Oleh |
KAHWIN SEAWAL USIA 15 TAHUN |
taalidi
Warga Rasmi Menyertai: 25.10.2008 Ahli No: 35583
Posting: 18
Dari: Rawang
|
Posting pada: 08-04-10 23:04
Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15 tahun mahu segera berkahwin dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19 tahun. WAH, BANYAK BETUL PENDAPAT DAN PANDANGAN YANG MENENTANG KEINGINAN PASANGAN MUDA INI. TANPA SESIAPA PUN MENYEDARI BAHAWA MEREKA ADALAH PENCETUS ATAU SEDANG MELAKUKAN ANJAKAN PADA MASYARAKAT MALAYSIA BAHAWA INILAH SALAH SATU CARA YANG TEPAT DALAM MENANGANI KES BUANG BAYI, BUNUH BAYI YANG MAKIN BERLELUASA. JUGA KES MENGANDUNG LUAR NIKAH, MENGGUGURKAN ANAK DAN LAIN-LAIN LAGI. MAKA, APABILA ALLAH KUATKAN HATI SALAH SEORANG DARI ANAK-ANAK REMAJA INI UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL, (SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN PADA PENYAKIT MASYARAKAT) KERANA MASYARAKAT KITA SENDIRI TIDAK TAHU CARA UNTUK MENANGANINYA. TETAPI MEREKA DICEMUH, DIKATAKAN : GATAL NAK MENIKAH, MUDA LAGI DAH TAK NAK BELAJAR DAN macam-macam LAGI TOHMAHAN. TIADA KE PIHAK YANG NAK MENYOKONG DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN BANTUAN DARI SEGI TUNJUK AJAR DAN SEBAGAINYA YANG DIFIKIRKAN PATUT SEBAGAI LANGKAH MENJADI PASANGAN SUAMI ISTERI MUDA. MEREKA ADALAH REMAJA YANG BERANI, PATUT DISOKONG, DIBERI KERJASAMA, GALAKAN DAN TUNJUK AJAR, BUKAN DITENTANG, DICEMUH ATAU DIKRITIK. MEREKA ADA NAFSU TETAPI DIMASA YANG SAMA MEREKA JUGA BERIMAN DAN TAKUTKAN TUHAN, LIHAT PULA BERITA DIBAWAH INI: KULIM - Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun sanggup menyorok dalam syiling bilik bagi mengelakkan dirinya dicekup kerana berkhalwat dengan teman lelakinya dalam kejadian di Taman Selasih, petang kelmarin. Ketika serbuan di buat kira-kira jam 2 petang, dia yang bermalam di rumah teman lelakinya yang berumur 22 tahun hingga sanggup ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu. ---------------------------------------------------------------------------- Nikah adalah satu benteng untuk menjaga masyarakat dari kerusakan, dekadensi moral dan asusila. Maka mempermudah pernikahan syar’i adalah solusi dari semu itu. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Jika datang kepadamu orang yang kamu relakan akhlak dan agamanya maka nikahkanlah, jika tidak kamu lakukan maka pasti ada fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (hari. Hakim, hadits shahih) Kisah: Al Ghazali bercerita tentang sebagian ulama, katanya:”Di awal keinginan saya (meniti jalan akhirat), saya dikalahkan oleh syahwat yang amat berat, maka saya banyak menjerit kepada Allah. Sayapun bermimpi dilihat oleh seseorang, dia berkata kepada saya:”Kamu ingin agar syahwat yang kamu rasakan itu hilang dan (boleh. Aku menebas lehermu? Saya jawab:”Ya”. Maka dia berkata:”Panjangkan (julurkan) lehermu.” Sayapun memanjangkannya. Kemudian ia menghunus pedang dari cahaya lalu memukulkan ke leherku. Di pagi hari aku sudah tidak merasakan adanya syahwat, maka aku tinggal selama satu tahun terbebas dari penyakit syahwat. Kemudian hal itu datang lagi dan sangat hebat, maka saya melihat seseorang berbicara pada saya antara dada saya dan samping saya, dia berkata:”Celaka kamu! Berapa banyak kamu meminta kepada Allah untuk menghilangkan darimu sesuatu yang Allah tidak suka menghilangkannya! Nikahlah!” Maka sayapun menikah dan hilanglah godaan itu dariku. Akhirnya saya mendapatkan keturunan.” (Faidhul Qadir VI/103 no.8591) FIKIR-FIKIRKANLAH
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 08-04-10 23:43
nikah jalan yang terbaik tapi harus lah didikan untuk alam perkahwinan lebih ditekankan(nak pergi kursus kahwin dua hari pun ada yang malas...macam manalah nak mengajar budak-budak sekarang..) agar nikah tidak akhirnya dijadikan sebagai lesen untuk menghalalkan hubungan intim.. bila dah tak suka.. cerai, tukar org lain pula.. maklumlah..akal budak-budak.. tapi kalau budak-budak akal dah matang..apa salahnya ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
CitraCahaya
Warga Rasmi Menyertai: 08.04.2010 Ahli No: 39631
Posting: 3
Dari: Perlis
|
Posting pada: 09-04-10 00:33
Perkahwinan sememangnya penyelamat kepada segala masalah yang berlaku sekarang tetapi adakah betul bagi seseorang anak meninggalkan keluarga yang membesarkan meraka sejak kecil. Tidak akan masuk seseorang anak ke syurga melainkan atas keredhaan ibubapanya. Disini kita lihat, kita memerlukan keredhaan kedua ibubapa kita untuk menjamin keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat. Ilham Citra
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 09-04-10 11:18
salam nikah adalah jalan penyelamat dari maksiat..tetapi bukan lesen nak halalkan untuk hubungan intim. sebabnya nikah disusuli dengan tanggungjawab dan kepatuhan sedangkan kebanyakan remaja yang terlibat seks luar nikah ni tak bersedia pun malahan apa-apa kaitan dengan perkahwinan pun mereka tak tahu, adab dan hukum mandi wajib langsung tak tahu. jadi golongan ni nak ke bernikah? atau yang berkhalwat dan berzina tu pernah ke mereka cakap nak bernikah? Pada saya pernikahan untuk orang macam ni hanyalah jalan pintas untuk halalkan hubungan intim yang kosong "roh" dan falsafah perkahwinan yang Islam ajar. yelah memula seronok lah bila dah lama sikit mulalah bermasalah, minta cerai, tu sebab ada yang jadi janda pada umur tak sampai 19 tahun.sebab kebanyakannya hanya nak halalkan hubungan intim, itu saja.bukan pikul tanggungjawab. Jalan yang terbaik ialah perubahan dalam masyarakat, pendidikan dan suasana islam dalam masyarakat dan keluarga. benar kasih sayang fitrah manusia, tapi nikah dan perkahwinan perlulah dianjurkan dengan tanggungjawab dan kepatuhan kepada agama , bukan semata-mata nak halalkan hubungan intim. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 09-04-10 11:28
Pada 08-04-10 23:04 , taalidi posting:!!! QUOTE !!! Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15 tahun mahu segera berkahwin dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19 tahun.
LIHAT PULA BERITA DIBAWAH INI:
KULIM - Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun sanggup menyorok dalam syiling bilik bagi mengelakkan dirinya dicekup kerana berkhalwat dengan teman lelakinya dalam kejadian di Taman Selasih, petang kelmarin.
Ketika serbuan di buat kira-kira jam 2 petang, dia yang bermalam di rumah teman lelakinya yang berumur 22 tahun hingga sanggup ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.
---------------------------------------------------------------------------- Nikah adalah satu benteng untuk menjaga masyarakat dari kerusakan, dekadensi moral dan asusila. Maka mempermudah pernikahan syar’i adalah solusi dari semu itu. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Jika datang kepadamu orang yang kamu relakan akhlak dan agamanya maka nikahkanlah, jika tidak kamu lakukan maka pasti ada fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (hari. Hakim, hadits shahih)
Kisah:
Al Ghazali bercerita tentang sebagian ulama, katanya:”Di awal keinginan saya (meniti jalan akhirat), saya dikalahkan oleh syahwat yang amat berat, maka saya banyak menjerit kepada Allah. Sayapun bermimpi dilihat oleh seseorang, dia berkata kepada saya:”Kamu ingin agar syahwat yang kamu rasakan itu hilang dan (boleh. Aku menebas lehermu? Saya jawab:”Ya”. Maka dia berkata:”Panjangkan (julurkan) lehermu.” Sayapun memanjangkannya. Kemudian ia menghunus pedang dari cahaya lalu memukulkan ke leherku. Di pagi hari aku sudah tidak merasakan adanya syahwat, maka aku tinggal selama satu tahun terbebas dari penyakit syahwat. Kemudian hal itu datang lagi dan sangat hebat, maka saya melihat seseorang berbicara pada saya antara dada saya dan samping saya, dia berkata:”Celaka kamu! Berapa banyak kamu meminta kepada Allah untuk menghilangkan darimu sesuatu yang Allah tidak suka menghilangkannya! Nikahlah!” Maka sayapun menikah dan hilanglah godaan itu dariku. Akhirnya saya mendapatkan keturunan.” (Faidhul Qadir VI/103 no.8591)
FIKIR-FIKIRKANLAH saya pun tengah fikir berdasarkan hadis diatas mereka-mereka yang berkhlawat ni dan berzina ni akhlak dan agamanya selari ke dengan hadis diatas tu. saya rasa tidak. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
taalidi
Warga Rasmi Menyertai: 25.10.2008 Ahli No: 35583
Posting: 18
Dari: Rawang
|
Posting pada: 09-04-10 14:43
Aku simpati sungguh dengan nasib Halimaton Abdul Rasyid, remaja berusia 15 tahun dari Kedah. Impiannya untuk berkahwin semakin susah. Bukan susah apa, disusahkan oleh masyarakat. Biarlah mereka nak kawin. Bukannya mereka nak buat jenayahpun. Sebenarnya tiada masalah bagi mereka nak kawin. Alasan yang digunapakai kononnya mereka masih muda. Hello tolong fikir balik. Kalau dah baligh, itu dah dikira dewasa. Undang undang yang manusia buat saja yang melarang gadis bawah 16 tahun berkahwin. Tapi undang undang islam tak melarang. Sekarang nak ikut siapa? Ikut islam atau ciptaan manusia? Mak akupun kawin dulu umur 13 tahun. Rata rata perempuan ditahun 50-60 an berkahwin diusia awal remaja. Tak adapun masalah. Masyarakat sekarang terlalu mementingkan materialistik. Semua nak kerja bagus, nak duit banyak. Tapi bila fikir balik, duit tu semua tak boleh bawa masuk kubur. Kenapa orang yang kahwin awal tak boleh berjaya dalam hidup ke? Masa depan mereka, mereka yang tentukan sendiri, bukannya masyarakat terutama orang melayu yang terlalu suka menghina orang lain. Sudah sudahlah tu. Biarlah mereka membina hidup mereka sendiri. Ramai malah bersepah orang yang berpendidikan tinggi, bila berkahwin bercerai juga. Masa tu, alasan sebab tak belajar di universiti masih nak digunakan lagi ke? Masyarakat hanya tahu mengata tetapi tak mahu menyelami isi hati mereka. Aku sokong mereka berkahwin. Tak menjadi masalah nak berkahwin muda tetapi jangan lah menjadi "sudin ajaib". Yang tu memang terang terang salah. Kahwin tanpa persetujuan pihak perempuan memang salah. dipetik dari: http://sukns.blogspot.com/2010/04/tak-kahwin-susah-mahu-kahwinpun-susah.html
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 29-06-10 13:47
besarnya tanggungjawab kalau dah berkahwin...inagt senang ke...kalau ilmu rumah tangga xade memang goyah lah....utamakanlah cita-cita dulu..sekurang2 nya terjamin masa depan kita... ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|
chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.01.2010 Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana
|
Posting pada: 29-06-10 14:04
kalau sekadar kahwin untuk menghalalkan yang haram, takkan kemana juga. zaman sekarang ni, manusia dah lari daripada konsep sebenar dalam islam.. ----------------- PRaiSe To YoU, JuST FoR You, ALLAH....
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 29-06-10 14:24
Jika itu satu satu jalan untuk mengelakkan kemurkaan Allah, lakukanlah, peduli apa umpatan manusia, peduli apa dengan kata nista, bukankah kita telah berikrar hidup dan mati kita kerana Allah. Setiap jiwa akan ditanya apa yang mereka lakukan bukan org lain. Saya telah memberi pandangan dan saya membebaskan diri dari bersubahat andai berlaku sesuatu yang buruk.
|
ct_umairah
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.10.2007 Ahli No: 31316
Posting: 24
|
Posting pada: 30-06-10 12:34
salam.. terdetik dihati..teruknya remaja zaman sekarang...bagaimana dengan kehidupan 20 tahun akan datang???aduh2...bagaimana nak menghadapi pelajar masa depan...bila zaman semakin maju...dunia semakin keliru...manusia berpusu2 mengejar harta dunia....padahal anaklah harta yang sebenarnya...benarlah kata islam jika dunia yang dikejar dunia sajalah yang kita dapat...renungkan bersama...
|
Kakngah
Warga 5 Bintang Menyertai: 06.01.2005 Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang
|
Posting pada: 30-06-10 13:36
kebanyakan masyarakat tidak percaya pada pasangan yang kahwin muda ini..mereka selalu berfikir pasangan muda ini tidak bersedia lagi untuk berumah tangga dan akhirnya bercerai..
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 30-06-10 14:28
Pada 30-06-10 13:36 , Kakngah posting:!!! QUOTE !!! kebanyakan masyarakat tidak percaya pada pasangan yang kahwin muda ini..mereka selalu berfikir pasangan muda ini tidak bersedia lagi untuk berumah tangga dan akhirnya bercerai.. selalunya memang begitu lah zaman sekarang...kahwin kejap bercerai..tak macam org dulu-dulu..sampai sekarang kekal..entah apa masalah org muda zaman sekarang ni....  ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 03-08-10 10:22
 .... Apakah kena cukup ilmu di dada baru boleh kawin??? Ana rasa, kalau nak tunggu ilmu penuh d dada.... maka ramai lah yang tak boleh kawin. Kawin muda??? Islam tak pernah larang..... malah kalau zaman sekarang ni.... nafsu manusia semua di paras maxima.... kawin adalah satu jalan penyelesaian terbaik. Ana katakan demikian... kerana sistem yang sedia ada tidak menjurus ke arah melahirkan generasi muttaqin.... sistem yang ada lebih menumpu kepada kecemerlangan fizikal dan material. soal spiritual, kerohanian dan akhlak... sendiri-sendiri jagalah. Ana sokong kawin muda untuk elak zina!!! Ada orang kata mereka kawin kerana nafsu sahaja...untuk seronok2, bukan untuk bertanggungjawab!!!! Ana jawab : tak mengapa... kalau mereka kawin hanya kerana mengikut kehendak nafsu... maka lagilah wajib kita kawinkan. kalau kita tak kawinkan... nafsu mereka akan tetap bergelora dan akan mencari tempat untuk menenangkannya. kalau mereka tak mahu bertanggungjawab... kita ajar mereka spy tidak mengandung.... guna kondom... ajar kaedah merancang... dalam masa sama ajar mereka tanggungjawab, kerohanian, agama dan akhlak. Biar mereka sendiri tentukan masa mereka ingin mengandung dan mempunyai anak. Cara ni lebih baik dari sediakan kondom kepada remaja yang tak kawin atau ajar mereka makan pil perancang. kalau begini caranya... kita hanya takutkan kelahiran anak luar nikah.... tapi kita tak kesah pun mereka berzina. Kawin muda menghalang zina. Nanti mereka bercerai... muda2 dah bercerai. Kenapa kita risau dengan perceraian.... kita kena think positif... selepas mereka kawin... didik dan tarbiah mereka, mungkin ini tugas pihak berkuasa secara wajib dan masyarakat secara sunat. Selepas itu kalau mereka cerai juga.... kan kita dah berusaha.... jodoh dan perceraian adalah atas kehendak dan kuasa Allah. Orang tanya juga... bab nafkah bagaimana??? dalam Islam rasanya dah ada penyelesaian... kalau seorang suami tak mampu beri nafkah kepada isteri dan anak-anak... maka tanggungjawab nafkah akan pergi kepada bapa kepada suami... kalau tak mampu juga... pergi kepada datuk suami.... kalau tak mampu juga akan pergi kepada adik beradik lelaki suami.... begitu seterusnya.... Jangan berfikir terlalu ideal dalam masyarakat yang tidak ideal dan tidak melaksanakan Islam sepenuhnya. sekadar pandangan.... wallahu a'lam.
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 05-08-10 13:18
Pada 03-08-10 10:22 , anazalil posting:!!! QUOTE !!! ....
Orang tanya juga... bab nafkah bagaimana??? dalam Islam rasanya dah ada penyelesaian... kalau seorang suami tak mampu beri nafkah kepada isteri dan anak-anak... maka tanggungjawab nafkah akan pergi kepada bapa kepada suami... kalau tak mampu juga... pergi kepada datuk suami.... kalau tak mampu juga akan pergi kepada adik beradik lelaki suami.... begitu seterusnya....
Jangan berfikir terlalu ideal dalam masyarakat yang tidak ideal dan tidak melaksanakan Islam sepenuhnya.
sekadar pandangan.... wallahu a'lam.
betulkah macam ni? Just tanya... ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
Aqoo
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka
|
Posting pada: 10-08-10 00:04
 kemahuan remaja perempuan itu untuk berkahwin adalah wajar..ia adalah salah satu jlan penyelesaian... aqoo setuju dengan ANAZALIL bahawa pasangan muda ini boleh dididik, diajar, ditarbiah dengan ilmu rumah tangga... namun proses pembelajaran haruslah dilakukan sebelum dan selapas proses perkahwinan.. kalau boleh kahwin lah bila umur dah capai 16..sabar cik ooi...alah, bukan lama sangat nak tunggu,..tak ada lah nak langgar mana-mana undang-undang yang ada kan..haaa tapi pasal nafkah tu aqoo tak pernah dengar cara yang sebegitu.. minta tunjuk ajar.. wassalam... ----------------- Sentiasa Mencari Keredhaan Allah
|
Izzahalhafizah1412h
Warga Rasmi Menyertai: 13.08.2010 Ahli No: 40163
Posting: 8
Dari: Kedah
|
Posting pada: 14-08-10 13:05
Pada 05-08-10 13:18 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! Pada 03-08-10 10:22 , anazalil posting:!!! QUOTE !!! ....
Orang tanya juga... bab nafkah bagaimana??? dalam Islam rasanya dah ada penyelesaian... kalau seorang suami tak mampu beri nafkah kepada isteri dan anak-anak... maka tanggungjawab nafkah akan pergi kepada bapa kepada suami... kalau tak mampu juga... pergi kepada datuk suami.... kalau tak mampu juga akan pergi kepada adik beradik lelaki suami.... begitu seterusnya....
Jangan berfikir terlalu ideal dalam masyarakat yang tidak ideal dan tidak melaksanakan Islam sepenuhnya.
sekadar pandangan.... wallahu a'lam.
betulkah macam ni? Just tanya...
a'ah lah..betul ke macam ni? tak pernah tahu lah pulak... rasa nya.. isteri di bawah tanggungan suami saja...hurm... -----------------
|
mohdazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2010 Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-08-10 14:46
zaman ini maksiat lebih mudah daripada ingin mengamalkan syariat. Budaya mengatasi agama dalam masyarakat kita.yang wajib tidak dijaga yang adat bukan main lagi di jaga.nak maksiat atau pahala?kita sama-sama fikirkan ----------------- http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 19-08-10 09:13
setuju dengan Zulman, nikah bukan hanya lesen untuk hubungan intim. Besar tanggung jawab. org dulu kawin umur 12 tahun pun tak kisah... tapi perlu diingat, survival dulu dengan sekarang jauh bezanya. org dulu mungkin cepat matang dari fizikal dan mental akibat kesusahan hidup menjadikannya lebih berdikari. org sekarang ni banyak yang dipermudahkan urusan kehidupannya terutamanya remaja sekarang... W/bagaimanapun untuk adik halimaton, kena melihat dari segi banyak sudut dan membuat pertimbangan sewajarnya.
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 23-08-10 08:24
 .... Maafkan ana jika pandangan ana mengelirukan.... Dulu... ana pernah terdengar seorang ustaz bagitau bahawa nafkah adalah tanggungjawab suami, tetapi jika suami tak mampu maka tanggungjawab nafkah akan mengikut tingkatan waris/wali... sebagaimana dia berhak untuk dapat harta pesaka kalau suami meninggal... maka begitu juga mereka bertanggungjawab menunaikan hak nafkah suami itu bila suami itu tak mampu.... dan begitu juga kalau suami itu mati... maka mereka juga bertanggungjawab menunaikan hak nafkah bagi pihak suami... wallahu'alam. Mohon pandngan dan kritikan dari ahli ukhwah. Mohon pandangan ustaz-ustaz. Terima kasih.
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 28-08-10 16:50
Kahwin awal memang susah dilaksanakan di dalam masyarakat yang mengamalkan adat hantaran yang sangat mahal lagi menyusahkan...Nabi Muhammad S.A.W tak ajar kita menyusahkan urusan perkahwinan ni... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
acok_86
WARGA SETIA Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH
|
Posting pada: 29-08-10 00:39
nikah awal.. pro-elak maksiat kontra-tidak matang lagi.. so, ukur baju dibadan sendiri..
|
missnora
Warga Rasmi Menyertai: 03.09.2010 Ahli No: 40233
Posting: 7
Dari: melaka
|
Posting pada: 03-09-10 13:10
sekarang ni ada juga ura2 kerajaan dengan mlk nak mbenarkan remaja berusia 16tahun dah boleh berkahwin...skatat ni tak tahu lah usul ni dah betul-betul dbuat atau tidak....semakin tersenyum lebarla anak-anak muda sekarang ni.... ----------------- ...salam ukhwahfillahi abadan abada...
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 06-09-10 09:18
 .... kepada missnora.... apa yang ana dengar kerajaan melaka memang serius nak laksanakan kahwin muda ni.... ana ada tanya kawan-kawan, katanya siapa kawin muda d melaka, dapat duit rm 500 dari kerajaan. setakat ni tak tahu lah dah ada ke belum yang kawin muda ni.....
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 06-11-10 02:26
Pada saya, kalau ibu/bapa mereka mengizinkan, tak jadi salah, sebab merekalah akan bertanggung jawab memantau dan mendidik anak-anak mereka (pasangan muda) dalam hal-hal rumahtangga ... Sudah tentu ibu/bapa tadi sudah cukup bersedia untuk menanggung keperluan kewangan rumahtangga anak mereka sebab anak-anak mereka masih belajar ....
|