Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 183
Ahli: 0
Jumlah: 183




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PERANGKAP AMERIKA DENGAN SIDANG KEMUNCAK NUKLEAR


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PERANGKAP AMERIKA DENGAN SIDANG KEMUNCAK NUKLEAR

Please Mendaftar To Post


Oleh PERANGKAP AMERIKA DENGAN SIDANG KEMUNCAK NUKLEAR

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 15-04-10 10:50


PERANGKAP AMERIKA DENGAN SIDANG KEMUNCAK NUKLEAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Washington pada Sabtu lepas bagi lawatan kerja seminggu dan juga menghadiri mesyuarat dua hala dengan Presiden Barack Obama. Najib adalah di antara lebih 40 pemimpin dunia yang dijemput oleh Obama bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear selama dua hari bermula Isnin yang dihoskan oleh Obama bagi memupuk kerjasama global dalam memerangi keganasan nuklear. Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaludin Jarjis berkata sambutan diberikan kepada Najib begitu luar biasa bagi seorang perdana menteri Malaysia dan itu satu petanda baik bagi dipertingkatkan lagi hubungan antara kedua-dua Negara (UM 10/04/10).

“Perubahan agak mendadak...cara AS melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju dan contoh kepada negara Islam lain. Semestinya kerajaan menimbang ‘mengkaji’ hubungan dengan AS,” jelas Jamaludin lagi. “Jemputan Obama kepada Perdana Menteri bagi menghadiri sidang kemuncak ini suatu kebanggaan kepada Malaysia kerana kita bukan sebuah negara nuklear; dan nampak ia satu anjakan bukan sahaja dalam hubungan dua hala Malaysia-AS malah hubungan AS dengan negara-negara Islam secara keseluruhan,” ujar Jamaludin. Obama hanya mengadakan perbincangan dua hala dengan sembilan sahaja daripada para pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak itu yang antara lain bertujuan memberi fokus kepada soal keselamatan bahan-bahan nuklear selain memastikan teknologi nuklear tidak jatuh ke tangan pengganas . Pada Sidang Kemuncak itu, Najib menegaskan pendirian Malaysia bahawa program nuklear hanya perlu ditumpukan kepada kepentingan pembangunan dan keamanan semata-mata dan tidak lebih daripada itu (UM14/04/10).

Di sebalik kebanggaan yang diperbesarkan oleh media arus perdana dengan lawatan Najib ini, kita sesungguhnya amat kesal dengannya memandang hakikat bahawa AS adalah sebuah negara kafir harbi fi’lan (kafir yang sedang memerangi umat Islam secara nyata) dan Obama adalah presiden dari negara kufur itu yang saat ini jelas-jelas sedang menjajah negeri kaum Muslimin seperti Iraq dan Afghanistan. Siapa tidak kenal Obama yang merupakan penyokong serta sekutu nombor satu Yahudi Zionis laknatullah yang telah dan sedang memerangi umat Islam dengan ganasnya. AS sendiri sekarang ini masih terus menyerang wilayah perbatasan Pakistan dan Afghanistan. Negeri umat Islam itu kini semakin hancur dibuat AS manakala penduduk Muslimnya ramai yang terbunuh dan hidup menderita. Memanglah dahulu ketika AS menceroboh Iraq dan Afghanistan, AS dipimpin oleh Presiden Bush, tetapi kini ternyata Obama mengambil alih sepenuhnya
kekejaman Bush, malah lebih buruk, presiden kulit hitam pertama AS itu telah memutuskan untuk menambah 30 ribu tenteranya ke Afghanistan. Sosok tubuh itulah yang dilawati oleh perdana menteri Malaysia, seorang pembunuh yang amat brutal dan kejam, yang tangannya masih berlumuran dengan darah saudara-saudara kita dan yang tidak memiliki rasa belas kasih sedikit pun terhadap umat Islam. Tidakkah pemimpin Malaysia ini memahami ayat Allah bahawa,

“..mereka (orang-orang kafir) tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu” (TMQ al-Baqarah (2): 217).

Tidak takutkah para pemimpin ini dengan peringatan dari Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali bagimu, sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka sebagai wali, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka” (TMQ al-Ma’idah (5):51).

Hukum Sekitar Perjanjian/Kerjasama Pengawalan Senjata Nuklear

Kita semua tahu bahawa AS adalah negara anggota Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT)). NPT yang berkuat kuasa pada 5 Mac 1970 itu kini dipersetujui oleh 189 negara anggota, lima darinya adalah yang diiktiraf sebagai negara yang memiliki senjata nuklear (nuclear weapon states) iaitu AS, Rusia, UK, Perancis dan China. Manakala empat negara bukan anggota yang diketahui memiliki senjata nuklear adalah India, Pakistan, Korea Utara dan Israel. Perjanjian tentang pengawalan sebaran senjata nuklear dan perjanjian pelucutan senjata merupakan perjanjian yang mengikat seluruh negara yang menandatanganinya agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang mengakibatkan tersebarnya senjata nuklear. Negara-negara nuklear dilarang untuk membekalkan senjata nuklear kepada negaranegara non-nuklear. Begitu pula negara-negara yang tidak memiliki senjata nuklear telah menyepakati perjanjian untuk tidak memiliki atau berusaha untuk memiliki senjata nuklear apapun bentuknya.Sedangkan perjanjian pelucutan senjata adalah kesepakatan atas batas-batas pengeluaran/pengembangan nuklear, pemilikan dan penyimpanannya dalam skala tertentu atau mengurangi anggaran untuk aktiviti tersebut atau membersihkan wilayah tertentu dari persenjataan.

Kita tidak pernah mendengar adanya pemimpin umat Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah sebelum meratifikasi perjanjian tersebut. Semuanya hanya tunduk membabi buta kepada PBB dan Amerika dan tidak pernah memikirkan apakah hukum Allah ke atas perjanjian-perjanjian seumpama itu. Berdasarkan dalil yang jelas, sesungguhnya perjanjian semacam ini tidak dibenarkan (haram) untuk dimasuki. Negara umat Islam tidak boleh membuat kesepakatan terhadap perjanjian tersebut dan tidak boleh ada kerjasama apatah lagi dengan puak kuffar, terhadapnya. Jika pun negara telah menandatanganinya maka tidak boleh melaksanakannya kerana secara syarienya umat Islam tidak dibenarkan terikat dengan perjanjian seperti itu. Ini kerana perjanjian tersebut melarang negara umat Islam untuk memiliki persenjataan tertentu, dan menjadikan senjata-senjata itu di monopoli hanya oleh negara-negara tertentu, khususnya negara kuffar. Allah SWT berfirman,

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka (orangorang kafir) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan orangorang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya” .

Ibnu Abbas berkata bahawa yang dimaksudkan al-quwwah dalam ayat di atas adalah ‘panah, pedang dan senjata’ . Dan persiapan di sini merangkumi persiapan semua jenis senjata. Perintah Allah itu mencakup seluruh jenis persenjataan yang dapat disediakan oleh kaum Muslimin dan senjata itu hendaklah memiliki sifat ‘mampu menggentarkan musuh’ sebagaimana illat (sebab terbit hukum) ayat tersebut yakni kedudukan kuda (pada masa itu) yang dapat menggentarkan hati dan perasaan musuh. Kaum Muslimin tidak boleh berdiam diri (apatah lagi menolak) untuk memiliki senjata tersebut (senjata yang dapat menakutkan musuh) selama hal itu berada di dalam kemampuan mereka. Dan jenis persenjataan yang boleh menggentarkan musuh saat ini termasuklah senjata nuklear ataupun senjata-senjata canggih lainnya. Justeru, kita di perintah oleh Allah untuk memilikinya dan wajib berusaha sekeras mungkin untuk memilikinya, bukan malah sebaliknya berusaha atau berjanji dengan musuh Allah untuk tidak memilikinya! Perjanjian pengawalan penyebaran senjata-senjata nuklear atau perjanjian pelucutan senjata sesungguhnya melarang kaum Muslimin untuk memiliki jenis senjata yang mampu menggentarkan musuh. Oleh kerana itu, tidak boleh (haram) bagi kaum Muslimin untuk bersetuju atau terikat dengan perjanjian seperti itu, kerana hal ini jelas bertentangan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dengan demikian perjanjian-perjanjian semacam ini adalah perjanjian yang diharamkan, tidak boleh menandatangani atau menyepakatinya mahupun melaksanakannya dalam apa keadaan sekalipun.

Jika kita meneliti hubungan antarabangsa dewasa ini, kita akan dapati bahawa perjanjian pembatasan dan pelucutan senjata telah dijadikan alat penipuan oleh puak-puak kuffar ke atas musuh mereka. Rusia dan Amerika sebagai contoh, telah menandatangani perjanjian SALT-I dan SALT-III, setelah keduanya membekukan perjanjian SALT-II, namun pelaksanaannya secara praktis merupakan perkara yang jauh panggang dari api. Di sebalik ‘gahnya’ proses dan upacara tandatangan, perjanjian-perjanjian ini akhirnya hanya wujud di atas kertas semata-mata. Amerika ternyata telah mengembangkan peluru berpandu antara benua MX dan memutuskan untuk mengeluarkan lebih banyak pesawat pengebom strategis B-1, padahal SALT-I memperuntukkan dengan jelas tentang batas pengeluaran/pengembangan senjata-senjata ini. Namun, mereka dengan ‘selamba’ melanggar segala perjanjian yang telah mereka sepakati sendiri. Begitulah halnya dengan kewujudan NPT di mana negara-negara kuffar ini kononnya bersepakat untuk tidak melakukan pengembangan senjata nuklear, namun hakikatnya itu semua adalah pembohongan yang nyata! Bukanlah pemimpin umat Islam itu buta matanya dari melihat semua ini, namun sayangnya hati mereka buta dalam menanganinya. Mereka tunduk patuh membabi buta dengan perjanjian haram itu manakala dalam masa yang sama puak kuffar semakin enak mempermain dan memperbodohkan mereka dengannya.

Hukum Memiliki Dan Menggunakan Senjata Nuklear

Pada masa Rasulullah SAW, jenis-jenis senjata yang digunakan untuk berperang terdiri dari pedang, panah, dan tombak. Meskipun demikian, Rasulullah SAW juga menggunakan jenis senjata seperti manjaniq, yang dapat digunakan untuk melontarkan batu, bara api, ataupun air panas ke dalam benteng musuh. Segala peralatan dan strategi tersebut tentu sahaja sangat berbeza dengan peperangan moden dewasa ini. Senjata-senjata yang pernah digunakan kaum Muslimin di masa lalu sudah tidak lagi digunakan di dalam peperangan sekarang ini. Teknologi persenjataan telah berkembang dengan cepat seiring dengan tidak pernah berhentinya aktiviti peperangan dan jihad. Senjata-senjata nuklear, kimia, mahupun biologi, bahkan senjata-senjata aeroangkasa pun telah direka cipta. Senjata-senjata tersebut memberikan kesan dalam skala yang besar sehingga dikategorikan sebagai senjata pemusnah besar-besaran. Dalam menjawab persoalan apakah senjata-senjata tersebut boleh digunakan, pertamanya kita hendaklah faham bahawa Allah SWT telah memerintahkan kita (kaum Muslimin) untuk berjihad di jalanNya dan Allah tidak pernah membatasi atau menentukan jenis persenjataan yang boleh digunakan tatkala melakukan jihad fi sabilillah. Nas-nas syarak tidak menetapkan atau menjelaskan jenis dan bentuk persenjataan mahupun sarana tertentu yang mesti digunakan untuk memerangi musuh.

Oleh yang demikian, selama mana tidak ada nas yang mentakhsis (mengkhususkan) penggunaan jenis senjata, maka kaum Muslimin boleh menggunakan apa jua senjata, termasuk senjata-senjata pemusnah besar-besaran, ketika menghadapi dan memerangi negara-negara kafir/musyrik meskipun musuh tidak menggunakan senjata-senjata tersebut. Di dalam kitab Asy-Syakhsiyyah Al- Islamiyyah Jilid II, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani berkomentar, Sesungguhnya kaum Muslimin dibolehkan menggunakan senjata nuklear dalam peperangan melawan musuhnya meskipun musuhnya itu belum menggunakannya. Sebab, negeri-negeri (musuh) itu seluruhnya telah membolehkan penggunaan senjata nuklear di dalam peperangan. Dibenarkan menggunakannya meskipun senjata-senjata nuklear itu tidak boleh digunakan kerana boleh membinasakan manusia, sedangkan jihad itu adalah untuk menghidupkan manusia dengan Islam, bukan untuk menghabisi umat manusia.

Untuk hal-hal yang berkaitan dengan bagaimana/cara memperlakukan musuh, Islam memberikan kekuasaan pada Khalifah dan umat Islam untuk membalas apa yang dilakukan musuh kepada kita, termasuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan terhadap umat Islam. Allah berfirman “Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu, akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar” .

Adapun asbabun nuzul ayat ini berlaku ketika orang-orang musyrik telah berbuat sewenangwenangnya ke atas kaum Muslimin ketika perang iaitu membelah perut, memotong alat kelamin dan menghiris hidung. Tidak satu pun yang lepas dari kejahatan mereka ini kecuali Handzalah bin al- Rohib. Rasulullah SAW berdiri dan melihat pemandangan yang menyayat hati ini ketika di depannya terbaring mayat Hamzah yang mengalami hal yang serupa di mana perutnya terbelah dan hidungnya dipotong rata. Kemudian Nabi bersabda, “Ketahuilah aku bersumpah, jika Allah memberikan kemenangan kepadaku. Aku akan melakukan hal yang serupa ke atas 70 orang sebagai gantimu”. Lalu turunlah ayat di atas dalam kondisi perang tersebut. Ayat tersebut, meskipun melarang melakukan ‘pembalasan yang lebih’ dari perlakuan musuh, tetapi secara tegas membolehkan melakukan ‘pembalasan yang serupa’ dengan perbuatan mereka. Memang benar terdapat beberapa hadis menyebutkan keharaman al-tantsil (memotong anggota tubuh seperti hidung dan telinga), namun perlu difahami bahawa keharaman tersebut hanya berlaku jika pihak musuh tidak melakukan hal itu terhadap kaum Muslimin. Jika musuh melakukan hal demikian terhadap korban umat Islam, maka kita pun boleh melakukan hal yang serupa.

Contoh lain adalah berkhianat dan melanggar perjanjian. Jika pihak musuh melanggar perjanjian atau dikhuatiri akan melanggar perjanjian, maka kita pun boleh melakukannya. Jika tidak, maka kita pun tidak boleh melakukannya. Meskipun terdapat nas larangan melanggar perjanjian, tetapi ia menjadi boleh dan sah demi kepentingan dan strategi perang. Kerana larangan itu hanya berlaku jika pihak musuh tidak melakukannya. Namun jika mereka melakukan (melanggar perjanjian), maka umat Islam pun boleh melakukan hal yang sama. Firman Allah,

“Dan jika kamu khuatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur” .

Berdasarkan hal ini, maka senjata nuklear boleh digunakan oleh umat Islam dalam peperangan melawan musuh meskipun musuh belum menggunakannya, sebab semua negara telah mensahkan penggunaan senjata nuklear dalam peperangan, maka kita pun boleh menggunakannya .

Meskipun demikian, bukanlah bererti Daulah Khilafah secara semberono akan menggunakan senjata pemusnah besar-besaran ini. Sebab, hakikat jihad fi sabilillah bukanlah untuk membinasakan manusia, melainkan untuk menghancurkan halangan-halangan fizik yang menghadang umat manusia dari menerima cahaya Islam, sehingga orang-orang kafir/musyrik dapat menyaksikan dan menikmati sendiri akan keindahan Islam. Lagi pula, hendaklah dibezakan di antara ‘pemilikan’ senjata ini dengan ‘penggunaannya’. Dalam keadaan biasa, senjata ini tidak boleh digunakan kecuali jika politik peperangan amat mendesak untuk digunakan seperti jika musuh dikhuatiri akan menggunakannya. Di luar dari keadaan ini, maka tidak boleh menggunakannya. Namun ia boleh dimiliki sebagai sarana pengancam (menggentarkan musuh) yang efektif. Dan realiti waktu ini sesungguhnya menunjukkan hal yang demikian.

Khatimah

Sesungguhnya telah nyata bahawa AS adalah sebuah negara muharibah fi’lan. Justeru, hubungan yang sepatutnya wujud di antara negara umat Islam dan negara kufur itu adalah hubungan perang, tidak lebih dari itu. Sidang Kemuncak yang diadakan itu tidak lebih dari siri pembohongan dan perangkap AS ke atas kita semua. Tidak cukupkah dengan fakta bahawa AS sendiri adalah sebuah negara yang sentiasa membangun teknologi senjata nuklear dan Israel pula adalah sebuah negara nuklear yang senantiasa ditolong dan dilindungi oleh AS, untuk membuatkan pemimpin umat Islam berfikir sedikit akan kelicikan dan penipuan AS dalam sidang kemuncak untuk ‘keamanan’ dunia ini? AS kononnya khuatir senjata nuklear ini jatuh ke tangan pengganas walhal hakikatnya senjata nuklear ini sudah pun berada di tangan pengganas (AS)! Menghadiri sidang kemuncak ini hanyalah memberi jalan kepada kuffar Barat untuk menguasai orang-orang Islam yang jelas-jelas diharamkan oleh Allah di dalam Al-Quran . Dan sesungguhnya bekerjasama dengan Amerika dalam hal ini hanyalah merupakan kerjasama dengan musuh Allah ke arah meraih dosa dan azab. Firman Allah,

“..dan janganlah kamu tolong-menolong dalam dosa (maksiat) dan pelanggaran dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya” .

Wallahu a’lam.

Sumber: Shoutun Nahdhah 215
             Mykhilafah

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 15:44


dengar kata petronas dah stop bekal minyak kepada iran yang didengki as tu?? betul ke??

Kenapa ye..


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 17:13


Pada 16-04-10 15:44 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

dengar kata petronas dah stop bekal minyak kepada iran yang didengki as tu?? betul ke??

Kenapa ye..




ya betul....Kenapa tak bantah???


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 12:35


Pada 16-04-10 17:13 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-04-10 15:44 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

dengar kata petronas dah stop bekal minyak kepada iran yang didengki as tu?? betul ke??

Kenapa ye..




ya betul....Kenapa tak bantah???



sapa kata tak bantah ??....semua orang pakat bantah cuma tak demo saja.....sekarang ni musim H1N1 lah bro...

anuar sendiri dah berkokok kat harakah bising pasal pendirian najib dalam hal senjata nuklear ni...... kata dulang paku serpih....anuar dan najib dalam hal Amerika ni tak kurang dan tak lebih.....dua-dua pandai auta dan dolak dalih....

menyedihkan dan 'mengong' betul PM malaysia ni....wala' pada Obama melebihi wala' pada Allah dan rasulnya. Patutnya kalau nak jadi wira dalam hal persenjataan nuklear ni, Kenapa tak hentam persenjataan nuklear Israel laknatulah tu yang telah membunuh ribuan saudara kita di palestine ....tergamak dia pergi 'warning' Iran dan mempertikaikan ketelusan Iran tentang senjata nuklearnya serta putuskan penjualan minyak ke Iran..... lepas ni tak tahulah apa lagi usaha najib dalam dasar 'pro' nya pada amerika.... semoga Allah tamatkan riwayat pemerintahan najib talibarut Israel ni sesegera mungkin.

sakitnya dada saya....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-04-10 08:18


betul lah seperti yang sabdakan, maksudnya" nanti org zalim dan kejam diberi kedudukan serta dihormati kerana kekejaman dan kezaliman mereka"


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 18-04-10 09:40


Tindakan Najib menjalinkan hubungan baik dengan US merupakan satu kesilapan besar dalam tindakan politik beliau. Rakyat Malaysia, baik UMNO mahupun bukan rata-rata masih sangat marah dengan Amerika berhubung isu Israel. Najib dilihat mengambil tindakan yang berbeza dengan PM terdahulu, Dr M (ketetepikan PakLah yang lemah itu). Pada zaman Dr M, beliau banyak mengkritik secara terbuka dan menolak beberapa dasar US kepada negara dunia ketiga walaupun beliau masih mengguna ideologi US. CIA dalam kertas kerjanya Civil Democratic Islam , menyebut permasalahan dengan pemimpin-pemimpin negara yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Dr M saya percaya antara salah seorang dari mereka. Maka US mengambil strategi memberi sokongan kepada lawan politik mereka, dan dalam konteks Malaysia DSAI jelas pemimpin yang dimaksudkan.

Najib cuba mendapatkan semula sokongan US. Ini adalah sangat penting dalam rangka menyekat sokongan terhadap DSAI baik dari segi politik, dana dan liputan. Kita perlu faham, Malaysia bukanlah negara yang penting dalam percaturan politik dunia, buktinya puluhan tahun tiada Presiden US yang melawat Malaysia. Tetapi perkembangan mutakhir dengan apa yang berlaku di dunia Arab dan Indonesia, Malaysia boleh memainkan peranan kerana suara Malaysia di dengari pemimpin dunia Islam. Peranan inilah yang ingin ditentukan US agar Malaysia menjadi duri dalam daging negara-negara umat Islam.

Diperingkat antarabangsa, kita boleh nampak itulah yang diinginkan US ke atas Malaysia. Sedangkan dalam masa yang sama Najib perlu untuk meraih kembali sokongan Amerika dan menghentikan sokongan kepada DSAI. Walhal realitinya rakyat Malaysia membenci US maka tindakan Najib ini hanya membakar sentimen kebencian rakyat. Inilah percaturan politik kufur pemerintah yang pasti tidak akan berjaya malah ia sangat bahaya kerana lebih banyak yang akan dituntut US selepas ini.

Sekadar pandangan kosong dari saya,
wuzara

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-10 12:26


Pada 18-04-10 09:40 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Tindakan Najib menjalinkan hubungan baik dengan US merupakan satu kesilapan besar dalam tindakan politik beliau. Rakyat Malaysia, baik UMNO mahupun bukan rata-rata masih sangat marah dengan Amerika berhubung isu Israel.


!!! QUOTE !!!

Najib cuba mendapatkan semula sokongan US. Ini adalah sangat penting dalam rangka menyekat sokongan terhadap DSAI baik dari segi politik, dana dan liputan. Kita perlu faham, Malaysia bukanlah negara yang penting dalam percaturan politik dunia, buktinya puluhan tahun tiada Presiden US yang melawat Malaysia. Tetapi perkembangan mutakhir dengan apa yang berlaku di dunia Arab dan Indonesia, Malaysia boleh memainkan peranan kerana suara Malaysia di dengari pemimpin dunia Islam. Peranan inilah yang ingin ditentukan US agar Malaysia menjadi duri dalam daging negara-negara umat Islam.

Diperingkat antarabangsa, kita boleh nampak itulah yang diinginkan US ke atas Malaysia. Sedangkan dalam masa yang sama Najib perlu untuk meraih kembali sokongan Amerika dan menghentikan sokongan kepada DSAI. Walhal realitinya rakyat Malaysia membenci US maka tindakan Najib ini hanya membakar sentimen kebencian rakyat. Inilah percaturan politik kufur pemerintah yang pasti tidak akan berjaya malah ia sangat bahaya kerana lebih banyak yang akan dituntut US selepas ini.

Sekadar pandangan kosong dari saya,
wuzara


ni tulisan KP pas di blognya :

1. Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .

2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .

3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.

4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .

5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .



6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China apabila secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .

7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .

8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah

Doron Bergerbest-Elion
Shimon Shein dan
Itamar Rabinovich .

9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .

10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .



-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 13:30


masyaALLAH.. ini sungguh memilukan dan juga memalukan.. adakah ALLAH dah tutup pintu hati Najib ketika itu?? kita memang risau apakah yang bakal terjadi pada Malaysia suatu hari nanti hasil dari perjanjian ini.. apalah ayg kita ada kalau terjadi apa-apa pada Malaysia nanti?? beli senjata perang pun yang second hand.. alih2 orang sendiri mati terhempas..


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 13:49


mari kita tengok pandangan Dr Mahathir dan berikan komen .....

ini yang che det tulis :


1. Saya lega membaca penafian Dato' Sri Najib, Perdana Menteri bahawa laporan Malaysia sudah hentikan bekalan "gasoline" kepada Iran kerana projek nuklearnya.

2. Iran bukan musuh Malaysia dan Iran tidak pernah soal dasar dan kegiatan dalaman kita. Justeru itu tidak ada sebab Kenapa kita harus soal dasar dalaman Iran.

3. Benar atau tidak Iran sedang mencipta senjata nuklear seperti yang dituduh oleh Amerika Syarikat bukan masalah kita. Ia adalah masalah Amerika Syarikat, sebuah kuasa militari yang terbesar di dunia, yang mempunyai lebih daripada 10,000 senjata nuklear, yang kononnya begitu takut kalau Iran memiliki dua biji bom nuklear di masa hadapan tetapi rela Israel memiliki sekarang lebih daripada 200 senjata nuklear.

4. Benarkah Amerika takut dunia akan menghadapi perang nuklear yang akan di lancar oleh Iran dengan dua biji bomb nuklearnya. Gilakah Iran sehingga sanggup melancar perang nuklear dengan dua biji bomb nuklear dengan tidak menghiraukan kemungkinan Iran dihujani bom dan roket nuklear oleh Amerika Syarikat, Israel dan kuasa besar yang lain.

5. Sebenarnya kempen terhadap program nuklear Iran oleh Amerika Syarikat bertujuan menindas Iran sahaja. Kita tidak harus menyertai kempen ini kerana ia akan merosakkan kepentingan kita. Dagangan kita yang termasuk jualan kereta, konsesi minyak, bekalan minyak, projek perumahan dan lain-lain menguntungkan kita. Kalau kita bermusuh dengan Iran semua ini akan hilang. Amerika Syarikat tidak akan ganti kerugian kita. Lagi pun imej kita dalam dunia, terutama dunia Islam akan tercemar.

6. Sesungguhnya saya amat gembira apabila membaca dalam The Star bahawa laporan Dato Sri Najib menghentikan bekalan gasoline kepada Iran adalah tidak benar. Alhamdulillah.



-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 09:04


jadi, berita itu tidak lain hanyalah bohong belaka??


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 10:52


Pada 22-04-10 09:04 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

jadi, berita itu tidak lain hanyalah bohong belaka??



mmmm bohong ke ??... mungkin sebenarnya betul .....

alah cakap najib bukan 100% boleh kita percaya..... dengan Altantuya pun dia kata dia langsung tak kenal ...... padahal gambar dia bersama wanita mongolia tu luas tersebar kat internet ni ....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 11:04


Pada 21-04-10 13:49 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!



5. Sebenarnya kempen terhadap program nuklear Iran oleh Amerika Syarikat bertujuan menindas Iran sahaja. Kita tidak harus menyertai kempen ini kerana ia akan merosakkan kepentingan kita. Dagangan kita yang termasuk jualan kereta, konsesi minyak, bekalan minyak, projek perumahan dan lain-lain menguntungkan kita. Kalau kita bermusuh dengan Iran semua ini akan hilang. Amerika Syarikat tidak akan ganti kerugian kita. Lagi pun imej kita dalam dunia, terutama dunia Islam akan tercemar.





sungguh langsung tiada roh persaudaraan dalam Islam... hubungan dengan Iran dilihat hanya atas kepentingan ekonomi semata.......saranan supaya tidak terlibat dalam kempen menekan Iran adalah kerana bimbang ' tembolok negara ' terjejas. Bimbang kepentingan perdagangan dengan Iran yang menguntungkan selama ini akan hilang dan Imej negara dikalangan negara2 Islam akan tercemar ....

setakat itu saja ke hakikat hubungan kita dengan Iran ???



-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 11:41


Pada 22-04-10 09:04 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

jadi, berita itu tidak lain hanyalah bohong belaka??



Salam,

Setahu saya dari kenyataan Najib di b. utama TV3, Petronas tak supply gasoline ke Iran kerana tiada permintaan dari pihak ke3. Menurut beliau selama ini penjualan bahan tersebut ke Iran tidak berlaku secara langsung tetapi melalui pihak ke3. Oleh kerana tiada permintaan dari pihak tersebut maka Petronas tak lagi membekalkannya atas alasan tiada permintaan.

Peliknya, takkanlah tiada permintaan memandangkan menurut Natanyahu Iran tiada kepakaran untuk menghasilkan petroleum bertapis (gasoline). Tambahan pula pihak Barat telah melakukan kempen seluruh dunia untuk menyekat bekalan tersebut kepada Iran untuk memberi tekanan kepada negara tersebut untuk memberhentikan program tenaga nuklearnya.

Nampaknya ada sandiwara yang sedang dipentaskan untuk menipu kita semua.

Wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 11:52


!!! QUOTE !!!

Nampaknya ada sandiwara yang sedang dipentaskan untuk menipu kita semua.


hmmm....mesti lepas ni ada sajak dari FM tentang isu ni ..... tak sabau menunggu...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-04-10 15:43


Kenapa myhoney nak ambil petikan dari blog si tua yang akhirnya mengaku dia zalim kepada polan bin si polan tu.......tak perlu petik statement si mamak tu sebab dia tu asyik menongkat langit saja


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-10 15:33


Pada 22-04-10 15:43 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa myhoney nak ambil petikan dari blog si tua yang akhirnya mengaku dia zalim kepada polan bin si polan tu.......tak perlu petik statement si mamak tu sebab dia tu asyik menongkat langit saja



komen saja lah tulisan beliau kalau anda ada pandangan.....kenapa pula nak dikaitkan dengan 'mamak' ke...menongkat langit ke .... tua karala ke..... ni dah macam lebih menyerang pribadi.....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

floranfauna
Warga Rasmi
Menyertai: 09.11.2009
Ahli No: 38150
Posting: 7
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-04-10 16:01


beso beno isu ni... ana cuma nak jaga diri dan keluarga dari perangkap iblis dan nafsu

Bookmark and Share

    


  Member Information For floranfaunaProfil   Hantar PM kepada floranfauna   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-04-10 21:58


Pada 23-04-10 15:33 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-10 15:43 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa myhoney nak ambil petikan dari blog si tua yang akhirnya mengaku dia zalim kepada polan bin si polan tu.......tak perlu petik statement si mamak tu sebab dia tu asyik menongkat langit saja



komen saja lah tulisan beliau kalau anda ada pandangan.....Kenapa pula nak dikaitkan dengan 'mamak' ke...menongkat langit ke .... tua karala ke..... ni dah macam lebih menyerang pribadi.....




tak perlu komen....nanti terpaksa saya "samak" lepas baca statement si tua tu......tanya dia berapa deret zionis di belakang dia tu..


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-04-10 09:32


Pada 23-04-10 21:58 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-04-10 15:33 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-10 15:43 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa myhoney nak ambil petikan dari blog si tua yang akhirnya mengaku dia zalim kepada polan bin si polan tu.......tak perlu petik statement si mamak tu sebab dia tu asyik menongkat langit saja



komen saja lah tulisan beliau kalau anda ada pandangan.....Kenapa pula nak dikaitkan dengan 'mamak' ke...menongkat langit ke .... tua karala ke..... ni dah macam lebih menyerang pribadi.....




tak perlu komen....nanti terpaksa saya "samak" lepas baca statement si tua tu......tanya dia berapa deret zionis di belakang dia tu..



jangan tanya dia saja...tanya Anwar sama ya....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 24-04-10 10:51


Pada 24-04-10 09:32 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!




jangan tanya dia saja...tanya Anwar sama ya....



Anwar kan ketua pakatan Rakyat, malah dicanang sebagai PM jika Pakatan Rakyat memerintah. Hingga apabila ditanya, tak kisahlah jika tak laksana Islam, asal BN dapat ditumbangkan. Maka berkubanglah dalam selut demokrasi tak sudah2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 13:47


Pada 24-04-10 10:51 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-04-10 09:32 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!




jangan tanya dia saja...tanya Anwar sama ya....



Anwar kan ketua pakatan Rakyat, malah dicanang sebagai PM jika Pakatan Rakyat memerintah. Hingga apabila ditanya, tak kisahlah jika tak laksana Islam, asal BN dapat ditumbangkan. Maka berkubanglah dalam selut demokrasi tak sudah2.


dan.. akhirnya.. khilafah islam tidak dapat juga dibentuk.. buang masa.. buang duit.. buang tenaga.. semua terbuang.. mungkin PAS perlu kaji semula 'keahlian'nya dalam 'kelab' PR tu..


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123593 saat. Lajunya....