Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 24 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Ciri-ciri Lelaki Soleh


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Ciri-ciri Lelaki Soleh

Please Mendaftar To Post


Oleh Ciri-ciri Lelaki Soleh

arnabputih
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2010
Ahli No: 39621
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-04-10 13:07


Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS…..

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh……..

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH………. Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

” Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua ‘YUQTAL AU YAGHLIB’ yakni TERBUNUH atau MENANG.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI……

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( hari Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga…….

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.


>>>> Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita. Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki. Jadi, apa yang ditulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a’lam.




http://syafiqaizatmf.wordpress.com/category/pemuda/

Bookmark and Share

    


  Member Information For arnabputihProfil   Hantar PM kepada arnabputih   Quote dan BalasQuote

ridhuan-ajmain
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.10.2009
Ahli No: 37967
Posting: 26
Dari: Dari ALLAH Kita Datang & kepada ALLAH Jua Kita Akan D Kembalikan, untuk D Hisab segala Kerja buat

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-04-10 16:41


THANK`S SO MUCH MY FRENZ....
SEMOGA SEMUA PRIA2 dalam PORTAL yang SWEET INI MENUJU KE ARAH MENJADI LELAKI SOLEH... TERUS-TERUSAN aka ISTIQOMAH HINGGA MALAIKAT IZRAIL datang B`TAMU.
AMEEN YA RABBAL A`LAMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridhuan-ajmainProfil   Hantar PM kepada ridhuan-ajmain   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-10 16:56


ini bukan ciri-ciri lelaki soleh ni, ni ciri-ciri orang yang bertakwa.
takwa merupakan level tertinggi dalam islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-04-10 22:23


!!! QUOTE !!!

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


masyaAllah solidnya ..... memang ada kah lelaki yang memiliki kesemua ciri-ciri ini ? .... rasanya kalau ada 7 atau 8 dari 10 ni pun dah dikira suami soleh....

sebagaimana sukarnya mencari muslimah solehah di kala ini begitu juga lah sukarnya menemui lelaki yang soleh wa musleh di zaman ini.... setuju ??


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

mutiara87
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2010
Ahli No: 39063
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 09:31


Ciri-ciri calon suami yang baik

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

Tambahan : Tidak terlalu ghairah melayan facebook dan friendster ya ! :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For mutiara87Profil   Hantar PM kepada mutiara87   Quote dan BalasQuote

sharinor
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.03.2010
Ahli No: 39398
Posting: 29
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 10:53


Assalamualaikum

Siapakah yang layak untuk dianugerahkan seorang lelaki yang sehebat lelaki soleh seperti di atas. Cuba renungkan ayat ini:

"Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh."

Sekiranya lelaki soleh sifatnya sehebat penerangan di atas, cuba bayangkan akhlak seorang wanita yang solehah bagaimana pula ya? Emmm...

Nak dapatkan lelaki soleh seperti di atas kenalah bina keperibadian ummah, ibu yang solehah akan melahirkan anak soleh. Jadi, wanita-wanita diluar sana jangan kata lelaki semua tidak baik. Kita kenalah baikkan diri, jadi wanita solehah, jaga akhlak dan nafsu.. barulah dapat suami dan anak-anak yang soleh2 belaka... Insya Allah.

Sekiranya pandangan saya ini tidak berapa arif silalah betulkan ya. Sama-sama membina jatidiri ummah.

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu trdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan."


Bookmark and Share

    


  Member Information For sharinorProfil   Hantar PM kepada sharinor   Pergi ke sharinor's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 11:30


Pada 09-04-10 10:53 , sharinor posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Siapakah yang layak untuk dianugerahkan seorang lelaki yang sehebat lelaki soleh seperti di atas. Cuba renungkan ayat ini:

"Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh."

Sekiranya lelaki soleh sifatnya sehebat penerangan di atas, cuba bayangkan akhlak seorang wanita yang solehah bagaimana pula ya? Emmm...

Nak dapatkan lelaki soleh seperti di atas kenalah bina keperibadian ummah, ibu yang solehah akan melahirkan anak soleh. Jadi, wanita-wanita diluar sana jangan kata lelaki semua tidak baik. Kita kenalah baikkan diri, jadi wanita solehah, jaga akhlak dan nafsu.. barulah dapat suami dan anak-anak yang soleh2 belaka... Insya Allah.

Sekiranya pandangan saya ini tidak berapa arif silalah betulkan ya. Sama-sama membina jatidiri ummah.

:bunga: :bunga: :bunga:



Bismilllahirrahmanirrahim
Salam

benar ukhti..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 14:52


Semoga masih ada lelaki yang soleh di dunia ini. Amin :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

sharinor
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.03.2010
Ahli No: 39398
Posting: 29
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 16:09


Assalamualaikum

Ada awani. Masakan mereka mahu mengaku, takut dianggap diri angkuh dan riak. Tapi Allah maha mengetahui. Berdoa sahaja dan hiasi diri dengan iman. Mana tahu kita layak dapat mujahid soleh ini, menitis airmata nanti. Percayalah...

:bye:


-----------------
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu trdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan."


Bookmark and Share

    


  Member Information For sharinorProfil   Hantar PM kepada sharinor   Pergi ke sharinor's Website   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 18:24


Pada 09-04-10 16:09 , sharinor posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Ada awani. Masakan mereka mahu mengaku, takut dianggap diri angkuh dan riak. Tapi Allah maha mengetahui. Berdoa sahaja dan hiasi diri dengan iman. Mana tahu kita layak dapat mujahid soleh ini, menitis airmata nanti. Percayalah...

:bye:



ana setuju dengan ukhti sharinor:-)
insyallah,berdoa adalah jalan yang terbaik kerana itu merupakan senjata bagi orang islam di samping mendapat keizinan dari yang maha esa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

rostanmohd
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39839
Posting: 42
Dari: Ipoh

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 12:00


terima kasih kepada teman yang suka menulis.....moga diberkati Allah.......saya banyak mengambil ilmu dari apo yang tuan coretkan.. :bye: :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rostanmohdProfil   Hantar PM kepada rostanmohd   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120745 saat. Lajunya....