuanya milik Allah Ta'ala. Apa yang akan disebut nanti semuanya sudah tertulis.......hanya di tulis semula, untuk renungan dan i'tibar kita semua!

Sokong....sokong SiNaRaBaDi....teruskan...! Biarlah ramai dapat pengetahuan dan pengajaran!

Kosong ingin belajar....dari kosong sampai kosong!
:-)

Tolonglah ajar ... aku pun nak berlajar ... tak larat nak baca thread dengan hujah masing-masing...cari thread yang memang satu hujah...Quran dan Hadis...

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 07:37

Pada 16-05-10 00:09 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Tolonglah ajar ... aku pun nak berlajar ... tak larat nak baca thread dengan hujah masing-masing...cari thread yang memang satu hujah...Quran dan Hadis...

Ye betul-betul.....Ini Kosong (budak mentah - kata seorang ostat yang tua) pun nak belajar dari Sinaran! ........... :-)

Katalah macam ni......ada seorang yang dah kahwin dan mempunyai anak ramai dah.........tapi dia jatuh hati dengan seorang wanita lain. Tapi dia pendam saja dalam hati, tak luah pada wanita itu.    Dan dia tak ada lah hubung atau berkasih2 dengan wanita tu.........dia pendam saja dalam hati. Kira salah tak?

Kosong is for .....Kosong!
Kosong don't walk with arrogant people!
Kosong love everyone in the path of Allah

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 16-05-10 08:56

Pada 16-05-10 00:09 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Tolonglah ajar ... aku pun nak berlajar ... tak larat nak baca thread dengan hujah masing-masing...cari thread yang memang satu hujah...Quran dan Hadis...

Saya rasa anda salah tempat.

Untuk belajar, anda perlu cari guru yang tsiqoh, dan belajar darinya. Dari guru anda tersebut, anda boleh belajar dengan kaedah yang sama. Tetapi lebih banyak guru yang anda belajar, lebih banyaklah perbezaan pandangan yang juga anda akan belajar. Itu telah berlaku sejak lebih 1300 tahun dulu. Jadi jika anda hanya mahukan satu hujah saja, maka bertaqlidlah kepada satu mazhab saja dan ketepikan mazhab yang lain.

Portal perbincangan seperti ukhwah ini, ia boleh membuka minda, menambah maklumat dan berkongsi pandangan tetapi bukan tempat untuk belajar.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 09:53

Pada 16-05-10 07:37 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-05-10 00:09 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Tolonglah ajar ... aku pun nak berlajar ... tak larat nak baca thread dengan hujah masing-masing...cari thread yang memang satu hujah...Quran dan Hadis...

Ye betul-betul.....Ini Kosong (budak mentah - kata seorang ostat yang tua) pun nak belajar dari Sinaran! ........... :-)

Katalah macam ni......ada seorang yang dah kahwin dan mempunyai anak ramai dah.........tapi dia jatuh hati dengan seorang wanita lain. Tapi dia pendam saja dalam hati, tak luah pada wanita itu.    Dan dia tak ada lah hubung atau berkasih2 dengan wanita tu.........dia pendam saja dalam hati. Kira salah tak?

Kosong is for .....Kosong!
Kosong don't walk with arrogant people!
Kosong love everyone in the path of Allah

ok, ana cuba berpendapat ya..

apa beza couple dan cinta...
yang mmbezakan adalah tindakan...
kesilapan tindakan mlibatkan hukum...
seperti yang ukhti sinar terangkan di atas...hukum couple boleh jatuh kepada haram bila mlibatkan sesuatu tindakan dan keadaan yang diharamkan..

bagai mana pula dengan cinta..
bagi ana tak salah prasaan cinta..
sebab cinta itu fitrah..siapa kita untuk menolak prasaan cinta..melainkan Allah sendiri yang mncampakkan prasaan itu.
persoalannya bagaimana dikatakan cinta boleh jatuh kepada kmrkaan Allah bila cinta itu dilayan dan dipuja2 sehingga melalalikan...
termasuklah cinta suami isteri yang kita tengok sebagai cinta pasangan yang sah. rujuk ayat suci Quran...

al-baqarah; 165
at-taubah; 24

cuma prsoalannya, bila dikatakan cinta itu menjadi salah...ialah bila kita meletakkan rasa cinta itu pada tempat yang salah.
contohnya kalau kita cintakan seseorang..tapi kita dah tau dia isteri orang..
pada saya..rasa itu tak salah..
tapi kita melayan perasaan itu yang salah..
sebabnya kita dah tahu dia isteri orang, dan selayaknya kita tak boleh mencintainya. jadi usahalah untuk tidak melayan perasaan cinta sehingga terbuai2 dengan rasa.

begitu jugak dengan situasi lain..siapa pun yang kita rasa cinta, perlu melihat kepada matlamatnya...orang-orang beriman tiada matlamat lain dalam hidupnya melainkan REDHA ALLAH.. jadi tak kena lah kalau kita cintakan seseorang dan snggup buat apa sahaja even kita dah tahu org itu tak patut kita terus cintai..dengan brmatlamatkan redha Allah..sedangkan orang yang mngejar redha Allah perlu mlalui 'jalan yang lurus'..

Allah membentang..kita memilih..
Allah mencampakkan rasa cinta..untuk kita menilai baik buruknya...

so, ksimpulan pendapat ana..rasa cinta itu tidak salah...tapi meletakkan cinta itu bukan ditempatnya, adalah salah.

dan rasa cinta itu lebih dekat dengan syaitan kalau kita tak melihatnya dengan mata hati dan iman...

wallahu'alam..
~mohon teguran kalau ada apa-apa yang kurang...:-)

-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”

Bookmark and Share

  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 09:58

Pada 16-05-10 08:56 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Portal perbincangan seperti ukhwah ini, ia boleh membuka minda, menambah maklumat dan berkongsi pandangan tetapi bukan tempat untuk belajar.

Bukan tempat belajar? :berfikir: :-(

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 16-05-10 11:00

Pada 16-05-10 09:58 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-05-10 08:56 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Portal perbincangan seperti ukhwah ini, ia boleh membuka minda, menambah maklumat dan berkongsi pandangan tetapi bukan tempat untuk belajar.

Bukan tempat belajar? :berfikir: :-(

Anda masih belum faham?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 11:10

Pada 16-05-10 07:37 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-05-10 00:09 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Tolonglah ajar ... aku pun nak berlajar ... tak larat nak baca thread dengan hujah masing-masing...cari thread yang memang satu hujah...Quran dan Hadis...

Ye betul-betul.....Ini Kosong (budak mentah - kata seorang ostat yang tua) pun nak belajar dari Sinaran! ........... :-)

Katalah macam ni......ada seorang yang dah kahwin dan mempunyai anak ramai dah.........tapi dia jatuh hati dengan seorang wanita lain. Tapi dia pendam saja dalam hati, tak luah pada wanita itu.    Dan dia tak ada lah hubung atau berkasih2 dengan wanita tu.........dia pendam saja dalam hati. Kira salah tak?

Kosong is for .....Kosong!
Kosong don't walk with arrogant people!
Kosong love everyone in the path of Allah

Bismillah
Salam Alaiyk:-)

kata ustazah / ustaz sewaktu sinar belajar dulu, kalau kita suka atau jatuh hati kepada seseorang itu... tapi kita sembunyikan sehingga tiada siapa tahu, dan kalau sampai waktu kita diambil nyawa pun, masih dia & orang lain tak tahu.. InsyaAllah, orang tersebut mati dalam keadaan mati syahid kerana dia mempertahankan perasaan itu kerana Allah. Ini ada dalam Riwayat Hadith. (maaf, sinar tak ingat haditnya, InsyaAllah jumpa sinar beritahu)

Dari perspektif yang kosong tanya, sinar fikir... setiap manusia tiada boleh nafikan perasaan ini. Tak salah rasa itu...tapi kalau dilayan perasaan & fikiran itu yang ditakuti bahaya kepada amalan yang dilakukan. Harus dilihat suka sebab apa? kalau anak ramai, mungkin boleh jadikan menantu.( boleh pakai ke pendapat ni :-? ).

Bahaya juga ini kosong.... bagaimna pula keadaannya dengan isteri tersebut. Hati wanita, kalau mereka tahu suami mereka ada hati pada wanita lain... hancur lah hati mereka.

Sinar bukan tak sokong ye.. cumanya, kalau dah suka mungkin boleh minta bantuan isteri untuk melamar wanita itu. Kembali berbincang dengan isteri, dapatkan kata sepakat & persetujuan bersama. Tapi jangan pernah beritahu perasaan ini kepada wanita yang ajnabi itu ye, sebabnya adalah 'dosa'.

Kesimpulannya., menyimpan perasaan itu pun sebenarnya kurang elok.. boleh ke kalau seorang lelaki/wanita yang dah kahwin menyimpan hati pada orang lain yang bukan muhrimnya? tidak ke ini dalam kategori berdosa juga. (:kelip: pandai pula sinar ni nak keluarkan hukum ye.... tapi itulah yang pernah sinar belajar dulu dari ustaz/ ustazah ana diIPT).

Wallahua'lam

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 11:14

Pada 16-05-10 08:56 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Portal perbincangan seperti ukhwah ini, ia boleh membuka minda, menambah maklumat dan berkongsi pandangan tetapi bukan tempat untuk belajar.

sinar pun setuju dengan pernyataan ini. Tapi tuan wuzaraa... bagi sinar sendiri, laman ini juga tempat untuk belajar. Adakala & ketikanya kita pun tak tahu, bila dah ramai sama-sama beri pendapat & kisah hidup mereka.. kita belajar lah juga tu untuk menerima pandangan & memberi pandangan. Disamping itu, ada yang kita tak tahu, kita boleh tahu.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 11:17

Pada 16-05-10 11:00 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-05-10 09:58 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-05-10 08:56 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Portal perbincangan seperti ukhwah ini, ia boleh membuka minda, menambah maklumat dan berkongsi pandangan tetapi bukan tempat untuk belajar.

Bukan tempat belajar? :berfikir: :-(

Anda masih belum faham?

adeiiii.....sudah ya. en2, tak perlu faham atau tak faham. Mari sama-sama nantikan kisah & pelajaran seterusnya yang ingin sinar kongsikan bersama.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 11:21

!!! QUOTE !!!

LEMBARAN 5: CINTA AJNABI TANPA SUARA, TANPA HURUF

Adakah cinta seperti ini wujud?
Apa hukumnya cinta seperti ini?

Kita akan melihat cinta tanpa suara atau huruf iaitu cinta yang kekal bersama empunya diri tanpa di luahkan dari perasaan hanya terdiam didalam hati, dari dua sudut :

1. Cinta yang diam bersama empunya diri, tetapi tidak mengganggu ibadahnya dan tidak mendatangkan syahwat keinginan yang boleh merosakkan Iman dan amalnya!

2. Cinta yang diam bersama empunya diri tetapi sering mengganggu ibadahnya dan menjadikannya bernafsu untuk melakukan kekejian (walaupun tanpa orang yang dicintainya)

Kita perlu bicarakan ini dari perspektif Tasawwuf secara khusus kerana ianya melibatkan soal 'hati'.     Jika anda bertanya mengapa bentuk2 cinta sebelum ini tidak dibicara dari sudut Tasawwuf, kita menjawab ; kerana bentuk2 sebelumnya sudah pun mejadi kesalahan pada sisi Fiqh iaitu kesalahan pada perlakuan/perbuatan yang disaksikan dengan mata kasar, maka sudah tentu apabila di pandang dari sudut Tasawwuf, ianya lebih parah lagi.

Sudut pandang yang pertama,

Walaupun mengadungi syubhat kerana ianya ada kemungkinan mencetus kepada sudut pandang ke2, namun adalah lebih ringan kerana tidak berbahaya kepada Iman dan Islam. Ianya boleh dianggap sebagai cinta fitrah insan (sebagaimana dibicara didalam LEMBARAN 2) Ianya hanya akan bertukar bahaya apabila bertukar rupa kepada sudut pandang ke 2)

Walaubagaimana pun adalah dinasihatkan mereka yang didatangi perasaan cinta segera berkahwin agar terkeluar dari daerah syubhat. Kerana mengekalkan syubhat boleh menjerumuskan kepada haram!

Sudut pandang ke2 : Mencintai wanita/lelaki yang terdiam dalam hati semata-mata - tetapi Iman dan amal terganggu!

Tidak menyuarakan, tidak meluahkan, tidak mencurah rasa dan tidak berhubung tetapi mengganggu Ibadahnya dan sering mengajak kepada kekejian!

Apabila dipandang dari perspektif Tasawwuf ini adalah sangat dilarang kerana 3 perkara :

1. Mencintai wanita yang tidak halal baginya.
2. Ibadah terganggu.
3. Menimbulkan kekejian dalam hati.

Kesemua ini adalah punca2 kerosakan hati yang boleh membawa kepada kerosakan Iman dan amal. Berdasarkan pembicaraan Tasawwuf, setiap unsur yang membawa kerosakan pada hati adalah ditegah keras dan wajib membuangnya segera.

Seluruh Ulama’ Tasawwuf/Ulama’ Arif Billah sepakat bahawa setiap mukallaf lelaki dan wanita WAJIB menyucikan hati daripada kekejian, kesyirikan, kekufuran dan kemunafikan. :

1. Wajib atas setiap mukallaf berusaha menyucikan hatinya daripada syirik khafi, mazmumah (sifat2 tercela) serta menghiasinya dengan Iman, Taqwa dan sifat2 Mahmudah, sifat2 terpuji.

2. Seseorang yang tidak berusaha menyingkirkan sifat2 mazmumah dan tidak pula berusaha menyingkarkan syirik2 khafi didalam hati boleh membawa kerosakan Iman dan Islam serta menjadikannya fasiq atau kufur.

3. Wajib atas setiap mukallaf berzikir mengingati Allah pada setiap waktu didalam hatinya. Jika seseorang itu luput waktunya pada mengingati Allah pada mana-mana waktu maka wajib segera istighfar apabila dia sedar akan kelalaiannya. Dan mengingat/zikir kembali didalam hatinya

4. Lupa kepada Allah dan biarkan hati dikuasai nafsu dan syaitan adalah haram dan berdosa. Kekal dalam keadaan kelalaian ini boleh membawa kepada berbagai2 syirik dan kekufuran.

5. Semua perkara yang boleh membawa kerosakan pada hati atau menyebabkan hati menjadi kotor atau menyebabkan hati terhalang daripada zikrullah wajib diperangi dan dijauhi. :.

i) Pergaulan yang haram dan sia-sia
ii) Pandangan, perkataan dan perbuatan yang haram dan sia-sia.
iii) Ingatan2 dalam hati yang diharamkan

Semua ini berdasarkan keterangan dan bukti perintah Allah dan RasulNya :

Firman Allah :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّـهَا- وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّـهَا
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya"

Firman Allah :

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )

Dan Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).

Firman Allah :

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اذْكُرُواْ اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً
“Wahai mereka yang beriman,sebut oleh kamu akan Allah dengan sebut yang banyak.
(Al-Ahzab : 41)

Firman Allah :

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَلُكُمْ وَلاَ أَوْلَـدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَـسِرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dananak-pinak kamu daripada mengingati Allah dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
( Munafiqoon : 9)

Dari keterangan diatas jelaslah bahawa cinta dalam hati pada ajnabi yang menyebabkan dirinya mejadi gelisah, tidak tenteram, lalai dari zikrullah, berangan2 pada kekejian, mengganggu ibadahnya dll maka pastilah ia termasuk perkara yang ditegah keras. Dan menghentikan perasaan ini adalah wajib; sama ada berkahwin atau berpuasa sebagaimana seruan Nabi صلى الله عليه وسلم

Jika anda berkata didalam Fiqh ada menyebutkan bahwa cinta itu termasuk "bukan ikhtiari", maka tidak patut dihukumkan keatas seseorang kerana ia bukan pilihannya. Jawapan kami : Ye benar ianya bukan pilihan tetapi pada zaman terjadinya cetusan didalam hati. Walau bagaimana pun apabila ia sudah bersemadi didalam hati maka ianya sudah bersifat 'ikhtiari" iaitu didalam kawalan dan pilihan seseorang. Dengan kata lain dia mempunyai pilihan untuk membuang atau kekalkannya.

Penjelasan Ikhtiari dan Idhtirari

Gerak hati ada 2 bentuk :

i) Idhtirari - Gerak rasa atau cetusan rasa atau disebut juga 'khatir' (lintasan perasaan) yang datang secara tiba-tiba tanpa diusahakan dengan kemahuan.

ii) Ikhtiari - Gerak rasa atau cetusan rasa yang terbit dari kemahuan diri atau kehendak diri.

Dalam syarak, perasaan atau dorongan nafsu kejahatan yang datang secara tiba-tiba, bukan atas kemahuan diri, iaitu dorongan yang bersifat “Idhtirari” dimaafkan. Kerana ianya diluar kawalan seseorang. Seperti perasaan marah, benci, dendam, .a’, takabbur, cinta dunia, cinta berahi kepada lelaki/wanita ajnabi dan lain-lainnya.

Tetapi…..

Apabila ini berlaku (cetusan rasa hati yang mendorong kepada kejahatan atau menyebabkan kelalaian), maka wajib cepat-cepat istighfar dan kembalikan perasaan hati kepada kesucian hati dan Tauhid kepada Allah. Kerana gerak rasa kejahatan adalah bisikan nafsu dan Iblis. Maka wajib dijauhkannya daripada menguasai hati. Jika dia dapat berbuat demikian maka selamatlah hati dia daripada terjatuhn kedalam kejahatan bisikan nafsu dan syiatan.

Sebaliknya apabila seseorang yang didatangi gerak rasa kejahatan yang bersifat 'idhtirari' tidak berusaha membuangnya, sebaliknya melanjutkan/melayan rasa hati tersebut dengan berkhayal, merupa-rupakan perlakuan jahat, keji dan sebagainya. serta mengekali kelalaian hati maka masuklah ia kepada daerah "ikhtiari".
"Ikhtiari" adalah hal yang diusahakan dengan kemahuan diri, keinginan diri dan perlakuan tersebut berada didalam kemampuan dan usaha ikhtiarnya. Maka perlakuan seperti ini iaitu melanjutkan gerak hati kejahatan/ kekejian/kelalaian ini dengan adalah haram.

Kita bawa beberapa contoh :

Contoh 1 : Sifat Riya’

Sifat Riya’ dalam amal (suka menunjuk-nunjuk atau keinginan untuk menunjuk-nunjuk) adalah perkara lumrah yang berlaku kepada orang-orang Islam terutama mereka-mereka yang sangat rajin beribadat.

Asalnya ia Cuma lintasan perasaan, iaitu gerak rasa yang datang secara tiba-tiba (idhtirari). Maka ini di maafkan kerana ianya diluar kawalan seseorang. Tapi wajib hentikan perasaan tersebut pada ketika itu juga dan istighfar serta kembalikan hati kepada kesucian Tauhid.

Sebaliknya apabila dia melayani perasaan tersebut, melanjutkan lagi perasaan riya’ tersebut (ikhtiari) maka jatuh kepada syirik khafi yang merosakkan amal dan ibadah.

Contoh 2 : Perasaan marah.!

Dalam kehidupan harian adakalanya kita didatangi perasaan marah kepada seseorang atau pada sesuatu. Perasaan ini datang dengan dengan tiba-tiba tanpa disedari. Maka perasaan ini hasil dari gerak rasa, “idhtirari”.

Seseorang yang didatangi perasaan marah ini wajib segera menghentikan sifat marahnya dengan membaca ‘ta’awwudz’ atau segera berwudhu. Maka perasaan marah tadi dimaafkan kerana bersifat diluar kawalannya atas sifat kemanusiaannya.

Sebaliknya seseorang yang enggan berbuat demikian sebaliknya melanjutkan perasaan marah itu, maka jatuh haram dan berdosa kerana ‘melanjutkan perasaan marah’ adalah bersifat “ikhtiari” atas daya upaya nya yang boleh dihentikan. Mengapa berdosa? Kerana dia membiarkan syiatan munguasai hatinya sedangkan Allah memerintahkan untuk melawan pengaruh dan tipudaya syaitan.

Demikian halnya semua gerak hati yang dikeji pada syara' wajib dihentikan /diperangi seperti sifat marah, benci, dendam, takabbur, ujub dll

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 14:17

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Boleh tak kalau saya nak berkenal-kenalan sikit dengan orang yang saya berkenan di hati?
Saya pun tak berapa setuju jugak dengan couple2 ni...
setakat nak kenali hati budi dulu boleh tak?
Kalau saya ni orang perempuan, patut ke saya terima terus lamaran orang?
Maksud saya lamaran dari seseorang yang langsung tak dikenali hati budi..
Bukan apa, zaman sekarang ramai lelaki kurang ok,
Entah ada didikan agama yang cukup atau tak ada?
tak boleh ke saya nak memilih sikit pasangan yang baik? 'andai saya perempuan'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah Ta'ala memelihara hati dan perasaan kita agar tetap didalam kesucian!

Pak Arab harap saudari dapat baca balik 'HUKUM HIJAB WANITA' untuk mendapatkan sedikit gambaran hubungan yang dibenarkan antara lelaki dan wanita bukan muhrim....!

Berdasarkan keterangan dari dalil2 Al-Qur'an, Hadis Nabi dan Ijma Ulama yang dikemukakan - sudah jelas perhubungan yang dibenarkan antara lelaki dan wanita bukan muhrim.
Mengenali hati budi, perangai, sikap dan lain-lain dengan cara berkawan, TIDAK termasuk didalam perkara2 yang dibenarkan. Sekurang2 pelanggaran hukum yang akan berlaku adalah ; Tidak menundukkan pandangan, cakap lemah lembut, zina hati dll. Hubungan lain yang ditegah tetapi menjadi kebiasaan dan dilakukan secara meluas oleh wanita dan lelaki bukan muhrim :

1. Mencari teman belajar bersama.
2. Melakukan 'study group' atau mentelaah bersama2.
3. Makan minum bersama2
4. Sukan atau rekreasi lain bersama2

Semua ini dan banyak lagi ....melanggar batas-batas pergaulan lelaki wanita bukan muhrim.    Tetapi perkara ini dipandang biasa dan "up-to-date", bahkan sebagai satu kemestian untuk berjaya. Wal Iyazubuillah.    Akibatnya adalah : Bermula dari kawan biasa kemudian bertukar jadi pasangan bercinta, sambung menyambung dengan berbagai perzinaan - zina mata, zina hati, zina kaki, tangan dan khatimahnya .....ZINA!    

Ada siapa boleh nafikan??? Kenyataannya depan mata. Berapa banyak remaja pelajar, pekerja menjadi rosak akibat pergaulan bebas ini. Berapa banyak remaja yang berzina?    Berapa banyak remaja yang mengandung sebelum berkahwin secara sah? Berapa banyak anak-anak luar nikah dibuang merata2?    Inilah akibat mengengkari perintah Allah!

!!! QUOTE !!!

Bukan apa, zaman sekarang ramai lelaki kurang ok,
Entah ada didikan agama yang cukup atau tak ada?
tak boleh ke saya nak memilih sikit pasangan yang baik? 'andai saya peremouan'

Ye kita sedar ini dilema kebanyakan lelaki/wanita yang mempunyai kesedaran agama didalam diri. Mereka bimbang akan terperangkap dan jatuh kepada pasangan yang tidak baik atau telah 'rosak' !!!    

Jika ada pasangan datang merisik/meminang atau kita berkenan pada seseorang, janganlah selidik sendiri dengan berkawan dan sebagainya. Ini jelas TERLARANG! Bahkan dari pengalaman kita boleh katakan, sifat 'luaran' banyak yang menipu kita. Dan berkenalan sementara belum dapat memberi gambaran sebenar peribadi seseorang.

Cara terbaik adalah :

1. Lakukan istighfar dan solat taubat bersihkan diri.

2. Selidik latarbelakang pasangan melalui mahram yang lain - umpamanya hantar saudara lelaki untuk siasat. Ini lebih selamat, benar dan suci kepada hati kita.

3. Memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia yang Maha Mengetahui segalanya. Buat solat istikharah turut2 selama 3 hari. Minta Allah Ta'ala tunjukkan adakah ini pasangan yang sesuai untuk kita. Insya Allah akan dapat jawapan nanti. Untuk mengetahui Jawapannya 'ya' dengan beberapa tanda :
     (1) Hati kita tenteram dan kuat mengatakan itulah pasangannya.
     (2) tanda-tanda melalui melalui mimpi - umpamanya ada seseorang soleh datang beritahu bahawa itulah pilihan untuk kita.

mudah-mudahan Allah Ta'ala memberi kelapangan dalam dada kita dan selamatkan kita dari fitnah akhir zaman!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 14:21

Pada 16-05-10 11:10 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

kata ustazah / ustaz sewaktu sinar belajar dulu, kalau kita suka atau jatuh hati kepada seseorang itu... tapi kita sembunyikan sehingga tiada siapa tahu, dan kalau sampai waktu kita diambil nyawa pun, masih dia & orang lain tak tahu.. InsyaAllah, orang tersebut mati dalam keadaan mati syahid kerana dia mempertahankan perasaan itu kerana Allah. Ini ada dalam Riwayat Hadith. (maaf, sinar tak ingat haditnya, InsyaAllah jumpa sinar beritahu)

Terima kasih sinar atas huraian panjang lebar.....!    :-)

Tapi Kosong musykil pasal hadis atas...

Matan dia macam ni.....

Suwaid bin Said, daripada Ali bin Mushir, daripada Abu Yahya al-Qattat, daripadah Mujahid, daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi, dan diriwayatkan pula daripada Ibnu Mushir daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah .a daripada Nabi. Diriwayatkan oleh az-Zubair bin Bakar, daripada Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, daripada Ibnu Abbas .a daripada Nabi bahawa baginda bersabda:

Maksudnya:
"Barangsiapa terkena panahan asmara, lalu ia menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia akan mati syahid."

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

"Barangsiapa yang terkena panah asmara lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar maka Allah akan ampuni dosa-dosanya dan Allah masukkan ke dalam syurgaNya"

Mengikut Ibn Qayyim hadith di atas adalah hadis palsu!

Ada mana-mana ahli hadith kat sini boleh bagi kepastian?

perhatian : teruskan Sinar dengan huraian....jangan pedulikan cakap-cakap orang tepi jalan!

Kosong is for .....Kosong!
Kosong don't walk with arrogant people!
Kosong love everyone in the path of Allah

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 15:02

Syukran Kosong. Berikut adalah yang sinar jumpa.

!!! QUOTE !!!

من عشق و كتم و عف فمات فهو شهيد

ertinya: Sesiapa yang cinta, dan menyembunyikannya, dan menjaga kehormatannya, lalu dia mati, maka dia syahid.

dihukum oleh Albani: PALSU

-Silsilah Dhaifah 1/587

benar ke ni palsu?

*******Ada Sesiapa Jumpa hadith ini? minta kongsikan bersama ya*******

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

hidayattullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.12.2009
Ahli No: 38772
Posting: 33

blank   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 16:09

PemBELAJARan ialah satu proses berterusan yang dapat menghasilkan perubahan tingkah laku.................................................................................

Terima kasih ya, sinarqaseh untuk entri ni.....

Bookmark and Share

  Member Information For hidayattullahProfil   Hantar PM kepada hidayattullah   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 18:18

Pada 16-05-10 11:21 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Contoh 1 : Sifat .a’

Sifat .a’ dalam amal (suka menunjuk-nunjuk atau keinginan untuk menunjuk-nunjuk) adalah perkara lumrah yang berlaku kepada orang-orang Islam terutama mereka-mereka yang sangat rajin beribadat.

Sinar. ada huruf tertinggal dalam ayat atas.......sifat riya'

thank you

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-05-10 19:40

Pada 16-05-10 18:18 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-05-10 11:21 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Contoh 1 : Sifat .a’

Sifat .a’ dalam amal (suka menunjuk-nunjuk atau keinginan untuk menunjuk-nunjuk) adalah perkara lumrah yang berlaku kepada orang-orang Islam terutama mereka-mereka yang sangat rajin beribadat.

Sinar. ada huruf tertinggal dalam ayat atas.......sifat riya'

thank you

Alhamdulillah, dah diperbetul. Syukran.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 10:33

Assalamualaikum. Ana punya satu kemusykilan. ada rakan saya yang mengatakan bahawa jika tak mengenal hati budi bakal suami@ isteri (berkawan dengannya), akan berlaku krisis dalam rumahtangga kelak. tetapi ana tetap dengan pendirian ana bahawa jodoh itu akan ditetukan oleh Allah sekalipun kita tak mengenalinya. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. tetapi kadang-kadang kata-kata rakan ana itu sering mengganggu & cuba menggoyahkan pendirian ana. Ana harap pak Arab dapat membantu ana untuk menetapkan pendirian ini.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pasangan bapa2 kita, datuk moyang kita disatukan atas pilihan orang-orang tua mereka masing-masing. Kerana cahaya kasih dan 'naluri' ibubapa adalah didalamnya mengandungi rahsia anaknya. Lazimnya pilihan mereka baik dan tepat.

anak-anak mereka tak pernah berjumpa satu sama lain. Tak pernah kenal mengenal satu sama lain. Dalam kebanyakan keadaan selepas bertunang pun mereka tak bertemu. Mereka serah kepada Allah Ta'ala, berdoa dan memohon agar hidup mereka didalam Rahmat dan KemurahanNya. Inilah contoh terbaik bagi anak-anak!

Tetapi zaman sekarang sudah berubah. Berubah kerana kedua-dua pihak ada masalah :

1. Masalah pihak ibu bapa : Sebahagian ibubapa sekarang bukan seperti Ibubapa dahulu. Sebahagian mereka ibubapa ini lebih memandang kepada unsur2 duniawi. Mereka mahukan menantu lelaki yang kaya, berpangkat berharta. Ini sudah rosak agama dalam diri!

2. Masalah anak : Tidak mematuhi ibubapa walaupun ibubapa mereka orang yang baik-baik dan saleh. Mereka mahukan pilihan mereka sendiri. Mereka cuba dengan berbagai cara yang diharamkan akhirnya jatuh kepada kebinasaan!

Masyakarat sekarang kepincangan didalam keruntuhan nilai agama di kedua-dua pihak ini......bahkan semua pihak lain termasuk pemerintah, masyarakat memberi sumbangan kepada kerosakan nilai2 murni agama didalam perkahwinan!!! Lalu apa pilihan yang ada.     Kita berpendapat begini :

Bagi anak-anak yang berpegang kepada agama dan yakin dengan pegangan tersebut, sedangkan ibubapa lebih cenderung kepada keduniaan, lakukanlah seperti yang kita cadangkan sebelum ini. Iaitu dengan solat taubat dan mohon petunjuk Allah Ta'ala. Jangan risik sendiri atau berkawan kononnya untuk mengetauhi hati budi. ...JAUHKANLAH!

Sebaliknya jika kita dapati ibubapa kita berpegang kepada agama, maka sebaiknya serahlah kepada mereka untuk memilih. Walau bagaimana seseorang mempunyai hak sama ada bersetuju atau tidak menurut peruntukan syara'

Semoga Allah selamatkan kita dari malapetaka akhir zaman!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 11:21

Assalamualaikum

Sinar,

Saya pernah juga melihat penjelasan hukum2 "berkawan dan bercinta" di banyak laman web lain. Lazimnya ada bangkit membantah! Mereka akan berkata macam-macam pendapat dan hujjah masing-masing berdasarkan pemikiran mereka!

Setengah akan kata : Ala ....takkan kenal2 pun tak boleh, aku pun ada nafsu nak cinta juga! Aku bukan robot. Aku manusia yang Tuhan bagi rasa cinta, siapa kamu nak halang aku bercinta dengan perempuan?...........dan macam-macam lagi..... :-)

Tapi di sini nampaknya coooooool, coool, tak ada pulak nampak membangkang! Jadi kira baik lah kan, comuniti ukhwah.com?

Semuanya faham akan hukum hakam bercinta yang terlarang ni.....Alhamdulillah tahniah untuk Sinar dan lain-lain !     :-)

Kosong is for .....Kosong!
Kosong don't walk with arrogant people!
Kosong love everyone in the path of Allah

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

arnabputih
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2010
Ahli No: 39621
Posting: 19

blank   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 12:17

bukan tak nak membangkang......mereka ini kebanyakkan mungkin ada yang nak bangkang, tapi terfikir agaknya betul ke atau tidak tindakan aku sebelum ini???? eh..... bagai terkena pada diri pula. Mereka sembunyi lah agaknya. Sebab itu tak banyak respon. Mungkin juga ada yang tak mahukan forum ini berlanjutan dengan pelbagai persoalan & etc. Lagi satu dah nama ukhwah, mestilah untuk jalinkan ukhwah. Asalkan yang ini diketepikan....abaikan saja. Jangan buat begini dah lah yoooooo... ambil pengajaran & pembelajaran kawan yang sampaikan ini k rakan-rakan ukhwah.com!!!!!

Bookmark and Share

  Member Information For arnabputihProfil   Hantar PM kepada arnabputih   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 18:01

Pada 17-05-10 11:21 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Sinar,

Saya pernah juga melihat penjelasan hukum2 "berkawan dan bercinta" di banyak laman web lain. Lazimnya ada bangkit membantah! Mereka akan berkata macam-macam pendapat dan hujjah masing-masing berdasarkan pemikiran mereka!

Setengah akan kata : Ala ....takkan kenal2 pun tak boleh, aku pun ada nafsu nak cinta juga! Aku bukan robot. Aku manusia yang Tuhan bagi rasa cinta, siapa kamu nak halang aku bercinta dengan perempuan?...........dan macam-macam lagi..... :-)

Tapi di sini nampaknya coooooool, coool, tak ada pulak nampak membangkang! Jadi kira baik lah kan, comuniti ukhwah.com?

Semuanya faham akan hukum hakam bercinta yang terlarang ni.....Alhamdulillah tahniah untuk Sinar dan lain-lain !     :-)

Kosong is for .....Kosong!
Kosong don't walk with arrogant people!
Kosong love everyone in the path of Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Alhamdulillah Wa Syukurillah..

Syukran ya kosong. Mereka sebenarnya bukan tak tahu, tapi mungkin belum memahami. Kefahaman perlu dengan hati buka dengan pemikiran. Iya atau tidak.. itulah pengalaman sinar sendiri (setelah diketuk oleh guru kepada kami satu kelas masa disekolah):kelip:

Perkara ini pun, sinar akan kongsi disini..memang ada masalah ini dilaman-laman lain., tapi sewajarnya menjadi tanggungjawab bersama untuk mengingatkan & menyampaikan yang sebenarnya. InsyaAllah... komuniti disini semua baik, sebab itu mereka boleh menerima pandangan & pembelajaran ini tanpa hujah yang lebih-lebih ( :-) teringat satu laman, habis-habis dipersoalkan itu & ini, Kenapa begini & Kenapa tak boleh itu..) tapi kalau untuk kefahaman & pembelajaran ok lagi. Jika untuk nak membantah terus tu yang kena lihat dulu dari perspektif Islam bagaimana.

Iya ka faham.. sinar pun tak tahu. Wallahua’lam. Sebabnya sinar sendiri perlukan pemahaman & pembelajaran yang berterusan. Jika tak diingatkan & dikritik, ditegur, di’apa-apa’.... diri akan jadi lagu itu juga lah jawapnya kosong.

1st sinar baca tulisan individu berkenaan pun, sinar rasa bagus. Satu peringkat kesedaran & perkongsian yang baik hendak dibawakan walaupun ada segelintir tak setuju & menetangnya. SubhanaAllah...semoga dibuka hati mereka untuk menerima kebaikan & melihat yang indah dari sisiNya.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 18:06

Pada 17-05-10 12:17 , arnabputih posting:

!!! QUOTE !!!

bukan tak nak membangkang......mereka ini kebanyakkan mungkin ada yang nak bangkang, tapi terfikir agaknya betul ke atau tidak tindakan aku sebelum ini???? eh..... bagai terkena pada diri pula. Mereka sembunyi lah agaknya. Sebab itu tak banyak respon. Mungkin juga ada yang tak mahukan forum ini berlanjutan dengan pelbagai persoalan & etc. Lagi satu dah nama ukhwah, mestilah untuk jalinkan ukhwah. Asalkan yang ini diketepikan....abaikan saja. Jangan buat begini dah lah yoooooo... ambil pengajaran & pembelajaran kawan yang sampaikan ini k rakan-rakan ukhwah.com!!!!!

Apa kata cara terbaik... ajak sekali rakan-rakan lain ikuti ilmu ini bersama. Sinar rasa tak salah sampai ilmu & pengetahuan ini kepada rakan-rakan lain..

InsyaAllah individu yang terlibat memang menginginkan agar masyarakat umum fahami apa yang ditekankan dalam konsep Islam.
Maka disebabkan oleh itu disampaikan penerangan ini.

Sama-sama pelajari & menyampaikan.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 18:11

Pada 17-05-10 18:01 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

1st sinar baca tulisan individu berkenaan pun, sinar rasa bagus. Satu peringkat kesedaran & perkongsian yang baik hendak dibawakan walaupun ada segelintir tak setuju & menetangnya. SubhanaAllah...semoga dibuka hati mereka untuk menerima kebaikan & melihat yang indah dari sisiNya.

Assalamualaikum

Boleh terangkan apa maksudnya?

Syukran!

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-05-10 18:19

Pada 17-05-10 18:11 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-05-10 18:01 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

1st sinar baca tulisan individu berkenaan pun, sinar rasa bagus. Satu peringkat kesedaran & perkongsian yang baik hendak dibawakan walaupun ada segelintir tak setuju & menetangnya. SubhanaAllah...semoga dibuka hati mereka untuk menerima kebaikan & melihat yang indah dari sisiNya.

Assalamualaikum

Boleh terangkan apa maksudnya?

Syukran!

bagus dari penilaian dan huraian yang disampaikan. Jelas & sampai maksud yang hendak dikeluarkan kepada umum untuk membaca. Wallahua'lam.

Mungkin bagi orang lain segelintirnya..tak boleh pakai langsung lah pembentangan individu tersebut, tapi bagi sinar..walaupun hakikat sebagai kehidupan biasa inginkan itu & ini, tapi pengalaman memperlihatkan pada setiap penulisan yang berhikmah ini. Sinar tak faham Kenapa ada yang boleh berantakkan sampai terus mengatakan yang bukan-bukan.

Macam mana nak gambarkan penerimaan hati untuk penyampaian ini, Allah Lebih Mengetahui. Satu peringatan, satu nasihat, satu jawapan yang pasti untuk segenap persoalan & kehidupan yang telah dilalui. Alhamdulillah.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 07:37

Pada 17-05-10 18:19 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Macam mana nak gambarkan penerimaan hati untuk penyampaian ini, Allah Lebih Mengetahui. Satu peringatan, satu nasihat, satu jawapan yang pasti untuk segenap persoalan & kehidupan yang telah dilalui. Alhamdulillah.

Assalamualaikum

Semoga Allah merahmati Sinar atas segala usaha2 Sinar. Sinar bukan sahaja rajin tetapi yang paling penting ikhlas. Walaupun sudah tahu masih mengaku kurang dan lemah! Inilah sifat terpuji dalam agama.......jadi makin berisi makin tunduk......! :-)

Kosong akan tetap belajar dari Sinar, walaupun Sinar ditakdirkan umurnya 7 tahun........ :-)

Biarkan salakan kiri kanan Sinar! Teruskan bicara !

Kosong is for .....Kosong!
Kosong don't walk with arrogant people!
Kosong love everyone in the path of Allah

-----------------
0

Bookmark and Share

  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 21:41

:-? tu pujian ke apa tu kosong......

:-).., maaf lalala... tak makan pujian. Syukran ya.

InsyaAllah., sahabat lain pun ramai yang lebih baik. Sama-sama manfaatkan ilmu. Mana yang tak betul saling perbetulkan, mana yang dah kuat saling membantu sama.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 21:58

Pada 18-05-10 21:41 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

:-? tu pujian ke apa tu kosong......

:-).., maaf lalala... tak makan pujian. Syukran ya.

InsyaAllah., sahabat lain pun ramai yang lebih baik. Sama-sama manfaatkan ilmu. Mana yang tak betul saling perbetulkan, mana yang dah kuat saling membantu sama.

Sudah-sudah.. sambung balik belajar...jangan lari dari topik...kelak binasa... hehe...

-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 22:19

Pada 18-05-10 21:58 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-05-10 21:41 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

:-? tu pujian ke apa tu kosong......

:-).., maaf lalala... tak makan pujian. Syukran ya.

InsyaAllah., sahabat lain pun ramai yang lebih baik. Sama-sama manfaatkan ilmu. Mana yang tak betul saling perbetulkan, mana yang dah kuat saling membantu sama.

Sudah-sudah.. sambung balik belajar...jangan lari dari topik...kelak binasa... hehe...

:sopan: ye lah tak lari.. banyak lagi nak sambung ni.. InsyaAllah..tak binasa, kosong bukan ambil hati pun. Asif ya. Syukran atas peringatan.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 22:22

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mulai dari tajuk ini dan beberapa tajuk sebelumnya, ada hamba2 Allah mengatakan 'janganlah kita berlebih2an pada syari'at.' Kata mereka ini kerana tajuk2 seperti ini banyak mengundang kekeliruan.    

Kita sangat hairan bagaimana sesuatu hukum Allah Ta'ala yang ingin di hidupkan dikatakan sebagai 'berlebih-lebihan'. Dan apa maksud berlebih-lebihan pada syari'at?     Adakah tajuk seperi ini tidak patut? Adakah hujjah2 yang dikemukakan sebagai sebab berlakunya segala kepincangan, jenayah, zina tidak cukup untuk membuktikan kebenaran ini?

Kita sangat berharap mereka-mereka yang arfi didalam Kitab Allah dan RasulNya dan Ulama Mu'tabar kemukakan dalil2 mereka. Bolehlah kita sama-sama belajar.

Ilmu Allah itu luas. Jalan menuju kepadaNya pun terlalu banyak. Tetapi semua ilmu, amal dan jalan-jalan tersebut sudah diikat dengan peraturan dan hukuman. Tidaklah Allah Ta'ala meninggalkan sesuatu apa pun didalam Al_Qur'an. Jadi alangkah baiknya para ilmuan ini berkongsi Ilmu agar semua manusia dapat manfaat.

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 22:23

!!! QUOTE !!!

lelaki perempuan lagi elok bila bcinta berjumpa.. jangan bcinta dalam intenet @ mobile saja.. dalam hp kata 'i love u', padahal tgah dating dengan org lain..

!!! QUOTE !!!

Aku kesunyian..
cuma mahu disayangi, dirindui & dicintai..
dahagakan kasih ilahi..
Tapi,,,
Aku juga memerlukan seseorang
sebagai tempat untuk aku bicara..
Mluahkan rasa hati untuk didengari..
Bila kdngaran suaranya, buat aku tlena..
seorang bidadari dunia untuk pandangan mata aku..

Ohh..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kalau ikut bicara 'hati' ini, dah jatuh wajib lah kahwin ni bagi saudara!

Carilah muslmah yang baik-baik dan kahwinlah cepat! Jadikan dia teman bicara! Jadikan dia teman yang dirindui! Jadikan dia buah hati yang disayangi!    

Allah Ta'ala perintah makan makanan yang halal dan baik-baik! Kalau nak makan danging carilah daging yang bersih suci dan lazat. Kenapa nak cari yang berulat dan busuk?

Daging bersih suci banyak dan macam-macam - daging masak merah, daging masak cili api, daging masak kurma, daging masak kari, daging masak manis dan macam-macam masakan daging yang lazat, sedap dan halal!    Pilih saja makanan yang suci dan lazat ini dan makanlah...!

Makanan yang halal menumbuhkan yang halal dan suci hati berubudiyyah kepada Ilahi....!
Makanan yang haram menumbuhkan yang haram, mengotori hati dan menghijab dari Ilahi....!

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-05-10 22:35

ok engrfeez, kosong, hidayatullah.... dan rakan-rakan yang dikasihi & dirahmati Allah sekelian..

Siri pembelajaran dah tamat...:-) InsyaAllah sebarang pertanyaan, pengulasan di buka untuk diperbincangan..

err...bukan perdebatan tau.. &., bagi sesiapa yang rajin untuk mendalami kisah ini... Mari Sertai DISINI, Daftar & Kenali Ilmu Secara Meluas

Sekian,
Wassalam :bye:

Bookmark and Share

  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.151499 saat. Lajunya....