Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 04-12-2023 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | jawapan istikarah yang tepat dan senang... |
---|---|
muslimahkusza ![]() ![]() |
![]()
sangat sukar untuk menjawab apabila ditanya persoalan ini...
tolong sahabat kongsikan... ----------------- Alangkah susahnya menjaga hati kerana... hati itu menjadi rebutan antara... syaitan dan amalan |
nadia_khalit ![]() ![]() |
![]()
DOA ISTIKARAH...
YA ALLAH,sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dariMU, dengan ilmuMU, aku minta kekuatan dariMU dengan kekuatanMU. Aku meminta dari MU dari kelebihanMU yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa ,aku tidak berkuasa, Engkaulah yang mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara2 ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusan buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika engkau mengetahui perkara ini tidak baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusan buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada sesungguhnyaEngkau berkuasa di atas segala sesuatu.. ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah.. |
muslimahkusza ![]() ![]() |
![]()
syukran...ana nak tau cara contohnya ada orang tulis atas kertas letak bawah sejadah dan ambik...ada yang lain???
----------------- Alangkah susahnya menjaga hati kerana... hati itu menjadi rebutan antara... syaitan dan amalan |
sakinah283 ![]() ![]() |
![]()
Pada 16-04-10 11:11 , muslimahkusza posting:
!!! QUOTE !!! syukran...ana nak tau cara contohnya ada orang tulis atas kertas letak bawah sejadah dan ambik...ada yang lain??? Kenapa kena tulis atas kertas dan letak bawah sejadah...? ![]() ----------------- "The way to love anything is to realize that it might be lost" |
muslimahkusza ![]() ![]() |
![]()
contoh istikarah untuk calon suami....tulis atas dua kertas terima atau tidak terima....letak bawah sejadah kemudian solat istikarah...usai solat cabut kertas itu tengok jawapan yang dapat.....agak sukar untuk hadir dalam mimpi jadi salah satu inisiatif dibuat macam tu lah.....
----------------- Alangkah susahnya menjaga hati kerana... hati itu menjadi rebutan antara... syaitan dan amalan |
syedzai ![]() ![]() |
![]()
Pada 16-04-10 12:12 , muslimahkusza posting:
!!! QUOTE !!! contoh istikarah untuk calon suami....tulis atas dua kertas terima atau tidak terima....letak bawah sejadah kemudian solat istikarah...usai solat cabut kertas itu tengok jawapan yang dapat.....agak sukar untuk hadir dalam mimpi jadi salah satu inisiatif dibuat macam tu lah..... ![]() Cara di atas tu macam meragukan saja. Rasanya tak pernah dengar lagi cara ini. Baik hentikan saja cara ni sebab dah ada unsur-unsur yang meragukan saja. Istikharah tidak semestinya hadir melalui mimpi. Ini kerana bukan semua orang akan mendapat petunjuk melalui mimpi. Ketetapan hati juga suatu bentuk istikharah. Contoh ketetapan di hati adalah seperti rasa yakin (di hati) yang memang si folan ialah calon suami. Orang yang mendapat petunjuk melalui mimpi tidak semestinya lebih baik daripada mereka yang mendapat petunjuk melalui ketetapan hati. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan: 1. Pastikan hati tidak cenderung kepada mana-mana keputusan sebelum melakukan istikharah 2. Banyakkan berdoa, bersedekah dan tinggalkan maksiat serta bertaubat. 3. Lakukan solat/doa istikharah berulang-ulang kali. (jangan berhenti selagi tidak dapat petunjuk) 4. Setelah mimpi atau ada ketetapan di hati, yakinlah pada pilihan tersebut dan bertawakkallah pada Allah. ----------------- Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/ |
muslimahkusza ![]() ![]() |
![]()
syukran syedzai...kalau ada cara lain bolehlah dikongsikan....
----------------- Alangkah susahnya menjaga hati kerana... hati itu menjadi rebutan antara... syaitan dan amalan |
nurkamar ![]() ![]() |
![]()
pasal kertas tu..
kawan-kawan dulu sewaktu matriks memang ramai yang buat. bukan lah untuk KAWIN, tapi untuk pilih kursus time degree. apa pun Kalau saya lebih kepada ringan hati dan mimpi. ----------------- ![]() |
SiNaRaBaDi ![]() ![]() |
![]()
Bismillahirrahmanirrahim
Salam Sahabat Ukhwah yang dikasihi Allah SWT, ana cuba quote kan persoalan dan kekeliruan tentang solat istikharah ke sini, minta izin, boleh.. ![]() !!! QUOTE !!! Pendapat: 1 !!! QUOTE !!! Pendapat: 2 ini pun suatu kaedah baru.. ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH. ukhti.. 7 m/s kedepan atau kebelakang? contoh gerak hati buka bagi 50, then forward 7 page maknanya 57? atau 43? tapi bukan ke ukhti ku sayang apa-apa jua urusan perlu ikut kepada yang ada dalam AL-QURAAN & AS-SUNNAH. Iaitu dengan SOLAH dan DOA.. Persoalannya: Bolehkah cara penggulungan kertas dan rujukan m/s Al-Quraan dijadikan panduan dalam mencari petunjuk. Sebelum ini ana pernah dengar dan ianya sesuatu yang baru bagi ana. Apa pun minta ustaz dan mod yang lebih arif dalam bab ini untuk menjelaskannya kerana dikhuatiri dalam kebaikan yang kita lakukan.. ada unsur khurafat. ana ingat kisah yang diceritakan seorang ustaz ini, mungkin boleh dijadikan renungan dan ikhtibar bersama... seorang adik memerhatikan perlakuan abangnya, abangnya yang rajin solat dan mohon doa kepada Pencipta. Suatu hari adik ini kelihatan janggal dan tertanya melihat amalan abangnya. ditanya, mengapa abangnya menggantungkan kalung dilehernya dan dibawa ke dalam solah? akibat daripada membunuh seekor tikus yang hanya ambil sedikit makanan, maka abangnya berasa sungguh bersalah dan dirinya begitu kejam sehinggakan termimpi tikus itu datang dalam jelmaannya yang mengatakan bahawa (lebih kurang ayat ini) "Aku hanya mengambil sedikit nikmat kurniaan ALLAH kepadaMU, mengapa engkau melakukan sedemikian (pembunuhan) terhadapku? baiklah.. jika engkau hendak menghapuskan dosa dan rasa serba salahmu terhadapku ada satu cara engkau boleh lakukan, iaitu dengan mencari bangkai ku yang telah engkau tanam, bungkus dan bawalah aku setiap kali dalam solatmu sebagai tanda keampunanmu terhadapku" lihat sahabat, tipu daya iblis dalam mainan hidup secara halus, lebih-lebih lagi mereka yang kuat imannya dalam menuju keredhaan ALLAH. Kesimpulannya: Ilmu merupakan tunjang kekuatan dalam menjalani Ibadah seharian agar mendapat keredhaanNYA serta sesuai dengan apa yang ada didalam Al-Quraan. Carilah ilmu dari Ulama' dan tokoh-tokoh agama. Dalam ibadah ini ... tak boleh ikut padangan manusia semata dan kajian biasa serta fikiran semata tanpa rujukan kuat kepada kitab ALLAH juga SUNNAH baginda SAW. Apa yang utama.. tak perlulah sahabat lakukan perkara yang nabi sendiri tak pernah buat, takut undang perkara yang bertentangan dengan Islam. Lepas solah Isyak tadi ana kemukan perkara ini kepada ayah ana yang berguru dengan seorang ustaz.. dan ayah ana pun menyatakan perkara ini suatu yang tak pernah dilakukan. Jadilah kita hamba yang mengikut hanya 2 perkara sahaja, AL-Quraan & As-Sunnah juga Hadith2 nabi sebagai panduan. Mana yang tiada itu dah termasuk perkara diragui dan menjadi was-was bagi sebahagian umat kini. sebaiknya elakkan ya... "YaALLAH pandulah kami mengikuti jalan kebenaranMU iaitu jalan yang lurus dan jalan mereka yang mendapat petunjuk rahmat dan keredhaanMU" jadinya.. jangan ragu-ragu dengan solat istikharah..biar selama manapun, lakukanlah sehingga kamu benar-benar yakin dengan petunjuknya. Jangan sesekali ikut sesuatu yang kita tidak tahu dan pasti impaknya kepada akidah juga iman kita.. dan jalan mudah ini bukan yang terbaik.. ingat sahabat!!! selagi berpandukan ajaranNYA sahaja kita selamat dari sebarang anasir didunia & diakhirat. maaf, sinar mohon. mungkin ada kesilapan dimana-mana.. minta jasa baik antum perbetulkan. !!! QUOTE !!! Ulasan Moderator (sebuah portal): !!! QUOTE !!! Istikharah jawapan untuk kekeliruan !!! QUOTE !!! Ulasan ustaz: - Mana yang berguna disini, jadikan panduan & rujukan agar tidak tersalah langkah sahabat. ![]() Jazakallah. |
Sinar_Izati ![]() ![]() |
![]() |
drssm ![]() ![]() |
![]()
..
lepas solat istikharah seelok-eloknya mohon pada Alllah diberi mimpi petunjuk. caranya ialah.... sebelum tidur baca 10x surah al- kautsar. lepas baca terus tidur. jangan bercakap-cakap. try lah... insyaallah tuhan menolong hambanya yang inginkan petunjuk dariNYA. wassalam |
muslimahkusza ![]() ![]() |
![]()
ada petua yang diberi tidak pandai untuk ditafsir...contoh kita mimpi dapat tangkap ikan...apa maknanya...
----------------- Alangkah susahnya menjaga hati kerana... hati itu menjadi rebutan antara... syaitan dan amalan |
pejuang_terakhir ![]() |
![]()
yang ustaz ana ajar dulo, isthikhoroh tak semestinya dapat mimpi.adakah kita pasti mimpi kita tu adalah mimpi yang benar.isthikoroh ini adalah solat menunjukkkan betapa kerdil dan lemahnya kita kepada tuhan.bukti permohonan kita kepada Kholiq.sila hayati doa isthikoroh tu sendiri.andai perkara dah baik dari segi syariat teruskan saja lah.syariat dah menjadi panduan untuk kita membuat penilaian sementara istikoroh menjadi penyerahan diri kepada Allah dalam keputusan yang kita ambil.cuba kita hayati"andai betul pilihan kita maka mudahkan ia bagiku, andai tak elok jauhkan ia".maknanya disitu kita berusaha dulo menyelidik dan sebagainya.pernah masa kat universiti dulo, B.M seorang muslimin ditolak kerana muslimat tu tak dapat mimpi.ini adalah kefahaman yang salah.kita tidak mengetahui perkara yang akan datang.yang ustaz ana ajr dulo.contoh dalam memilih calon hidup.katakan mamat berkenan kat minah.pada pandangan mamat, minah adalah seorang perempuan yang baik.lalu mamat mula merisik minah untuk mengenali lagi siapa minah.setelah dirisik, mamat mengetahui minah seorang perempuan yang baik, anak yang taat, menjaga aurat, menjaga solat dll.lalu sebelum membuat keputusan final setelah dengan data2 diperolehi maka mamat buat isthikoroh bagi mengadu kepada Allah tentang pilihan hatinya.setelah mamat buat istikorh,mamat rasa tenang dengan pilihan yang diambilnya,lalu mamat pun masuk meminang minah.so kesimpulannya, andai dari segi syariat perkara tu telah terbukti elok maka istikoroh adalah pengukuh bagi hajat kita.andai dalam persimpangan maka istikoroh adalah ubat penenang hati bagi kita supaya memudahkan pilihan.
----------------- abu muadz |
SiNaRaBaDi ![]() ![]() |
![]()
betul sahabat.,
"Andai baik dia bagi urusan agama, kehidupan dunia & akhirat maka minta dipermudahkan ia bagiku, andai tidak baik..minta dijauhkan dariku" Itu pun dah cukup jelas. Allah Lebih Memahami mana yang terbaik dan sesuai untuk hamba-Nya. Mohonlah pada-Nya. Jangan sesekali ambil kesimpulan dan penyelesaian melalui mimpi dan 'rasa-rasa' atau 'dah jodoh'. Perlu minta, minta yang baik supaya dapat yang baik. |
CapGurl ![]() ![]() |
![]()
Salam,
bersyukurrr sangat... banyak ilmu yang saya dapat dalam forum ini....... terima kasih pada semua mentor2 yang sudi berkongsi ilmu.. ----------------- ![]() |
syemarly ![]() ![]() |
![]()
amboi..ramianye yang cabut2 undi...erm..musykil jugak...ikutkan mana boleh vabut2 undi...ia seolah-olah mencuba nasib...cuma nampak islamiknye bila before tu solat istikhrah dulu...saya bukan nak blame kalian..tapi nak ajak kalian berpikir sikit mengenainya...dan yang menariknye...saya pun pernah jugak buat macam ni..haha...tapi kadang-kadang ragu jugak hukum Kalau buat macam ni...
----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ |
nadia_khalit ![]() ![]() |
![]()
huuhu.tak pernah dengar pulak ada gulung2 kertas...hehehe
solat 2rakaat macam biasa and baca doa istiharah... minta petunjuk dr ALLAH.. BUkan dr mimpi..tapi kadang-kadang hati kita sendiri kuat menyatakan pilihan yang sepatutnya...dan ulang setiap hari..jika ia benar..semakin kuat rasanya pemilihan yang sepatutnya.... ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah.. |
nadia_khalit ![]() ![]() |
![]()
dan apa-apa pun pilihan yang kita buat...kita kena redha....jangan menyesal tak berair mata atau mengeluh...sesungguhnya ingtlah pilihan yang telah dibuat juga atas ptunjuk dr ALLAH......ada hikmah disebaliknyer...
(ada pgalaman)- walaupun pada mulanya rasa sedih sangat...kecewa tak terhingga time tu.agak lama jugak..tapi akhirnyer tersedar..ye..ye...bukan tak buat istiharah..buat saja..jadi apa yang berlaku telah ditakdirkan...jadi redha dan kembali bersemangat kembali..alhamdulillah...ALLAH telah memberikan hambaNYA yang terbaik...ada hikamh disebalik apa yang berlaku.....SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU... ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah.. |
mujahadah85 ![]() ![]() |
![]()
solat istikoroh dalam melakukan sesuatu keputusan...bukan ke setelah kita berusaha mencari kebaikan dan keburukan sesuatu, mendapat pandangan dari org yang lebih arif mengenai sesuatu..contohnya, jodoh......bertanyekan sahabat-sahabat yang boleh dipercayai mengenai jodoh kita..mendapat kebenaran dari ibubapa....semua dah ok, baru lah buat istikorohh.....tandanya kita berserah atas qada dan qada'NYa..bukan macam tu ke??berusaha dahulu..kemudian tawakal..kira final decision lah..allhualam
|
robhunhayati ![]() ![]() |
![]()
salam... istikharah dibuat apabila kita mempunyai pilihan yakni memerlukan kita kita membuat keputusan. istikharah dibuat bukan semata-mata untuk memilih jodoh tetapi istikharah dibuat apabila kita mengahadapi kesukaran untuk membuat pilihan skaligus membuat keputusan. petunjuk istikharah itu tak semestinya hadir dalam mimpi. apa yang penting bila kita istikharah kita mohon dengan bersungguh petunjuk yang terbaik dari ALLAH swt... dan kita mohon dilapangkan jalan dan urusan yang bakal kita tempuhi.. sesungguhnya setiap manusia mempunyai keyakinan terhadap Penciptanya dalam memohon petunjuk dan pertolongan untuk menempuh liku2 kehidupan.. dan 1 nasihat yang senior saya pernah bagitahu saya masa saya masih menuntut d ipt, sebelum kita dirikan Solat Sunat Istikharah, dirikanlah Solat Sunat Taubat dan sebolehnya amalkan setiap mlm Solat Sunat Taubat.. moga-moga ALLAH buka hijab kita untuk mendapat petunjuk yang terbaik... Wallahu'alam... wassalam...
|
ct_umairah ![]() ![]() |
![]()
salam...
saya nak berkongsi pengalaman saya buat solat istikharah..masa nak pilih jodoh..sebelum kawin saya ada 2 pilihan calon...keliru nak pilih yang mana saya buat melalui cabutan undi....caranya macam ni saya sediakan 3 pilihan kertas . kertas pertama ada nama si A, kertas kedua ada nama si b dan kertas ke tiga dibiarkan kosong...saya letakkan dibwah sejadah..sebelum solat istikharah saya buat solat hajat dulu minta diberikan petunjuk yang baik dalam solat istikharah tu...lepas tu baru buat solat istikharah...lepas solat saya cabut 1 kertas dan saya buat selama 7 malam berturut2..tapi menggunakan kertas yang lain-lain..maksudnya saya tukar ketiga2 kertas tersebut pada setiap malam...supaya saya tak macam dan tak mengambil kertas yang sama ...calon yang paling banyak saya dapat kertas yang tertulis namanya itu telah pun menjadi suami saya..setakat ni alhamdulillah kami bahagia...akan datang tak taulah.. |
irashahirah ![]() ![]() |
![]()
salam~
saya pun nak berkongsi jugak tentang istikharah ini.. tapi daripada pengalaman kawan saya lah.. masa tu saya study kat matrix.. kawan baik saya dapat offer daripada utp untuk sambung dalam bidang engineering. kawan saya ni keliru sama ada nak teruskan matrix atau terima tawaran utp. kawan saya melakukan istikhrah selama seminggu. satu hari saya chatting dengan seorang pelajar utp di YM. Jadi kbtulan saya teingt kawan saya yang tengah keliru, saya suruh kawan saya cuba hubungi student UTP ini untuk meminta pandangan dan nsihat. atas nasihat student UTP tu, kawan saya menolak twrn utp dan meneruskan pengajian di matrix. sekarang kawan saya dah jadi seorang Dentist.. kesimpulannya istikahrah tak semestinya dari mimpi sahaja.. tapi ia berlaku dalam aktiviti seharian kita.. sama ada kita nampak atau tidak sahaja... ----------------- ::....mencari ketenangan menjiwai peranan...:: |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |