Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 07-12-2024 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | KEDAULATAN DI TANGAN SYARAK, KEKUASAAN DI TANGAN UMAT |
---|---|
wuzaraa |
Posting pada: 23-04-10 14:29
KEDAULATAN DI TANGAN SYARAK, KEKUASAAN DI TANGAN UMAT
Senario politik tanah air kini diwarnai dan dicemari dengan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April nanti. Pilihan raya kecil ini yang asalnya merupakan pertandingan empat penjuru, kini bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru setelah dua calon bebas menarik diri di saat-saat akhir. Calon BN, P. Kamalanathan dari MIC akan berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut kerusi yang sebelum ini disandang oleh PKR. Bagi mereka yang ada keimanan di dalam hatinya, untuk ke sekian kalinya, mereka akan bersedih dan beristighfar kepada Allah kerana mereka sedang dan akan menyaksikan satu lagi perbalahan dan persengketaan besar sesama kaum Muslimin, khususnya dari penyokong parti-parti yang bertanding. Inilah hakikat yang berlaku setiap kali menjelang ‘pesta demokrasi’ yang menjadi perjuangan sesetengah umat Islam ini! Ketika inilah segala bentuk fitnah, tuduhan, hasutan, rasuah, dendam, kemunafikan dan segala makar jahat akan terzahir dan tidak dapat dibendung lagi. Ketika inilah syaitan akan bermaharajalela dan bersorak kegembiraan kerana berjaya menghasut manusia ke arah segala bentuk kemaksiatan dan dosa. Ini dari satu aspek. Dari aspek lainnya, kita juga akan mendapati bahawa setiap kali menjelang pilihan raya, maka pada waktu inilah rakyat dilayan umpama ‘raja’ oleh calon-calon yang bertanding khususnya dan parti yang bertanding amnya. Seperti biasa, kita dapat menyaksikan segala janji dan wang ditabur, segala projek dihambur dan segala ego dikuburkan oleh ‘pembesar-pembesar’ baik dari parti pemerintah mahupun pembangkang yang turun padang bagi ‘menghambakan’ diri kepada rakyat demi memastikan rakyat memilih mereka untuk menjadi ‘wakil rakyat’. Dalam usaha kedua-dua pihak merebut hati rakyat, kita semua tahu bahawa yang paling penting yang mereka rebutkan sebenarnya adalah kemenangan atau dengan kata lain ‘kekuasaan’. Di sepanjang sejarahnya, demokrasi telah meletakkan kedaulatan di tangan rakyat. Abraham Lincoln telah mengajar penganut demokrasi bahawa demokrasi adalah sebuah sistem yang mana pemerintahannya adalah dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Kebanyakan dari umat Islam (termasuk para ulama dan cendekiawan) telah terpesona dan telah dirasuk oleh kata-kata ‘hikmat’ si kafir ini, lalu memuja demokrasi sebagai sebuah sistem yang sempurna kerana telah menjadikan rakyat sebagai sumber kekuasaan dan kedaulatan. Malah mereka sampai sanggup mengatakan bahawa demokrasi itu berasal dari Islam dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari nas-nas bagi membenarkan hujah mereka yang menyeleweng itu! Berdasarkan teori dan penerapannya, demokrasi tidak pernah membezakan antara ‘kedaulatan’ dan ‘kekuasaan’. Bahkan keduanya sering dicampuradukkan menjadi satu. Ini kerana, dalam pemikiran politik Barat (tempat lahirnya demokrasi), kedua hal tersebut memang berasal dari satu sumber yang sama, iaitu rakyat. Pokok kepada demokrasi adalah rakyat sebagai sumber legislastif (source of legislation) sekaligus sumber kekuasaan (source of power). Sedangkan di dalam pemerintahan Islam, ‘kedaulatan’ (as-siyadah) adalah di tangan syarak, bukan di tangan rakyat. Rakyat mahupun wakil rakyat langsung tidak berhak, malah haram secara qath’ie untuk membuat hukum (undang-undang), sebab yang menjadi Pembuat Hukum (Al-Musyarri’/Law Maker) hanyalah Allah SWT. Adapun mengenai ‘kekuasaan’ (as-sulthan) di tangan umat, ia bermaksud umatlah yang berhak membaiat siapa sahaja yang dikehendakinya untuk menjadi penguasa (Khalifah). Dengan perbezaan yang ketara antara konsep kedaulatan dan kekuasaan ini, terbukti bahawa konsep pemerintahan demokrasi berbeza sama sekali dengan konsep pemerintahan Islam. Menurut Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya Nizamul Hukmi Fil Islam, berdasarkan penelaahan dan analisis dari dalil-dalil syarak, prinsip pemerintahan (al-qawaid al-hukmi) dalam Islam itu ada empat:- (1) Kedaulatan Di Tangan Syarak (as-siyadah li asy-syar’i) ‘Kedaulatan’ sebagai satu istilah yang memiliki makna tertentu memang tidak pernah menjadi istilah yang digunakan oleh generasi salaf (para sahabat). Meskipun demikian, pandangan Islam mengenai konsep ‘siapakah pemegang kedaulatan’ itu ada faktanya dan telah difahami dengan baik oleh kaum Muslimin sejak generasi awal, walaupun mereka tidak menyebutnya dengan istilah tertentu . Dengan kata lain, sejak awal lagi umat Islam sebenarnya telah memiliki persepsi mengenai, kepada siapakah kekuasaan hukum tertinggi harus diserahkan. Oleh kerana istilah kedaulatan (siyadah) belum dikenal di zaman terdahulu, maka permasalahan ini tidak kita temukan dalam nas-nas syarak secara literal. Namun, ketentuan mengenai konsep kedaulatan dalam Islam boleh digali dengan melakukan istiqra’ (penelaahan) dan tatabbu’ (penyelidikan) terhadap dalil-dalil syarak yang ada. Siapa sahaja yang meneliti dan menyelidiki masalah ini, maka mereka akan menemukan bahawa pemegang kedaulatan tertinggi dalam negara, sebagaimana diajarkan oleh Islam, adalah syarak, bukan yang lain. Istilah sovereignty (arab=siyadah) adalah berasal dari bahasa Inggeris dan yang dimaksudkan dengannya adalah cara menangani/mengurus (mumaris) dan menjalankan/mengatur (musayyir) suatu kehendak atau aspirasi (iradah) tertentu. Kerana itu, apabila ada seseorang yang mengurus dan mengatur aspirasinya sendiri, maka ini bermakna kedaulatan ada di tangannya sendiri. Apabila aspirasi orang tersebut diurus dan diatur oleh orang lain, maka ini bermakna orang tersebut telah menjadi abdun (hamba) bagi orang lain. Mengikut demokrasi, apabila aspirasi rakyat atau sekelompok rakyat diurus dan dikendalikan oleh rakyat sendiri (dengan perantaraan individu-individunya yang disebut ‘wakil rakyat’) di mana rakyat memberikan hak pengurusan dan pengaturan tersebut kepada mereka (wakil tersebut) dengan suka rela, maka rakyat adalah sayyid (tuan) bagi dirinya sendiri. Dan apabila aspirasi rakyat diurus dan dikendalikan oleh orang lain dengan cara paksa maka rakyat tersebut telah menjadi hamba kepada orang tersebut. Oleh kerana itu, demokrasi mengajar bahawa kedaulatan hendaklah berada di tangan rakyat, yang bererti rakyatlah yang mesti mengurus dan mengatur aspirasinya sendiri. Rakyat akan mengangkat siapa sahaja yang mereka kehendaki dan akan memberikan hak pengurusan dan pengaturan aspirasinya kepada siapa sahaja (yang mereka kehendaki). Inilah fakta tentang ‘kedaulatan’ di bawah sistem demokrasi yang berada di tangan manusia. Di dalam Islam, kedaulatan itu adalah di tangan syarak, bukan di tangan rakyat/manusia. Konsep as-siyadah li syar’i bermaksud, yang mengurus dan mengatur kehendak atau aspirasi individu adalah syarak dan bukannya individu itu sendiri. Segala aspirasi individu itu wajib diurus dan diatur berdasarkan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah (hukum syarak). Dalil bahawa kedaulatan berada di tangan syarak adalah firman Allah, “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan” . FirmanNya yang lain, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah tentang sesuatu, maka kembalikan ia kepada Allah (al-kitab) dan Rasul (as-sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian” . Maksud “kembalikan ia kepada Allah dan Rasul” adalah ‘kembalikan kepada hukum syarak’. Oleh kerana itu, yang ‘berdaulat’ di tengah-tengah umat atau individu serta yang mengatur dan mengendalikan aspirasi umat dan individu itu adalah apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW yakni hukum syarak, di mana seluruh manusia wajib tunduk kepadanya. Kerana itu, Islam mengajar bahawa kedaulatan adalah di tangan syarak, bukannya di tangan rakyat/manusia. Oleh yang demikian, dalam sistem pemerintahan Islam, seorang pemimpin (Khalifah) itu tidak akan dibaiat oleh rakyat sebagai ajir (pekerja, buruh atau pegawai) rakyat, agar melaksanakan apa sahaja yang dikehendaki oleh rakyat, sebagaimana yang berlaku dalam sistem demokrasi. Namun, Khalifah itu dibaiat oleh rakyat berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya agar dia melaksanakan Kitabullah dan Sunnah Rasul tersebut, iaitu dengan kata lain, agar melaksanakan hukum syarak. Khalifah bukanlah dilantik untuk melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat, tetapi Khalifah dilantik untuk melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah, yakni menerapkan hukum syarak. Inilah pengertian kedaulatan di tangan syarak. (2) Kekuasaan Di Tangan Umat (as-sulthan li al-ummah) Adapun mengenai prinsip kedua iaitu ‘kekuasaan di tangan umat’, ia di ambil dari fakta bahawa syarak telah meletakkan ‘kuasa melantik’ Khalifah di tangan umat, yang bermaksud seorang Khalifah hanya memiliki kekuasaan setelah dia dibaiat oleh umat. Nas bahawa Islam telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat begitu tegas sekali dinyatakan dalam hadis-hadis tentang baiat. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ubadah bin Samit yang berkata, “Kami telah membaiat Rasulullah SAW untuk setia mendengarkan dan mentaati perintahnya, baik dalam keadaan susah mahupun senang, baik dalam keadaan yang kami suka ataupun tidak”. Dari Jarir bin Abdillah yang berkata, “Kami telah membaiat Rasulullah SAW untuk mendengar dan mentaati (perintah)nya, dan aku akan menasihati setiap Muslim.” Dari Abi Hurairah yang berkata, “Ada tiga golongan manusia di hari kiamat kelak yang tidak akan diajak berbicara oleh Allah, dan tidak akan disucikan olehNya, dan mereka akan diseksa dengan seksaan yang pedih, iaitu...orang yang membaiah seorang Imam, tetapi hanya kerana mencari keuntungan duniawi, jika diberi ia akan menepati baiahnya dan jika tidak, ia tidak akan menepatinya...” . Baiat tersebut diberikan oleh umat Islam kepada Khalifah, bukan oleh Khalifah kepada umat Islam. Ini kerana umatlah yang membaiat Khalifah, di mana merekalah yang sebenarnya mengangkat Khalifah sebagai pemerintah mereka. Inilah apa yang ditunjukkan oleh Khulafa’ Rasyidin di mana mereka telah menjadi Khalifah dengan cara mengambil baiat dari umat. Tidak ada di kalangan mereka yang menjadi Khalifah dengan tidak ada baiat dari umat. Kedudukan Khalifah yang memiliki kekuasaan hanya setelah dibaiat adalah amat jelas sekali berdasarkan hadis-hadis at-tha’at (kewajipan taat kepada Imam) dan hadis-hadis kesatuan Khilafah. Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Ash yang berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Siapa sahaja yang telah membaiat seorang Imam, lalu ia memberikan huluran tangan dan buah hatinya, hendaklah mentaatinya jika ia mampu. Apabila ada orang lain yang hendak merebutnya maka penggallah leher orang itu.” Dan dari Nafi’ yang berkata, “Abdullah bin Umar berkata kepadaku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Siapa sahaja yang melepaskan tangan dari ketaatan kepada Allah, ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa mempunyai hujah, dan siapa sahaja yang mati sedangkan di atas pundaknya tidak ada baiat, maka ia mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW bersabda, “Siapa sahaja yang membenci sesuatu dari pemimpinnya, hendaklah ia tetap bersabar, sebab siapa sahaja yang keluar (memberontak) dari penguasa (Khalifah) -yang sah- walaupun sejengkal, kemudian dia mati dalam keadaan demikian, maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah.” Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda, “Dahulu Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, setiap kali seorang Nabi meninggal, maka diganti oleh Nabi yang lain, dan sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku, (tetapi) nanti akan ada banyak Khalifah.’ Para sahabat bertanya, ‘Apa yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab ‘Penuhilah baiat yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Dan berikanlah hak mereka kepadanya, sebab Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang mereka pimpin” . Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa Khalifah memperoleh kekuasaan semata-mata melalui jalan baiat dan Allah telah mewajibkan umat Islam mentaati Khalifah yang telah dibaiat dengan sah. Kesemua nas di atas menunjukkan bahawa kekuasaan (untuk melantik Khalifah) itu ada di tangan umat. Begitulah juga halnya dengan Rasulullah SAW di mana walaupun baginda adalah seorang Rasul, namun baginda tetap sahaja mengambil baiat dari tangan umat. Perlu difahami bahawa baiat yang diambil oleh Rasulullah dari kaum Muslimin adalah baiat terhadap kekuasaan dan pemerintahan dan bukannya baiat terhadap kenabian. Baginda telah mengambil baiat tersebut baik dari lelaki mahupun wanita dan baginda tidak mengambil baiat dari anak-anak kecil yang belum baligh. Banyak lagi hadis lainnya yang menyentuh aspek ini di mana kaum Musliminlah yang berkuasa mengangkat seorang Khalifah dan membaiat mereka dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yang semua ini menunjukkan bahawa as-sulthan li al-ummah (kekuasaan adalah milik umat) di mana umat boleh memberikannya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya sesuai dengan tuntutan syarak. (3) Mengangkat seorang Khalifah Hukumnya Fardhu Bagi Seluruh Kaum Muslimin (nasbu khalifah wahid fardh ‘ala al-muslimin) Wajibnya mengangkat hanya seorang Khalifah telah ditetapkan di dalam hadis. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Nafi’ yang berkata, “Abdullah bin Umar berkata kepadaku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Siapa sahaja yang melepaskan tangan dari ketaatan (kepada Khalifah), ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa mempunyai hujah, dan siapa sahaja yang mati sedangkan di atas pundaknya tidak ada baiat (kepada Khalifah), maka ia mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” Wajhul Istidlal (bentuk makna yang dapat di ambil sebagai dalil) melalui hadis ini adalah bahawa Rasulullah telah mewajibkan kepada setiap Muslim agar di atas pundak mereka ada baiat kepada seorang Khalifah. Adapun maksud ‘adanya baiat di atas pundak setiap Muslim’ ialah mesti ada seorang Khalifah yang dengan kewujudannya, barulah di atas pundak masing-masing orang Islam akan ada (wujud) baiat, baik Muslim itu memberi baiat secara langsung mahupun tidak. Sedangkan mengenai Khalifah itu wajib seorang, tidak boleh lebih dari itu, ia disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Apabila di baiat dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya” . Dalam hadis ini Rasulullah begitu tegas menyatakan bahawa kaum Muslimin diharamkan untuk memiliki lebih dari seorang Khalifah. Justeru, kedudukan dunia Islam sekarang di mana umat Islam tidak mempunyai seorang Khalifah, malah kita kini mempunyai lebih dari 50 orang pemimpin, adalah haram secara mutlak! Oleh yang demikian, setiap dari kita wajib berusaha untuk mendirikan Daulah Khilafah dan melantik seorang Khalifah yang akan menjadi pemimpin atas seluruh kaum Muslimin di dunia. Hanya dengan adanya Khalifah, barulah baiat akan terwujud di pundak setiap Muslim. (4) Hanya Khalifah Yang Berhak Melakukan Tabbani (adoption) Terhadap Hukum-hukum Syarak (li al-khalifah wahdah haq at-tabanni al-ahkam asy-syar’iyyah) Prinsip ini ditetapkan berdasarkan dalil dari Ijma’ Sahabat. Para sahabat telah berijma’ bahawa hanya Khalifah yang berhak untuk mentabanni (menetapkan penerapan) hukum-hukum syarak. Berdasarkan Ijma’ Sahabat ini, diambil beberapa kaedah usul fiqh yang sangat masyhur, antaranya, “amru al-imam yarfa’u al-khilaf” (perintah imam/khalifah menghilangkan perselisihan) dan kaedah “amru al-imam naafizun zaahiran wa baathinan” (perintah imam/khalifah berlaku, baik secara lahir mahupun batin). Dan kaedah “li al-sulthan an yuhdisa min al-aqdhiyah bi qadari ma yahdusu min musykilat” (bagi seorang sulthan/Khalifah diperbolehkan untuk mengambil keputusan hukum sesuai dengan masalah yang terjadi) . Khatimah Demikianlah sedikit perbezaan di antara konsep pemerintahan demokrasi dan Islam. Dalam pada sesetengah pihak sedang berpesta demokrasi di Hulu Selangor, Hizbut Tahrir menyeru agar umat Islam berfikir dengan ikhlas dan jernih, bahawa siapa pun yang akan menang dari pilihan raya tersebut, apakah mereka akan memartabatkan dan menerapkan Islam? Seorang calon bukan Islam sudah pasti tidak akan memartabatkan Islam, dan apakah seorang calon dari parti yang jelas-jelas sekular akan berbuat demikian? Fikirkanlah sebaik-baiknya dan bertindaklah berlandaskan hukum syarak serta ingatlah bahawa apa jua pilihan yang kalian ambil, Allah pasti akan menghisab kalian di akhirat kelak. Wallahu a’lam. Sumber: shountun Nahdhoh 216 http://www.mykhilafah.com |
myhoney |
Posting pada: 23-04-10 15:36
saya soroti tulisan ini di lain masa.....
netbook low battery pulok...charger tinggal kat sekolah... banyak benarnya , saya akui ......tapi tetap ada salahnya.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 23-04-10 17:18
Yang dipersetujui kita rapatkan lagi.
Mana yang rasa tak sependapat, kita boleh bincangkan secara baik. |
myhoney |
Posting pada: 24-04-10 09:57 !!! QUOTE !!! Bagi mereka yang ada keimanan di dalam hatinya, untuk ke sekian kalinya, mereka akan bersedih dan beristighfar kepada Allah kerana mereka sedang dan akan menyaksikan satu lagi perbalahan dan persengketaan besar sesama kaum Muslimin, khususnya dari penyokong parti-parti yang bertanding. Inilah hakikat yang berlaku setiap kali menjelang ‘pesta demokrasi’ yang menjadi perjuangan sesetengah umat Islam ini! Ketika inilah segala bentuk fitnah, tuduhan, hasutan, rasuah, dendam, kemunafikan dan segala makar jahat akan terzahir dan tidak dapat dibendung lagi. Ketika inilah syaitan akan bermaharajalela dan bersorak kegembiraan kerana berjaya menghasut manusia ke arah segala bentuk kemaksiatan dan dosa. adil lah dalam menilai..... istilah pesta demokrasi tak kena sama sekali....sedang org yang mengalirkan keringatnya, duit ringgit serta mengorbankan masa sangang bersama keluarga semata-mata untuk menentang golongan zalim dari terus bongkak memikul kuasa diistilahkan sebagai sedang berpesta ??.... apakah sama org yang turun ke kancah perjuangan melalui pilihanraya ini semata-mata kerana agama Allah dengan org yang turun untuk habuan dunia ??...anda lebih adil jika dapat bezakannya... manusia yang tiada iman dan taqwalah yang menjadikan medan pilihanraya ini penuh dengan dosa...sedang dipihak kepimpinan Pas...saya mendengar kata-kata nasihat dan peringatan untuk memegang akhlak2 islam terus dilaungkan sekalipun ketika berkempen dalam pilihanraya... antara yang saya baca di blog KP pas... : 1. bertugas dan berjuanglah dengan ikhlas dan tulus . 2. hubungkan diri dengan Allah seraya mengharap pertolonganNya 3. jaga akhlak dan etika berkempen justeru ia satu dakwah 4. tampilkan ketinggian budi dan ketulusan hati 5. jauhkan diri dari provokasi dan kawal emosi 6. fahami pilihanraya juga adalah sebuah perjuangan 7. bezalah diri dari penampilan dan pendekatan musuh 8. elakkan fitnah dan bercakap bohong 9. bertindak benar dalam tindakan dan perkataan 10. senantiasa bersedia dan mematuhi arahan pimpinan Elakkan diri daripada : * pergaduhan dan mencetus keganasan * caci maki dan sorak sorai yang tidak bermoral / akhlak * menabur fitnah dan melakukan perbuatan khianat * mengganggu ketenteraman awam dan meresahkan pengundi di mana keadilan anda dalam menilai jerihnya kerja-kerja perjuangan yang ditanggung oleh Pas ??? apakah anda harapkan mereka keluar dari demokrasi di Malaysia dan edarkan SN di masjid2 seperti anda ???.....saya bukan menghina usaha2 syabab HT...tapi andalah yang buta hati dan berat sebelah menilai usaha Pemuda2 dan jemaah pas ini.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
jubah_hijau |
Posting pada: 24-04-10 10:16
Dah lama tak respon dalam ukhwah.com ni..sibuk pelbagai tugas yang diberikan...
Secara jujurnya ana join unit amal under PAS..bagi ana, ana tidak ada masa nak 'serang' mana-mana jemaah sebab sibuk pelbagai program di luar sana untuk membaiki masyarakat kat luar disana. Kadang kala malas yang terlibat perbalahan ini, sebab matlamat yang sama cuma method berlain saja.. dulu tempat tinggal ana, kuat jemaah tabliqh..sekarang ni agar kurang pergerakannya..lalu ana bertanya Kenapa pergerakan kurang dan ana beri beberapa pandangan untuk kuatkan kembali...(nak katanya suport satu sama lain)... Bila kita sibuk perkara baik, tak ada masa nak serang mana-mana jemaah...malah suport lagi... |
wuzaraa |
Posting pada: 24-04-10 10:58
Pada 24-04-10 09:57 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Kalian terpersok dalam lubang demokrasi yang paling dalam, sampai tidak jumpa jalan pulang. Mungkin sebab itu kalian dah tak mampu nak menilai kekufuran demokrasi. Walaupun bergelumang dengan sampah dan najisnya, kalian tetap lebih meyakini wahyu Plato ini dari minhaj kenabian. |
myhoney |
Posting pada: 24-04-10 11:37
Pada 24-04-10 10:58 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-04-10 09:57 , myhoney posting: ada lagi tak 'modal2 lama' yang nak dikeluarkan sekali lagi ???..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 24-04-10 12:11
Pada 24-04-10 11:37 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-04-10 10:58 , wuzaraa posting: Kami bukan seperti kalian bermain dengan isu-isu panas setiap kali pilihnraya. Tetapi kami konsisten dengan fikrah Islam yang kami perjuangkan. |
myhoney |
Posting pada: 24-04-10 20:01
Pada 24-04-10 12:11 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-04-10 11:37 , myhoney posting: saya tak pernah jumpa ahli jemaah yang sangat sibuk mengecam usaha dakwah gerakan islam yang lain seperti yang dilakukan oleh syabab HT macam wuzara ni... tak panas sebab berkisar dalam internet dan SN saja...cuba HT cabar UMNO dalam p/raya...mesti akan panas menyala juga diserang dan dicucuh oleh parti pemerintah tu dan akan senasib dengan Pas juga nanti ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 25-04-10 11:36
-- Maksudnya anda mengakui bahawa yang menjadi sasaran utama dalam kempen pilihanraya adalah isu. Sampai seolah sirna pembahasan hukum politik Islam, hudud, negara Islam semata nak menyesuaikan dengan pemikiran dan hawa nafsu pengundi. Pantang sekali apabila diserang demokrasi, entah hukum qathie dipetik Al Quran mana.
-- Usaha mendaulatkan Islam, menyedarkan ummat kepada Islam sememangnya wajar diberi penghormatan, semoga Allah jua yang membalasnya. Tetapi mengambil minhaj demokrasi yang berasal dari aqidah sekular itu, hanya menyebabkan kompromi terhadap banyak hukum Allah. Natijahnya, kekuasaan yang diimpikan tetapi semakin jauh kepada penerapan hukum Islam. |
wuzaraa |
Posting pada: 26-04-10 10:38
Plato yang hidup kira-kira 400 tahun sebelum Masehi mungkin tidak menyangka ideanya ini akan dimuliakan sebegini rupa walaupun setelah 2400 tahun. Beliau yang merupakan murid kepada Socrates, menggagaskan konsep politik ini sebagai tandingan kepada konsep monarki, oligarsi dan timokrasi. Demokrasi mengalamai pelbagai pengubahsuaian tetapi ada 2 ciri yang digariskan oleh Plato dan anak muridnya, Aristotle, yang menjadi ciri fundamental kepada demokrasi dan kekal ke hari ini. Pertama adalah ‘alotment’ iaitu rakyat memilih wakil mereka. Dan kedua adalah perkumpulan orang yang dipilih untuk menggubal undang-undang dan menjalankan pemerintahan. Inilah yang disebut sebagai Demokrasi Athens. Sebenarnya ada pihak yang mendakwa konsep demokrasi telah digagas lebih awal pada abad ke 6 sama oleh Tamadun Hindu, Mendes, Achaemenid dan Sumaria, tetapi tamadun Yunani dianggap sebagai penggagas demokrasi yang paling berstruktur dan digunapakai asasnya hingga ke hari ini. Selepas zaman Socrates, demokrasi Athens melalui zaman gemilangnya sebelum berhadap dengan tentangan golongan agamawan Nasrani yang membawa konsep teokrasi sehinggalah Eropah terperosok dalam zaman gelap.
Perancis dan British masing-masing mendakwa merekalah perintis keluar dari zaman gelap Eropah. Kedua-dua bangsa ini masing-masing mendakwa merekalah pelopor demokrasi moden. Perancis sebenarnya terlebih dahulu membahas seperangkat hukum demokrasi untuk aplikasi pasca zaman gelap. Lahirlah Rosseu dan Montesquie dengan Spirit of Law yang membahas gagasan kenegaraan moden yang masih menciplak idea demokrasi. British menyangkalnya kerana mendakwa ada Monforts Parliamant bahkan telah menggubal rang undang-undang menghadkan Magna Carte Raja England sejak 1265 lagi. Maka bersainglah Bristish dan Perancis mendatang pelbagai rincian dan konsep untuk mengukuhkan lagi demokrasi sedangkan pada masa itu Islam sedang dizaman kegemilangannya tidak mengenal apatah lagi memperdulikan demokrasi. Secara mutlak Islam menolak demokrasi yang menjadikan manusia sebagai sumber kekuasaan. Perancis pada zaman kegemilangannya berjaya merobek wilayah khilafah Islamiah. Mereka malah berjaya membeli pegawai-pegawai pemerintah dan mendesak untuk diterapkan demokrasi Negara Islam. Ia berlaku pada abad ke 19 melalui agennya iaitu Midhat Pasha. Malah ramai pegawai tertinggi daulah telah dijemput ke Perancis dan balik menunjukkan kekagumannya terhadap demokrasi Perancis. Melalui Bab Aliy, mereka berusaha menerapkan demokrasi dalam khilafah Islam dan akhirnya mereka berjaya sehinggalah Sultan Abdul Hameed II berhasil membuangnya kembali dari khilafah Islam. Apabila Sultan Abdul Hameed semakin lemah, pegawai-pegawai daulah dikuasai Perancis, bukan sekadar demokrasi malah hukum-hukum lain telah diambil dari Perancis. Ia berlaku hinggalah khilafah dihancurkan. Hari ini demokrasi benar-benar berjaya masuk ke dalam akal fikiran dan lubok hati ramai ummat islam. Baik dari para cendekiawan hinggalah buruh binaan, ramai yang terpesona dengan demokrasi. Mereka melihat demokrasi sebagai suatu yang paling agung dalam pemerintahan mahupun dalam mencapai kekuasaan. Ia umpama konsep suci yang tidak boleh disentuh atau dipertikai. Hari ini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menyaksikan baik si Islam, Hindu mahupun Buddha walaupun saling bertikai dari segi parti politik tetapi bersatu menerima demokrasi. Mereka tidak mampu menerima sesiapa yang mengkritik demokrasi kerana telah sekian lama berjuang dan bergelumang dengan idea kufur ini sehingga merasakan inilah minhaj yang terbaik untuk mencapai kekuasaan. Wallahua’lam. |
myhoney |
Posting pada: 26-04-10 13:59 !!! QUOTE !!! Hari ini demokrasi benar-benar berjaya masuk ke dalam akal fikiran dan lubok hati ramai ummat islam. Baik dari para cendekiawan hinggalah buruh binaan, ramai yang terpesona dengan demokrasi. Mereka melihat demokrasi sebagai suatu yang paling agung dalam pemerintahan mahupun dalam mencapai kekuasaan. Ia umpama konsep suci yang tidak boleh disentuh atau dipertikai. Hari ini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menyaksikan baik si Islam, Hindu mahupun Buddha walaupun saling bertikai dari segi parti politik tetapi bersatu menerima demokrasi. Mereka tidak mampu menerima sesiapa yang mengkritik demokrasi kerana telah sekian lama berjuang dan bergelumang dengan idea kufur ini sehingga merasakan inilah minhaj yang terbaik untuk mencapai kekuasaan. Wallahua’lam anda dusta ! kalau anda mencari dan membac,a anda akan temui bahawa konsep dan falsafah demokrasi barat itu turut disentuh, dicemuh dan dipertikaikan dalam tulisan ustaz hadi, Al maududi atau syed qutb sendiri....sedang demokrasi yang disertai sekarang sekadar mengambil ruang menyekat kemungkaran, menentang kezaliman dan membela golongan yang tertindas. saya tinggalkan anda kerana Allah... tidak berbaloi untuk berterusan berbalahan tentang demokrasi sedang masih banyak kefahaman lain yang kita boleh selari ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 26-04-10 14:20
Pada 26-04-10 13:59 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Di satu sisi, mereka mengkritik demokrasi sebagai idea kufur. Tetapi si satu sisi, menegaskan akan terus konsisten dengan demokrasi untuk mendapatkan kekuasaan. Realitinya dan apa yang kita boleh lihat depan mata, demokrasi tetap menjadi suatu yang paling grand untuk mencapai kekuasaan. ustaz Nasrudin Tantawi sampai menyatakan PAS menolak HT kerana HT menolak demokrasi. Jadi, siapa yang berdusta? |
myhoney |
Posting pada: 28-04-10 10:33 !!! QUOTE !!! Di satu sisi, mereka mengkritik demokrasi sebagai idea kufur. Tetapi si satu sisi, menegaskan akan terus konsisten dengan demokrasi untuk mendapatkan kekuasaan. Realitinya dan apa yang kita boleh lihat depan mata, demokrasi tetap menjadi suatu yang paling grand untuk mencapai kekuasaan. ustaz Nasrudin Tantawi sampai menyatakan PAS menolak HT kerana HT menolak demokrasi. Jadi, siapa yang berdusta? bukan Pas saja yang menolak HT, bahkan HT akan ditolak oleh gerakan islam yang lain kerana memandang kufur usaha2 mereka ini menentang kezaliman dengan lidah dan tangan? mereka .... hanya kerana perbalahan untuk menentukan syari'e atau tidaknya menggunakan ruang demokrasi menentang kekufuran ini, maka anda dan HT berhabisan menentang gerakan islam lain..... adakah itu lebih syari'e ? kalau usaha HT untuk mengajak rakyat tinggalkan pilihanraya dan menentang kerajaan dengan seminar serta edaran SN semata......itu hanya akan melebarkan sayap kezaliman dan kekufuran golongan pemerintah serta meneguhkan kuasa mereka ke atas rakyat. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 28-04-10 11:03
Pada 28-04-10 10:33 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
hmmm.. akak myhoney dengan ustaz wazaraa memang tak sekepala dalam hal ni.. PAS lawan HT dalam ukhwah.com.. bahaya ni.. pada saya, arus sekarang sudah lama begini.. arus yang boleh dikatakan kuat.. kalau kita kuat sangat, lawanlah arus tu.. tapi ingat, jangan sampai kita pula hanyut dalam arus tu.. lama kelamaan kita sendiri yang akan join the club.. pada awalnya berapi-api menentang, kaji asal usul, cari idea menentang arus, tapi akhirnya kita hanyut sebab sebenarnya kita tidak cukup kuat.. dan.. kita tak boleh biar saja arus tu berlalu begitu.. sebab ramai lagi yang lain yang tidak tahu apa-apa, yang dalam dilema, yang keliru akan dibawa arus dan hanyut bersama.. dan arus tu akan semakin kuat kerana semakin banyak ikut bersamanya.. kita yang kononnya kuat yang ingin mencabar kekuatan arus itu pun akhirnya terikut sama.. jadi arus itu tidak boleh dibiarkan.. tak salah rasanya kita mengikut arus itu.. mengikut arus bukan kerana bersetuju mengikut haluannya tapi dengan mengikut dan menentang dari dalam.. menyelamatkan mereka-mereka yang berada di dalam secara sedikit demi sedikit.. fahami keadaan arus dan menentang dengan cara yang professional lah.. ni sekadar idea.. nak kata falsafah, tak agaknya.. haha.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 28-04-10 11:08
demokrasi telah lama bertapak di sini.. nenek moyang kita lah yang menerimanya dahulu.. nenek moyang ustaz wuzaraa, nenek moyang kak myhoney jugak.. (kalau taknak mengaku, ikut suka lah..)
pendekatan untuk berada dalam sistem demokrasi tu bukankah matlamatnya untuk menegakkan pemerintahan islam jugak? adakah cara lain? takkan sekadar membiarkan dan menunggu dengan sabar untuk tertegaknya khilafah islamiyah yang diidam2kan itu? tinggalkan pilihanraya bukanlah salah tapi rasanya tindakan tu tak tepat.. tak membantu sangat pun.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
wuzaraa |
Posting pada: 28-04-10 11:53
Pada 28-04-10 10:33 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Jawapan yang penuh emosi. Mujur saya tak terpancing kali ini, mungkin kerana dah faham sikit-sikit perangai kak Myhoney. Ayat demi ayat yang ditulis atas emosi yang meluap sebenarnya umpama orang yang menyerang banyak menggunakan tendangan kaki. Nampak seperti bahaya, tapi sangat rapuh dan terdedah dengan serangan balas. Tetapi dalam masa yang sama anda mengakuilah bahawa demokrasi itu minhaj yang paling agung, sampai HT perlu ditolak oleh PAS sebagaimana saranan ustaz Nasrudin Tantawi kerana menolak demokrasi. Dan kerana keagungan itu, maka diperbolehkan bersekongkol dengan parti kufur DAP dan sekular PKR. Nampaknya, keagungan demokrasi itu menjadi ikatan yang lebih kuat berbanding ikatan aqidah Islam. Ayat pertama anda... !!! QUOTE !!!
Tuduhan yang sama sekali jauh dari kejujuran. Saya kira jika emosi anda stabil, anda tidak akan merapu begini. Pertama, tiada siapa yang memandang kufur usaha gerakan Islam menegakkan Islam. Lihat.... sekali lagi kerana mempertahan demokrasi. Malah kalian sanggup bersikap lunak meredamkan bicara tentang hudud, negara Islam semata nak menjaga ukhwah dengan parti kufur dan kononnya strategi pilihanraya. Anda menentang kezaliman asasnya apa, Islam atau demokrasi? !!! QUOTE !!!
Sekali lagi takwilan keliru dari anda. Saya tidak percaya jika anda tidak pernah membaca minhaj perjuangan HT. Gaya anda memperlekeh uslub seminar dan edaran SN, itulah juga gaya orang UMNO memperlekeh usaha PAS semasa tahun 80an dulu ketika ceramah PAS cuma dihadiri 3 orang sahaja. Anda sebenarnya tahu, itu semua sekadar uslub HT untuk mengetuk2 pintu masyarakat di Malaysia dan belum benar-benar terjun ke masyarakat dan melakukan serangan habis2an kepada sistem kufur hari ini. Saya tahu anda tahu, tetapi anda tetap serang kerana bengang kepada saya yang menyerang praktik demokrasi yang kufur. Anda sebenarnya tidak dapat menerangkan bahawa minhaj PAS ini diambil satu persatu dari minhaj kenabian. Inilah cabaran saya sejak lama dulu, tidak berjawab pun. Saya tidak tahu sama ada anda memang benar-benar yakin demokrasi adalah methodologi yang ditunjukkan Islam dalam meraih kekuasaan dan menegakkan khilafah. Apabila saya menyerang praktik demokrasi, kerana jelas dimata fikiran saya bahawa demokrasi adalah sistem kufur yang menjadi senjata para pengembang ideologi kapitalis selagi ia ampuh. Dengan demokrasi anda boleh mendapatkan kekuasaan, mengambal Islam sebahagian2. Tetapi demokrasi sama sekali tidak akan membenarkan Islam diterapkan sepenuhnya. Maka teruslah kalian dibuai angan2 menerapkan Islam dengan demokrasi. Malah demokrasi telah menggula-gulakan kalian, tak laksana Islam sepenuhnya pun tidak mengapa, asal BN dijatuhkan. Aduhai... |
myhoney |
Posting pada: 29-04-10 16:52 !!! QUOTE !!! Jawapan yang penuh emosi. Mujur saya tak terpancing kali ini, mungkin kerana dah faham sikit-sikit perangai kak Myhoney. Ayat demi ayat yang ditulis atas emosi yang meluap sebenarnya umpama orang yang menyerang banyak menggunakan tendangan kaki. Nampak seperti bahaya, tapi sangat rapuh dan terdedah dengan serangan balas. sudah banyak kali anda mengasari perasaan saya dengan kata-kata seperti saya ni emosi, taksub atau memancing anda dengan perangai saya ini ..... saya tidaklah emosi apatah lagi 'menendang anda dengan kaki', untuk menjentik pun tidak berniat sama sekali bahkan untuk mengheret perbincangan tentang demokrasi dengan syabab HT cuba saya jauhi kerana saya tahu pendirian antum dalam hal ini....sebaiknya anda lah yang patut dibiarkan tenggelam dalam emosi sendiri.... tolong jangan seret saya untuk kesekian kali. !!! QUOTE !!! Tetapi dalam masa yang sama anda mengakuilah bahawa demokrasi itu minhaj yang paling agung, sampai HT perlu ditolak oleh PAS sebagaimana saranan ustaz Nasrudin Tantawi kerana menolak demokrasi. Dan kerana keagungan itu, maka diperbolehkan bersekongkol dengan parti kufur DAP dan sekular PKR. Nampaknya, keagungan demokrasi itu menjadi ikatan yang lebih kuat berbanding ikatan aqidah Islam. tiada diantara pemimpin Pas yang pernah menyebut tentang keagungan demokrasi....anda lah yang konsisten dengan tuduhan anda terhadap pas dari dulu lagi. setakat saya boleh fahami tentang usaha Pas menyertai pilihanraya dalam medan politik demokrasi di Malaysia ini untuk menentang sistem pemerintahan yang menjadikan Islam diperintah bukannya Islam yang memerintah. Menentang golongan tahi penjajah yang menjadikan islam sebagai agama istiadat sahaja dan menentang pemimpin yang memisahkan deen dan siyasah. Saya melihat kesungguhan perjuangan mereka dan ini bukannya baru bermula....ia berlansung sekian lama dalam siri perjuangan yang panjang dan masih berterusan..... !!! QUOTE !!! Tuduhan yang sama sekali jauh dari kejujuran. Saya kira jika emosi anda stabil, anda tidak akan merapu begini. Pertama, tiada siapa yang memandang kufur usaha gerakan Islam menegakkan Islam. Lihat.... sekali lagi kerana mempertahan demokrasi. Kebangkitan Islam muncul diseluruh dunia. Kebangkitan ini bertujuan untuk menempatkan islam ditempat yang sepatutnya, iaitu ditempat yang tinggi sebagaimana yang telah dilatakkan olah baginda saw. Kebangkitan ini bukan satu ulasan sejarah dan bukan pula layak untuk sekadar diimpi-impikan saja, tapi tajdid islam kini satu realiti yang menguji sejauh manakah benarnya muslim menzahirkan imannya terhadap Allah dan Rasulnya. Antara perkara utama yang menjadi cabaran kepada tajdid islam masakini ialah kefahaman yang baik tentang waqi' semasa kerana ia juga merupakan ujian dan cabaran yang sangat hebat....di sinilah ulama meneliti dan memahami dengan jelas tentang ciri-ciri jahiliyyah moden, matlamat dakwah masakini dan cara yang terbaik sekali menghadapinya..... saya kecewa anda datang dengan hinaan yang berat terhadap kerjasama Pas dalam pakatan......anda meneliti dengan perasaan permusuhan. Tangan untuk pertolongan tidak pernah anda hulurkan untuk kerja-kerja kebaikan, tapi anda bising mencela apa saja usaha pemimpin Pas yang anda tidak berkenan....inilah ikatan akidah dan persaudaraan islam yang anda tawarkan. .... Saya membaca penjelasan presiden Pas tentang kedudukan pas dalam PR.... Dato' Seri Presiden Tuan Guru haji. Abdul Hadi bahawa komitmen ini bukan sahaja diperkukuhkan dengan aqad untuk bersama dan bekerjasama mengharungi serta memikul tanggungjawab perjuangan ini tetapi juga dikemaskini dengan lafaz ta'balik " Jika terbentuk Kerajaan PAKATAN dan Islam tidak berada ditempat yang selayaknya sebagai agama yang diwahyu Allah swt maka PAS menarik diri " Taklik ini bermaksud jika kerajaan PAKATAN benar - benar dibentuk setelah berjaya meruntuhkan kerajaan UMNO dan BN . Ertinya jika kerajaan itu tidak dapat dibentuk maka batallah taklik tersebut. Taklik ini jua mengambil kira soal kedudukan Islam dalam kerajaan PAKATAN. Jika Islam terjamin dalam kerajaan PAKATAN malah memimpin atau menerajui PAKATAN sesuai dengan "sifat Islam yang memimpin" maka batallah taklik tersebut . jadi anda jangan berlebihan di atas pandangan anda ini, yang anda pun yakin sebenarnya anda sendiri tidak mendapat penjelasan yang wajar...segalanya anda muntahkan hasil dari pemerhatian mata kasar dan pendapat2 anda yang tak bersandar pada pengkajian yang ikhlas dan mendalam.... jangan letakkan diri anda dalam tanggungan yang sarat ini, anda mungkin tergelincir dalam dusta dan dosa bagaimana anda ingin membersihkannya?? !!! QUOTE !!! Sekali lagi takwilan keliru dari anda. Saya tidak percaya jika anda tidak pernah membaca minhaj perjuangan HT. Gaya anda memperlekeh uslub seminar dan edaran SN, itulah juga gaya orang UMNO memperlekeh usaha PAS semasa tahun 80an dulu ketika ceramah PAS cuma dihadiri 3 orang sahaja. Anda sebenarnya tahu, itu semua sekadar uslub HT untuk mengetuk2 pintu masyarakat di Malaysia dan belum benar-benar terjun ke masyarakat dan melakukan serangan habis2an kepada sistem kufur hari ini. Saya tahu anda tahu, tetapi anda tetap serang kerana bengang kepada saya yang menyerang praktik demokrasi yang kufur. saya tidak memperlekehkan SN dan seminar anjuran HT.... saya turut membacanya dan mengambil manfaat darinya. Cuma saya berpandangan bukan masanya untuk sekadar berseminar dan mengedar risalah sahaja sedang kezaliman boleh dicabar dan lebih memberikan natijah lebih baik dengan usaha politik demokrasi pilihanraya... anda sebenarnya cuba memutar belitkan tulisan saya, sedang anda sebenarnya bijak untuk memahami maksud tulisan saya yang mudah itu... saya menarik diri dari bertelagah dengan anda tentang demokrasi.... saya ulangi, saya tinggalkan anda kerana Allah ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 30-04-10 08:53
tak perlulah terlalu keras..
nanti patah.. fahami keadaan.. segalanya sudah menjadi moden.. bukan sahaja penyakit malah jahiliyah juga semakin moden.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
wuzaraa |
Posting pada: 30-04-10 16:19
Pada 29-04-10 16:52 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Apabila diasak, maka mulalah berkata tidak mengagungkan demokrasi. Tetapi realitinya demokrasi tetap dijadikan metodologi perjuangan khususnya dalam mendapat kekuasaan. Malah setiap kali siri pilihanraya, segala kekuatan dikerahkan. Sampai beberapa tahun tema muktamar 'memperkasa demokrasi'. Metodologi yang kalian ambil sampai begitu rupa, tapi kalian nafi mengagungkannya? Saya langsung tidak pernah mempertikai kesungguhan perjuangan PAS, kerana pada saya tidak perlu nak mempersoal kesungguhan gerak kerja orang lain. Malah dalam satu segi, saya sendiri kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh saudara-saudara dan sahabat-sahabat saya yang bersama PAS, ada diantara mereka yang sanggup berkorban wang ringgit dan sebagainya. Saya bagai dapat rasakan keikhlasan tersebut. Berinteraksi dengan mereka, saya merasakan mereka berada dalam kepompong PAS-Malaysia- BN- Pilihanraya. Tidak semua, tetapi rata-rata begitulah. Ramai yang tidak senang dengan kehadiran gerakan Islam selain PAS, jangan dikritik sama sekali tok guru, topik perbincangan utama adalah politik Malaysia diselangseli Palestiin dll, musuh utama adalah BN dan tiada cara lain kecuali melalui politik demokrasi. Mereka seolah tidak mampu keluar dari kepompong ini. Mereka adalah orang yang ingin memperjuangkan Islam, ingin belajar Islam tetapi itulah pembinaan yang diberi kepada mereka. Semoga Allah memberi ganjaran amal soleh kepada mereka dan kita. Tetapi dalam suatu aspek, kegagalan menuntun minhaj nabi dan sebaliknya terus mengambil minhaj kufur sekadar melengahkan kembalinya Islam. Semoga kita sama-sama sedar persoalan ini. |
wuzaraa |
Posting pada: 30-04-10 16:21
Pada 30-04-10 08:53 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! tak perlulah terlalu keras.. Hafiz, Saya nak tanya dengan awak. Boleh tak kita terlibat dengan pilihanraya tetapi tidak terlibat dengan demokrasi? |
myhoney |
Posting pada: 30-04-10 20:22
Pada 30-04-10 08:53 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! tak perlulah terlalu keras.. akak nampak terlalu keras ke hafiz ?.... dah lembut dah tu, dah banyak 'tapis' dah tu berbanding ostat wuzara yang laser kat akak mahu kasi hangus terus....mana blehhhh.... !!! QUOTE !!! fahami keadaan.. segalanya sudah menjadi moden.. bukan sahaja penyakit malah jahiliyah juga semakin moden.. erkk .... apo ini bebaik hafiz oii...nak lawan ostat wuzara ni....kena cukup bekalan.....elok nasihatkan akak jangan hanyut dek arus, nanti ekau pulok yang tenggelam terus.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
farouks |
Posting pada: 30-04-10 21:14
Pada 30-04-10 16:21 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 30-04-10 08:53 , hafiz_along_83 posting: InsyaAllah boleh, tapi nanti lepas tegak khilafah.. Nak pilih gabenor, dan begitu lagi. ----------------- http://mykhilafah.com/ |
wuzaraa |
Posting pada: 30-04-10 23:48
Pada 30-04-10 21:14 , farouks posting:
!!! QUOTE !!! Pada 30-04-10 16:21 , wuzaraa posting: Sekarang ni pun boleh... tak payah tunggu khilafah. |
pausputih |
Posting pada: 01-05-10 04:12
Emm perlulah diingat cause Agama Islam shjlah agama yang diterima oleh Allah Subbehanahuwataala...
Di dalam Agama Islam sudah lengkap semua dan segalanya ya,so xusahlah dipolitikkan lagi or dijadikan parti2 (Umno,Pas,Keadilan)... Cuba anda renungi sejenak dan sekiranya Agama Islam yang diperjuangkan,diamalkan bersungguh-sungguh oleh rata-rata orang-orang islam hari ini,saat ini maka akan berlakukah permusuhan,pertelingkahan sesama sendiri dan sesama agama? Tentunya tidakkan kerana masing-masing xmeletakkan wang ringgit,pangkat,darjat wathal senantiasa melakukan sikap2 murni sesama makhluk di dalam kehidupan mereka kerana kita manusia ni sama sahaja disisi Allah Taala... Secara xlangsung generasi,zuriat2 akan datang akan senantiasa taat dalam menghambakan diri atas keranamu Ya Allah dan bukan menghambakan diri kerana wang ringgit,parti,pangkat dan jawatan... So bkankah perjuangan itu sudah lari dr landasan sebenar di dalam Agama Islam kerana berjuang atas kerana parti dan bukan atas kerana Islam Agama Allah... Bukalah mata wahai shbt2ku sekalian,menangis oyang kita Nabi Adam bila melihat cucu cicitnya bertingkah,bermusuh,berbunuh sesama sendiri dan begitu jua Rasulullah kita sebelum kewafatannya dan beliau menyebut ummati,ummatii,ummatii (umatku,umatku,umatku)... So bentuklah,fahamilah,dalamilah,amalilah Agama Islam ni betul-betul dan bersungguh-sugguh kerana Allah Taala xberfirman menyatakan dalam Al-Qur'an Nurkarim menyuruh manusia berpuak-puak or berparti-parti ni pun... so mana mazhab,mana budaya,mana fahaman yang kita sudah ikut ni? Wathal Rasulullah pun tak ada berpesan kepada umat2nya sedemikian dan beliau menyarankan agar kita sesama berpegang pada sunnahnya dan mukjizat terbesarnya sebagai kekasih Allah iaitu Al-Qur'an... Dan Al-Qur'an itu janganlah hanya membaca tetapi hendaklah difahami akan maksud dan pengertiannya kepada kita...Sekiranya tak faham maka janganlah sombong,ego dan bertanyalah kepada mereka yang berilmu dan kepada mereka yang mengetahuinya akan terjemahan maksud yang disampaikan... Emm dan sama-samalah kita menjadikan cermin di dalam diri kita ni ya di atas segala yang telah tersebut itu kerana sebelum memesan sahabat-sahabat saya berjuta kali memesan diri saya dahulu..... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
pausputih |
Posting pada: 01-05-10 04:20
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Lihatlah betapa cintanya Rasulullah kepada kita.... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
myhoney |
Posting pada: 01-05-10 20:35 !!! QUOTE !!! Bukalah mata wahai shbt2ku sekalian,menangis oyang kita Nabi Adam bila melihat cucu cicitnya bertingkah,bermusuh,berbunuh sesama sendiri dan begitu jua Rasulullah kita sebelum kewafatannya dan beliau menyebut ummati,ummatii,ummatii (umatku,umatku,umatku)... Al-Quran tak suruh kita berpuak-puak...tapi Al-quran suruh kita bertolong bantu mengerjakan kebaikan dan jangan bertolong bantu dalam kejahatan. nabi pun tak suruh kita berpuak-puak, tapi nabi suruh kira bekerja dan berdakwah dalam jemaah bukan berseorangan. nabi tak suruh kita berpuak-puak tapi nabi suruh kita berdakwah dalam tanzim yang kukuh dan teratur.... nabi bukan saja menangis melihat umatnya berbalahan, tapi nabi pasti lagi menangis melihat agama Allah diabaikan umatnya , lansung tiada pembelaan. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
pausputih |
Posting pada: 02-05-10 01:41
Pada 01-05-10 20:35 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Nak berjuang bwklah "Agama Islam" sahaja dan jangan bawa parti kerana bawa parti tak ada penghujungnya ya..... Ada Allah Taala berfirman tak bahawa parti2 bersama ahli2nya yang terdpt didunia ni dan salah satu daripadaNya itu kompem2 akan masuk syurga ? Tentu tidak adakan,so dalam Agama Islam tak boleh dipolitikkan or diparti-partikan kerana selagi ada gelaran dan pangkat itulah yang akan membuat diri mereka kononnya lebih mulia dan beriman dr mereka-mereka yang lain... Pangkat,darjat dan kemewahan itulah rata-rata yang dikejar oleh mereka dan rakyat2 pula beriya-riya mengusungnya seolah dialah yang memberi rezeki dan perlu dimulai dengan seribu sembah,memohon dan merayu-rayu supaya diberi pertolongan wathal mereka buat acuh tak acuh sahaja akan semua hal itu..... Emm siapa yang memberi rezeki ni dan Allah Taala ke manusia? Namun tidak dinafikan ada segelintirnya yang bagus dan membawanya dengan benar tapi bilamana didudukkan dalam parti maka tak ada penghujungnyalah kerana majoriti yang lainnya tidak bersikap sepertimana segelintir itu tadi... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
farouks |
Posting pada: 02-05-10 17:47
Pada 30-04-10 23:48 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 30-04-10 21:14 , farouks posting: Betul jugak tu!!! Sekarang pilih ketua kelas pun guna pilihan raya...... ----------------- http://mykhilafah.com/ |
farouks |
Posting pada: 02-05-10 17:52
Pada 02-05-10 01:41 , pausputih posting:
!!! QUOTE !!! Pada 01-05-10 20:35 , myhoney posting: Dalam al_quran, surah 3:104, perintah Allah untuk mengadakan satu kelompok yang seu kepada Islam, amal ma'ruf nahi mungkar dan merek orang yang berjaya. Jadi tak ada masalah kalau ada jemaah. Cumanya kena ikut standard yang Allah telah tetapkan. Perbincangan suatu kebiasaan untuk mencari kebenaran. Jadi sebagai orang Islam yang terlibat dalam perbincangan kita kena sentiasa tunduk pada hujah mana yang membawa nash yang lebih kuat. Sedangkan Imam Syafie kata : kalau ada hujah yang lebih kuat dari hujah aku, nescaya akan aku lempar hujahku kedinding. Ini yang perlu kita ikuti. ----------------- http://mykhilafah.com/ |
myhoney |
Posting pada: 02-05-10 18:21 !!! QUOTE !!! Betul jugak tu!!! mmm betul....pakai suara majoriti...... lebih demokratik.....adakah ini juga dicela ?? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 02-05-10 18:26 !!! QUOTE !!! So bkankah perjuangan itu sudah lari dr landasan sebenar di dalam Agama Islam kerana berjuang atas kerana parti dan bukan atas kerana Islam Agama Allah... sebetulnya parti sekadar platform perjuangkan agama Allah....parti bukan matlamat perjuangan. Kebathilan dan kerosakan yang dilakukan secara berorganisasi akan hanya boleh ditumbangkan dengan perjuangan yang terancang dalam organisasi juga ...... maka apa salahnya ??? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
farouks |
Posting pada: 02-05-10 22:32
Pada 02-05-10 18:21 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Jangan cuba disamakan pemilihan di dalam kelas dengan pemilihan wakil rakyat di luar sana. Dalam kelas mana ada terlibat dengan pembuatan hukum, kat luar yes. Jadi kena faham realiti sebenar seperti apa. wassalam ----------------- http://mykhilafah.com/ |
pausputih |
Posting pada: 02-05-10 23:26
Pada 02-05-10 18:26 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Emm baiklah dan terlebih dahulu saya nak tanya apa matlamat parti yang anda perjuangkan itu? Jikalau anda berkata bahawasanya anda berjuang berlandaskan Agama Islam Agama Allah maka saya setuju 100%,namun tetapi sekiranya anda berjuang atas matlamat parti maka anda sendiri tahu jwpnnya tu ya kerana adakah mereka-mereka yang lain yang juga berpegang pada agama islam tetapi tidak turut sama menyertai parti anda merupakan Ahli Neraka misalannya...? Adakah ahli-ahli parti anda itu sahaja yang soleh dan beriman dan akan dtempatkan disyurga firdausi kelak sedangkan mereka yang lain yang xmenyertainya itu fasik,kufur sedangkan mereka jua beragama islam dan taat segala perintah Allah Taala dan meninggalkan larangannya..? ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
myhoney |
Posting pada: 03-05-10 12:24
Pada 02-05-10 22:32 , farouks posting:
!!! QUOTE !!! Pada 02-05-10 18:21 , myhoney posting: ya tak sama...... tak mungkin sama. cuma saya bermaksud sebahagian dari amalannya yakni mencari 'suara majoriti' tidaklah dicela bahkan boleh dipakai pula dalam kehidupan kita ....sebagai contoh penggunaan suara majoriti untuk perkara-perkara yang selain dari hukum yang sudah termaktub oleh Allah dan RasulNya ini....... mengapa wujud pilihanraya ? kerana mencari suara terbanyak dalam mencari keputusan sesuatu perkara.... bagaimana jika suara majoriti digunakan untuk memilih pemimpin yang akan menegakkan hukum.....bukan pembuat hukum ???..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 03-05-10 12:45 !!! QUOTE !!! Jikalau anda berkata bahawasanya anda berjuang berlandaskan Agama Islam Agama Allah maka saya setuju 100%,namun tetapi sekiranya anda berjuang atas matlamat parti maka anda sendiri tahu jwpnnya tu ya apa yang dapat saudari fahami dengan perjuangan atas matlamat parti ?? kalau parti meletakkan Islamlah yang menjadi dasar dan matlamat perjuangannya, maka benar sekali jika kita turuti. Jesteru yang dituruti itu sebenarnya adalah Islam yang dibawa oleh parti, bukannya parti kerana semata-mata ia adalah parti ..... maka apa yang 'tak bolehnya' di sini ?? !!! QUOTE !!! Adakah ahli-ahli parti anda itu sahaja yang soleh dan beriman dan akan dtempatkan disyurga firdausi kelak sedangkan mereka yang lain yang xmenyertainya itu fasik,kufur sedangkan mereka jua beragama islam dan taat segala perintah Allah Taala dan meninggalkan larangannya..? Tiada siapa yang boleh menentukan siapa yang akan ke syurga maupun ke neraka....tok wali dan warak macamana sekalipun Allah tidak berikan beliau hak untuk tentukan manusia ke neraka atau syurga.... tetapi...jalan untuk ke neraka dan jalan untuk ke syurga Allah ceritakan kepada kita melalui ayat2nya dan jalan yang ditunjukkan oleh RasulNya... Islam bukan sekadar ditikar sembahyang. Islam bukan sekadar zakat dan puasa.... sekadar menunaikan segala ibadat wajib seperti puasa, sembahyang dan menutup aurat tidaklah menjadikan kita muslim yang sempurna jika tidak turut serta berdakwah mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menentang kemungkaran. sebenarnya banyak yang perlu diberitahukan kepada anda tentang keperluan untuk intima' bersama jemaah islam dan bersama dalam kerja-kerja dakwah.....ia pengetahuan yang asas dalam penyediaan diri sebagai da'ie.....ruang yang terbatas ini tidaklah munasabah untuk saya menaip dan bercerita...... anda boleh juga membaca buku2 berkaitan dengan 'kewajipan berjemaah' yang mungkin ada di pasaran. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 03-05-10 13:36
Pada 03-05-10 12:24 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Saya yang melontar persoalan, boleh tak kita terlibat dengan pilihanraya tetapi tidak terlibat dengan demokrasi. Yang saya maksudkan adalah pilihanraya yang dijalankan dalam amalan demokrasi di Malaysia, pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Maka ada pelbagai pandangan, sebagai contoh pilih ketua kelas dsbnya. Malah saya katakan, sebelum khilafah tertegak lagi. Saya lontarkan persoalan tersebut, dengan tujuan untuk memerhatikan sejauh mana kefahaman kalian tentang pilhanraya dan juga demokrasi. Dan sekarang saya dah tahu, masih ramai yang masih keliru antara pilihanraya dan demokrasi... mungkin sebab itu, tidak ada kata putus selama ini. Alhamdulillah i got it |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 03-05-10 14:13
jangan terlau keras tu bukan ditujukan kak honey tapi ustaz wuzaraa tu.. dia suka melawan arus.. dan nampaknya dia memang 'keras' (kuat) untuk berlawan dengan arus tu.. biar lah dia..
sekarang ni negara kita mengamalkan demokrasi.. memang lah p.raya dalam demokrasi.. takpayah tunggu khilafah pun boleh buat p.raya.. jadi, selagi malaysia kita amalkan demokrasi, takpayah masuk p.raya lah untuk dapat kuasa?? ada cara lain ke yang lebih startegik?? ooo.. edar risalah2, anjur seminar banyak-banyak, bagi pamplet2 dan macam-macam.. akhirnya tertegaklah pemerintahan islam di malaysia ni.. begitu?????????????? ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
wuzaraa |
Posting pada: 03-05-10 16:50
Pada 03-05-10 14:13 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! jangan terlau keras tu bukan ditujukan kak honey tapi ustaz wuzaraa tu.. dia suka melawan arus.. dan nampaknya dia memang 'keras' (kuat) untuk berlawan dengan arus tu.. biar lah dia.. Soalan yang sangat mudah untuk anda wahai hafiz, bagaimana metodologi rasulullah menegakkan negara Islam madinah dan kemudian mengembang aqidah ini, untuk kita jadikan rincian dalam metodologi dakwah kita. Saya pasti anda sangat jelas mengenainya. Soalan saya sebelum ini pun anda belum jawab lagi. |
pausputih |
Posting pada: 03-05-10 20:27
Pada 03-05-10 12:45 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Emmm ameklah masa berfikir ya kerana Allah Taala telah memberikan kita akal dan lagipun pemikiran manusia ini berperingkat-peringkat..... anyway anda dapat lihat tak kita sekarang ini bilamana timbul banyak parti kita sesama umat islam mula berbalah,bertingkah dlmana mempertahankan parti masing-masing... So dimanakah unsur2 murni yang rata-rata patut kita amalkan dlmana mencapai perpaduan ummah dan untuk sekalian alam? Beginikah yang dikatakan umat islam itu bersaudara sedangkan masa ini,saat ini mereka masih lagi bertingkah,bercakar dan taksub mmpertahankan parti masing-masing? Beginikah contoh kebaikan rakyat yang beragama islam dan beginikah agama yang juga merupakan agama yang begitu masyhur suatu ketika dahulu? Perihal sebegini memang nampak baik pada mata mereka yang berparti,akan tetapi apa pula pandangan Allah Taala pada kita dan tentu2kan azab kerana perbalahan itu semakin berpanjangan.... So just nama saja negara islam tapi rakyat2nya berbalah,bertingkah sesama sendiri dan dalam masa yang sama mereka mengambil kesempatan yang ada dengan mencari dan mengumpul kemewahan,gelaran,harta,wang ringgit sebanyak mungkin sedangkan harta2 karuniah itu adalah untuk ditaburkan,disalurkan kepada rakyat2 yang sedia ada.... Tak malukah kita dengan agama2 lain,bangsa2 lain dan adakah ini contoh agama yang sebenar-benarnya disisi Allah sedangkan kita negara islam sendiri pun tak mampu menunjukkan contoh teladan yang baik pada mereka-mereka yang beragama lain itu? Lihatlah dunia hari ini bagaimana agama2 lain pula cuba bersungguh-sungguh menguasai mereka yang beragama islam dlmana menarik orang-orang islam agar menyertai agama mereka..... Namun semua ini takkan berubah selagi umat islam hari ini meletakkan "manusia" itu Raja dan Agong mereka yang perlu disembah sedangkan telah Allah menyatakan di dalam surah manusia bahawa Allah jualah Raja dan Agong yang menguasai dan memerintah sekalian manusia.... Tetapi mengapakah rata-rata umat islam hari ini tidak mahu berfikir sedangkan surah tersebut sering dibacai dan diketahui oleh sekalian umat? Anyway jikalau anda tidak mahu menerimanya,maka semua itu terpulanglah kepada anda dan kepada mereka-mereka yang telah membacainya... Saya cuma menjlnkan tanggungjawab saya selaku sahabat dan saudara seagama dan atas keranamu Ya Allah.... So terpulanglah nak mengambil atau tidak sedikit,sebanyak penyampaian yang diutus dr Allah Taala ini kepada saya kerana saya ni pun telah mati dan telah jua ditalkinkan sebenarnya.... Namun Allah Taala jualah yang Maha Mengetahui dan Hakim Segalanya.... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
myhoney |
Posting pada: 04-05-10 13:22 !!! QUOTE !!! Saya lontarkan persoalan tersebut, dengan tujuan untuk memerhatikan sejauh mana kefahaman kalian tentang pilhanraya dan juga demokrasi. Dan sekarang saya dah tahu, masih ramai yang masih keliru antara pilihanraya dan demokrasi... mungkin sebab itu, tidak ada kata putus selama ini. Alhamdulillah i got it Kamus dewan kata pilihanraya ialah - Proses pemilihan yang dijalankan untuk memilih wakil2 rakyat ....maknanya pilih ketua ketua kelas orang tak sebut 'pilihanraya' ...ngeh ngeh ngeh ye lah....Memang anda yang telah mengajukan persoalan, tapi farouk sahabat HT anda yang tampil menjawab tu pun, tak ada lah betul pulak jawapannya....nampaknya farouk pun macam saya juga....tak berapa paham demokrasi dan pilihanraya.... ye tak farouk ??? TGHH menulis bahawa pilihanraya dianggap tonggak kepada perlaksanaan demokrasi.....maka bila sebut demokrasi...di situ ada pilihanraya..... saya tahu anda menhalalkan pilihanraya tapi mengharamkan demokrasi. Setakat anda hentam demokrasi ialah kerana konsepnya yang memberi hak dan kuasa penggubal dan pembatal undang-undang ke atas suara majoriti. Anda menbawa penerangan tentang sejarah kedatangan demokrasi dari temadun purba , tapi anda tidak pula bercerita bahawa munculnya demokrasi kerana terbitnya keinginan untuk membela manusia yang tertindas khususnya golongan bawahan seperti rakyat, lebih-lebih lagi golongan hamba....hasil dari cengkaman dan kongkongan sistem teokrasi. . Kekuasaan dikenakan ke atas mereka tanpa had, dan dipaksa juga menerima kepertuanan manusia ke atas mereka. ….. maka pada peringkat awal pengenalan demokrasi telah membuka peluang hak pemerintahan kepada rakyat tapi terbatas kepada rakyat lelaki dewasa sahaja sedangkan masih banyak golongan masyarakat yang diabaikan seperti org miskin, wanita dan golongan hamba. Dalam demokrasi kufur, hak menggubal undang-undang adalah di atas suara majoriti....sedang Islam langsung tidak mengiktiraf teori pemberian kuasa mutlak kepada suara majoriti sekalipun rakyat seluruh dunia menyetujuinya.. Tiada sesiapa berhak membuat hukum atau perintah yang menjadi muktamad tanpa merujuk kitabullah dan sunah Rasul saw. Tiada siapa yang Allah izinkan menggubal undang-undang atas kekuasaan dan kedudukan pribadi. Bahkan nabi sendiri pun tidak berhak memerintah orang lain berbuat sesuatu atas kesukaannya sendiri melainkan nabi juga tunduk pada apa yang diperintahkan oleh Ilahi....... malangnya , demokrasi kufur inilah yang sedang berlangsung di malaysia yang menyaksikan biarpun tampuk pemerintahan dipegang oleh muslim dan majoriti perwakilannya adalah muslim, namun kerana yang memerintah itu sama ada jahil, jahat dan pendusta agama...maka mereka telah kesampingkan undang-undang Allah untuk memberi laluan kepada undang-undang ciptaan nafsu sendiri. Demokrasi dikacamata Islam adalah untuk menamatkan dan memansuhkan semua kuasa ketuanan, kuasa menggubal undang-undang yang tidak didasarkan dari kitab Allah dan ajaran rasulNya. Walaupun wakil2 itu menjadi bekuasa melalui undi rakyat, tapi mereka kemudiannya perlu membebaskan diri dari mengenakan kekuasaan mereka secara mutlak , sebalikmya sekadar wakil yang akan membolehkan perlaksanaan syariat2 Allah.... Menentang dan membenci kezaliman pemerintah adalah sifat yang mulia. Jika pilihanraya menyediakan ruang untuk menurunkan pemerintah yang zalim dengan mengundi calon yang lebih baik....maka p/raya itu wajar dimanfaatkan. Dalam masyarakat Islam, setiap orang dewasa dan siuman, lelaki atau perempuan berhak mengemukakan pendapat masing-masing... dan kertas undi membuka ruang untuk ada pilihan berdasarkan pendapat dan pandangan masing-masing. sekupang dua dari saya ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 04-05-10 13:29
Pada 03-05-10 14:13 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! jangan terlau keras tu bukan ditujukan kak honey tapi ustaz wuzaraa tu.. dia suka melawan arus.. dan nampaknya dia memang 'keras' (kuat) untuk berlawan dengan arus tu.. biar lah dia.. tak apa lah hafiz....sahabat yang dicinta Rasulullah saw juga ada yang berwatak lembut seperti Abu Bakar, dan ada yang berperwatakan keras seperti Umar Al Khatab..... Mungkin wuzara jenis keras jiwanya seperti Umar....biarlah dia.... yang penting.....akak ni lembut sokmo dih ??.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 04-05-10 13:36
untuk cik paus putih....
saya tidak sempat untuk menjawabnya hari ini....tapi keseluruhan tulisan anda lebih kepada 'mempersoalkan' kelemahan pribadi2 yang menganggotai jemaah Islam yang telah menatangkanfitnah kepada Islam ..... bukan kelemahan ajaran Islam yakni tentang tuntutan Islam supaya kita ini berjemaah. saya hargai emosi anda tth agama dan persaudaran sesama Islam. Ada kesempatan saya balasi nanti InsyaAllah.... cumanya.... apa maksud anda ini ??? !!! QUOTE !!! So terpulanglah nak mengambil atau tidak sedikit,sebanyak penyampaian yang diutus dr Allah Taala ini kepada saya kerana saya ni pun telah mati dan telah jua ditalkinkan sebenarnya.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 04-05-10 15:52
Pada 04-05-10 13:22 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Saya terkesima bagaimana kesimpulan begitu diperoleh. Lama dulu saya membaca tentang sosialisme Islam. Sosialisme itu konsep asasnya adalah dialetika materialisme. Dialetika materialisme itu menyatakan segalanya dari benda (material), saling berinteraksi menghasilkan sesuatu yang baru. Maka material dianggap suatu yang paling awal, malah lebih awal dari berfikir, maka tiadalah pencipta. Tetapi sosialisme Islam, menyatakan bahawa sosialisme itu adalah soal keadilan dan malah menyatakan dialetika materialisme itu adalah asas bagi keadilan sejagat. Ketika sosialisme Islam, cuba menutup asas dialetika materialisme yang bertentangan dengan Islam, nampaknya demokrasi Islam cuba menafikan intipati demokrasi yang sebenarnya memberi hak kepada manusia menggubal undang-undang dengan memfokuskan kepada 'kesan baik' yang ternampak oleh akal mereka. !!! QUOTE !!!
Apakah itu yang terjadi selama ini? p/s: Ada yang kata demokrasi telah wujud sebelum kewujudan Adam. |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 04-05-10 16:54
apa ye soalannya?? dan tak ingat lah.. malas dah rasanya nak tengok posting lama-lama yang panjang berjela2 tu.. biarlah siapa2 nak keras ke.. nak lembut ke.. nak patah ke.. berani kata belakang buat apa?? pergilah jumpa PM..
hahahahahaha782.8X ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 04-05-10 17:04
Pada 04-05-10 15:52 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-05-10 13:22 , myhoney posting: apakah itu yang terjadi selama ni?? anda tahu jawapannya.. anda tahu realiti semasa.. pemerintah sekarang ni mungkin tidaklah se'brilliant' anda dalam kefahaman islam.. memang anda patut 'jentik telinga' mereka-mereka tu.. bukan begini tapi begini.. kata yang tu salah tapi ni yang betul.. pergilah kepada mereka wahai ustaz.. teori semata ramai tahu.. nak praktik zaman sekarang ni tengok realiti lah bro.. Nabi SAW memang hebat.. diakui semua.. hatta orang sekarang pun mengakui.. tapi sekadar mengakui dan tak mahu ikut.. ada yang nak ikut tapi ubah cara sikit.. ada yang tak ngaku dan tak mahu ikut langsung.. (masih tak ingat soalan-soalan dulu.. haha) ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
wuzaraa |
Posting pada: 04-05-10 17:22
Berhujah dengan orang lain, saya mungkin ada harapan menang ada harapan kalah.
Tetapi berhujah dengan hafiz_along, saya tahu saya pasti tewas, takkann menang. |
farouks |
Posting pada: 04-05-10 19:49
Pada 04-05-10 13:22 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Ana lontarkn jawapan, supaya kita dapat bezakan antara pilihanraya dan demokrasi... HARI NI TERLALU BANYAK DAH KATA PILIHAN RAYA DI GUNAKAN DALAM MANA-MANA TERM UNTUK PEMILIHAN KETUA. ANA JUST AMBE APA YANG DIGUNA DALAM KACA TV Dalah fiqh ad daulah karangan syeikh al Qardawi, beliau menyatakan demokrasi itu tak haram kerana disitu kita hanya memilih pemimpin. kalau ikut pemahaman beliau "HANYA MEMILIH PEMIMPIN" dan pemimpin itu tak terlibat dalam pembuatan hukum malah menetang hukum kufur, maka kenyataan beliau dapat di terima. Namun REALITINYA BERBEZA dengan apa yang beliau nyatakan iaitu kita memilih pemimpin yang mana pemimpin itu akan ke parlimen dan terlibat secara langsung untuk menggubal undang-undang. Malah kalau kita telusurI sejarah kewujudan demokrasi kita dapat mengenal lebih dekat akan DEMOKRASI itu. al waasilah ilal haram haram. (jalan yang kepada perkara yang haram, haram. Tak pernah ada ana dengar dalam perlimen, sama ada dari mana-mana parti bangun dan menyatakan bahawa undang-undang yang diterapkan sekarang adalah undang-undang kufur dan kita perlu mengubahnya kepada undang-undang Islam. Kita kena hapuskan sistem perlembagaan berparlimen!!!! langsung tak pernah ana lihat di kaca TV dan dengar. ----------------- http://mykhilafah.com/ |
bungamekar |
Posting pada: 05-05-10 07:30
assalamualaikum.....
saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dalam ruangan ni. mari kita imbas kembali cara org Islam di zaman nabi dulu. mereka menggunakan sistem apa untuk mendptkan keputusan? sistem yang menyatukan semua idea kan....bukan sistem yang nama sahaja demokrasi tapi hakikatnya.... mari lah kita sama-sama bersatu padu menegakkan Islam kembali seperti masa lalu. cukup lah bertelagah sesama kita. ingat lah bila kita bertelagah, orang-orang kafir di luar sana bertepuk tangan dengan perbalahan kita. mereka seronok dengan sikap kita yang nampak sangat lemah di mata mereka. dan untuk pengetahuan semua, saya ada terbaca pengakuan org kafir sendiri tentang Islam. mereka kata Islam susah untuk dikalahkan secara terang-terangan. sebab tu sekarang ni mereka takkan kalahkan kita secara terangan tapi secara halus dan kita sendiri tak sedar kewujudannya. umpamanya budaya2 mereka yang makin menular pada anak remaja masa kini. benar lah apa yang dikatakan oleh pausputih tu. cuba duduk dengan tenang dan fikirkan dengan mata hati yang paling dalam. insya Allah anda semua dapat mengetahui apa yang dimaksudkan oleh pausputih. ----------------- |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 05-05-10 17:06
Pada 04-05-10 17:22 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Berhujah dengan orang lain, saya mungkin ada harapan menang ada harapan kalah. wah wah wah.. sindir ke perli saya?? tak perlulah kata saya begitu.. adakala kita menang.. adakala kita kalah.. adakala kita seri.. adakala tiga2 pun tidak ada.. (boleh ke seperti itu??) en. faruoks pun se'team' nampak gayanya dengan ustaz wuzaraa.. semua tahu realiti bagaimana.. semua tahu ini adalah antara senjata halus musuh2 islam dalam menjauhkan umat islam dari Al-Quran dan Sunnah.. dari sekecil2 bidang sampailah ke sebesar2 bidang kita telah diumpan supaya menjadi semakin jauh dari kedua-dua sumber utama kehidupan kita itu.. tahukah anda semua natijah dari semua itu?? baca suratkhabar lah.. macam-macam anda boleh nampak.. tapi hanya bagi yang 'celik' lah.. yang 'buta' memang tak nampak apa.. yang 'rabun' mungkin yang 'celik' masih boleh tolong.. kerosakan akhlak, keruntuhan ekonomi, kepincangan akidah, politik kotor.. antara contohnya.. namun, apalah hebatnya kita untuk tidak menerima pakai pandangan dari ulama2 kontemporari hari ini.. tidakkah mereka juga merujuk pada ulama2 zaman dahulu?? demokrasi tu hanya jalan.. bukan tujuan.. memang kita masing-masing ada pandangan sendiri.. mungkin demokrasi hari ini tidak seperti teori yang dipelajari.. dan asalnya mungkin bukan dari umat islam sendiri.. (dengan ini.. semua orang menang.. hahaha324.45X) ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
pausputih |
Posting pada: 06-05-10 02:20
Pada 04-05-10 13:36 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! untuk cik paus putih.... itu bukan emosi ya wathal itulah hakikat dan realiti sebenarnya yang telah berlaku pada hari ini ya saudari.... So ambilla masa dan bukalah mata dan minda kamu luas2 sebelum anugerah pinjaman itu diambil kembali oleh tuhan ya.... Cara ini halus dan fahamilah baik-baik kerana ini adalah untuk zuriat2,generasi2 kamu jua nanti ya dan dengan cara inilah sahaja dapat mengembalikan kegemilangan,kemasyhuran agama islam yang semakin melemah kini.... Abang tak nak bilamana berlakunya pendakwaan diakhirat kelak saudari dan sahabat-sahabat lain mendakwa mengatakan abang xterangkan pula nanti ya sedangkan perihal tersebut sudah pun dijelaskan sebaiknya.... Abang sayangkan semua umat muhammad satu keturunan Adam dan Hawa ini dan apa yang benar kamu fikirlah dan ambillah dan selebihnya terpulang kepada diri kamu sendiri dalam menilaikannya.... InsyaAllah jikalau diizin oleh Allah Subbehanahuwataala bilamana sampai tika dan masanya nanti abang akan berdepan jua dengan manusia yang bergelar raja2 itu dalam menegakkan Agama Allah Taala.... Tang soalan lagi satu tu maaflah kerana itu semua tidak penting sangat ya saudari dan apa yang penting adalah kebenaran penyampaian dlmana memesan diri sendiri dan seluruh umat ini...... Anyway terima kasih kepada munga mekar kerana boleh dikatakan cepat jua daya pemikiran anda itu dalam menghalusi dengan baik pesanan yang disampaikan dan diharap sahabat-sahabat lain pun begitu jua dlmana memahaminya dan dlmana menyuarakan pendapat... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 06-05-10 16:55
alhamdulillah.. forum ini telah berlangsung sejak 23hb4 yang lepas.. satu tempoh masa yang agak panjang, memang kalah forum perdana ehwal islam di tv1.. apatah lagi halaqah di tv9 dan alkuliyyah di tv3.. apa pun, terima kasih pada semua ahli panel dan pemerhati yang terlibat dalam menjayakan forum ini.. terima kasih ustaz wuzaraa dan ustazah myhoney yang boleh dikatakan memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam sesi perbincangan kita kali ini.. banyak input yang kita boleh dapat dan dihujungnya nanti sama-samalah kita fikirkan solusi selanjutnya..
apa pun, saya sebagai moderator hari ini (haha..) mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.. (nampak macam dah taknak berhujah lagi saja.. hehe..) saya sanjung dan hormati cita-cita anda semua untuk melihat islam kembali gemilang seperti dahulu.. harapan yang sungguh murni.. jangan lupa berdoa dan teruskanlah usaha kalian dalam meninggikan islam bukan sahaja di malaysia malahan seluruh dunia amnya.. akhirnya, ingatlah tiada siapa yang kalah di sini.. kita semua menang.. (hehe..) (teringat masa jadi moderator zaman dulu-dulu.. haha.. ) ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
myhoney |
Posting pada: 08-05-10 09:49
Pada 06-05-10 16:55 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! alhamdulillah.. forum ini telah berlangsung sejak 23hb4 yang lepas.. satu tempoh masa yang agak panjang, memang kalah forum perdana ehwal islam di tv1.. apatah lagi halaqah di tv9 dan alkuliyyah di tv3.. apa pun, terima kasih pada semua ahli panel dan pemerhati yang terlibat dalam menjayakan forum ini.. terima kasih ustaz wuzaraa dan ustazah myhoney yang boleh dikatakan memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam sesi perbincangan kita kali ini.. banyak input yang kita boleh dapat dan dihujungnya nanti sama-samalah kita fikirkan solusi selanjutnya.. tuan moderator...jangan buat ucapan penangguhan dulu ya...forum belum berakhir dan saya baru nak kembali berforum setelah menyelesaikan satu tugasan rasmi..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 08-05-10 10:23 !!! QUOTE !!! Di dalam Agama Islam sudah lengkap semua dan segalanya ya,so xusahlah dipolitikkan lagi or dijadikan parti2 (Umno,Pas,Keadilan)... bahasa anda ialah bahasa org yang tidak berada dalam jemaah islam atau berada bersama gerakan islam. Maka penilaian anda berdasarkan pandangan mata kasar yang sebenarnya tak tahu hujung pangkal.... kalau harapkan pangkat, jawatan, wang ringgit atau parti semata-mata....semua ahli gerakan Islam di malaysia ini akan masuk UMNO kerana penglibatan dalam UMNO saja yang menawarkan habuan dunia sedemikian rupa.... Islam menganjurkan perpaduan dikalangan penganutnya dan menggambarkan semua orang islam itu bersaudara dan dipanggil ummah yang satu...tapi perpaduan dalam Islam adalah perpaduan yang didasarkan kepada ikatan aqidah islam yang suci bukan selain itu.Maka perpaduan yang selain darinya adalah tertolak sekalipun yang mencanangkannya ialah orang melayu dan Islam pula. Perpaduan yang ditawar oleh UMNO ialah perpaduan bangsa Melayu bukan perpaduan Islam. Islam yang ditawarkan oleh UMNO sekadar Islam untuk sembahyang, puasa, zakat, buat haji, dan kebajikan lain tapi menolak untuk menjadikan perundangan Islam sebagai perundangan negara. Islamisasi di malaysia bertujuan menerapkan nilai-nilai islam dalam pentadbiran tanpa bermaksud untuk melaksanakan hukum-hukumnya. penerapan nilai-nilai islam oleh kerajaan dengan menolak hukum2 islam bukan saja aneh, tetapi jua adalah satu kekeliruan dan putar belit yang padat dengan kepalsuan.Maka perpaduan yang ditawarkan oleh kerajaan ini adalah ditolak...biar kita dilihat tidak bersatu padu dan bertelagah namun untuk tunduk kepada pemimpin muslim yang menentang hukum allah ini adalah tidak sama sekali. Atau pun untuk bertolak ansur dan membiarkan kejahatan dan penyelewengan agama terus berlaku semata-mata untuk meraikan rasa 'bersatu padu'.... pada kita jawapannya adalah tidak dan haram sama sekali....Selagi parti pemerintah tidak mengambil Islam sebagai sebagai matlamat perjuangan dan melaksanakan Islam dalam pemerintahan mereka....maka mereka adalah musuh Allah dan musuh kita jua biarpun mereka mengaku muslim seperti kita jua. Anda jangan bimbang Rasulullah menangis kerana kita saling bertikam hujah dalam menegakkan agama kerana emosi dan semangat kita memperjuangkan agama....jesteru rasulullah mungkin lagi menangis melihat kita pasrah dan bersatu pula dengan golongan penentang agama.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 08-05-10 10:41 !!! QUOTE !!! Tak pernah ada ana dengar dalam perlimen, sama ada dari mana-mana parti bangun dan menyatakan bahawa undang-undang yang diterapkan sekarang adalah undang-undang kufur dan kita perlu mengubahnya kepada undang-undang Islam. Kita kena hapuskan sistem perlembagaan berparlimen!!!! wah farouk pernah jadi wakil rakyat ke ? pernah masuk parlimen ke ? tak pernah dengar jangan pulak kata tak ada....mungkin anda yang tak tahu sebenarnya.... sejak bila bila syabab HT mencari berita politik yang adil lagi benar campur telus dengan menonton TV ???....silap besar lah sheh kalau enta ngadap TV nak dengar parti pembangkang hentam kerajaan...ngeh ngeh ngeh..... apatah lagi nak dengar parti pembangkang tegur pemerintah yang tak berpegang pada hukum Islam....mustahil... anda jangan kata tak pernah dengar pembangkang membawa isu hudud ke parlimen....anda juga jangan kata tak pernah dengar pembangkang pertikai tentang salah guna kuasa dan penyelewengan kerajaan ke atas rakyat....kalau anda kata tak ada apa-apa kebaikan yang dibawa pembangkang khususnya Pas ke parlimen anda juga berdusta, ..... bukan salah perlembagaan dan bukan salah juga parlimen....yang salah ialah wakil-wakil rakyat yang mengikut hawa nafsu setelah mendapat mandat rakyat. Yang salah ialah Manusia muslim yang tidak menjadikan Quran dan sunnah sebagai perlembagaan...yang salah ialah Pihak pemerintah yang menjadikan kuasa mereka melepasi kuasa Allah...dan menjadikan parlimen satu badan yang menggubal undang-undang hawa nafsu mereka.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 08-05-10 10:59 !!! QUOTE !!! Ketika sosialisme Islam, cuba menutup asas dialetika materialisme yang bertentangan dengan Islam, nampaknya demokrasi Islam cuba menafikan intipati demokrasi yang sebenarnya memberi hak kepada manusia menggubal undang-undang dengan memfokuskan kepada 'kesan baik' yang ternampak oleh akal mereka. anda sering terkesima....kesima perasaan anda kerana sukar menerima ada ruangnya memperjuangkan agama ini dicelah himpitan demokrasi yang dikatakan datang dari kafir itu... sedari dulu saya sebut tentang falsafah demokrasi dan amalan dalam demokrasi...saya letih mengulangi apatah lagi saya yakin anda masih mengingati... jangan berperang atas falsafah dan istilah sahaja....amalan itulah ukuran sebenarnya. Nama boleh bertukar dan diganti bila-bila masa sahaja...tapi amalan yang benar dan diterima agama akan tetap bernilai pahala..... saya nak tahu , adakah bila bercakap tentang demokrasi ini anda hanya tahu tentang ianya berkaitan dengan 'pemberian hak kepada suara majoriti manusia menggubal undang-undang'sahaja ??...kalau amalan ini dapat diperbetulkan dan digantikan dengan amalan yang selaras dengan Islam tanpa menggantikan istilah demokrasi.... adakah anda akan menentang juga??? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
pausputih |
Posting pada: 10-05-10 19:17
Pada 08-05-10 10:23 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Emm mulia sangatkah parti kamu sehinggakan dalam sedar kamu masih mengata,mengutuk parti lain itu....? Inikah ajaran agama islam kamu yang meletakkan bahawa parti lain,org lain itu tak benar... Sudah saya katakan bahawa bawalah AGAMA ISLAM sahaja dan jangan wujudkan segala parti2 yang semakin menghuru-harakan umat ini.... Semua parti kena bersatu-padu dalam membina,memperkukuh Agama Islam yang semakin melemah... Perpaduan ini bukan untuk Islam dinegara ini sahaja,akan tetapi mengajak agar Umat Islam sejagat bersatu membina sama dlmana menggemparkan,menakutkan kaum2 yahudi dan golongan kafir dengan perpaduan yang bakal dibinai kelak.... Tolong berpikir dan keluar sejenak dr tampok kamu itu dan berfikirlah sebaiknya,cuba lihat keadaan alam islam sejagat dan jangan just lantang bercakap tapi hanya duduk dbelakang mengikut-ngikut sahaja... Duduklah didepan dan lihat bagaimana situasi mereka didepan tu dlmana bertindak dalam membuat tindakan dan adakah mereka membantu umat2 islam lain dlmana kesusahan? Jikalau cara islam yang mereka amal maka Kenapa masih wujud lagi orang-orang islam yang daif dan yang susah? Berapa banyak pula belanja bagi setiap parti2 yang perlu dikeluarkan dalam mengadakan sesebuah pilihanraya? Bkankah lebih bermakna jikalau rata-rata mereka membantu mereka yang lebih memerlukan,daif dr menghabiskan perbelanjaan bulat2 untuk tujuan pilihanraya dengan air minerallah,benalah,upah-upahan dan bendera2 tersebut.... Oleh itu keluarlah dr kepompong kamu sebentar dan bukalah mata serta minda kamu luas2..... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
myhoney |
Posting pada: 10-05-10 23:36
Pada 10-05-10 19:17 , pausputih posting:
!!! QUOTE !!! Pada 08-05-10 10:23 , myhoney posting: iyo lah bang...apo2 lah......suka hati lah......betul tu....buat apa banyak-banyak parti ni. parti tupperware cukup lah. mari kita ramai-ramai keluar kepompong masuk cengkerang.... saya mengalahlah.... abang paus boleh berenang dengan gembira lepas ni....silakan. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 11-05-10 11:45
mmm.. hangat, memang semakin hangat perbincangan kita ini.. kak honey dan abang paus memang berapi2 nampak gayanya.. ngeh ngeh ngeh (pinjam gelak kak honey kejap ye..)
sememangnya molek kalau begitu keadaannya.. masing-masing bersatu atas nama islam dan membantu semua golongan tanpa mengira kaum dan bangsa.. bantuan bukan sahaja dihulur ketika plihanraya malahan bila-bila masa sahaja.. bukan sahaja di pinggir bandar, malahan di ceruk kampung dan pedalaman juga perhatian dan bantuan dihulur.. tanpa mengira masa.. itulah harapan kita semua yang pastinya ingin melihat islam cemerlang dan juga mencemerlangkan.. namun.. realitinya tidak begitu.. mungkin sebab telah ditutup oleh istilah kepartian maka masing-masing mempertahankan kepartiannya.. kadang-kadang kita pun jadi tidak faham mengapa keadaannya seperti yang digambarkan paus tadi.. punca utama mungkin sebab masing-masing ingin berkuasa.. dan niat di sebalik keinginan untuk berkuasa itu apa pula?? fikirlah sendiri.. (ok.. kita sambung semula forum.. hehe) ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
myhoney |
Posting pada: 11-05-10 14:04 !!! QUOTE !!! punca utama mungkin sebab masing-masing ingin berkuasa.. dan niat di sebalik keinginan untuk berkuasa itu apa pula?? fikirlah sendiri.. 'bukan salah keinginan kepada kuasa'......syaratnya keinginan kepada kuasa tersebut bukan atas dorongan kepentingan pribadi....atau keinginan kepada penghormatan maupun kedudukan. Tapi keinginan kepada mengembalikan kekuasaan kepada Islam. kuasa pemerintahan negara kita sekarang berada di tangan golongan/parti yang menolak Islam dan mendirikan hukum/undang-undang kufur. Kalau kita tidak berjuang untuk meruntuhkan kekuasaan di tangan manusia yang engkar ini kita beerti kita rela dan seolah bersekongkol dengan mereka....kita pasti akan dipersoalkan. soal niat .... itu urusan Allah ..... kita nilai yang zahir sahaja. Jika zahirnya mereka memperjuangkan agama Allah, maka kita sokong....soal dia ikhlas tak ikhlas, tu bukan hak kita untuk menilainya. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 12-05-10 11:37
ya.. memang benar.. niat di sebalik keinginan untuk berkuasa tu hanya dapat dilihat secara zahir.. selain yang terzahir itu biarlah Allah yang menghukumnya..
sebagai orang yang 'celik', kita pasti mampu membezakan mana antara mereka-mereka yang ingin berkuasa ini benar-benar dan jujur mahu memartabatkan islam.. (ustaz wuzaraa mana??) ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
pausputih |
Posting pada: 12-05-10 21:51
Pada 10-05-10 23:36 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Bukan cik abang memaksa ya cik adik oiii,tetapi cik abang sekadar nak mengajak cik adik,sahabat-sahabat melihat dlmana berenang,menyelam lebih jauh dan dalam kedlm dasar lautan kerana semakin dalam ia maka semakin indah dan cantiknya malahan bukan cengkerang pantai saja yang cik adik dapat lihat akan tetapi keindahan mutiara ciptaan yang Maha Esa bertaburan disana sini..... Namun sekiranya cik adik dan sahabat-sahabat nak berenang dipantai sahaja maka terpulang dan dipersilakan kerana tiada paksaan pun..... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
wuzaraa |
Posting pada: 12-05-10 23:38 |
pausputih |
Posting pada: 13-05-10 10:27
Hehe dan itu adalah sebagai satu tanda lintas hormat dan sedikit gurauan sebelum penutup dan tidak bermaksud apa-apa pun..
anyway, kita ni kan ibu, ayah saja yang berbeza dan tetapi bukankah kita ni adik beradik di dalam satu agama yang datangnya jua dari satu tok iaitu tok Adam dan moyang Hawa.. emm jangan lah pikiak yang bukan-bukan lah ya.. |
myhoney |
Posting pada: 13-05-10 11:36
Pada 12-05-10 23:38 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pemende cik abang cik adik ni bro...geli lah, isteri orang tu. Kah kah kah...sebenarnya saya dah cuba 'sindir' dia, tapi dia tak mampu nak faham malah makin jadi pulak....mungkin benar-benar tak tahu status dan seniority saya..... dah wuzara tolong habaq tu terimakasih lah ya....kalau tak tolong pun saya pasti terangkan juga padanya....alhamdulillah nampaknya anda lebih peka dan lebih cepat dari saya sendiri.... thank you. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 13-05-10 11:41 !!! QUOTE !!! ya.. memang benar.. niat di sebalik keinginan untuk berkuasa tu hanya dapat dilihat secara zahir.. selain yang terzahir itu biarlah Allah yang menghukumnya.. Rasulullah saw pernah berkata "jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya" jawatan, kedudukan dan kuasa itu adalah amanah...digunakan semata-mata untuk mendaulatkan agama Allah, memakmurkan bumi Allah dan untuk masa depan diri sendiri dihadapan Allah..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 13-05-10 11:49 !!! QUOTE !!! Bukan cik abang memaksa ya cik adik oiii,tetapi cik abang sekadar nak mengajak cik adik,sahabat-sahabat melihat dlmana berenang,menyelam lebih jauh dan dalam kedlm dasar lautan kerana semakin dalam ia maka semakin indah dan cantiknya malahan bukan cengkerang pantai saja yang cik adik dapat lihat akan tetapi keindahan mutiara ciptaan yang Maha Esa bertaburan disana sini..... dah jauh anda meraban ni.... pandangan anda tentang hal yang diperdebatkan sekalipun anda nampak benar tapi ianya tidak semudah menilainya selayak seperti apa yang telah anda tuturkannya...memahami 'permasalahan' ini perlu kepada ilmu dan ilmu itu perlu di cari... nasihat saya....jika anda berpeluang jumpa mana-mana ustaz yang anda yakin keilmuan dan ketokohannya dalam agama...tanyakanlah padanya .... kesempatan bertentangan soaljawab dua mata mungkin lebih memberi kefahaman pada anda.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
pausputih |
Posting pada: 13-05-10 19:24
Pada 13-05-10 11:49 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
!!! QUOTE !!!
Emm sayang seribu kali sayang bilamana talian kekeluargaan di dalam islam diperlekehkan sama sekali bilamana mereka meletakkan diri mereka telah benar-benar berilmu dan telah beriman sedangkan sistem kekeluargaan,kemasyarakatan,permuafakatan,persefahaman Islam dlmana menerbitkan sifat2 murni sesama umat islam pun masih tidak mereka temui,fahami.... Sedih3 dan ckup3 sedih bilamana kamu org islam masih lagi melayan ego dan sifat2 negatif serta syak wasangka di dalam diri terhadap sesama Islam lain... sekiranya tak faham bertanyala dan janganlah menyombong diri dan terus menghukum.... Benarlah kata mereka-mereka yang faham dan yang dikurniai dengan hidayah,petunjuk dan ilmu2 dr Allah bahawa mengislamkan org islam hari ini amat sukar berbanding mengislamkan org yang kafir.... Islam bukan terletak hanya pada sijil hamba2nya yang bertimbun timbun itu wathal ia dr keizinan,petunjuk dan hidayah dr Allah Taala ddlmana kita selaku hamba2nya nak berfikir ke arah agamanya.... Sekiranya Allah Taala xizin maka terlindunglah kita dr petunjuk dan hidayahnya itu dan bukankah kita akan tergolong di dalam golongan orang-orang yang kerugian... Namun mereka rata-rata malas berpikir akan kebenaran,kebesaran Agama Islam ini sebaliknya menanam syak dan suka menghukum,mengherdik,mengata kerana terlalu melayan bisikan2 jin,iblis tersembunyi yang terbit pada akal mereka,rasa perasaan mereka,naluri mereka demi untuk memuaskan bisikan2 itu di hati naluri sendiri.... Kita ni sebagai umat islam cubalah ajar,latih diri agar mendoakan,berfikir sesuatu yang baik-baik sesama umat ya,ikhlaskanlah diri tu dan buanglah syak wasangka,ego dan sifat2 negatif di dalam diri kamu.... That itulah Allah Taala menciptakan perempuan dengan 1 akal dan 9 nafsu berbanding dengan lelaki iaitu 9 akal dan 1 nafsunya... Maaflah,bukan kemenangan yang cuba dicari tapi kefahaman kebenaran sebenar Islam dlmana menolak parti2 yang menghuru-harakan ini.... Kamu ambillah kemenangan itu jikalau kamu mahu dlmana memuaskan hati naluri kamu sedangkan kamu masih lagi malas berpikir dlmana mendalami,menghalusi agama islam dan rahsia2 tersurat,tersirat yang Allah jadikan kepada manusia.... Anyway saya pun xsalahkan kamu kerana kamu seorang wanita dan that whyla di dalam Islam hanya lelaki sahaja yang diletakkan amanah,tanggungjawab sebagai ketua keluarga... Semoga Allah membuang,menghindar sikap2 syak wasangka,sombong,ego,sindir menyindir dlmana kena mengenakan sesama umat,kutuk mengutuk dan segala sikap2 buruk kita dlmana tidak dibutakan mata,pintu hati di dalam mengharap-harapkan rahmat dan petunjuk Allah dlmana dpermudahkan diri sesama menuju meniti titian sirotul mustaqimnya kelak.... Namun sesungguhnya Allah jualah Hakim dan Raja yang Maha Adil.... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik.... |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 14-05-10 09:56
sabar.. tak perlulah menyindir sesiapa.. ada benarnya kata honey.. kata paus pun ada benarnya.. namun yang benar tu sememangnya baik, tidakkah begitu??
berbaliklah pada tajuk.. tak perlu ke soal2 hati.. wanita akal 1 atau lelaki 9 tidak perlulah rasanya kita bangkitkan isu ni di sini.. sesiapa pun kalau tidak memanfaatkan sepenuhnya 1 atau 9 ni akan rugi pada diri sendiri.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
myhoney |
Posting pada: 14-05-10 11:01
Pada 14-05-10 09:56 , hafiz_along_83 posting:
!!! QUOTE !!! sabar.. tak perlulah menyindir sesiapa.. ada benarnya kata honey.. kata paus pun ada benarnya.. namun yang benar tu sememangnya baik, tidakkah begitu?? berperanan sebagai 'orang tengah' ke ni....baik betul hafiz ni....tu yang wuzara mengaku 'tak ada harapan menang' dengan hafiz ni ... membaca tulisan paus putih...dua kesimpulan yang akak dapat buat . Pertama , ada perkara yang dia sudah 'salah faham' dan keduanya ada perkara yang langsung yang dia tidak faham. yang salah faham akak akan jernihkan nanti.... yang dia tak faham akak dah nasihat dia tanyakan pada ustaz yang dia yakini boleh memahamkan dia....tapi dikatakan akak ego nak pertahankan menang parti akak.....entah lerrr dia ni... cumanya , penjernihan akak tak sempat nak tulis sekarang....nak pergi masak dulu ...insyaAllah jika diizinkan kesempatan... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 14-05-10 13:44
saya kan moderator.. hehe.. alaa.. bukan selalu pun.. tak dapat komisyen pun.. ngeh ngeh.. (pinjam lagi)
tentang perkara yang paus tak faham tu mungkin saya tidak boleh kata tidak setuju.. dan tentang perkara yang paus langsung tak faham tu pulak saya tidak boleh kata setuju.. mungkin juga salah faham yang akhirnya menyebabkan dia jawab tak kena gaya.. mungkin.. (hehe) (saya bukannya faham kata ustaz wuzaraa tu.. 'takkan menang'?? takut salah faham nanti.. bukan langsung tak faham.. hehe) ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
Kosong |
Posting pada: 14-05-10 14:05
Salam semua,
Kosong ada penyelesaian untuk wuzarra dan myhoney.....itu pun kalau nak degak lah.....pasai tak ada orang suka kosong..... 1. Jika wuzarra dan myhoney ini BUKAN ULAMA, maka tak perlu bahas sini kerana masing-masing ada pemimpin dan manhaj tersendiri. Sampai bila pun wuzarra takkan setuju dengan myhoney. Begitu sebaliknya. masing-masing sudah sebati dengan perjuangan masing-masing. Jadi kenalah ikut haluan masing-masing. Berjuang dengan ikhlas mengikut pemimpin yang diyakini. 2. Pada pendapat aku PAS dan HT masih dalam golongan Ahlus Sunnah. Jadi boleh tolak ansur. Lainlah kalau puak Wahabi ...aku pun tolong lanyak sekali..... 3. Kalau wuzarra dan myhoney adalah orang alim, ulama, terpelajar dan mempunyai taraf mujtahid, TAK PERLU juga berhujjah di sini. Aku cadang buka meja rundingan bawa lah hujjah masing-masing dan bincang dalam ketenangan bayu......! Tapi nanti dulu....kalau myhoney tu wanita tak bolehlah .......kenalah hantar wakil anak ke, bapa ke, suami ke.....biar dia sama-sama lelaki berentap. Pasai apa? Sebab ikut pengalaman aku.....kalau lelaki perempuan bergaduh.....mula-mula saja.....lama kelamaan AKAN JATUH HATI.....! Tak percaya? Tapi jangan buat! Pendapat aku....yang kosong! ----------------- 0 |
myhoney |
Posting pada: 14-05-10 15:06 !!! QUOTE !!! Emm sayang seribu kali sayang bilamana talian kekeluargaan di dalam islam diperlekehkan sama sekali bilamana mereka meletakkan diri mereka telah benar-benar berilmu dan telah beriman sedangkan sistem kekeluargaan,kemasyarakatan,permuafakatan,persefahaman Islam dlmana menerbitkan sifat2 murni sesama umat islam pun masih tidak mereka temui,fahami.... apa cerita ni ???...talian kekeluargaan ???..... anda menjawab komen saya yang mana satu ???....keadaan mana yang menunjukkan saya perlekehkan talian kekeluargaan dalam islam ???..... saya langsung tak faham maksud anda. !!! QUOTE !!! Sedih3 dan ckup3 sedih bilamana kamu org islam masih lagi melayan ego dan sifat2 negatif serta syak wasangka di dalam diri terhadap sesama Islam lain... memang betul lah …. kalau tak faham tanya, kan saya suruh anda tanya kat ustaz dan berbalas pandangan secara empat mata supaya lebih mendatang faham. Saya yang menasihatkan bertanya dituduh sombong....anda yang tak mahu tanya tu apa pula ??..... errrr.....sapa pula yang jatuhkan hukum apa-apa kat sini ???....ada saya hukumkan sesiapa ? !!! QUOTE !!! Namun mereka rata-rata malas berpikir akan kebenaran,kebesaran Agama Islam ini sebaliknya menanam syak dan suka menghukum,mengherdik,mengata kerana terlalu melayan bisikan2 jin,iblis tersembunyi yang terbit pada akal mereka,rasa perasaan mereka,naluri mereka demi untuk memuaskan bisikan2 itu di hati naluri sendiri.... ya betul kena rajin berfikir dan bertanya pada yang arif juga.......itu sebab saya suruh anda tanya pada mana-mana ustaz....so apa masalahnya ni ? !!! QUOTE !!!
entah apalah 'kefahaman islam sebenar' yang anda cuba fahamkan kepada saya ni ..... dalam senario politik negara yang memungkin penegakan undang-undang dan peraturan melalui kemenangan dalam pilihanraya, maka menang pilihanraya itu kita usahakan.... kesimpulan yang mudah..... parti tu sekadar nama saja....tak letak parti pun tak pa, letaklah pasukan ke, kumpulan ke, persatuan ke....tak letak nama pun tak jadi masalah. Cuma di sebalik parti ni ada golongan2 yang mendokong kefahaman dan perjuangan masing-masing. Manusia ni Allah jadikan dua golongan saja......yang baik dan suka kebaikan atau yang jahat dan suka kejahatan.jika tidak menangkan parti islam....parti sekular yang akan menang...tu saja...jadi pilihlah kamu nak menangkan golongan mana.....atau pun nak duduk atas pagar saja.....bukan saya kesah pun...tapi Allah tentu kisah....Dia akan tanya.......tu saja....maka pilihan ditangan anda, saya dan kita semua. !!! QUOTE !!! Kamu ambillah kemenangan itu jikalau kamu mahu dlmana memuaskan hati naluri kamu sedangkan kamu masih lagi malas berpikir dlmana mendalami,menghalusi agama islam dan rahsia2 tersurat,tersirat yang Allah jadikan kepada manusia.... yang ni lah yang anda nak kena bertanya.....bukan menilai ikut pandangan mata dan hati anda semata.....ia pengetahuan paling asas sebenarnya...paling asas kenapalah ada yang bersama Pas tak bersama UMNO. Sekali lagi saya sarankan....sebenarnya saya dah ulas dalam isu 'menang' ni dalam komen saya pada hafiz mungkin, sila lah baca... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 14-05-10 15:29 !!! QUOTE !!! 1. Jika wuzarra dan myhoney ini BUKAN ULAMA, maka tak perlu bahas sini kerana masing-masing ada pemimpin dan manhaj tersendiri. Sampai bila pun wuzarra takkan setuju dengan myhoney. Begitu sebaliknya. masing-masing sudah sebati dengan perjuangan masing-masing. ada betolnya.....sikap ini diambil untuk redakan perbezaan pandangan. Tapi takkan nak tunggu menjadi taraf ulama' baru boleh kemukakan pandangan ? !!! QUOTE !!! Kalau wuzarra dan myhoney adalah orang alim, ulama, terpelajar dan mempunyai taraf mujtahid, TAK PERLU juga berhujjah di sini. Aku cadang buka meja rundingan bawa lah hujjah masing-masing dan bincang dalam ketenangan bayu......! anda cuba kurang adab dengan saya.....saya tahu...cuba kurang adab juga dengan suami saya kerana 'komen' yang nak menjatuhkan maruah saya....dan cuba berseloroh dengan pandangan buruk terhadap saya dan wuzara. saya berbalas pandangan di sini atas keizinan suami.Tulisan2 saya di sini dibaca oleh suami juga, ...kerana semua login saya sama ada facebook, email,blog dan laman forum saya suami wajibkan dia mengetahuinya supaya dia boleh membaca bila-bila masa.....cuma kebolehan dan bakat menulis itu Allah izinkan kepada saya.Ada isunya, pendapat yang saya utarakan sebenarnya adalah dari suami juga.... anda tidak perlu berlebihan dengan gurauan anda kerana suami saya sudah cukup sebagai pengawas saya.... apa pun terima kasih atas peringatan anda, mudah-mudahan ia berpahala.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
Kosong |
Posting pada: 14-05-10 16:06
Pada 14-05-10 15:29 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Sahlah myhoney ini kaki "jidal", suka berbantah-bantahan yang membawa merosakkan! .... bukan mencari perdamaian sesama orang Islam......! Sorry ye atas remark ini......! Suka bertengkar barang yang sudah ada pendapat Ulama adalah sia-sia dan menjadikan permusuhan. myhoney tak nampak ke point aku ni. ? Maaf ye....! Makud aku macam ni......setiap Jamaah islam yang berjuang masing-masing kan ada Ulama yang memimpin yang bertanggungjawab atas perjuangan masing-masing! Mereka masing-masing mempunyai pegangan berdasarkan Qur'an dan Hadis Nabi. Jadi persoalannya perlu ke anda betengkar barang yang sudah ada pegangan Ulama.? Sebab tu 'kosong' rasalah , takkan ada kata sepakat antara anda berdua, melainkan permusuhan.....! !!! QUOTE !!!
myhoney betuiiiii....memang betul...! setuju... Boleh bagi pandangan untuk kebaikan bersama. Bukan untuk meruntuhkan! Sekali lagi aku kata ini....., pertentangan pendapat anda takkan berhasil melainkan permusuhan yang ditegah....! Guru aku kata dalam Ihya Ulumuddin ada sebut pasal 'debat' yang ditegah yang membawa permusuhan. Bacalah sendiri ye ! Lainlah kalau anda berdua adalah Ulama, maka TAK PERLU/ TAK WAJAR anda berdua berhujjah sini. Ini bukan medan perdebatan Ulama! Guru aku cakap kalau Ulama nak berdebat mesti orang yang layak, berilmu dan buat debat tak boleh tempat terbuka kepada orang awam! !!! QUOTE !!!
Maaflah kerana pandangan tersebut. Tapi pandangan aku itu kan umum....! mana-mana wanita dan lelaki memang tak dibenarkan bersemuka tanpa keperluan syara'.....! betul kan? Tak betul ka? Tapi aku rasalah myhoney memang 'panas baran' sikit. Myhoney sudah banyak pengalaman hidup.....? "Kosong" adalah sedikit2 .....ditambah dengan pengajaran orang tua dan Guru. Itulah kata mereka....lelaki dan wanita tak boleh bersemuka....lama-lama gaduh2 pun akan berukar wajah....! Aku cakap umum....! Tapi tak adalah 'kosong' tuju pada myhoney......! Tapi kalau terasa juga minta maaflah.....! Kalau ada suami Kenapa tak suruh suami saja menguruskan hal ini......! Wanita tak manis berlawan2 hujjah ni. ! Ini pendapat orang yang bernama 'kosong'....... Akhir kalam......yang paling eloklah berjuang dengan ikhlas ikut Ulama masing-masing......! Tapi kalau nak bertengkar jugak...terpulanglah......dapur 'kosong' tetap tidak berasap!!!!!!!! Sorry for anything, thank you for everything! Kosong is for kosong........kosong is against no one....! ----------------- 0 |
myhoney |
Posting pada: 14-05-10 17:08 !!! QUOTE !!! myhoney betuiiiii....memang betul...! setuju... Saudara kosong, selama diukhwah, ada pandangan-pandangan forumer lain yang saya bantah dan ada pandangan yang saya terima....bukan semuanya dibantah. Tapi yang anda terbaca berupakan bantahan maka itulah anda nampak saya suka berbantah-bantah......saya lebih sukakan persefahaman, itu fitrah. Kadang hasrat memahamkan org lain menemui kesusahan dan disalah faham pula olehnya ,maka saya tampil memberi penjelasan. Dan penjelasan itulah yang akhir nampak berbantah-bantah. Seperti saranan saya kepada pausbiru supaya bertanya pada ustaz tentang mengapa wujudnya kepartian pas dan UMNO dan mereka saling bermusuhan, telah difaham olehnya saya ini telah lari dari kefahaman islam sebenar dan ego memenangkan parti saya. …. maka saya balasi lagi nyatakan maksud saya. apa pun saya bersetuju pandangan anda yang saya bold kan itu.... cumanya,ini laman forum....kita dijemput bertukar pandangan. Tiada pernah admin halang saya setakat ini.Jika wujud ketegangan kalangan forumer, ada moderator yang sepatutnya cuba tenteramkan...kalau kurang adab dan keterlaluan, admin block saja lah...itu peranan depa. namun saya akui dan bersetuju bahawa isu perbalahan pandangan PAS dengan HT khususnya 'demokrasi' tidak wajar diperpanjangkan lagi kerana ia langsung seperti tidak boleh didekatkan sama sekali . !!! QUOTE !!! Maaflah kerana pandangan tersebut. Tapi pandangan aku itu kan umum....! mana-mana wanita dan lelaki memang tak dibenarkan bersemuka tanpa keperluan syara'.....! betul kan? Tak betul ka? Kenapa pula timbul isu bersemuka ? Siapa yang nak bersua muka......bukankah anda yang menyuruhnya....sedang saya di sini sekadar menulis sahaja !!! QUOTE !!! Kalau ada suami Kenapa tak suruh suami saja menguruskan hal ini......! Wanita tak manis berlawan2 hujjah ni. ! Ini pendapat orang yang bernama 'kosong'....... terima kasih atas hasrat nak memaniskan saya. Laman ini juga tidak khususkan isteri atau suami saja yang boleh menjadi ahli. Suami saya juga pernah daftar ahli ukhwah dulunya.....tapi sekali dua berbalas komen dengan HT, dia akui tak kemas menulis menyebabkan maksudnya selalu tak sampai. Kalau tak manis berlawan hujah, habis yang manisnya....lemah lembut dan terima semuanya ??...memang ada forumer wanita yang lemah-lembut di ukhwah ni dan banyak mengalah......maaflah, itu mungkin bukan saya, tapi inilah saya ...hodoh ke manis ke....inilah rupa saya dilaman forum ni anda tak suka/tak boleh terima/ meluat ??... tak pa, kesukaan anda tak bermakna pun bagi saya. apa pun, terima kasih atas komen anda yang berbeza untuk saya petang ni....mencerahkan minda sebenarnya, berpeluang meneliti kelainan ini. saya hargainya....kerana anda tak kosong sebenarnya. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
Kosong |
Posting pada: 14-05-10 18:31
Pada 14-05-10 17:08 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Salah ke bagi pandangan? Tak salah! Salah ke berhujjah membei pendapat? Tak salah! Salah ke berforum? Tak salah, bahkan itu yang terpuji.! Salahkah berbantahan pada perkara yang sudah di putuskan oleh Ulama Mu'tabar? Ya ini yang salah! Boleh nampak point saya kan? myhoney....! !!! QUOTE !!!
Ooh tidak! Itu dah jauh dari niat 'kosong'. myhoney salah faham. Sudah tentu manis tu untuk suami saja.....! Bukan untuk lelaki lain! !!! QUOTE !!!
Tak....tak....tidak.......kosong tak kata macam tu. Eloklah wanita muslimah bahasa lurus sesuai dengan tuntutan agama bila berhadapan ajnabi. Eh...ni dah salah faham pulak ni.! Jangan kata aku suruh berlembut pulak...! Masya Allah ini dah jadi kes lain dah ni.....! Ya Tuhan! Bagus myhoney tak peduli apa orang kata! Janji sampai apa yang myhoney nak sampaikan! Tapi kaedah da'wah kena betul kan? Kita bertukar2 pandangan, nasihat atas perkara yang sudah ada Ijma' Ulama Mu'tabar betul? Jika ada perselisihan Ulama Mu'tabar dalam sesuatu perkara, umpama hal yang menjadi hangat di sini bab pilihanraya, demokrasi, mengundi dll. ada Ulama kata boleh. Ada ulama lain kata mutlak tak boleh! Kedua pendapat ini ada hujjah2 masing-masing dari Ulama mu'tabar yang diakui kebenaran mereka! Siapa nak ikut pandangan pertama...ikut lah Ulama' tu! Siapa nak ikut pandangan kedua...mai ikut ulama' ni pulak! Satu masa dulu tahun 80an kumpulan Tabligh bertengkar dengan Golongan PAS dan ABIM. PAS dan ABIM kata Tablign tak betul. Tabligh kata PAS dan ABIM tak ikut Sunnah Nabi! PAS dan ABIM ikut wadah perjuangan Ikhwanul Muslimin. Tabligh diasaskan oleh Ulama terkenal di India, Maulana Shaikh Ilyas dan dikuatkan oleh AL -Muhaddith Maulana Shaikh Zakaria AL-Kandahlawi. Kedua mereka bukan calang2 orang kita nak sesatkan mereka! Jadi apa penyelesaiannya! Kembali kepada manhaj masing-masing dengan pimpinan Ulama Siddiq yang diyakini.....! catitan : "kosong" tak suruh ikut buta kepada Ulama2 jahat dan ulama2 dunia. Ini Nabi sudah tegah! masing-masing tahu kan siapa Ulama jahat dan Ulama Ad-Dunya. Kalau tak tahu ...... Allah suruh "tanyalah ahli zikir" Kosong is for .....Kosong Kosong love everyone who hold firmly on the "true path" ----------------- 0 |
myhoney |
Posting pada: 14-05-10 19:55 !!! QUOTE !!! Ooh tidak! Itu dah jauh dari niat 'kosong'. myhoney salah faham. Sudah tentu manis tu untuk suami saja.....! Bukan untuk lelaki lain! Tahu tak apa... .....kalau dari awal tak gunakan istilah 'tak manis' terhadap saya....kan lebih baik......sebab bukan menjadi hasrat anda pun nak tengok muslimah manis2 di sini....jadi kalau saya berbalas hujah tu anda nampak tak manis, kira ok lah tu......sebab saya cuma perlu manis untuk suami saja...tak begitu ?? !!! QUOTE !!! Satu masa dulu tahun 80an kumpulan Tabligh bertengkar dengan Golongan PAS dan ABIM. PAS dan ABIM kata Tablign tak betul. Tabligh kata PAS dan ABIM tak ikut Sunnah Nabi! Saya melihat kesedaran islam kini semakin meningkat , mendadak, dan penuh keghairahan, Kesedaran dan keghairahan yang mendadak ini tidak sempat ditampung oleh gerakan islam yang sedia ada menyebabkan ramai yang tersangkut dengan pelbagai aliran pemikiran dan manhaj perjuangan. Semakin lama semua pihak merasakan dirinya lebih berkelayakan memimpin perjuangan Islam yang sebenar dengan manhaj yang tersendiri dan merasakan gerakan yang lain telah tersasar. Sifat merasa benar mendorong sesetengah pihak mencemuh pihak yang lain yang dirasakan tidak berada dilandasan kebenaran..... saya masih merasakan ini satu fenomena biasa sehinggalah ada usaha suatu gerakan Islam mencemuh gerakan Islam yang lain secara terbuka, maka ia jadi keruhan.....Perkembangan teknologi penyampaian maklumat memudahkan. idea disebarkan untuk diperdebatkan.....bagi yang pintar berhujah akan mendorong pemikiran yang lainya, sehinggakan timbul kekeliruan..... kekeliruan itu kadang sanggup dibiarkan saja, kadang rasa perlu dijernihkan juga..... . gerakan Islam yang kita bersamanya ibarat 'ibu' kepada kita....perasaan ingin membela dan melindunginya ada dalam perasaan kita.Maka jika ada yang 'mengasarinya' maka itulah ada yang cuba membela !!! QUOTE !!! Kita bertukar2 pandangan, nasihat atas perkara yang sudah ada Ijma' Ulama Mu'tabar betul? Jika ada perselisihan Ulama Mu'tabar dalam sesuatu perkara, umpama hal yang menjadi hangat di sini bab pilihanraya, demokrasi, mengundi dll. ada Ulama kata boleh. Ada ulama lain kata mutlak tak boleh! Kedua pendapat ini ada hujjah2 masing-masing dari Ulama mu'tabar yang diakui kebenaran mereka! saya setuju dengan anda cumanya, tidak ramai yang mampu mempunyai penilaian seperti anda.....kalau semua 'tahap menilai' itu dilevel anda ini....anda akan dapati membaca komen-komen di ukhwah .com ni sejuk dan mudaaaah saja..... !!! QUOTE !!! Jadi apa penyelesaiannya! kalau semua ahli gerakan di Malaysia ni boleh 'ditundukkan' macam ni....alangkah bagusnya...tak ada siapa yang rasa lebih benar dari yang lainya. saya berpandangan, dibiarkan atau dilayan, kedua-duanya mengundang kelebihan dan kekurangan. Di sudut mana saya rasakan boleh teruskan perkongsian pengetahuan saya, saya teruskan, sama ada bersifat membela atau menentang ....jika mengalah lebih mendatangkan kebaikan, saya sanggup mengalah, tak ada masalah.. Cumanya ketika berbalas pandangan, saya akui kadang emosi kemarahan saya datang juga. mengumpul semua jemaah dalam satu fikrah yang minhaj yang sama macam mustahil bunyinya.Saya lebih mengharapkan lahirnya jemaah2 Islam yang berbagai penekanan dapat ditukarkan kepada unsur harakah yang positif dan pembahagian tugas perjuangan yang lebih berkesan. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
Kosong |
Posting pada: 15-05-10 00:31
Pada 14-05-10 19:55 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Ok lah bab ini 'kosong' setuju dengan myhoney. Memang patut myhoney 'manis' untuk suami sahaja. Tapi itu bukan bermakna tak boleh cakap sopan betul tak? Sebab Allah suruh "Ucapkan perkataan2 yang sopan dan baik" pada wanita-wanita beriman! Bila berlawan hujjah dengan kaum lelaki pada tahap yang kira berlebihan.....nampaklah tak sopan kan? Tapi ini relatif pada sudut pandangan. Sebab tu saya cakap itu pandangan 'kosong' berdasarkan penilaian orang yang bernama kosong! Anyway finally you're right.......be sweet only to your husband! !!! QUOTE !!!
Ok ini pun 'kosong' setuju dengan myhoney.....! Memang begitulah sepatutnya kita membela Jamaah dan pimpinan yang kita dokong. Tetapi malangnya 'tahap pembelaan' itu selalunya membuak2 sehingga sering terkeluar dari landasan.....! Perkara2 pokok agama - keimanan, persefahaman, persaudaraan jadi berantakan! Sifat Ammarah dan kebencian mula menguasai diri....! Saya tidak bermaksud menghalang pekembangan minda melalui perbincangan dan hujjah2 yang benar. Adakalanya suara/gaya penulisan berubah nada! Ini memang biasa. Tetapi yang saya maksudkan adalah perbincangan bekenaan perkara2 yang sudah di putuskan oleh Ulama masing-masing dan mereka mempunyai pendapat tersendiri. Kemudian kita cuba membahaskannya sehingga membawa kepada pertengkaran yang sia-sia! Itulah maksudnya! Kosong is for.....Kosong! Kosong is against no one! Kosong is with everyone in the path of Allah! ----------------- 0 |
wuzaraa |
Posting pada: 15-05-10 07:54
Thread ini dah terlalu melalut.
Pada 14-05-10 16:06 , Kosong posting: !!! QUOTE !!!
Penyataan ini melibat maruah seorang Muslimah. Saya nasihatkan anda tarik balik dan mohon maaf. |
Kosong |
Posting pada: 15-05-10 11:04
Pada 15-05-10 07:54 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Thread ini dah terlalu melalut. Salam ustaz wuzarra, Baru nampak jalan ke? Bukan melalut tapi aku dah meluat dengan cara orang seperti ustaz wuzarra tak habi2 kutuk PAS! Tak habis-habis dengan propaganda anda HT membahas, berdebat tak tentu hala! Ulama2 PAS sudah ada pegangan mereka....tak payah lah anda mengajar lagi ye......! Mereka adalah orang-orang berilmu dan mempunyai pegangan yang kukuh! Kalau anda nak bahas juga panggil Ulama2 anda, biarlah mereka saja bahas! Siapa yang jadikan thread ini melalut,,,,,orang yang bernama wuzarra ...betul tak? Banyak ust2 muda sekarang....baru belajar sikit nak bahas. Baru belajar kitab2 kecik, nak cabar Ulama2 yang telah terbukti kebenaran dan kejujuran! Sedarlah ustaz wuzarra....propaganda seperti ini hanya merugikan minda dan Iman! Belajar sikit tasawuuf ,....baiki hati tu....! Nasihat untuk bernama kosong dan orang-orang yang mempunyai aqal! Kosong is for.....Kosong! Kosong is against no one! Kosong is with everyone in the path of Allah! ----------------- 0 |
wuzaraa |
Posting pada: 15-05-10 11:24
Apabila kita menulis berpaksikan nafsu, si gurunya iblis, maka bersepahlah tasawuuf, tertutup akal dan terselaklah sopak keaiban.
|
Kosong |
Posting pada: 15-05-10 11:37
Pada 15-05-10 11:24 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Apabila kita menulis berpaksikan nafsu, si gurunya iblis, maka bersepahlah tasawuuf, tertutup akal dan terselaklah sopak keaiban. Sokong ustaz wuzarra! Tak nampak ke siapa yang dikuasai Iblis! Berdebat tak tentu hala itu sifat apa? Cuba baca apa kata Ulama bab debat. dalam Ihya Ulumuddin ada sebut, dalam Bidayatul Hidayah pun ada, ..siapa boleh debat, bila boleh debat, syarat2 orang debat....nanti akan lihat siapa yang sebenarnya ikut nafsu! Jangan marah ye ustaz .........nak debat juga bab nafsu dan Iblis ni? Kosong is for.....Kosong! Kosong is against no one! Kosong is with everyone in the path of Allah! ----------------- 0 |
wuzaraa |
Posting pada: 15-05-10 12:06
Siapa sebenarnya yang mengikuti nafsu?
Anda belum pernah bertukar pandangan dengan saya, tiba-tiba menyerang saya. Penulisan anda hanya mendedahkan rasa kebencian yang bernanah dihati anda terhadap saya, hanya menampakkan nafsu amarah, lantas menyerang saya. Saya akan hormat anda jika anda terang dan perbetulkan kesalahan pandangan dan hujah saya, bawakan dalil dan fakta yang tepat, bukan takwilan sembarangan. Itu cerminan kefaqihan dan sikap profesionalisme kita sebagai daei. Bukannya menghamburkan kata-kata amarah lagi sinis yang sama sekali jauh dari petunjuk. Imam Al Ghazali tidak ajar begitu, Ibnu Taimiyah pun sama. |
Kosong |
Posting pada: 15-05-10 12:23
Pada 15-05-10 12:06 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Siapa sebenarnya yang mengikuti nafsu? Nampaknya ustaz ni lagi kuat kaki 'jidal' nya......! Minta maaf banyak-banyak.....kosong tak reti nak benci orang! Adakah 'kosong' benci? Adakah 'kosong' serang orang? Masya Allah....minta maaf ye......saya cuba quote balik apa yang ustaz cakap....orang ikut nafsu, orang dikuasai Iblis! Jadi saya tanyalah balik siapa yang sebenarnya di kuasai Iblis? Salah ke saya....? Kosong hanya bagi nasihat pada kedua-duanya pihak supaya jangan panjangkan perdebatan yang sia-sia! Ikut panduan dalam kitab Ulama Mu'tabarah! Itulah nasihat asal saya....! Salah ke? !!! QUOTE !!!
Kesalahan itu adalah : perdebatan yang sia-sia. Anda tidak layak untuk berdebat mengenai hal yang telah menjadi pegangan sebahagian Ulama. Ulamak2 PAS adalah orang-orang yang berilmu tinggi dan mahir dalam hukum hakam. Mereka berdiri atas Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mengapa ustaz perlu pertikaikan dan berbantahan2 pada mereka ini? Mengapa perlu pertikaikan cara mereka dan pendekatan mereka dalam pilihanraya, mengundi dan lain2nya, Sedangkan mereka mempunyai dasar pegangan hukum? Jadi ustaz tak nampak ke perbuatan ustaz ini mempertikaikan pegangan mereka, cara da'wah mereka sebagai 'jidal' yan ditegah? ustaz tak nampak ke perbuatan ustaz menyalah2kan dan berbantah2an ini termasuk 'jidal' yang ditegah dalam agama? Nak hujjah dan dalil tentang ini....rujuklah sendiri! ustaz tentu dah mahir hukum2 fiqah, faqih, tafaqquh....! Kalau nak berdebat juga...dan ustaz mempunyai kelayakan sebagai mujtahid silakan ke tempat yang tertutup dan disaksikan oleh mereka-mereka yang ahli sahaja.! ......ini pun tentu ustaz mahir hukumnya. Jangan marah ye ustaz...kosong hanya kosong! Kosong is for.....Kosong! Kosong is against no one! Kosong is with everyone in the path of Allah! ----------------- 0 |
wuzaraa |
Posting pada: 15-05-10 12:54
Pada 14-05-10 14:05 , Kosong posting:
!!! QUOTE !!!
Nampaknya tepuk air kena ke muka sendiri. Melanyakk ye... saya sendiri tak pernah nak fikir melanyak aliran-aliran Islam walau bagaimana tajam perbezaan pandangan. Golongan beginilah yang menyebabkan polemik kafir mengkafir tidak henti2 sesama aliran Islam. Serangan keras dan lanyakkan itu sewajibnya ditujukan kepada kepada kufar barat, boneka2 mereka dan penguasa yang melaksanakan sistem kufur. Jangan salah musuh. Mungkin sebab itu anda tidak nampak kekufuran demokrasi Nampaknya, apa yang anda baru anda katakan, tidak anda manifestasikan pun dalam amalan. Jangan baca Al Quran hanya sampai tengkorok sahaja!!! Jika anda sudi bertukar pandangan secara ilmiah, saya alu-alukan. Jika tidak, cukuplah saya berhenti di sini. |
Kosong |
Posting pada: 15-05-10 13:14
Pada 15-05-10 12:54 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!!
Nampaknya ustaz dah cuba tukar haluan...... Tak apa lah saya layan juga ustaz wurarra. Bab ini ....kalau ustaz nak saya akan bagi Fatwa Ulama2 Ahlus Sunnah di India, Syria, Jordan, Yeman, UK, Indonesia dll mengena siapa sebenarnya "wahabi" dan apa pendirian Ulama Ahlus Sunnah mengenai 'golongan'wahabiyyah' Jangan cepat sangat ustaz. ye ....slow2 ye! satu-satu kita selesaikan. Masalah yang saya sebut di atas kira selesailah kan? Maknanya ustaz setuju lah ye .......tak perlu pertikaikan dan berbantahan pada perkara2 yang menjadi pegangan Ulama2 PAS? Alhamdulillah ...lepas ni harap-harap HT dan penyokong2 mereka tidak lagi menghamburkan kutukan dan cercaan atas PAS dan pejuangannya. ........bukan saja di laman ini tapi juga banyak laman lain! Kosong is for.....Kosong! Kosong is against no one! Kosong is with everyone in the path of Allah! ----------------- 0 |
myhoney |
Posting pada: 15-05-10 17:38 !!! QUOTE !!! Sahlah myhoney ini kaki "jidal", suka berbantah-bantahan yang membawa merosakkan! .... bukan mencari perdamaian sesama orang Islam......! Sorry ye atas remark ini......! kosong ni datang tanpa adab.....menyerang dan menyindir begitu berbisa, kemudian meminta maaf sesedap rasa, sepertinya 'dimaafkan' itu konfirm akan diterima olehnya. saya diistilahkan sebagai kaki 'jidal' dan wuzara juga demikian. Tiada istilah penjidal dicatatkan dalam kamus dewan kecuali gelaran penjidal dari tanah seberang untuk pencaci islam dan musuh-musuh Islam khususnya yahudi yang suka berbantah dengan muslim.....dia benar-benar mencaci saya. mungkin inilah kaedah berdakwah yang dia cuba sampaikan pada saya dan ini kaedah seorang da'ie menegur saudaranya yang mungkin ditelaah dalam kitab al ghazali... saya tidak maafkan anda untuk cacian anda itu... membaca tulisan2 anda, anda juga patut tanya diri sendiri......siapa yang nak sangat jadi 'penjidal' sebenarnya. Dari mula anda hantar posting di thread ini, anda masih belum berhenti dan meneruskan tulisan2 anda di thread wuzara ini......untuk'perdamaian atau permusuhan?i.....anda kelihatan tidak sanggup berhenti. saya nasihatkan anda dan saya juga istighfar, dan anda kembali ke niat asal anda yang anda rasa murni....jangan anda tonjolkan 'yang menegur lebih dashat' dari yang ingin ditegurnya. elok kita berhenti, kerana komen-komen yang ada disini sudah jauh dari kehendak pembuka topik. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 15-05-10 17:54
Pada 15-05-10 17:38 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Biarlah dia kak... saya anggap budak tak matang, dah malas nak layan. Sampai mengandai boleh jatuh hati, cukup melambangkan kebiadabannya. Mungkin pening terlebih banyak belajar ilmu kalam, hihi... |
wuzaraa |
Posting pada: 15-05-10 19:25
Pada 14-05-10 17:08 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Mungkin sebab itu PM saya dulu tidak dibalasnya. Sampaikan salam saya kepadanya. |
Kosong |
Posting pada: 15-05-10 23:18
Wah Wah hebat lah kedua-dua fuqaha yang suka berbantahan akhirnya bersatu kata!
Lepas tu kata kita pulak tak ada adab.......baguslah kedua-dua kaki "jidal" akhirnya bersatu! ................. Untuk myhoney, Kamu nak tahu istilah 'jidal' adalah bermakna berbantah2an dalam Ilmu agama yang dicela dan di keji pada syara' - ada dalam kitab2 Ulama Ahlus Sunnah (rujuklah sendiri dalam Kitab Ihya atau Bidayatul Hidayah atau Sirrus Salikin, atau Hidayatus Salikin Atau Tanbihul Ghafilin. ) Jangan kata tak ada dalam agama sebelum baca! Pandai2 pulak anda kaitkan dengan Yahudi! Masya Allah! Untuk wuzarra, Kamu kata aku budak mentah dan biadab........cukup bagus cakap kau! Terima kasih! Aku bukan nak mengajar anda sebab anda berdua terlebih pandai. Aku cuma ajak anda dengar nasihat Ulama dalam kitab berkenaan larangan jidal=berbantahan dalam agama, pada perkara2 khilafiah atau yang telah ada pendapat Ulama Mu'tabarah! Semudah itu pun anda tak faham! Teruskanlah jidal=berbantahan2 anda! Aku tak nak masuk campur lagi dengan orang-orang degil yang suka bergaduh pasal perkara khilafiyah! Nasihat Ulama2 dulu pun tak nak pakai! ................. Kosong is for.....Kosong! Kosong is never walk along with arrogant people! Kosong is with everyone in the path of Allah! ----------------- 0 |
arnabputih |
Posting pada: 15-05-10 23:33
ha'ah lah KOSONG...... tak usah dilayan. Abaikan sahaja. makin melayan, makin naik, ego mereka.
kosong? apa maknanya? yang penting tak kosong dari perbicaraan yang kosong! |
engrfeez |
Posting pada: 16-05-10 00:07 |
myhoney |
Posting pada: 16-05-10 05:16 !!! QUOTE !!! Untuk myhoney, jadi saya rasa kamu sudah patut berhenti kerana kamu sedang lakukan lebih dari apa yang patut kamu lakukan. Kamu sarankan berhenti berbantahan tapi sedang mmenawarkan perbalahan yang lain..... kalau benar-benar ingin memimpin kami kembali pada perdamaian, saya kira sudah cukup tulisan nasihat anda....ia lebih mengeruhkan. Allah 'azza wa jalla berfirman, Sesungguhnya orang-orang mu`min itu saudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu, dan ber-taqwâ-lah kepada Allah agar kamu diberi rahmat. (Al-Hujurât 49/10) Firman-Nya, Tidak ada kebaikan pada bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ûf (kebaikan), atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari rela Allah, maka kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang besar. (Al-Nisâ` 4/114) ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 16-05-10 08:27
Pada 02-05-10 18:21 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Saya rasa ada kesilapfahaman di sini. Penggunaan suara mojoriti tidak hanya khusus dalam demokrasi. Rasulullah juga pernah mengambil pandangan ramai dalam perkara yang dibenarkan oleh syara' agar manusia menentukannya sendiri. Tetapi, jika perkara yang melibatkan kepakaran jika diambil suara majoriti, maka hancurlah ia. Sebagai contoh, dalam soal pembedahan hendaklah diambil nasihat pakar dan bukannya suara majoriti orang ramai. Begitu juga apatah lagi dalam hukum-hukum yang telah ditetapkan syara', suara mojoriti tidak boleh digunakan sama sekali. Maka, kemubahan menggunakan suara majoriti dalam perkara-perkara yang dibolehkan syara' sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan demokrasi. Kerana, secara fakta, perundangan dan realitinya, dalam sistem demokrasi suara manusia digunakan dalam menentukan semua perkara baik yang telah ditetapkan oleh syara' mahupun yang dimubahkan. Saya jelaskan demokrasi sebelum ini dari sejarah dan definisinya, tetapi ada yang mengatakan melihat aspek praktikal itu lebih utama dari definisi dan sejarah demokrasi. Dalam konteks Malaysia sendiri, sesiapa yang terlibat dalam demokrasi sememangnya terlibat dalam penggubalan undang-undang, baik menyokong atau membangkang ia adalah sebahagian dalam praktik demokrasi. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah, " Berdebat tentang Al Quran adalah kufur". Malah dalam Al Quran, kita dilarang sama sekali mendebatkan Al Quran (hukum2 Islam yang qath'ie), antaranya dalam surah AL Ghafir 35, As Syura 35, Al Ghafir 5, Az Zukhruf 58. Sedangkan dalam konteks demokrasi, baik yang qathie mahupun yang zhanni didebatkan, bahkan demokrasi menolak sama sekali aspek ini. Keterlanjuran dalam praktik penggubalan undang-undang, kita lihat gerakan Islam di Malaysia berbahas dalam rangka memperkukuh sistem demokrasi, menyesuaikan tindakan dalam kerangka sistem hari ini yang hakikatnya menyuburkan demokrasi, unsur terpenting dalam sistem sekular hari ini. Dakwah memperjuangkan hukum-hukum Islam, kewajipan negara Islam, khilafah, hudud, jinayat, riba' dan lain-lain tenggelam dalam perbahasan dalam konteks perundangan demokrasi hari ini. Berbeza dengan Islam, hanya khalifah mempunyai hak untuk melakukan tabanni hukum. Khalifah mempunyai hak untuk menjadikan seperangkat hukum sebagai perundangan negara, baik dari ijitihad yang beliau lakukan sendiri (jika beliau mampu melakukan ijtihad) atau mengambil ijtihad dari para mujtahid. Itu bagi perkara yang terikat dengan hukum. Bagi perkara yang melibatkan kepakaran, seperti strategi tentera, perubatan, kejuruteraan dll maka khalifah mengambil pandangan pakar dan melegalisasi sebagai perundangan. Sedangkan dalam perkara yang dimubahkan, maka khalifah berhak mengambil pandangan majoriti atau lain-lain cara untuk diperundangkan. Baik perkara tersebut perkara yang terikat dengan hukum, melibatkan kepakaran mahupun yang dibolehkan mengguna suara majoriti, kaedah syara' menyebut, perintah imam wajib ditaati. Maka, perlanggarannya adalah suatu maksiat. Inilah ringkasan bagaimana khalifah melakukan tabanni hukum dalam negara Islam. Ia sama sekali tidak sama dengan praktik demokrasi hari ini, baik penggubalan hukum yang menentang mahupun yang selari dengan hukum Islam. Masih ramai yang tidak memahami antara pilihanraya dengan demokrasi, sedangkan ia sesuatu yang sama sekali lain. Terlibat dalam pilihanraya, untuk membolehkan masuk ke parlimen untuk menyuarakan kekefuran, hukumnya mubah, silakan. Tetapi, masuk ke parlimen tetapi dan terlibat dalam penggubalan hukum baik menentang atau selari dengan Islam, ia jelas diharamkan oleh Islam. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |