Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Buat baik tapi tiada pahala?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Buat baik tapi tiada pahala?

Please Mendaftar To Post


Oleh Buat baik tapi tiada pahala?

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-05-10 14:33


Anda seorang yang baik, tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, tidak pernah tinggal solat, rajin bersedekah, selalu bangun malam untuk solat sunat. Anda rasa anda dah cukup baik, namun jangan terkejut jika semua amalan yang anda buat tidak dikurniakan pahala oleh Allah SWT. Lebih buruk lagi, anda mungkin dihumban Allah ke dalam api neraka kerana amalan 'baik' yang anda lakukan.

Bercakap tentang amalan, semalam saya ada membicarakan pasal suatu hadis yang menfokuskan kepada niat. Hari ini, ingin saya kongikan suatu lagi hadis dengan tema yang sama. Hadis ini agak panjang namun sangat mudah difahami akan isi kandungannya. Hadis ini menceritakan tentang betapa ruginya manusia yang berbuat baik namun dek kerana niat yang tidak betul, maka mereka dihumban Allah SWT ke dalam neraka. Moga-moga kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut.

Daripada Abu Hurairah .a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari Kiamat kelak ialah:

    Pertama, orang yang mati shahid secara zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya, "Apa yang telah engkau lakukan?". Dia menjawab, "Aku telah berperang keranaMu sehingga terbunuh sebagai syahid". Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya". Seterusnya Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka.

    Kedua, orang yang mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya kepada orang lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya, "Apa yang telah engkau lakukan?". Dia enjawab, "Aku telah mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran keranaMu". Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al-Quran supaya engkau disebut sebagai qari, dan engkau telahpun mendapatkan semua itu". Lalu Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

    Ketiga, orang yang diberi kekayaan melimpah ruah oleh Allah, yang digunakannya untuk selalu bersedekah. Orang inipun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya, "Apa yang telah engkau lakukan dengan hartamu?". Dia menjawab, "Tiada satu kesempatan pun yang didalamnya Engkau suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedekah didalamnya keranaMu". Allah berfiran yang bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dengan niat agar engkau dikatakan sebagai seorang yang dermawan dan engkau telah pun mendapatkan gelaran itu". Seterusnya Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga dia dihumbankan kedalam neraka. (Riwayat Muslim)


Alangkah ruginya mereka yang tidak pentingkan keikhlasan dalam melakukan sesuatu amal ibadat. Semua amalan yang dilakukannya ditolak Allah tanpa diberi peluang kedua. Sebanyak manapun amalan yang kita lakukan, kunci kepada penerimaanya di sisi Allah adalah keikhlasan. Tiada ikhlas, tiada pahala.


Di dalam kesibukan kita melakukan amal ibadat, kadang-kadang kita lupa soal niat dan keikhlasan. Kita sibuk dalam membangkitkan hal-hal yang remeh. Kita rasa yang amalan yang kita lakukan adalah ikhlas dan terbaik. Namun, kadangkala kita tidak sedar bahawa ada unsur-unsur tidak ikhlas di dalam amal ibadat kita.

"Kenapa dia dapat award tu sedangkan aku yang bersusah payah untuk syarikat". "Kita dah tolong, bukan nak ucap terima kasih, senyum pun tidak". "Buat apa aku lakukan semua tu, bukan dapat duit pun". Dialog-dialog seumpama ini perlu dielakkan kerana ini merupakan antara petanda bahawa tiada keikhlasan dalam perbuatan kita. Kita khuatir, amalan yang kita lakukan dengan bersusah payah, sedikitpun tidak dipandang oleh Allah SWT. Biar tiada manusia yang menghargai atau berterima kasih kepada kita terhadap apa sahaja yang kita lakukan. Ketahuilah bahawa pujian dan sanjungan manusia terlalu sedikit nilainya.

Apa yang penting ialah ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana ini yang akan menyelamatkan kita di hari yang tiada pertolongan kelak. Ikhlaskan diri, betulkan niat. Semoga amalan kita diterima Allah SWT.


Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-05-10 15:53


!!! QUOTE !!!

Alangkah ruginya mereka yang tidak pentingkan keikhlasan dalam melakukan sesuatu amal ibadat. Semua amalan yang dilakukannya ditolak Allah tanpa diberi peluang kedua. Sebanyak manapun amalan yang kita lakukan, kunci kepada penerimaanya di sisi Allah adalah keikhlasan. Tiada ikhlas, tiada pahala.



Silapnya, ramai antara kita yang lebih takut pada pandangan manusia daripada pandangan Allah. Membuat kebaikan dengan mengharap pujian, balasan baik dan perhatian orang lain. Sedangkan kita sendiri tahu keadaan diri kita sebenarnya. Ikhlaskah kita dalam membuat kebaikan?

Susahnya nak menjadi ikhlas. Tiada alat ukur yang boleh dibuat untuk menilai keikhlasan hati kita. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 07:43


Setuju dengan u both .. and please do concern, kadang-kadang keikhlasan kita 2 sengaja diuji.. Wawa pernah buat baik pada seseorang, sanggup kongsi, berbagi apa yang Wawa ada, korbankan apa yang Wawa suka sebab dia akhirnya dia curi $ Wawa. Dah lah time tu kwgn Wawa amat terhad. Redha saja lah sebab Wawa tahu, syaitan sengaja nak 'bakar' keikhlasan Wawa selama ni..

Bimbang jika kita mengungkit apas yang dah kita tolong dia selama ini, hangus semua pahala kita. Oh tidaaaaak ...


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 09:51


Salam

Ikhlas itu dalam hati hanya Allah yang berhak menilai.
Ikhlas itu dalam hati bukan untuk diucapkan.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

adamie
Warga Rasmi
Menyertai: 22.04.2010
Ahli No: 39711
Posting: 4

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 09:54


APAKAH cara yang paling sesuai dalam hdup kita ini,untuk Kita jlani sebagai hamba ALLAH,supaya bsesuaian dengan SOLATKU,IBADAHKU.HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH,TUHAN SEKIAN ALAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adamieProfil   Hantar PM kepada adamie   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 10:27


Pada 03-05-10 14:33 , syedzai posting:

!!! QUOTE !!!

Anda seorang yang baik, tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, tidak pernah tinggal solat, rajin bersedekah, selalu bangun malam untuk solat sunat. Anda rasa anda dah cukup baik, namun jangan terkejut jika semua amalan yang anda buat tidak dikurniakan pahala oleh Allah SWT. Lebih buruk lagi, anda mungkin dihumban Allah ke dalam api neraka kerana amalan 'baik' yang anda lakukan.



Salam,

Bercakap pasal amalan ini teringat ceramah dimana jangan sekali2 kita merasa senang dengan amalan kita. Jangan sesekali kita merasa kat lebih baik dr seseorang yang lain antara kita. Kerana perasaan itu akan membinasakan diri kita.

Sebaliknya hari demi hari kita patut berasa tamak kerana kurangnya amalan yang kita lakukan.


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 14:55


Pada 04-05-10 10:27 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-05-10 14:33 , syedzai posting:

!!! QUOTE !!!

Anda seorang yang baik, tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, tidak pernah tinggal solat, rajin bersedekah, selalu bangun malam untuk solat sunat. Anda rasa anda dah cukup baik, namun jangan terkejut jika semua amalan yang anda buat tidak dikurniakan pahala oleh Allah SWT. Lebih buruk lagi, anda mungkin dihumban Allah ke dalam api neraka kerana amalan 'baik' yang anda lakukan.



Salam,

Bercakap pasal amalan ini teringat ceramah dimana jangan sekali2 kita merasa senang dengan amalan kita. Jangan sesekali kita merasa kat lebih baik dr seseorang yang lain antara kita. Kerana perasaan itu akan membinasakan diri kita.

Sebaliknya hari demi hari kita patut berasa tamak kerana kurangnya amalan yang kita lakukan.




Buat amalan seolah-olah kita akan mati keesokan harinya...


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127271 saat. Lajunya....