Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Jiwa Kacau...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Jiwa Kacau...

Please Mendaftar To Post


Oleh Jiwa Kacau...

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-05-10 14:14


sekarang ini hatiku tengah kacau...

Nak kacau apa ek... kacau dodol agaknya

just nak kongsi pada kawan-kawan ukhwah semua... orang kata kalau xmeluahkan boleh jadi bengong otak ini... so aku rasa aku nak luahkan jiwa kacau kepada kawan-kawan semua...

aku dan sidia tengah bercadang nak tunang bulan 11 ini. tapi sekarang ini tiba-tiba ada org ke-3 telah hadir dalam diri sidia. Dan ciri-ciri orang ketiga sememangnya diigini oleh sidia.

yang aku pelik... mamat ketiga ini dah memang tahu bakal sidia telah mempunyai aku... tapi dia terus cuba menarik perhatian sidia. dan sekarang ini sidia telah terpikat dengan mamat ini. Yelah ciri-ciri dah memang sidia inginkan.. sekarang ini sidia sedang berfikir untuk meneruskan perhubungan dengan aku atau memilih sidia.

Aku tahu mengenai mamat ni dari mulut sidia juga. Aku ini jenis tak suka nak marah-marah, so masa sidia menceritakan berita mamat ini aku dengar saja dan kata-kata yang keluar dari mulut aku tak ada langsung meninggikan suara pada sidia...kira tak marah2... walau dalam hati ini tension dengan perkhabaran ini. Walaupun ada ciri-ciri provokasi dari sidia untuk membuat aku meninggikan suara kepada sidia. tapi aku tetap tidak meninggikan suara kepada sidia

Selain alasan yang diberikan sidia untuk berfikir selain kata ada mamat itu. sidia bagitau aku ini terlalu baik dan selalu ikut kehendak sidia...

Aku kesal kerana sepanjang perhubungan aku dan sidia. Sidia seringkali mengatakan jangan jemu dengannya, dan jangan tinggalkan dia, jangan permainkan perasaan dia

Tapi sekarang ini setelah 2 tahun bersama sidia pula yang dah jemu dengan aku, sidia sedang berfikir untuk tinggalkan aku dan sidia sedang mempermainkan perasaan aku. Kerana mamat yang baru dikenali dalam masa 4bulan telah membuat hatinya tertawan. Dan sekarang ini sidia dan mamat itu dah duduk di tempat kerja yang sama dan diaras yang sama dan bahagian yang sama.

Sepanjang 2 tahun bersama banyak pengorbanan yang aku curahkan. Aku hadir dalam diri sidia sebulan sebelum ayahnya meninggal. Aku bersama sidia semenjak sidia belajar menuntut dan sekarang ini dah jadi Pegawai tinggi kerajaan. Aku menghantar dan mengambil sedia semasa mengambil peperiksaan SPA, menemani sidia semasa temuduga SPA. Aku sentiasa menyokong sedia didalam pekerjaan... memujuk sidia ketika hatinya bercelaru, memujuk sidia tika sedih mengenangkan arwah ayahnya dan macam-macam lagi pengorbanan yang telah aku lakukan untuk sidia... menanti sidia ketika balik kerja duduk atas motor selama sejam maklumlah time habis kerja 530pm tapi sebagai pegawai kerajaan kenalah balik lambat..kekadang pukul 730pm baru balik (tapi sekarang sidia dah pakai kereta. Aku hanya bermotosikal) .... kematu juga punggung aku duduk atas motor itu...

Rasanya kalau tulis lagi boleh nangis aku yang hero ini...maklumlah dalam hati ada taman... kalau tulis pengorbanan aku lakukan untuk sidia berjela-sajalah pula...

kedua-dua belah keluarga pun dah tahu mengenai hubungan kami. Yelah dah cadang untuk bertunang, siap dah ada tarikh nak tunang itu....

Sekarang ini sidia minta untuk aku tidak menghubungi sidia untuk sidia berfikir untuk meneruskan hubungan dengan aku atau bersama mamat itu. Sidia tak nak aku menghubungi sidia tetapi mamat itu boleh menghubungi sidia... so macam mana aku nak memujuk sidia dan menghalang mamat itu..

Aku amat sedih kerana aku amat menyayangi sidia dan mencintai sidia. Sekarang ni aku tengah cuba untuk mengurangkan rasa kasih, sayang dan cinta pada sidia.

Jiwa kacau.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-05-10 14:21


cinta pertama memang mengasyikkan.. macam yang pernah kualami dulu.. huhu..

tapi cinta pertama tidak selalunya berakhir dengan perkahwinan.. itu juga yang menimpa diriku.. huhuhu...


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-05-10 22:14


Bismillahirrahmanirahim
Salam

Benar tu hafiz, memang sakit tak terkata.
Ini pun pengalaman yang telah mengajar kehidupan ana,
Alhamdulillah dengan cabaran & kegagalan ini juga Allah beri
peluang untuk diri bermuhasabah dan merenung kembali kehidupan
berlandaskan hukum syariat.

Inilah tarbiyah yang terbaik daripada Allah SWT. Hanya hamba-Nya yang terpilih sahaja diberi ujian ini. Allah hendakkan kita dekatkan diri kepada-Nya.. diberi kesedihan & kedukaan, tujuannya untuk menghapuskan dosa lalu. Walaupun pada kita tak salah bercinta (kalau tak bersentuhan pun), tapi hukum Allah mana yang kita boleh langgar kan..

Lihat sahaja berapa ramai Allah biarkan mereka hanyut dengan perasaan 'kasih' & 'rindu' kepada pasangan yang ajnabi. Asthagfirullah azim.. mana diri mereka ini sebenarnya?
antara sedar & tidak, sebenarnya mereka dipermainkan oleh nafsu tanpa diduga.

Tapi kena ingat itu juga ujian penghapusan dosa dari Allah. Dah, siapa suruh bercinta, berjumpa, meluahkan rasa & kasih sayang sebelum bernikah. Fikir-fikirkan.....

"setiap kejadian, ada hikmah tersembunyi. Setiap ujian ada kebaikan & kemanisannya, Allah melihat sejauhmana kesabaran hamba-Nya untuk kembali kepada Penciptanya."

- "Jika kamu mencari & mengharap redha, balasan & apa-apa daripada manusia, maka hidupmu akan diserahkan kepada manusia. Sebaliknya, jika kamu mencari redha & barakah Allah, nescaya hidupmu akan dicukupkan-Nya."

p/s: Menulis berdasarkan pengalaman, bukan luahan atau ungkapan bersahaja. Boleh peroleh testimonialnya apabila kita mendekatkan diri pada-Nya, hidup & beramal hanya untuk-Nya. Tak perlu bercinta & mengharap kasih manusia, semuanya sementara & cabaran untuk menilai sejauhmana dirimu dengan Al-Khaliq, adakah rindu & kasih kita ditangisi, diingati & diharapkan untuk bertemu kekasih-Nya Rasulullah SAW. Renungkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

riniey
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22591
Posting: 292

botswana   avatar


posticon Posting pada: 03-05-10 23:18


assalamualaikum..

wahai saudara jiwa kacau...
memang sedih bila org yang kita sayang meninggalkan kita. tapi itu semua mungkin ada hikmah disebaliknya. hikmah untuk menguji hamba2nya. sentiasa bersabar dan berdoa agar sidia terbuka hati untuk kembali kepadamu. hanya doa minta kepada-NYA INSYAALLAH semuanya akan baik. tetapi sekiranya sidia berlalu pergi dan meninggalkanmu jangan bersedih dan jangan sesekali menyalahkan sesiapa dalam hal ini. mungkin sidia bukanlah pasangan yang sesuai dgnmu. mungkin ALLAH SWT ingin menganugerahkanmu dengan pasangan yang lebih baik dr sidia.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rinieyProfil   Hantar PM kepada riniey   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 00:52


Jangan ungkit apa yang kita lakukan pada dia...tapi tengok adakah ALLAH nak bagi ganjaran pada kita kerana ikhlas menolong atau kerana cinta sesama manusia?

Berpijak sajalah di bumi yang nyata...kita ini makhluk ALLAH...berhak ke kita dapat apa kita nak? berhak ke kita minta ALLAH makbulkan apa kita nak?

ALLAH bagi kita tumpang hidup ini pun patut bersyukur saudara...hidup untuk mencari akhirat bukan mencari cinta...

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 16:51


sabarlah wahai sahabatku keluangman.. bunga bukan sekuntum.. (kata tiungman)

:-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 18:08


tak TAU nak KOMEN apa...tapi BILA BACA TU rasa perit saja SAMA..HEHE...KALAU SAYA SUGGEST SESUATU boleh tak?

OLEH sebab KLUANGMAN KATA KALIAN DIJANGKA BERTUNANG BULAN 11 NI..apa kata KLUANGMAN DIRECT saja BAWA FAMILY JUMPA FAMILY dia..buat DONO saja..dengan kata LAIN TRY DAPATKAN SOKONGAN FAMILY dia MEMANDANGKAN kedua-dua ANDA DIKENALI kedua-dua KELUARGA..SO apalagi..LAINLA Kalau FAMILY dia TURT SAMA MACAM dia TU..ERM..TRY lah..HOPE BERGUNA IDEA SAYA NI..HAHA


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 22:04


Syemarly boleh ke macam itu ye untuk dapat sokongan family...maaf sekadar bertanya...hehehe...

Kawan saya pernah pesan kat saya, org tak suka jangan terhegeh2...kalau kita berjaya kawin pun esok dah kawin ada keberangkalian dia akan suka pada laki lain...

sebab memang dah dia tak suka kita...cuma kita saja cari jalan untuk dia suka...

itu hanya teori kawan. ada betul ada tidak..wallahu'alam..tapi pendapat peribadi..minta lah petunjuk dari ALLAH..sebab hanya ALLAH saja panduan hidup kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 22:37


Pada 03-05-10 22:14 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Bismillahirrahmanirahim
Salam

Benar tu hafiz, memang sakit tak terkata.
Ini pun pengalaman yang telah mengajar kehidupan ana,
Alhamdulillah dengan cabaran & kegagalan ini juga Allah beri
peluang untuk diri bermuhasabah dan merenung kembali kehidupan
berlandaskan hukum syariat.

Inilah tarbiyah yang terbaik daripada Allah SWT. Hanya hamba-Nya yang terpilih sahaja diberi ujian ini. Allah hendakkan kita dekatkan diri kepada-Nya.. diberi kesedihan & kedukaan, tujuannya untuk menghapuskan dosa lalu. Walaupun pada kita tak salah bercinta (kalau tak bersentuhan pun), tapi hukum Allah mana yang kita boleh langgar kan..

Lihat sahaja berapa ramai Allah biarkan mereka hanyut dengan perasaan 'kasih' & 'rindu' kepada pasangan yang ajnabi. Asthagfirullah azim.. mana diri mereka ini sebenarnya?
antara sedar & tidak, sebenarnya mereka dipermainkan oleh nafsu tanpa diduga.

Tapi kena ingat itu juga ujian penghapusan dosa dari Allah. Dah, siapa suruh bercinta, berjumpa, meluahkan rasa & kasih sayang sebelum bernikah. Fikir-fikirkan.....

"setiap kejadian, ada hikmah tersembunyi. Setiap ujian ada kebaikan & kemanisannya, Allah melihat sejauhmana kesabaran hamba-Nya untuk kembali kepada Penciptanya."

- "Jika kamu mencari & mengharap redha, balasan & apa-apa daripada manusia, maka hidupmu akan diserahkan kepada manusia. Sebaliknya, jika kamu mencari redha & barakah Allah, nescaya hidupmu akan dicukupkan-Nya."

p/s: Menulis berdasarkan pengalaman, bukan luahan atau ungkapan bersahaja. Boleh peroleh testimonialnya apabila kita mendekatkan diri pada-Nya, hidup & beramal hanya untuk-Nya. Tak perlu bercinta & mengharap kasih manusia, semuanya sementara & cabaran untuk menilai sejauhmana dirimu dengan Al-Khaliq, adakah rindu & kasih kita ditangisi, diingati & diharapkan untuk bertemu kekasih-Nya Rasulullah SAW. Renungkan..


hmm.. tak tau nak kata apa tapi berdasarkan posting sinar,banyak kebenaran.. testimonial akan dapat bila kita muhasabah diri dan dekat padaNya.. renung-renungkan dan selamat beramal..

sesungguhnya setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan..setiap ujian itu pasti ada hikmahnya..dan terbit rasa syukur yang tidak terhingga bila terasa indahnya hidup beragama islam.. berusaha mendekatkan diri padaNya serta selalulah mohon petunjuk darinya.. insyallah.. natijahnya apa yang diharapkan dengan izin allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-05-10 08:38


Pada 04-05-10 22:04 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!


Pada 04-05-10 18:08 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!


tak TAU nak KOMEN apa...tapi BILA BACA TU rasa perit saja SAMA..HEHE...KALAU SAYA SUGGEST SESUATU boleh tak?

OLEH sebab KLUANGMAN KATA KALIAN DIJANGKA BERTUNANG BULAN 11 NI..apa kata KLUANGMAN DIRECT saja BAWA FAMILY JUMPA FAMILY dia..buat DONO saja..dengan kata LAIN TRY DAPATKAN SOKONGAN FAMILY dia MEMANDANGKAN kedua-dua ANDA DIKENALI kedua-dua KELUARGA..SO apalagi..LAINLA Kalau FAMILY dia TURT SAMA MACAM dia TU..ERM..TRY lah..HOPE BERGUNA IDEA SAYA NI..HAHA



Syemarly boleh ke macam itu ye untuk dapat sokongan family...maaf sekadar bertanya...hehehe...

Kawan saya pernah pesan kat saya, org tak suka jangan terhegeh2...kalau kita berjaya kawin pun esok dah kawin ada keberangkalian dia akan suka pada laki lain...

sebab memang dah dia tak suka kita...cuma kita saja cari jalan untuk dia suka...

itu hanya teori kawan. ada betul ada tidak..wallahu'alam..tapi pendapat peribadi..minta lah petunjuk dari ALLAH..sebab hanya ALLAH saja panduan hidup kita...



Salam

maaf ya, sinar kurang bersetuju lah syemarly...
kalau mereka pernah bercinta pun.., tapi bila sampai masa dia suruh lupakan & abaikan dia (maksudnya, tak bersungguh-sungguh dalam niat nak bernikah) jadi untuk apa nak terhegeh-hegeh atau beriya-iya pergi jumpa parents dia.

seperti yang engrfezz katakan, mak ayah kalau setuju pun,
tapi kalau hati kedua-dua tadi dah tak 'serasi' @ 'seganding'..
macam mana nak berumahtangga? nanti mula macam-macam persoalan. Biarlah kedua-duanya ikhlas menerima & memberi
baru hidup yang dibina bermakna berpanjangan.

kluangman, ambil masa untuk bersendirian, dah begitu ceritanya..
kalau tanya ana,.. tak perlu lah meneruskan hubungan itu.
sebaiknya minta & mohon pada agar ditemukan pasangan yang benar-benar untuk kamu. Bukan yang hanya untuk didunia, malah diakhirat juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-05-10 08:53


Bersahabat lah kerana Allah, dan berpisahlah kerana Allah, InsyaAllah kita pasti akan diberikan kekuatan, kerana setiap pekara yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin anda akan mendapat yang lebih baik lagi selepas ni... kerana Allah sentiasa maha mengetahui... setiap kepahitan itu pasti ada kemanisan disebaliknya...


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

drssm
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.03.2010
Ahli No: 39536
Posting: 33
Dari: kb

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-10 09:37


sebuah percintaan akan berakhir dengan air mata...........

tapi,

sebuah persahabatan hanya akan dipisahkan dengan kematian.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For drssmProfil   Hantar PM kepada drssm   Quote dan BalasQuote

Putri_Damia
Warga Rasmi
Menyertai: 25.04.2010
Ahli No: 39722
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-05-10 11:25


Assalamualaikum,


Buatlah solat istikharah, semoga apa jua petunjuk, gerak hati, semua dari DIA.. hilang si kekasih, pasti pengganti yang lebih baik Allah Taala berikan..apa-apapun berusaha, sehabisnya bertawakal sahaja.
Lebihkan cinta pada Pencipta, hatipun tenang. sebab semuanya yang DIA beri kat kita tu pinjaman.. tenteramkan jiwa dekatkan diri padaNYA..itu ubat paling mujarab..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_DamiaProfil   Hantar PM kepada Putri_Damia   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-05-10 17:09


eh.. keluangman pergi mana?? langsung tak respon apa.. tau lah jiwa kacau.. takkan senyap saja..

(pergi kacau dodol agaknya..)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-05-10 21:01


Adaaa.... sekadar melihat dari jauh.. tak tau nak tulis apa-apa lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-05-10 21:45


Pada 05-05-10 21:01 , kluangman2001 posting:

!!! QUOTE !!!

Adaaa.... sekadar melihat dari jauh.. tak tau nak tulis apa-apa lagi....


Ala, janganlah lari dan sedih kluangman, kat sini kan ramai kawan..boleh bertukar2 fikiran, share ilmu, sebarkan dakwah...dan macam-macam lagi benda berfaedah.. :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 04:47


bak kata superman (5 for fighting):

Even Heroes have the right to bleed,
Even Heroes have the right to dream.

It's not easy to be me....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 08:28


terima kasih diatas pandangan dan pendapat yang diberikan....

sekarang ini aku tengah berusaha untuk membusy diri dengan perkara-perkara yang boleh menjalankan otak aku ini..... tapi kekadang itu bila bawa motor asyik terpikir saja... yelah bawa motor tak boleh nak membusykan otak...


harap kawan-kawan boleh memberi pandangan dan pendapat lagi mengenai perkara ini...

kalau nak tanya apa-apa pasal aku pun boleh...Insyallah kalau aku dapat jawab aku akan jawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

mulukhiyyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2008
Ahli No: 34681
Posting: 82

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 08:41


salam kluangman,
sungguh tragis lagi tragedi kes mu itu,daku simpati,banyak bersabar kluangman,sedangkan kelawar boleh tergantung kepala kebawah tanpa ada komplen kepada Allah inikan kamu yang jangan sekali kali gantung diri...di sekolah ku banyak lagi bunga2 harum yang belum disunting,blhlah ajukan permohonan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulukhiyyahProfil   Hantar PM kepada mulukhiyyah   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 09:02


Pada 06-05-10 08:41 , mulukhiyyah posting:

!!! QUOTE !!!

salam kluangman,
sungguh tragis lagi tragedi kes mu itu,daku simpati,banyak bersabar kluangman,sedangkan kelawar boleh tergantung kepala kebawah tanpa ada komplen kepada Allah inikan kamu yang jangan sekali kali gantung diri...di sekolah ku banyak lagi bunga2 harum yang belum disunting,blhlah ajukan permohonan.


Terima kasih mulukhiyyah diatas kata-kata manismu...
Alhamdulillah aku masih waras lagi dan tidak terlintas difikiranku untuk 'Gantung Diri'

Terima kasihlah diatas tawaranmu bagiku menyunting bunga-bunga disekolahmu. Mungkin kamu menganggapkan ianya adalah Cinta Monyet seperti Adik-adik disekolah. Untuk pengetahuanmu adikku yang beza 6tahun denganku kini telah tamat belajar di peringkat IPT dan telah memulakan kerjayanya.

Tapi ada juga pasangan bahagia yang perbezaan umur mereka lebih dari 10tahun. pepepun thank you....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 15:14


Pada 06-05-10 08:28 , kluangman2001 posting:

!!! QUOTE !!!

sekarang ini aku tengah berusaha untuk membusy diri dengan perkara-perkara yang boleh menjalankan otak aku ini..... tapi kekadang itu bila bawa motor asyik terpikir saja... yelah bawa motor tak boleh nak membusykan otak...


bahaya kalau sampai tahap ini, apa yang lebih sangat dia itu daripada ibu/bapa kamu. Lupakan dia dengan mengingati pencipta yang menjadikan rasa cinta itu. Jangan jadi seperti kayu yang dibiarkan bakar tanpa ada minyak tanah. Bangkit & lahirkan kemampuan anda untuk menjadi yang lebih baik..

Anggap lah itu ujian penghapusan dosa, agar diri kita lebih tunduk dan rendah hati kepada Al-Khaliq. Masa depan masih jauh, banyak & luas lagi yang bakal dijalani. Mintalah bantuan & cinta-Nya. InsyaAllah... lama-lama automatik kamu boleh lupakan dia.

Fikirkan keluarga kamu. Pertingkatkan amalan kamu dalam masa yang ada ini. Itu lebih baik... daripada menangisi & menyesal kerana kejadian yang telah berlaku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 08:45


yang penting, senyum selalu.. macam saya.. hehe..

insyaAllah.. sifat redha tu akan menenangkan hati anda untuk menjalani kehidupan seperti biasa tanpa perlu terlalu memikirkan (bukan melupakan) peristiwa2 sedih seperti itu..

(teringat lagu raihan bertajuk senyum.. :-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 10:20


Eeeee...... thank you kawan-kawan semua....

Senyumlah 2x
Ahai cikmek molek


Senyumlah 2x
Ahai kluangman molek

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-05-10 22:24


sekarang aku dah berpisah dengan kekasih pertama aku... aku redha... tetapi kadang-kadang itu aku nangis seorang-seorang... Kenapa ek... kawan-kawan boleh tolong tak?

sekarang ini bila aku sensorang or aku teringat kisah lama aku terus sedih dan menangis... macam mana nak buat ini ada cadangan

Ya Allah ampunilah dosa ku... Hambamu mohon pada mu untuk kuatkan semangat dan tenangkanlah diri hambamu ini... Amat perit hatiku menerima dugaan ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-05-10 23:24


Sorry to say lah...pengalaman ini aku dah rasa...nak nangis ke nak guling ke..memang tak ada sapa dapat tolong...bagi lah pendapat sampai 200 komen pun..memang tak ada siapa boleh ubat melainkan diri sendiri...maaflah kalau agak kasar, tapi ini lah hakikatnye...ALLAH pilih kita untuk diuji..so kita kena jawap dengan ALLAH...itu saja jawapan dia...org lain boleh bagi pendapat untuk sejukkan sikit hati..tapi majoriti komen memang tak boleh buat apa melainkan dr sendiri jugak tabah dan sabar dengan ketentuan ALLAH..

Simple thing untuk fikir, ujian ALLAH pun manusia menangis2 nak solve boleh bayangkan azab dan seksa ALLAH? itulah benda yang nak direnungkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 08:26


Setiap kejadian pasti ada hikmahnya... ingat lah kalau kita bersedih pasti ada org yang lebih sedih dari kita, kalau kita susah pasti ada org yang lebih susah dari kita, Allah itu maha mengetahui, Ia maha mengetahui kemampuan kita, yang penting jangan mudah berputus asa, disebalik kepahitan pasti ada kemanisannya... insyaAllah suatu hari nanti pasti anda akan mendapat yang lebih baik selepas ini jika anda reda dengan ketentuan Illahi...


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 10:50


Pada 12-05-10 08:26 , usop79 posting:

!!! QUOTE !!!

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya... ingat lah kalau kita bersedih pasti ada org yang lebih sedih dari kita, kalau kita susah pasti ada org yang lebih susah dari kita, Allah itu maha mengetahui, Ia maha mengetahui kemampuan kita, yang penting jangan mudah berputus asa, disebalik kepahitan pasti ada kemanisannya... insyaAllah suatu hari nanti pasti anda akan mendapat yang lebih baik selepas ini jika anda reda dengan ketentuan Illahi...



Pada 11-05-10 23:24 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Sorry to say lah...pengalaman ini aku dah rasa...nak nangis ke nak guling ke..memang tak ada sapa dapat tolong...bagi lah pendapat sampai 200 komen pun..memang tak ada siapa boleh ubat melainkan diri sendiri...maaflah kalau agak kasar, tapi ini lah hakikatnye...ALLAH pilih kita untuk diuji..so kita kena jawap dengan ALLAH...itu saja jawapan dia...org lain boleh bagi pendapat untuk sejukkan sikit hati..tapi majoriti komen memang tak boleh buat apa melainkan dr sendiri jugak tabah dan sabar dengan ketentuan ALLAH..

Simple thing untuk fikir, ujian ALLAH pun manusia menangis2 nak solve boleh bayangkan azab dan seksa ALLAH? itulah benda yang nak direnungkan...



benar... sinar setuju pendapat diatas. Itulah yang pernah dialami. Ubah diri sendiri, walaupun payah & pahit, tapi itu ubatnya jika kamu mampu melaluinya dengan sabar & tenang.

Allah uji hambanya, kerana DIA tahu hambaNya mampu mengharungi cabaran itu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

bdksmile82
Warga Rasmi
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 10996
Posting: 20

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 12:18


banyakkan bersabo.. itu lah dugaan hidp ini... mungkin ada bahagia lain menanti.. inysaALLAH... Assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For bdksmile82Profil   Hantar PM kepada bdksmile82   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 23:15


Alhamdulillah jiwa ku kini sudah kurang kacaunya...

Atas bantuan rakan opis, rakan-rakan ukhwah..kini sudah kurang kekacauan itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-10 08:11


Salam..
kluang man.. sabar saja lah.. rasanya ramai juga antra kita yang pernah mghadapi situasi ini.. kita saja yang boleh hadapi benda ini sendiri.. kawan-kawan hanya mampu beri sokongan... kita lah yang kena beperang dengan prasaan sedih kita.. nak nangis pun tak apa.. tapi tak yh lah sampai tahap meratap.. semua manusia di bagi air mata untuk melepaskn prasaan..

yang penting hidup mesti terus.. tak ada apa pun yang Allah jadikan, tentukan tu yang tak elok untuk kita.. semua nya baik-baik di mata Allah cuma kita saja masih tak dapat menilaiknnya.. InsyaAllah satu hari nanti kita akan nampak hikmahnya,, soo.. move onn.. senyumlah banyak-banyak.. dekat diri pada Allah.. tu lebih membahgiakn.. jangan bersedih ok! w always pray for u..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113518 saat. Lajunya....