Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 7 jam, 1 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: jangan jadi seperti ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» jangan jadi seperti ini

Please Mendaftar To Post


Oleh jangan jadi seperti ini

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-04-10 18:23


Pelajar elak dicekup JAIS temu ajal


GOMBAK: Seorang pelajar kolej yang cuba melarikan diri kerana bimbang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) maut dalam keadaan mengerikan selepas tergelincir lalu jatuh dari tingkat lima pangsapuri, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi apabila sekumpulan penguat kuasa Jais membuat operasi cegah maksiat di sebuah pangsapuri di kawasan itu.


Katanya, berdasarkan maklumat, penguat kuasa Jais bergegas ke sebuah unit di tingkat lima yang disyaki digunakan pasangan kekasih bukan muhrim untuk melakukan maksiat.


“Penguat kuasa Jais mengetuk pintu beberapa kali sebelum terdengar bunyi objek terjatuh dari dalam kediaman itu. Tidak lama kemudian pintu dibuka oleh seorang perempuan Melayu dalam keadaan cemas dan mencurigakan,” katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan terbabit cuba melarikan diri melalui tingkap yang terbuka.

“Namun, penguat kuasa Jais terkejut apabila mendapati seorang lelaki terjatuh ke bawah pangsapuri dalam keadaan tubuhnya terperosok di dalam longkang.


“Lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri dengan meniti bahagian tembok luar tingkap pangsapuri terbabit, namun terjatuh dari tingkat lima,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Pihak Jais kemudian menghubungi ambulans sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa mati akibat cedera parah pada kepala dan organ dalaman.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum pihak Jais membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


“Hasil siasatan awal, polis mendapati mangsa adalah pelajar kolej swasta. Keterangan teman wanitanya berhubung kejadian itu akan diambil,” katanya.


Rosly berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut tanpa membabitkan sebarang unsur jenayah.


emm apalah nak jadi ni????


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

riniey
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22591
Posting: 292

botswana   avatar


posticon Posting pada: 25-04-10 18:30


assalamualikum...

tak tahu nak cakap apa lagi.. astaghfirullahalazim..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rinieyProfil   Hantar PM kepada riniey   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-04-10 18:37


Ha ah.. jangan pandai dok kata orang sana sini. Manalah tau, sebelum dia terjun tu, dia sempat bertaubat ke? Kita yang hidup ni, berceramah agama sana sini tapu hakikat yang terselindung..? Sibuk dok offer cinta murahan yang bersulam nafsu syaitan sesat even dalam portal islamic ni.

Maaf, ni teguran realistik. Wawa tujukan untuk umum sebab dah mual rasanya bila acap kali orang gunakan portal ini untuk "menyemai" cinta nafsu...! sama-samalah kita berubah, berubah kepada sesuatu yang lebih baik itu WAJIB.. W.A..J.I.B.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 25-04-10 21:07


bagi aku pembuka topik ni cuma nak bagi peringqtn kat semua. kalau sempt btaubt alhamdulillah, tapi kalau tak? tak ke mati sia-sia. So kalau nak buat benda-benda yang salah 2 pk2kanlah sempat taubat ke tak, buat-buat jadi macam kes kat atas kan sia-sia

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 07:05


amat jarang orang bertaubat sambil berlari ketakutan dan panjat bangunan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 08:19


Pada 25-04-10 21:07 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

bagi aku pembuka topik ni cuma nak bagi peringqtn kat semua. kalau sempt btaubt alhamdulillah, tapi kalau tak? tak ke mati sia-sia. So kalau nak buat benda-benda yang salah 2 pk2kanlah sempat taubat ke tak, buat-buat jadi macam kes kat atas kan sia-sia



ya terima kasih...tu point saya......saya ingat lagi dulu masa firaun kejar nabi musa,firaun pun masa tu bertaubat juga tapi taubat dia memang di reject

pada saya berita ni adalah simbol kepada runtuhnya moral di kalangan umat islam.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-04-10 10:17


sama-samalah kita ambil iktibar atas apa yang terjadi.minta dijauhkan dari mati yang tiba-tiba


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 11:16


Pada 26-04-10 10:17 , pejuang_terakhir posting:

!!! QUOTE !!!

sama-samalah kita ambil iktibar atas apa yang terjadi.minta dijauhkan dari mati yang tiba-tiba




tumpang tanya....yang meninggal dalam kemalangan tu pun mati tiba-tiba juga kan?


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 22:22


ya allah.. mesti pilu hati keluarga mereka.. moga kita d jauhi dr segala keaiban... istaghfirhu ya rabb..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 23:41


pernah dengar juga.....

Taubat yang menghampiri AJAL...kalau ALLAH terima, org yang pertama sekali ALLAH hitung taubat dia..ialah Firaun...allahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 23:45


semoga kisah itu memberi seribu pengajaran kepada yang hidup, kita tak boleh nak judge sama ada dia dah bertaubat atau belum, diterima atau tidak..tu out of human mind.tu kerja ALLAH pencipta sekalian alam...

Samalah kita berdoa agar kita tergolong org yang solehh..AMIN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-04-10 23:59


Semoga di jauhkan daripada su'u khatimah..
Apalah yang dia nak jawab dihadapan Allah nanti.

Macamana pulak pemimpin yang mati mengejut tapi tak taubat kerana terapkan hukum kufur ciptaan manusia???


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 16:34


kawan-kawan... penat mak kita lahirkan kita bertarung nyawa.... selepas kita di lahirkan, mak kita berharap 0ne day kita menjadi orang yang berguna dan setidak-tidaknya mak kita berharap kita dirahmati ALLAH SWT. tapi akhirnya mati dengan sia-sia..... jadi kepada yang masih hidup... jadi kan lah apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 15:10


Pada 26-04-10 08:19 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-04-10 21:07 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

bagi aku pembuka topik ni cuma nak bagi peringqtn kat semua. kalau sempt btaubt alhamdulillah, tapi kalau tak? tak ke mati sia-sia. So kalau nak buat benda-benda yang salah 2 pk2kanlah sempat taubat ke tak, buat-buat jadi macam kes kat atas kan sia-sia



ya terima kasih...tu point saya......saya ingat lagi dulu masa firaun kejar nabi musa,firaun pun masa tu bertaubat juga tapi taubat dia memang di reject

pada saya berita ni adalah simbol kepada runtuhnya moral di kalangan umat islam.



Assalamualaikum

Kenapa ya taubat firaun tu di reject?


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 15:12


Pada 26-04-10 07:05 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

amat jarang orang bertaubat sambil berlari ketakutan dan panjat bangunan.



Akibatnya ajal tanpa sempat bertaubat yang diterima. Nauzubilillah takutnya


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

riniey
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22591
Posting: 292

botswana   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 23:33


Pada 26-04-10 07:05 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

amat jarang orang bertaubat sambil berlari ketakutan dan panjat bangunan.




erm... betul jugak itu..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rinieyProfil   Hantar PM kepada riniey   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 23:59


Pada 30-04-10 23:33 , riniey posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-04-10 07:05 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

amat jarang orang bertaubat sambil berlari ketakutan dan panjat bangunan.




erm... betul jugak itu..



itu namanya TAU BUAT...hehe..

p/s: cerita macam ini hampir setiap hari ada di dada akhbar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-05-10 08:42


Pada 30-04-10 15:10 , Awani posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-04-10 08:19 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-04-10 21:07 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

bagi aku pembuka topik ni cuma nak bagi peringqtn kat semua. kalau sempt btaubt alhamdulillah, tapi kalau tak? tak ke mati sia-sia. So kalau nak buat benda-benda yang salah 2 pk2kanlah sempat taubat ke tak, buat-buat jadi macam kes kat atas kan sia-sia



ya terima kasih...tu point saya......saya ingat lagi dulu masa firaun kejar nabi musa,firaun pun masa tu bertaubat juga tapi taubat dia memang di reject

pada saya berita ni adalah simbol kepada runtuhnya moral di kalangan umat islam.



Assalamualaikum

Kenapa ya taubat firaun tu di reject?



sebab dia memang dah confirm tempatnya di neraka......dalam kitab pun dah diceritakan bagaimana sikap firaun dan kuasa Allah yang preserve mayat dia dari reput....boleh tengok mayat dia di muzium mesir


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-05-10 11:15


Rashdin, maaf ye kalau awak terasa hati. To all members/all concern.. sorry kalau terasa hati. Buat 'penerjun' berani mati itu, sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah.. Amin..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 00:32


Pada 29-04-10 16:34 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

kawan-kawan... penat mak kita lahirkan kita bertarung nyawa.... selepas kita di lahirkan, mak kita berharap 0ne day kita menjadi orang yang berguna dan setidak-tidaknya mak kita berharap kita dirahmati ALLAH SWT. tapi akhirnya mati dengan sia-sia..... jadi kepada yang masih hidup... jadi kan lah apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.



:-D ...good point..ingatkan pandai "tidur" saja..hehehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115915 saat. Lajunya....