Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 24 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..

Please Mendaftar To Post


Oleh Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-04-10 09:34


Di Malaysia, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lah…

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi lah nasihat, “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, Kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga saja? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah lah hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh saja. tak mengapa, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan .“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan lah terlepas begitu saja..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. ”

Untuk lebih banyak artikel-artikel sebegini, sila ke http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

adamie
Warga Rasmi
Menyertai: 22.04.2010
Ahli No: 39711
Posting: 4

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-04-10 10:07


macam ni lah boleh tiada agama dalam diri.nak bercakap pun tak berfikir.semoga gadis tadi mendapat taufik dan hidayah

Bookmark and Share

    


  Member Information For adamieProfil   Hantar PM kepada adamie   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-04-10 10:56


insyaALLAH..

nasib baik gadis tu boleh terima cara dakwah ustaz tu.. takut2 silap haribulan ustaz tu boleh join the club tu.. hehe..

yang penting mesti ada ilmu untuk berdakwah.. cara berdakwah berbeza untuk golongan2 manusia yang berbeza..

:-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 16:24


bagus lah jawapan tu.... berasas... sometime ada orang bagi ceramah tak ada explanation yang senang difahami.... menyebabkan tiada impactnye.... if ceramah di terangkan dengan contoh-contoh yang senang difahami ni lagi memudahkan orang yang lambat faham terus faham sampai bila-bila... contohnya budak tadi. dia dah besar tapi kurang faham Kenapa ALLAH SWT mencipta syurga dan neraka. mungkin kurang membaca atau masa kat sekolah agama dia ZzZzZzZz.....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 14:59


Inilah salah satu contoh dakwah secara berhikmah.. dakwah yang sesuai dengan orang yang nak didakwah, serta kena pada masa dan tempatnya. Bukan senang untuk berdakwah secara berhikmah. Moga Allah SWT jadikan kita semua pendakwah yang berhikmah....


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 12:21


Pada 17-05-10 14:59 , syedzai posting:

!!! QUOTE !!!

Inilah salah satu contoh dakwah secara berhikmah.. dakwah yang sesuai dengan orang yang nak didakwah, serta kena pada masa dan tempatnya. Bukan senang untuk berdakwah secara berhikmah. Moga Allah SWT jadikan kita semua pendakwah yang berhikmah....





setuju...
ni salah satu cara pendekatan psikologi....
perbandingan yang sesuai dan berhikmah akan membuatkan org yang mendengar berfikir semula tentang apa yang telah dikatakannya....


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103874 saat. Lajunya....