Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 15-11-2024 |
|
Suara Hatiku
|
Moderator: Administrator, zulman |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | apa ada pada drama Adamaya.... |
---|---|
abadikan_03 |
Posting pada: 14-05-10 10:53 salam ukhwah buat teman-teman semua, harap semua sihat belaka.. buat teman-teman semua, saja ana mengutarakan topik ni untuk kita berbincang dan mengeluarkan pendapat tentang suasana di sekelilng kita... kemungkinan ada diantara sahabat-sahabat yang tengok cerita drama ber episod ditv3 pukul 6.30 petang setiap selasa- khamis baru-baru ini.... mengisahkan pergolakan rumahtangga dua buah keluarga akibat cinta lama yang masih berbekas dihati salah seorang dari mereka.. cuma nak tanya kepada orang perempuan lah.. ~ Kenapa ye drama ini amat dinanti-nantikan oleh orang perempuan, (lihat pada mak dan adik prempuan ana) . sampai ana nak tengok piala thomas pun mereka marah sampai remote cntrol pun dcontrol habis-habisan.... ~ drama Adamaya ini juga dibuat sebuah laman oleh peminatnya di facebook dan dianggotai 98% oleh kaum wanita.... komen-komen yang diberikan amatlah tidak berpatutan kerana marahkan seorang lelaki yang cuba merampas kembali kekasihnya walaupun ia cuma melakonkan saja... ~ drama ini juga mempunyai ranting yang tertinggi selepas Nur Kasih, ish,.. betul ke ni.... ----------------- Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu.. |
sakinah283 |
Posting pada: 14-05-10 11:58
salam...
ish...ish...sampai macam tu sekali ek... kasihannya...saya ada juga mengikuti cerita ni... tapi tak lah keterlaluan sangat... but ada lah scene yang buat kita rasa terharu dengan pengorbanan seorang suami..apa pun tak semua boleh kita ikut kan... moralnya, seseorang akan sedar kesilapannya suatu hari nanti bila ada orang yang sentiasa sabar dan berusaha memperbetulkan keadaan... ----------------- "The way to love anything is to realize that it might be lost" |
Nurizmi |
Posting pada: 14-05-10 13:56
Salam..
hmm..betul lah... di sana sini sekarang..sibuk org duduk sembang pasal Adamaya... sebelum ni tak pernah tengok pun walaupun ada masa.... tapi bila dah org sibuk sembang pasal cerita tu, smalam luangkan masa sbentar... bila dihayati jalan critanya..dan dengar-dengar episod sblumnya dari org yang suka cerita tu...sebenarnya di luar sangkaan ana.. org sana sini suka sangat watak adam..baik, pnyayang....romantik..sehingga ada teman di FB idamkan watak Adam sebagai suami... tapi, honestly bagi ana..watak adam yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang sebenar dan hebat sebenarnya jauh dr sangkaan...watak adam (mengikut pendapat ana) adalah seorang lelaki yang lemah...sebabnya dia gagal menghalang isterinya dr prbuatan mungkar atau mengikut definisi hadist...watak adam lebih kepada watak seorang lelaki yang dayus... rtinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat) apapun..itu salah satu watak yang rasanya perlu ambik pngajaran...bagi orang-orang yang melihat dengan mata hati..bukan sekadar hiburan atau pngisian waktu lapang... dan buat muslimah yang idamkan watak seperti adam...hmm, nasihat saya..lupakan... =) wallahu'alam.. ----------------- “muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata” |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 14-05-10 15:20
Bismillah
Salam kisah dirumah sinar pula, tak tahu tv dicontrol siapa. Nak cerita panjang pun tak boleh sebabnya sinar tak ikuti cerita ini because once dah mula lihat cerita bersiri ni automatik akan ada rasa nak ikutinya sehingga tamat drama. sehinggakan waktu azan, tv masih on. Walaupun tiada suara (dimutekan) tayangan gambar masih berjalan dirumah. hm.... begitu sekali dah suasana kini. Azan diabaikan. tv diutamakan. Cumanya satu yang sinar boleh beri, (sekali imbas semalam) itu pun sebab nak tutup tv... tak menjadi bila dihalang. Moralnya., Isteri bersyukurlah & taat pada suami, InsyaAllah dunianya selamat & bahagia. Sebaliknya, apa hikmah selain itu...... sebelum berakad nikah & walimah, elakkan berkenalan & bercinta dengan lelaki/wanita. Jika masing-masing menyedari masih ok, tapi kalau dah sampai tahap '..' tidak ke rumit? Sahabat, jangan terlalu sangat mengikuti drama sehingga terlayan emosi & kehidupan anda dalam menunaikan tanggungjawab kepadaNya (maksudnya, dah waktu dekat maghrib...carilah alternatif untuk dipenuhi dengan pengisian rohani seperti kisah nabi, kuliah diradio ikim ke @ bacaan Al-Quraan) agar hati tidak terleka. Jangan pula dah sampai waktu, masih lagi nak tunggu habis drama baru tunaikan suruhan Yang Lebih penting. Kenalilah rakan-rakan sekalian bahawa ini semua perangkap bagi umat islam oleh pihak zionis. Semata-mata melalaikan umat islam untuk melakukan yang lebih bermanfaat. Maaf jika ada yang kurang senang dengan pendapat ini. Sekadar pandangan peribadi ana. Wallahualam. |
trouver_99 |
Posting pada: 14-05-10 17:06
cerita ni best.
tak ada pun watak dengki sampai dendam muka macam hantu seperti kebiasaan cerita melayu lain ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
mimi_eniliana |
Posting pada: 14-05-10 17:11
huhu..satu episod pun tak tengok..
waktu genting harian.. huru hara masak, buat air minum suami.. sambut suami balik kerja.. bawa ke maghrib..lepas maghrib.. duduk lepak.. kemas meja.. macam taks empat saja...hehehe ----------------- the key is ignorance to negativity.. |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 14-05-10 17:23
Pada 14-05-10 17:11 , mimi_eniliana posting:
!!! QUOTE !!! huhu..satu episod pun tak tengok.. kak eni... Alhamdulillah, ok juga lah tu. Tak letih mata. Paling best, perkara yang ikhlas dilakukan untuk suami dapat pahala lagi ni. |
abadikan_03 |
Posting pada: 14-05-10 18:24
Pada 14-05-10 13:56 , Nurizmi posting:
!!! QUOTE !!! Salam.. ~ Dayus..! ye, kebarangkaliannya dari persepsi sesetengah pihak. dan bagi pengarah cerita ni kemungkinan disitu ada sesuatu yang ingin disampaikan.. -ana tak tengok mana pun, cuma bila ada masa terluang saja...- ~ rasanya cerita ni (bagi ana) ada suatu kelainan dari cerita-cerita yang pernah ana tengok. pasal seorang lelaki yang sanggup menceraikan isterinya kerana ingin bersama kekasih lamanya.. walaupun si perempuan tu dah berkeluarga, bersuami dan ada anak.. dia masih dengan tekadnya.. kita mungkin fikir ia sesuatu yang tidak masuk dek akal... tetapi suatu jalan cerita yang menarik dan tak pernah dilakukan oleh pengarah sebelumnya.. ~ bila ditanya pada adik ana, anak mereka (Amani) menjadi penarik juga bagi penonton terutama orang perempuan... cuuut sangat dia kata...huhuhu entahlah... ----------------- Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu.. |
nor_207 |
Posting pada: 15-05-10 06:36
Kalau tengok dari segi positif, banyak juga pengajaran cerita ni. Pasal suami dayus, isteri yang curang dan cinta yang salah sehingga tergamak nak kacau rumah tangga orang
----------------- Ya Allah, bantulah aku untuk redha dengan apa yang belum Engkau tentukan untukku dan jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas nikmat-Mu |
nurkamar |
Posting pada: 15-05-10 11:53
secara peribadi
bila berkumpul dengan rakan-rakan yang dah kawin lama, rata-rata menyatakan cerita ni ada 'simboliknya'. tak macam cerita merapu cinta ala ala ISLAMIK yang lain seperti ayat2 cinta , apa yang ada dalam jalan cerita tu secara realitinya juga banyak berlaku di LUAR SANA. sekurangnya bila di tonton bersama suami isteri ia jadi alternatif untuk saling sedar menyedarkan kesilapan diantara satu sama lain. lebih-lebih untuk orang-orang yang ego tak mahu terima nasihat secara terus. yup, memang masa tu agak kurang sesuai. tapi di tv3.com,my pun boleh dijadikan alternatif untuk tonton. agak berminat dengan post seseorang dalam thread ni, KALAU lah tak wujud ADAM @ HAWA dalam sesebuah rumah tangga, maka hancus lebus lah ia seperti yang berlaku dalam keluarga Dani bilamana tak geti ada rasa sabar, tenang & tolak ansur bila masalah menimpa.(memandangkan anda belum kawin, saya faham.. anda tak ada pengalaman lagi) ----------------- |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 15-05-10 17:14
Bismillah
Salam Alaiyk sahabat... Sinar mohon maaf terlebih dahulu ye. Apa yang sinar hendak utarakan ini umum & tiada kena mengena kepada sesiapa. Melalui pemerhatian & pengalaman disekeliling ana, hampir mencecah 100 lebih diforum ini pembacaan dilakukan untuk mengetahui statusnya.. & diluar pula dengan pelbagai kisahnya...... best ye cerita ini..? tak faham apa langsung. Ye lah tak macam cerita-cerita ISLAMIK lain, sekurang-kurangnya.... (cerita cinta MERAPU ala-ala islamik lain itu kan ukhti..)menunjukkan cara bercinta sesuai konsep ISLAM, bagaimana pertemuan terjadi dan urusan perkenalan & pelayaran rumah tangga mengikuti konsep sebenar ISLAM. Cuba kita bandingkan dengan adengan di tv 3 ni, tak boleh nak nafikan remaja yang setia menonton dari awal mahupun ½ jalan boleh terpengaruh dengan suasana ‘bercouple’ & ada ‘feeling’. Benar lah ni ukhti, memang reliti diluar sana SEBELUM KAHWIN, dah i love u, i miss u, i think about u dan....etc. Belum lagi sah, dah tak reti malu agaknya... senang untuk meeting & berdating. Memang sesuailah ‘simbolik’ yang mereka gambarkan ini, telah berjaya dipengaruhi oleh kafir. Ditonton bersama “untuk apa” wanita yang tak menutup auratnya yang tidak sesuai ikut syarie’ itu yang perlu ditonton ke? Yang mana, masa sedang elok ditayangkan cerita... iklan tiba-tiba menjengah waktu ini (dengan penuh layanan iklan yang entah apa-apa). Sampaikan waktu program usrah, dan kuliah islam pun boleh turn out tersasar jauh dari landasan sebenar. Tak perlu menyokongnya. Mengapa tidak mendalami kisah-kisah isteri nabi & pengalaman hidup sahabat-sahabat nabi. Orang yang ego ni... ada cara untuk mereka dinasihati, bukan terus disindir, diperli mahupun dicakap ‘belakang’. sekali lagi mohon maaf ye... memandangkan penyataan yang diatas, ana antaranya...mungkin juga yang lain. Maka ana tak faham mengapa ukhti tujukan pada yang ‘belum berkahwin’ hanya semata cerita & sandiwara lakonan di tv? Kenapa tidak dilihat kisah bagaimana sabarnya maryam, tenangnya Fatimah, bertolak ansurnya aisyah (isteri Rasulullah SAW) & ramai lagi tokoh wanita & lelaki Islam dizaman kegemilangan khulafah Ar-Rasyidin. di tv sibuk dengan mengeluarkan kisah orang lain, cerita itu & ini yang paling tak bermanfaat.... mengapa tak terarah saja kepada program Islami? Semuanya hanya semata hiburan yang ZERO!..(tiada pengisian, hanya kelalaian). Mahukah kita terus menjadi setia dihadapan program sebegini. maaf, sekadar pandangan dari perspektif mata hati, bukan akal. Fikirkan.. |
nurkamar |
Posting pada: 15-05-10 18:25
errr...
mungkin ini juga nasihat dari 'abang arab' anda? saya sudah catatkan dengan lebih awal ini pandangan saya secara peribadi. sama ada anda menerima atau tidak, perkara dah jadi. silalah 'putar balik saat kebelakang untuk mengubahnya jika anda tak berpuas hati. usah di kecikkan skop pemikiran. seperti juga kes NANNY 911 di tv9, ada yang menyangkal itu cara didikan BARAT. tetapi Kalau diri sendiri pun tak ada cara @ bermasalah untuk mengurus permasalahan keluarga terutama anak-anak, maka usah lah dipersalahkan orang-orang yang mengambil pengajaran melalui rancangan realiti itu. ----------------- |
Nurizmi |
Posting pada: 15-05-10 19:14
Hmm....
nampak lain macam saja prbincangan kat sini apapun, setiap orang brbeza pandangannya... tentang cerita Adamaya..ada pro dan contra nya...ada part yang baik..ada yang tidak... masing-masing setiap manusia diberi akal untuk fikir..apa yang dibentangkan di depan mata..baik atau tidak....dan setiap org brbeza anggapannya dan nilaiannya.... kalau kita nampak cerita tu ok..jangan lah terlalu trtutup untuk mambaca pandangan org lain yang brkemungkinan berpandagan sbaliknya... dan kalau kita rasa cerita tu tak ok....jangan terlalu fikir, pendapat kita lah yang sebaiknya..... sedang kita semua brlainan taraf pendidikan agama...mahupun brbezaan dr sudut pmerhatian dan pngalaman... apapun..terima dan berlapang dada lah pada setiap pendapat.. kalau ada sesuatu yang perlu diprbetulkan......betulkan secara berhikmah tanpa perlu Quote mana-mana pendapat seseorang secara jelas... sebabnya..anggaplah orang-orang di sini...punyai rasa dan naluri yang cukup sensitif... ~Semoga Allah Redha... =) ----------------- “muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata” |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 15-05-10 19:35
Astagfirullahalazim....
mana-mana tajuk pun pasti ada permasalahan ini yang akan wujud... minta dijauhkan dari sebarang salahfaham & rasa marah @ benci @ tidak puas hati. ‘abang’...???? siapa dia?.. aduhai ukhti.... ana tak ada seorang pun ‘abang’ lagi-lagi yang belajar dinegeri arab. Mana mungkin dapat gelaran itu. Sinar dah catitkan ini pandangan umum, Kenapa mesti diperbesarkan dengan menyatakan perkara yang diatas..... waliya’uzubillah.. jangan menafsir sebelum menyelidiki. Begini ye pertanyaan berpuas hati? Untuk apa.....ukhti. sinar cuba nyatakan pendapat. Tak perlulah melarat. Mana tau diri tiada permasalahan @ cara, itu semua suratan & ketentuan Allah. DIA Lebih berhak menentukan! Terpulang ukhti, mohon maaf ya. Jika nak ambil persilakan, jika tidak pun terserah. Hanya pendapat insan yang lemah. Tiada yang sempurna & tiada yang lebih tanpa Izin-Nya. p/s: mungkin ada disini yang mengenali ‘Pak Arab’ yang dinyatakan. Ukhti, ilmu yang disampaikan jangan dicampurkan dengan permasalahan hati yang tidak terurus, jadi lain nanti. Kata-kata seorang sahabat, sangat bermakna renungkan......... Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali, boleh membunuh dan boleh menghidupkan, boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan, boleh menghina dan boleh memuliakan, boleh mempersona dan boleh meliarkan, boleh menghasut dan boleh memujuk, maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya.. MOhon maaf atas kata-kata dan pandangan yang tak terpakai rasanya oleh 'sebahagiannya'. Sinar quote tiada disertakan nama. InsyaAllah, tidak simpan dalam hati... sinar beri pandangan umum sahaja. Ada masa insan boleh berkata pelbagai...tapi tak boleh yakin, sebab kesilapan datang tanpa kesedaran & permintaan, Itu ujian Pencipta bagi mereka memperbetulkan keadaan & memikirkannya. |
Nurizmi |
Posting pada: 15-05-10 19:52
Pada 15-05-10 19:35 , SiNaRaBaDi posting:
!!! QUOTE !!! Astagfirullahalazim.... alaaa..ukhti sinar ni...tak nak lah macam ni.. kan ana dah cakap...orang-orang di sini agak sensitif...even kita bagitahu secara umum..tapi cili tetap cili...hihi... dah..dah..nah, munge.... selit kat tinge... apapun, ana suka kata-kata di atas..cukup brmakna bila dihayati dengan mata hati....syukran atas prkongsian.. berlapang dada itu...... cukup indah.... saat mnyesakkan dada... menambah gelora... ia datang membugarkan jiwa.. menenangkan rasa.... bila diri dihambat duka.. kerana kata tersilap baca... sehingga hati cerah menjadi buta... memakan rasa menikam dada... bagai luka dicurah cuka.. namun, bila ada rasa terbuka.. bahawa setiap jiwa brlainan warna... dan insan itu brsifat alpa... akan hadir rasa selesa.. sehingga kita mampu lupakan bahawa.... dia dan kita... cuma hamba... wallahu'alam.. ~maaf pmbuka topik..lari prbincangan lah.. ----------------- “muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata” |
nurkamar |
Posting pada: 15-05-10 20:28
cik sinarabadi ni memang jenih tak boleh kena jentik pendapatnya agaknya, terus melatah. hypersensitip yang bukan2. (tiba-tiba pula teringat pula kes kena tegur dengan muslimin dalam topik lepas ). belajo lah berlapang dada. camno nak bergear pun Kalau gini rupanya..... pendapat orang lain yang di balas, dia pula yang hypersensitip keterlaluan.
apa pun saya memang tertarik dengan cara nurizmi. ** tambahan, baru terperasan, dah teredit rupanya post reply pertama tu. baguslah. jangan nak kecikkan skop pemikiran tu.lain ornag, lain cara, lain pandnagan. btw, bukan anda sendiri ke yang sendiri yang dok memanjang hlite pasal abang arab tu. saya tak serkap jarang. ----------------- |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 15-05-10 20:33
Terima kasih.... mungkin itu menyenangkan hati ukhti. Syukran nurizimi.
Peringatan yang dituju harus bersama untuk setiap diri individu. Bukan hanya kata 'Kosong' terisi dengan jiwa & naluri sebenar. teruskan berforum ya |
engrfeez |
Posting pada: 15-05-10 21:52
Ooo..bagi aku pendapat yang kalau boleh ikut sinarabadi lah..tak payah tengok lagi bagus....
tapi aku tengok jugak..ehehhe..and memang aku rasa ada pengajaran sikit lah... bak kata org nak sekat semua sekali susah..tapi yang baik ambil teladan yang tak baik jadi sempadan... |
arnabputih |
Posting pada: 15-05-10 23:30
kamu orang ni semua memang salah faham ka atau buat-buat salah faham! kenapa sukar sangat nak terima perkara baik. ada satu ayat, tak ingat surah mana. Jika kamu tahu suatu kebaikan & kemungkaran., kamu tak menyatakan lalu kamu mendiamkan kerana takut atau hendak ikut dunia., mak tunggulah pembalasannya. Nak hurai lebih pun aku pun jahil, tak pandai mana, tapi itulah dianya.....jangan cepat menilai pihak yang menegur dengan cara Islam. Walaupun aku ni tak perfect, tapi mencari yang terbaik juga. kita sama-sama mencari bukan menyalahkan!!
buatpe lah...sejak akhir2 ni banyak sangat perbalahan & persalahfahaman aku saksikan dilaman ni. naik muak betullah. |
engrfeez |
Posting pada: 16-05-10 00:01
Pada 15-05-10 23:30 , arnabputih posting:
!!! QUOTE !!! kamu orang ni semua memang salah faham ka atau buat-buat salah faham! Kenapa sukar sangat nak terima perkara baik. ada satu ayat, tak ingat surah mana. Jika kamu tahu suatu kebaikan & kemungkaran., kamu tak menyatakan lalu kamu mendiamkan kerana takut atau hendak ikut dunia., mak tunggulah pembalasannya. Nak hurai lebih pun aku pun jahil, tak pandai mana, tapi itulah dianya.....jangan cepat menilai pihak yang menegur dengan cara Islam. Walaupun aku ni tak perfect, tapi mencari yang terbaik juga. kita sama-sama mencari bukan menyalahkan!! Habis apa kesimpulannya ini. Aku memang tak paham... baik ke tak baik sebernarnya cerita ini? |
myway |
Posting pada: 16-05-10 06:45
seperti biasa.
dalam posting saya yang lepas2. kalau cerita2 macam ni. saya prefer kepada tak setuju. this is typical malay story. yang mana dalam cerita2 begini banyak unsur2 tak baik. perceraian, pergaduhan, busuk hati, backstabbing dan etc. perkara2 seperti diatas ni akan jadi continuous culture dalam hidup org melayu. especially bagi yang kurang ilmu. akan berterusan hidup melayu mengikut budaya dan cara hidup seperti dalam cerita tu. walau boleh di ambil pengajaran, tapi bukan ini yang dicari oleh individu muslim tu. saya menentang habis-habisan.hihi. sebab saya tak nak tengok org melayu mundur dan hanya menghabiskn masa didepan tv menonton cerita2 yang memburukkan lagi masyarakat melayu. |
pejuang_terakhir |
Posting pada: 16-05-10 11:55
realiti zaman sekarang......bahaya jugak seolah-olah sudah menjadi tend zaman sekarang.isteri curang terhadap suami bukankah sesuatu yang besar.jangan kita bila tengok cerita ini merasakan seolah-olah perkara biasa isteri keluar dr rumah....mana pergi nya izin suami?siap jumpa kekasih lama lagi bincang soal kahwin....mungkin bagi sesetengah pihak maya curang tahap biasa tak sampai terlanjur or what so ever...tetapi di sisi agama ini adalah sesuatu yang besar...jangan tengok sekadar yang tersurat tetapi tengok juga yang tersirat
----------------- abu muadz |
abadikan_03 |
Posting pada: 16-05-10 14:33
Pada 15-05-10 23:30 , arnabputih posting:
!!! QUOTE !!! kamu orang ni semua memang salah faham ka atau buat-buat salah faham! Kenapa sukar sangat nak terima perkara baik. ada satu ayat, tak ingat surah mana. Jika kamu tahu suatu kebaikan & kemungkaran., kamu tak menyatakan lalu kamu mendiamkan kerana takut atau hendak ikut dunia., mak tunggulah pembalasannya. Nak hurai lebih pun aku pun jahil, tak pandai mana, tapi itulah dianya.....jangan cepat menilai pihak yang menegur dengan cara Islam. Walaupun aku ni tak perfect, tapi mencari yang terbaik juga. kita sama-sama mencari bukan menyalahkan!! sahabat,.. kita berada di forum... ana ulangi kita sekarang sedang berforum.. salah faham, peretlingkahan itu adalah lumrah. kita disini mengeluarkan pendapat dan kita sama-sama berbincang. janganlah nak marah bila sahabat-sahabat lain mengeluarkan pendapat dia.. kita disni berbincang, bukan berbalah... bukan bergaduh.. bukan nak berkelahi (tiga2 tu sama saja makna..hehehe) tapi kita berbincang.. jika sahabat ada pendapat sendiri, tulis disini dan kita akan berbincang bersama..ana kemukan tajuk ini untuk kita sama berbincang dan keluarkan pendapat masing-masin... sahabat, apabila dinamakan perbincangan, kita tak boleh lari dari mengeluarkan sesuatu fakta atau pendapat... kita boleh lihat dinegara kita apabila sebuah kelompok yang inginkan ISLAM dan sebuah kelompok lagi inginkan sekular... apabila mereka duduk bersama mengadakan perbincangan, mereka tidak boleh lari dari bertikam lidah bagi mempertahankan pegangan mereka.. sebab itulah sampai kehari ini parti Islam di Malaysia dan parti pemerintah tidak boleh duduk semeja... bagi abadikan, kita bincang dan keluarkan pendapat kalian.. tetapi jangan terlalu emo dalam menegakkan hujah masing-masing.. terima kasih sahabat-sahabat yang mengeluarkan pendapat disini... ada yang setuju, ada yang tak setju.. itu adalah lumrah.. ingat pesan Ukh Nurizmi tu.. jangan balah-balah tau.. ----------------- Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu.. |
hidayattullah |
Posting pada: 16-05-10 15:56
Setiap apa yang berlaku depan mata...usaha fikirkan hikmah dan pengajaran....
Usaha ke arah superioriti...kesempurnaan kendiri. |
chiyo_kajuji |
Posting pada: 16-05-10 22:02
tengok cerita tu sebab suka tengok gelagat amani sebenarnya.. hehehe
----------------- PRaiSe To YoU, JuST FoR You, ALLAH.... |
myhoney |
Posting pada: 16-05-10 23:29 !!! QUOTE !!! Ditonton bersama “untuk apa” wanita yang tak menutup auratnya yang tidak sesuai ikut syarie’ itu yang perlu ditonton ke? Yang mana, masa sedang elok ditayangkan cerita... iklan tiba-tiba menjengah waktu ini (dengan penuh layanan iklan yang entah apa-apa). Sampaikan waktu program usrah, dan kuliah islam pun boleh turn out tersasar jauh dari landasan sebenar. Tak perlu menyokongnya. Mengapa tidak mendalami kisah-kisah isteri nabi & pengalaman hidup sahabat-sahabat nabi. Orang yang ego ni... ada cara untuk mereka dinasihati, bukan terus disindir, diperli mahupun dicakap ‘belakang’. sabar, memang begini selalunya .... InsyaAllah, tak ada apa-apa. Bukan semua boleh faham maksud tulisan kita sehala dengan apa yang kita kita inginkan sebenarnya, tapi tak bermakna kesemuanya tidak memahami kita. Akak faham maksud sinarabadi dan akak setuju memandangkan akak pernah utarakan perkara yang hampir sama dalam isu drama 'ADAM DAN HAWA' dulu.... tapikan, ada satu cerita best sangat....cerita hindustan. Pelakonnya Amiir Khan .... yang dulu pernah menang actor terbaik India.Ceritanya " taare zameen Par ". Filem hindi ni berlainan dari filem hindi yang seringkali dipertontonkan di TV .... jalan cerita yang bagus , ada hiburan dan kelucuan, banyak pengiktibaran dan sentuhan emosi juga. Akak pegang kelab media kat sekolah dan memang tengah promote untuk tayangan pada pelajar sebelum cuti nanti .... tak nak cerita panjang, sinarabadi tonton sendiri...dah 3 kali tengok, dok nangis juga ..... alahai.. P/s langsung tiada unsur cinta laki perempuan yang lagha... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
pejuang_terakhir |
Posting pada: 17-05-10 08:04
cerita hindustan yang main kat TV2 2 minggu lepas pun syok juga....tiada babak joget2 dan nyanyi langsung.....cerita kisah menegakkan kebenaran dalam situasi yang penuh dengan corupsi...tajuknya "JAAGO" Kalau tak silap....base on true story yang berlaku kat India pada tahun 2002.kisah budak ponpuan 9 tahun yang dirogol secara berkumpulan dalam keretapi yang mana perogolnya anak-anak org kaya yang last sekali dapat tangkap selepas itu bapak mereka cuba pakai duit dan kuasa untuk melepaskan anak mereka.kisah pembalasan dendam mak bapak budak tu trhdp perogol anak nya dan kisah seorang anggota polis yang jujur dan amanah dalam tugasnya....best betullah cerita itu.lagi banyak perkara tersirat dr cerita adamaya
----------------- abu muadz |
myhoney |
Posting pada: 17-05-10 09:48
Pada 17-05-10 08:04 , pejuang_terakhir posting:
!!! QUOTE !!! cerita hindustan yang main kat TV2 2 minggu lepas pun syok juga....tiada babak joget2 dan nyanyi langsung.....cerita kisah menegakkan kebenaran dalam situasi yang penuh dengan corupsi...tajuknya "JAAGO" Kalau tak silap....base on true story yang berlaku kat India pada tahun 2002.kisah budak ponpuan 9 tahun yang dirogol secara berkumpulan dalam keretapi yang mana perogolnya anak-anak org kaya yang last sekali dapat tangkap selepas itu bapak mereka cuba pakai duit dan kuasa untuk melepaskan anak mereka.kisah pembalasan dendam mak bapak budak tu trhdp perogol anak nya dan kisah seorang anggota polis yang jujur dan amanah dalam tugasnya....best betullah cerita itu.lagi banyak perkara tersirat dr cerita adamaya ok tak untuk tontonan murid remaja ?.....takut ada babak ganas tapi lucah dan pendedahan aurat yang buat depa seronok pulak... sayang tak tertengok cerita ni.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
pejuang_terakhir |
Posting pada: 17-05-10 09:57
tak sesuai sikit agaknya untuk tontonan murid2 remaja.....ada babak bab pakaian yang tak sesuai sikit agaknya.
----------------- abu muadz |
abadikan_03 |
Posting pada: 17-05-10 10:18
Pada 16-05-10 23:29 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
~ xnakla bincang cerita hindustaan kat sini...... ~ rasanya tak berapa elok tayangan cerita hindustan kat pelajar-pelajar sebab rasanya banyak lagi cerita atau filem melayu malay atau indonesia boleh memberi manfaat kepada pelajar... walaupun jalan ceritanya mengikut kata-kata myhoney bagus untuk tontonan umum dan boleh bagi pengajaran, tapi bagi ana lebih elok cari filem2 melayu yang boleh memberi iktibar dan pengajaran kepada pelajar... walaupun kbanyakan cerita melayu merapu dan membosankan, tapi tak semua kan..myhoney.. ----------------- Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu.. |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 17-05-10 10:25
Bismillah..
maaf ya sahabat ukhwah semua, sinar tak bermaksud tak perlu langsung menonton program di tv, apa yang sinar cuba sampaikan.. tidaklah kisah ditv itu dijadikan suatu cerita harian. ukhti myhoney... sinar tak minat tengok hindustan atau pun chinesa story.. tapi ada kadang tu sinar layan juga cerita yang ada jaga peradabannya dari segi pakaian., kerana semuanya bermula dari mata, kalau yang dilihat juga tidak baik..maka akan turut menjejas hati. Ada juga kisah hindustan, malay atau chinese yang lebih kepada kehidupan..yang boleh diambil ikhtibar & pengajaran. hmm.. masing-masing ada pendirian mereka, Alhamdulillah ini sahaja pendapat sinar. Harap maaf kalau ada yang ter'apa' ye. |
Nurizmi |
Posting pada: 17-05-10 10:34
hihi..dah lari ke cerita hindstan rupanya...
menangis dah pembuka topik..hihi sabaq naaa.... alang2 dah keluar kisah hindustan..kisah-kisah yang nak dipertontonkan pada murid2..saya ada nak suggest cerita...sangat menarik..cerita ni dah memenangi hadiah apa entah... CHILDREN OF HEAVEN... sangat sesuai untuk tontonan pelajar..mengisahkan dua beradik yang dalam kesusahan mngharungi liku2 kehidupan sebagai seorang anak dan pelajar...kisah pngorbanan...dan banyak lagi elemen2 positif yang tersirat... cerita di negara urdu kalau tak silap...masyarakat islam..nak faham cari yang ada subtitle...penuh dengan nilai2 islami dan moral.. rasanya pada pdangan ana..macam tak elok saja nak bagi budak-budak tengok cerita hindustan atau crita2 lain..baik kita pertontonkan kisah hidup orang-orang islam..masih banyak lagi rasanya filem2 lama atau drama2 org islam yang bagus...mungkin kita xhabis explore lagi agaknya walaupun drama2 atau filem2 hindustan atau agama lain yang pada kita bagus..tapi ada satu part yang kurang....dan perlu kita pertimbangkan untuk buat tontonan..iaitu tentang tujuan hidup mereka...even cerita tu penuh kebaikan dan nilai2 positif tapi semua tu bukan berpusatkan ALLAH....kat sini sensitiviti kita... mungkin baik bagi kita yang dah dewasa dan boleh fikir baik buruk sesuatu itu..tapi bagi ana untuk tontonan murid, kurang sesuai sebab ia melibatkan 'pegangan'...bayangkan kalau cerita tu trkesan di hati mereka..kat mana mereka nak sandarkan matlamat kbaikan itu kalau bukan semata-mata kerana Allah...sedangkan dalam kisah-kisah hindustan atau kisah agama lain tak ada penerapan itu... biar kita pertontonkan kisah-kisah yang mereka boleh fikir bahawa setiap kbaikan ada balasan dr Allah..bukannya dari patung2 atau kuil2... hati-hati..remaja atau murid2 mudah belajar dr apa yang diperhatikan dan apa yang trsirat... kalau tak ada jugak.. pasang saja cerita 'Muhammad The Last Prophet' hmm..siapa lagi yang nak memartabatkan kisah-kisah pejuang Islam atau pejuang penerapan nilai2 Islam kalau bukan kita.....kan? wallahu'alam.. ~sekadar pndagan... ----------------- “muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata” |
myhoney |
Posting pada: 17-05-10 12:25
minta maaf pada pembuka topik.....bukan nak melencong, tapi elok juga kalau dapat tukar pandangan tentang filem atau drama lainj ni....terutama sebagai ganti cerita adamaya yang dikatakan masih ada unsur2 tak sihat.....
Nurizmi, saya dah pertontonkan pada anak-anak murid cerita2 yang anda katakan itu....ni nak tambah cerita lain..... ada pernah saya tontonkan filem Sang Murabbi, tapi nampaknya kita saja yang seronok menonton, ramai murid keluar dewan ketika pertengahan cerita...boring kata depa.... !!! QUOTE !!! ukhti myhoney... sinar tak minat tengok hindustan atau pun chinesa story.. tapi ada kadang tu sinar layan juga cerita yang ada jaga peradabannya dari segi pakaian., kerana semuanya bermula dari mata, kalau yang dilihat juga tidak baik..maka akan turut menjejas hati. Ada juga kisah hindustan, malay atau chinese yang lebih kepada kehidupan..yang boleh diambil ikhtibar & akak pun tak minat tengok hindustan.....tambah yang menampilkan actor dan actress bollywood yang seksi habis tu....tapi filem yang akak kata tu kalau nak cuba tengok elok juga. Akan menontonnya pun atas saranan seorang rakan guru yang kata cerita tu bagus untuk ibubapa, guru dan anak-anak juga.. hindustan dan airmata....hehehe...biasa lah.....tapi yang ni tak ada dusyumm dusyum... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
engrfeez |
Posting pada: 17-05-10 12:32
Bagus juga cerita adamaya ini, sebuah relaiti kehidupan yang real..memang terlalu ramai zaman ini membuat cinta terlarang..dah ada suami/isteri nak affair dengan 'bekas' dan rakan sekerja...Islam memang dah warning awal-awal, tapi bagi mereka yang kuarang pendidikan agama at least paham lah...hargailah pasangan masing-masing kerana itu 'hadiah' dr ALLAH untuk kita...
|
mawar |
Posting pada: 17-05-10 12:50 |
myhoney |
Posting pada: 17-05-10 13:02
Pada 17-05-10 12:50 , mawar posting:
!!! QUOTE !!! ok saja cerita ni..siapa tak suka buat lah cerita sendiri..jangan suka komen saja..hoho dah dibawa topik ke laman forum maka org akan komen dan respon lah....tu saja tak ada sapa pun marah atau halang sapa nak tengok..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
mohdazri |
Posting pada: 17-05-10 13:49
walau apa pun yang kita lihat dan dengar,akan jadi positif sekiranya kita melihat dari sudut positifnya^_^dalam cerita ni pun banyak jugak positifnya hehehe
----------------- http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com |
abadikan_03 |
Posting pada: 18-05-10 08:52
Pada 17-05-10 12:25 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! minta maaf pada pembuka topik.....bukan nak melencong, tapi elok juga kalau dapat tukar pandangan tentang filem atau drama lainj ni....terutama sebagai ganti cerita adamaya yang dikatakan masih ada unsur2 tak sihat..... ~ eh, tak mengapa.. kita kan sedang berbincang.. baguslah idea yang ukht myhoney keluarkan tu.. lumrah lah kiranya ada yang setuju dan tak setuju... ~ pendapat ana saja, pasal tak berapa setuju tentangkan cerita hindustan untuk tontonan para pelajar.. lain sangat rasanya walaupun disana banyak manfaat, pengajaran, dan tauladan yang boleh kita ikut terutama para pelajar.... ~ yelah, ana nipun bukannya ustaz atau ci'gu..maka tak berapa tahu juga tentang suasana dan situasi para pelajar sekarang... ----------------- Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu.. |
Kosong |
Posting pada: 18-05-10 11:00 Salam muhibbah kepada semua....! Ini "Kosong" nak bagi pendapat sikit.....tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati..... Nasihat ini untuk diri sendiri keduanya untuk orang yang melihat/mendengar nasihat ini. Boleh ambil dan boleh tinggalkan......sebabnya? Ianya pendapat insan.....sebab pendapat insan boleh diterima, boleh dihujjah dan diberikan pendapat. KECUALI... Yang tak boleh dipertikaikan adalah : Hujjah dari Al-Qur'an, Sunnah Nabi serta Ijma' Ulama Mu'tabarah! Apa yang berlaku di laman ini dan juga banyak laman lain....kita sering tak dapat bezakan kedua-dua ini sehingga berlaku pertelingkahan dan kekeruhan yang tak patut. Perkara pertama: Pendapat sendiri tanpa dalil /nas hukum: Pendapat seperti ini subjektif. Boleh diterima dan boleh ditolak! Siapa pun boleh memberi pendapat dan padangan. Ada masanya kita suka minta orang lain berlapang dada dan terima pendapat kita dan sebagainya tetapi pada hakikatnya kita sendiri tidak sedemikian apa yang tersirat adalah : "sebenarnya orang yang cakap begini kadangkala dia sendiri tak berlapang dada" Oleh kerana dia nak kuatkan cakap dia, dia pun 'paksa' orang lain berlapang dada. .......jangan marah ini kenyataan hidup yang disaksikan dalam mana-mana perbincangan....... Pendapat yang dikuatkan dengan dalil /nas hukum: Pendapat ini, jika benar ianya sepakat Ulama Mu'tabarah, tiada alasan untuk pertikaian lagi. Wajib diakui dan diterima. Jika ianya khilaf Ulama, maka masing-masing pilih salah satu yang diyakini. Perkara Kedua : Dalam masalah yang diperbincangkan, drama TV...! Persoalan ini perlu melihat dari sudut kesesuaian agama kerana setiap orang Islam wajib melihat setiap sesuatu menurut kehendak Allah dan keredhaannya....agar selamat dunia akhirat! Jika kita mendapati drama itu sesuai dengan ciri-ciri agama, boleh memberi manfaat kepada kita dan anak-anak kita didalam membentuk akhlak Islamiyyah, boleh menyuburkan ubudiyyah kepada Allah Ta'ala, maka wajarlah di tonton. Jika sebaliknya jika ia membawa kerosakan sebagaimana banyak drama2 yang ada di TV dewasa ini, maka sesungguhnya Allah Ta'ala tidak suka kepada orang yang membuat kerosakan!!! وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِى الاٌّرْضِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. ( سورة القصص , Al-Qasas, Chapter #28, Verse #77) Kosong is only Kosong! Kosong is against no one! Kosong love everyone in the path of Allah!..... ----------------- 0 |
mujahadah85 |
Posting pada: 18-05-10 21:40
bagi pendapat saya..berhibur sambil release tension tak salah....jangan lah duduk copy 100% character cerita tu..nobody perfect..berdiri pada bumi yang nyata. jangan impikan apa yang diluar keupayaan kita. kita kan dah maju, boleh fikir -ve & -ve, yang keruh jangan lah pergi cedok, ambil saja yang jernih.
Saya pun suka juga cerita ini..tapi tak ada lah sampai duduk melopong depan tv saja...saya kerja jauh sikit, memang tak sempat nak layan tv ini...tapi, saya ada internet.hehehe... Apa susah, setiap hari..saya akan biarkan laptop saya buffer...download cerita adamaya...dari tv.com... Kalau tak sempat pun, time lunch hari..boleh saja menegoknye..sambil tersenyum kambing..hehehehe...allahualam =) |
abadikan_03 |
Posting pada: 19-05-10 09:16
Pada 18-05-10 21:40 , mujahadah85 posting:
!!! QUOTE !!! bagi pendapat saya..berhibur sambil release tension tak salah....jangan lah duduk copy 100% character cerita tu..nobody perfect..berdiri pada bumi yang nyata. jangan impikan apa yang diluar keupayaan kita. kita kan dah maju, boleh fikir -ve & -ve, yang keruh jangan lah pergi cedok, ambil saja yang jernih. ye, tak salah pun berhibur, mendengar sambil melihat sesuatu selagi tidak melalaikan diri dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba.... tapi yang tak bestnya cerita ni siarannya sehingga hampir pertengahan maghrib...tu yang xbestnya.. tak sesuai sangat masa tu bagi kita org islam.. ----------------- Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu.. |
mujahadah85 |
Posting pada: 19-05-10 23:48
Pada 19-05-10 09:16 , abadikan_03 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 18-05-10 21:40 , mujahadah85 posting: boleh saja download dari tv3.com...tak ada effect dengan waktu magrib.. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |