Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 24 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: KTMB perkenal koc khas untuk wanita


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» KTMB perkenal koc khas untuk wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh KTMB perkenal koc khas untuk wanita

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 08:30


Berikut info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 27/04/2010 :

Koc Komuter khusus untuk wanita bermula esok

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - Bernama

Lagi info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 28/04/2010 :

KTM perkenal koc khas untuk wanita

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini (28/04/2010) bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki.

Gerabak berkenaan yang beroperasi sepanjang hari bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang berada di bahagian tengah komuter menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.

“Pelanggan akan dapat mengenali gerabak ini melalui pelekat khas dipamerkan di tingkap, pintu dan koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian gerabak wanita melalui kain rentang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan merah jambu,” menurut kenyataan dikeluarkan KTM Bhd, semalam.

Menurut kenyataan itu, pengguna wanita yang mewakili 60% pengguna KTM Komuter tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih menggunakan gerabak biasa :roll:


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

shyra_husna
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30802
Posting: 55
Dari: UM

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 12:00


wah..bagus2..teringat semasa berada di mesir.. semua komuter d sana asingkan lelaki & perempuan tahu.. :) perkembangan yang baik..sekurang2nya ihktilat terpelihara..wanita terbela..hihi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shyra_husnaProfil   Hantar PM kepada shyra_husna   Pergi ke shyra_husna's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 29-04-10 14:19


Usaha yang bertepatan dengan kehendak Islam . Inilah perjuangan memartabatkan wanita sebenarnya dengan memelihara kehormatan dan maruah mereka . Mungkin selepas ini pasaraya pula mengkhusukan tingkat untuk wanita sahaja membeli barangan2 peribadi mereka

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 15:07


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Alhamdulillah...
kak wawa, alangkah bestnya waktu sinar bekerja dulu dah ada perkhidmatan ini. Bagus idea ni., sinar sokong 100%.

Jadi muslimat, pilihan untuk memberi keselesaan & batas ikhtilat dah ada.. pilihlah yang terbaik demi menjaga diri & membela Islam.

Indah kan.. aduii, kalau gini gayanya, pergi balik kerja tak perlu risau nak naik komuter pun. InsyaAllah, harap lepas ini LRT juga menyediakan perkhidmatan yang sama.

Ini lagi baik kan sahabat daripada bercampur antara muslimin & muslimat.:kelip:

Thanks for the information ukhti.:buga:

p/s: :cry: mengenangkan masa lampau, jadi fobia nak naik LRT, tak apa lah kalau tak kerja pun, daripada bersesakan hari-hari.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 16:17


SiNaRaBaDi, nanti bila free, kita pegilah naik KTMB ni.. Err.. awak tolonglah Akak dukung Anis Nurul Iman ye.. :-D


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 21:52


Pada 29-04-10 16:17 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

SiNaRaBaDi, nanti bila free, kita pegilah naik KTMB ni.. Err.. awak tolonglah Akak dukung Anis Nurul Iman ye.. :-D



uits... boleh-boleh :bunga: Bila tu kak, nanti inform awal..senang nak buat dateline.:sopan:    

erk...nak dukung tak ada masalah..boleh saja.:kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 10:05


Pada 29-04-10 14:19 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

Mungkin selepas ini pasaraya pula mengkhusukan tingkat untuk wanita sahaja membeli barangan2 peribadi mereka


saya setuju..sebab saya sangat malu bila nak beli benda-benda peribadi ni. time kita pilih2, nampak lelaki, pusing pergi tempat lain dulu sebab malu. time nak bayar pun kena cari cashier perempuan sebab malu.

anyway pasal komuter ni pun saya sangat-sangat bersetuju dan gembira. tak ada lagi sakit mata tengok orang dok bergatai dalam tren. lepas itu tak ada lagi mat2 bangla yang menggatai disana sini heheheheheh



Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 13:50


Assalamualaikum
Ana,regular passenger komuter.
kalau ana tersilap masuk atau masuk koc ni sebab tak sempat,bagaimana ye...?
berapa koc ini yang dikhususkan bagi setiap tren?
sebab kat laluan ana,belum ada koc ni.sesiapa ada experience boleh terangkn?
:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 14:05


salam alaiykh...
alhamdulillah.... kalau buat macam ini lebih selesa..(^_^)


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 20:37


Pada 29-04-10 14:19 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

Usaha yang bertepatan dengan kehendak Islam . Inilah perjuangan memartabatkan wanita sebenarnya dengan memelihara kehormatan dan maruah mereka . Mungkin selepas ini pasaraya pula mengkhusukan tingkat untuk wanita sahaja membeli barangan2 peribadi mereka


setuju....

usaha untuk menjaga wanita dan lelaki juga....

dulu di kelantan, kat pasaraya besar ada usaha mengasingkan kaunter bayaran antara lelaki dan wanita....rasanya tak ada lagi sekarang ni.

saya beberapa kali sempat membeli buku di kedai jaafar rawas di kota bharu setiap kali menghadiri kuliah jumaat tok guru di dataran MPKB... mmm dasyat betul 'sesaknya' dalam kedai tu...tak islamik langsung....kedai tu memang tumpuan ramai yang nak beli buku dan kitab2 agama..... bergeser dan berselisih badan dengan pak-pak lebai ketayap putih yang selamba saja masuk lorong kita yang leka memilih buku, dan berlaga bahu juga dengan pokcik-pokcik yang turut berebut membuat bayaran dikaunter..... memang merimaskan dan meluat pun ada ????


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 04-05-10 07:37


Setuju sangat...Memang bagus sebab dapat menjaga kehormatan wanita..

Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menggunakan khidmat tren komuter atau hanya guna sesekali tidaklah terasa sangat. Bagi pengguna harian seperti saya tentunya ia sedikit menyukarkan.

Tren ada 3 gerabak. Sekarang gerabak tengah dikhususkan untuk wanita bermakna pengguna lelaki seperti saya hanya boleh naik gerabak pertama dan ketiga sahaja. Kalau 3 gerabak pun sudah susah nak masuk ke dalam tren inikan pula tinggal 2. Bukan semua wanita boleh terus ke gerabak khas wanita sebaliknya disebabkan kesesakan mereka juga terpaksa masuk ke gerabak lain.

Sepatutnya bilangan gerabak perlu ditambah atau wanita juga tidak dibenarkan masuk salah satu baki gerabak yang tidak dikhususkan kepada wanita.

Sesiapa yang selalu menaiki tren komuter tentu faham masalah ini ditambah pula trip yang ada selalu lewat atau dibatalkan maka tentu sukar bagi pengguna lelaki untuk menaikinya jika hanya 2 gerabak sahaja yang diperuntukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 07:44


satu persatu lah bang.. he he he


ops!! salah id
-mimi eniliana-


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 07:49


org cina & India pun suka katanya .. Wah..! Mak bangga jadi org Islam..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 12:02


Walaupun sudah diasingkan gerabak, barang-barang berharga pun kena berjaga-jaga juga. Pencuri, peragut, penyangak sekarang ni tak kira dah lelaki ataupun perempuan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 23:35


inisiatif bagus yang perlu dijayakan bersama. dan pastinya kita menantikan kesinambungannya dalam perkara2 lain.. Tahniah KTMB


-----------------
MUHASABAH lantas BERUBAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

YoYoY
Warga Rasmi
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33472
Posting: 16
Dari: Malaysia

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 18:13


saya ada terbaca dalam blog, seorang lelaki ni(pondan), dia suka meraba lelaki dalam tren, pilihannya yang pakai seluar lembut macam seluar slack, tracksuit, kalau jeans awal-awal dia reject. dia memblogkan setiap misi meraba tersebut. Lelaki yang jadi mangsa nya biasa nya terdiam walaupun sebelum tu kecoh. Setakat ini, mungkin disebabkan ego, mangsa2 tersebut tidak mengadu. Mungkin selepas ini ada cadangan supaya koc tren dbhgikan kepada 3, WANITA, LELAKI, UNDEFINED

Bookmark and Share

    


  Member Information For YoYoYProfil   Hantar PM kepada YoYoY   Pergi ke YoYoY's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112487 saat. Lajunya....