Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 6 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Sang Pengganas Israel Kembali Menggempur Gaza, 12 Penduduk Palestin Cedera


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Sang Pengganas Israel Kembali Menggempur Gaza, 12 Penduduk Palestin Cedera

Please Mendaftar To Post


Oleh Sang Pengganas Israel Kembali Menggempur Gaza, 12 Penduduk Palestin Cedera

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-03-10 13:42


Sang Pengganas Israel Kembali Menggempur Gaza, 12 Penduduk Palestin Cedera     
Sabtu, 27 Mac 2010 13:11


Seramai 12 orang penduduk Palestin telah cedera akibat serangan pesawat tempur F16 milik tentera Israel yang menggempur Tebing Gaza Selatan pada hari Jumaat lalu di sebelah malam. Berdasarkan sumber terdekat mengatakan bahawa pesawat tempur Israel tersebut melancarkan tiga serangan ke bahagian kawasan yang runtuh itu di bandar Gaza. Pihak perubatan telah mengesahkan seramai 12 orang yang cedera telah dibawa ke Hospital Abu Yusuf di Rafah. Pada saat laporan ini dibuat, masih lagi kedengaran bunyi pesawat tempur Israel sedang berlegar-legar di kawasan itu.

Pengeboman yang dilakukan oleh tentera Israel ini merupakan serangan yang kedua dalam tempoh 24 jam. Pada sebelah pagi pada hari yang sama, tentera udara Israel telah mengebom sebanyak enam sasaran di Tebing Gaza, termasuk di kawasan penempatan awam di Khan Younis yang mempunyai sebuah terowong di sepanjang persempadanan Gaza - Mesir. Sebuah laporan mengatakan bahawa pada hari sebelumnya, para Mujahidin Palestin telah bertembung dengan pasukan Israel di sebelah timur kota Gaza, iaitu pada hari Khamis sebelah malam.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengutuk serangan yang dilakukan oleh para pejuang Palestin tetapi mendiamkan diri terhadap serangan ganas yang dilakukan oleh Israel. Ia mengatakan bahawa semua tindakan keganasan sama sekali tidak boleh diterima (merujuk kepada umat Islam).

"Semua tindakan seperti keganasan dan kekerasan terhadap penduduk awam sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," katanya dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan di Moskow, di mana Setiausaha Agung PBB tersebut sedang bertemu dengan anggota-anggota lain dalam sebuah perjumpaan.

Walaubagaimana pun perlulah diingat bahawa PBB merupakan dalang yang telah mewujudkan penempatan Israel di bumi Palestin. PBB telah menceroboh ke Palestin dan menyerahkannya kepada Israel pada tahun 1947. Hakikatnya kini umat Islam hanya memerlukan seorang Khalifah yang akan mengerahkan seluruh bala tenteranya di seluruh dunia untuk membebaskan bumi Palestin. Itulah yang diseru oleh kaum Muslimin di Jerusalem pada waktu dahulu. InsyaAllah, Khilafah akan berdiri tidak lama lagi dengan izin Allah. AllahuAkbar!

Sumber : Syabab.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-10 14:08


!!! QUOTE !!!

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengutuk serangan yang dilakukan oleh para pejuang Palestin tetapi mendiamkan diri terhadap serangan ganas yang dilakukan oleh Israel. Ia mengatakan bahawa semua tindakan keganasan sama sekali tidak boleh diterima (merujuk kepada umat Islam).

"Semua tindakan seperti keganasan dan kekerasan terhadap penduduk awam sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," katanya dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan di Moskow, di mana Setiausaha Agung PBB tersebut sedang bertemu dengan anggota-anggota lain dalam sebuah perjumpaan.


tengoklah bagaimana keganasan dan kekerasan dari kacamata PBB ... pertubuhan yang menjayakan misi-misi syaitan amerika dan sekutunya...
PBB ibu segala kejahatan....remote kontrolnya di tangan yahudi dan amerika...sikap double standardnya pada para mujahid di Palestine ketara sejak dulu lagi.....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-03-10 16:11


Kita telah lama didodoikan dengan pelbagai penyelesaian magic bagi isu Palestin ini.
Nak boikot produk pun rasanya yang tukang sibuk suruh boikot pun akhirnya tao boikot juga. KITA PERLUKAN KHILAFAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 30-03-10 12:39


KONONNYA MENJAGA MASJIDIL AQSA, PIHAK BERKUASA SEKULAR PALESTIN HALANG KULIAH UMUM HIZBUT TAHRIR

Syabab.Com - Alih-alih menjaga dan melindungi Masjid Al-Aqsa dari cengkraman tentara teroris Israel, pasukan keamanan Otoritas Sekular Palestina malah berupaya menggagalkan kuliah umum Hizbut Tahrir di balai kota Yatta, Sabtu (27/3/2010). Hizbut Tahrir mengumumkan tentang diadakannya kuliah umum tersebut dengan tema “Islam Datang Dan Umat Tidak Mati“. Acara ini telah mendapat persetujuan dari Walikota Yatta, seperti yang dijelaskan oleh Dr. Mus’ab Abu Urqub, anggota Media Informasi Hizbut Tahrir di Palestina.

Pasukan keamanan memblokir bangunan balai kota dan melarang memasukinya. Aparat keamanan juga memasang penghalang di jalan-jalan, dan mengubah area balai kota menjadi barak militer.

Meskipun berlangsung pengetatan keamanan, namun masyarakat setelah mendengar seruang dari salah seorang aktivis Hizbut Tahrir, pergi berbondong-bondong sehabis shalat dhuhur dari masjid Yatta menuju balai kota. Ketika mereka sampai di balai kota, pasukan keamanan melarang mereka memasuki ruangan. Sehingga terjadi pertengkaran mulut antara massa dan pasukan keamanan. Bahkan, ada dari sebagian massa yang membentak pasukan keamanan dengan mengingatkan bahwa tempat mereka di sekitar al-Aqsha untuk melindunginya, dan senjatanya harus diarahkan kepada kaum kafir, bukan kepada masyarakat.

Pasukan keamanan meminta masyarakat untuk pergi. Mereka mulai melakukan penangkapan secara membabi buta. Serangan penangkapan terus berlanjut di jalan-jalan dan berbagai tempat, hingga mereka menangkap puluhan di antara anggota masyarakat.

Abu Urqub berkata: “Pasukan keamanan telah mulai melancarkan serangan penangkapan sejak hari Kamis, yaitu selama pemasangan poster. Mereka membawa orang-orang yang telah diculiknya ke arah yang tidak diketahui, dan tidak diketahui pula nasib mereka.”

Abu Urqub dengan tegas mengatakan bahwa “Hizbut Tahrir akan terus melanjutkan kegiatan dan aktivitasnya untuk mempersatukan umat Islam. Hizbut Tahrir tidak akan pernah takut dan gentar dengan intimidasi dan hasutan yang terus-menerus dilancarkan oleh Otoritas.”

Ia menambahkan bahwa “Larangan atas suara Islam dan penyampaian kebenaran, tidak dilakukan kecuali untuk melayani musuh-musuh Islam, dan kaum kafir pendudukan, yaitu Yahudi yang sedang memerangi Islam dan kaum Muslim, menekan rakyat Palestina, menyerang al-Aqsha, dan melakukan Yahudisasi atas tempat-tempat suci, yang dalam melakukan semuanya, mereka mendapat bantuan dari pasukan keamanan Otoritas.” demikian seperti dikabarkan oleh Kantor Berita HT Palestina.

Pasukan Otoritas Palestina merupakan pasukan di bawah kendali Dayton, seorang komandan Amerika Serikat untuk wilayah itu. Jadi penguasa sesungguhny di Palestina itu adalah orang asing yang menyeti para tentara kaum Muslim. Hanya Khilafah yang akan mengembalikan potensi tentara kaum Muslim untuk membela dan menjaga kepentingan Islam dan umatnya, bukan kepentingan Barat. Insya Allah, Khilafah hanya masalah waktu saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 30-03-10 15:22


Hanya 24 Jam Untuk Mengorbankan Empat Remaja Palestin...

Jet-jet pejuang pengganas Israel sekali lagi telah menggempur bahagian selatan Tebing Gaza semalam, kata tentera. Saksi utama daripada warga Palestin dan daripada sumber-sumber ketenteraan Israel mengatakan bahawa pada hari Isnin yang lalu, jet-jet pejuang Israel telah membedil sebuah terowong di persempadanan Rafah dengan Mesir. Sementara itu peluru berpandu membedil daerah di persempadanan bahagian utara.
Warga Palestin menyaksikan sendiri jet-jet pejuang F16 Israel melancarkan peluru berpandu ke arah terowong dan memusnahkan pintu unutk masuk ke dalamnya. Saksi mengatakan tidak ada yang cedera di dalam serangan tersebut. Tentera mengatakan serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari Tebing Gaza.

Pihak ketenteraan Israel melancarkan serangan baru ke Tebing Gaza sebagai sebahagian daripada rancangan rejim teroris Israel untuk meningkatkan ketegangan dalam usaha untuk membangunkan lagi penempatan haram di Al-Quds, kota suci bagi umat Islam.

Jet-jet pejuang yang melancarkan serangan ke beberapa tempat termasuk bandar di selatan Tebing Gaza pada tengah malam telah mengakibatkan 14 orang cedera ringan.

Sementara itu, di Tebing Barat dilaporkan seorang remaja syahid setelah ditembak oleh pasukan tentera teroris Israel. Pihak perubatan mengatakan bahawa Israel adalah penjajah.

Muhammad Qadus berusia 16 tahun telah ditembak oleh tentera Israel dan terkena di dadanya semasa terjadi pertempuran di Nablus. Remaja lain yang beusia 16 tahun bernama Usaid Abdun Nasir Qadus yang terluka parah setelah kepalanya ditembak oleh tentera Israel. Dilaporkan juga bahawa Usaid pun adalah remaja yang syahid.

Tentara Israel juga telah menembak mati dua orang pemuda petani di Utara Tebing Barat pada hari Ahad lalu. Mereka yang syahid adalah remaja berusia 19 tahun iaitu Muhammad Faysal dan Salah Muhammad Qawariq. Dalam masa 24 jam empat remaja Palestin syahid di tangan tentera Israel.

Demikianlah, kita sekali lagi setiap hari menyaksikan keganasan yang dilakukan tentera Israel terhadap kaum Muslimin di Palestin. Sehingga ke hari ini, penduduk Islam di Palestin menanti sebuah jawapan ke atas seruan mereka terhadap kaum Muslimin untuk bersegara mengerahkan tentara di negeri-negeri umat Islam dalam membebaskan Al-Quds. Tetapi malangnya, penguasa umat Islam hanya menyaksikan keganasan tersebut bahkan tentera umat Islam hanya diperintahkan untuk mengawal sempadan asobiyyah yang pihak kufur ciptakan ke atas mereka. Sampai bilakah tanah yang suci itu akan terus dijajah? Sampai bilakah darah saudara-saudara kita harus ditumpahkan lagi? Sampai bilakah umat Islam akan mengecapi kemulian yang Allah janjikan kepada kita? Semua itu akan berakhir jika Khilafah Rasyidah kembali berdiri tidak lama lagi, insyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-10 22:04


Pada 30-03-10 15:22 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!



Sehingga ke hari ini, penduduk Islam di Palestin menanti sebuah jawapan ke atas seruan mereka terhadap kaum Muslimin untuk bersegara mengerahkan tentara di negeri-negeri umat Islam dalam membebaskan Al-Quds. Tetapi malangnya, penguasa umat Islam hanya menyaksikan keganasan tersebut bahkan tentera umat Islam hanya diperintahkan untuk mengawal sempadan asobiyyah yang pihak kufur ciptakan ke atas mereka. Sampai bilakah tanah yang suci itu akan terus dijajah? Sampai bilakah darah saudara-saudara kita harus ditumpahkan lagi? Sampai bilakah umat Islam akan mengecapi kemulian yang Allah janjikan kepada kita? Semua itu akan berakhir jika Khilafah Rasyidah kembali berdiri tidak lama lagi, insyaAllah.


sama-sama kita berdoa agar umat islam diberi kekuatan menentang musuh islam..amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-03-10 23:26


apa yang boleh dapat dari berita ni????


hanya dapat tengok sajalah kan


dan yang penting,apa yang orang islam ada


mereka ada F-16 Sufa

.


orang islam pula ada duit beli pesawat mewah

.

dan yang penting

nak beli little bird pun dah tak ada duit nak lawan F 16 Sufa

.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 00:15


che din....yang org Islam tak ada sekarang ni adalah iman dan taqwa yang sebenar-benarnya pada Allah....

sejarah buktikan pada kita, kekuatan paling solid tentera Islamialah ketika mereka berada dipuncak iman dan taqwa sekalipun mereka lemah dari sudut persenjataan dan kelengkapan perang, atau pun bilangan tentera.

anda telusuri lah sejarah perang badar....

anda susuri juga sejarah muhammad al fateh menawan constantinopel..

anda susuri juga keajaiban yang mengiringi mujahidin afghan ketika berhadapan tentera besar seperti Rusia dulu ...

ambil sejarah paling dekat dengan kita iaitu tentang kejatuhan Melaka....kita disuap dengan cerita kekalahn melaka konon persenjataan melaka yang lemah berbanding portugis, sedang melaka sudah ada meriam dan senapang kala itu. tapi kerana Islam yang semakin luntur pada sultan , pembesar dan rakyat maka mereka tidak dapat kalahkan kafir portugis...

saya tak nafikan kemodenan teknologi serta persenjataan perlu dikuasai sebagai keupayaan untuk bersaing dengan musuh dimedan perang....tapi paling utama iman dan taqwa itulah senjata yang paling ampuh menggerunkan serta berupaya menewaskan musuh.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 31-03-10 00:22


Para mujahideen telah buktikan menghalau Rusia dari Afghanistan.
Walau dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan.
Kini giliran US pula menghadapi detik-detik ngeri dalam sejarah,
Trauma tentera yang masih belum padam walau dah bertahun pulang dari Iraq dan Afghanistan.
Ini baru cuma berhadapan dengan kelompok kecil umat Islam,
bayangkan kalau jihad yang dilancarkan daulah,
US memang menunggu detik kehancuran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 00:24


Pada 31-03-10 00:22 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Para mujahideen telah buktikan menghalau Rusia dari Afghanistan.
Walau dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan.
Kini giliran US pula menghadapi detik-detik ngeri dalam sejarah,
Trauma tentera yang masih belum padam walau dah bertahun pulang dari Iraq dan Afghanistan.
Ini baru cuma berhadapan dengan kelompok kecil umat Islam,
bayangkan kalau jihad yang dilancarkan daulah,
US memang menunggu detik kehancuran.



sebab tu saya cakap orang islam ada duit beli barang macam pic ke 2 tu


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 00:27


Pada 31-03-10 00:15 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

che din....yang org Islam tak ada sekarang ni adalah iman dan taqwa yang sebenar-benarnya pada Allah....

sejarah buktikan pada kita, kekuatan paling solid tentera Islamialah ketika mereka berada dipuncak iman dan taqwa sekalipun mereka lemah dari sudut persenjataan dan kelengkapan perang, atau pun bilangan tentera.

anda telusuri lah sejarah perang badar....

anda susuri juga sejarah muhammad al fateh menawan constantinopel..

anda susuri juga keajaiban yang mengiringi mujahidin afghan ketika berhadapan tentera besar seperti Rusia dulu ...

ambil sejarah paling dekat dengan kita iaitu tentang kejatuhan Melaka....kita disuap dengan cerita kekalahn melaka konon persenjataan melaka yang lemah berbanding portugis, sedang melaka sudah ada meriam dan senapang kala itu. tapi kerana Islam yang semakin luntur pada sultan , pembesar dan rakyat maka mereka tidak dapat kalahkan kafir portugis...

saya tak nafikan kemodenan teknologi serta persenjataan perlu dikuasai sebagai keupayaan untuk bersaing dengan musuh dimedan perang....tapi paling utama iman dan taqwa itulah senjata yang paling ampuh menggerunkan serta berupaya menewaskan musuh.




tu semua betul tapi bantuan Allah tiba selepas hambaNya bersuaha.....yang ni saya tengok berusaha nak tunjukkan kemewahan ada lah


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 11:24


Semoga umat Islam akan sentiasa dipelihara Allah s.w.t biarpun pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui

Amin


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 11:54


!!! QUOTE !!!

Muhammad Qadus berusia 16 tahun telah ditembak oleh tentera Israel dan terkena di dadanya semasa terjadi pertempuran di Nablus. Remaja lain yang beusia 16 tahun bernama Usaid Abdun Nasir Qadus yang terluka parah setelah kepalanya ditembak oleh tentera Israel. Dilaporkan juga bahawa Usaid pun adalah remaja yang syahid.

Tentara Israel juga telah menembak mati dua orang pemuda petani di Utara Tebing Barat pada hari Ahad lalu. Mereka yang syahid adalah remaja berusia 19 tahun iaitu Muhammad Faysal dan Salah Muhammad Qawariq. Dalam masa 24 jam empat remaja Palestin syahid di tangan tentera Israel.


usia muda sebeginilah yang diidam oleh israel untuk dihapuskan...dengan harapan tiada lagi generasi pejuang Palestine yang muda dan gagah pada masa akan datang...

diusia muda beginilah Rasullullah membina pemuda2 berkepribadian unggul diera generasi pertama dulu....yang mereka kemudiannya terjun dimana-mana medah ghazwah sekalipun bertemu musuh.

diusia belasan tahun jugalah muhammad al fateh malukan rom dengan penaklukan konstantinopel.

tapi dimana org muda muslim yang belasan tahun dinegara kita ini berada sekarang ??


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 31-03-10 15:00


Pada 31-03-10 00:27 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-03-10 00:15 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

che din....yang org Islam tak ada sekarang ni adalah iman dan taqwa yang sebenar-benarnya pada Allah....

sejarah buktikan pada kita, kekuatan paling solid tentera Islamialah ketika mereka berada dipuncak iman dan taqwa sekalipun mereka lemah dari sudut persenjataan dan kelengkapan perang, atau pun bilangan tentera.

anda telusuri lah sejarah perang badar....

anda susuri juga sejarah muhammad al fateh menawan constantinopel..

anda susuri juga keajaiban yang mengiringi mujahidin afghan ketika berhadapan tentera besar seperti Rusia dulu ...

ambil sejarah paling dekat dengan kita iaitu tentang kejatuhan Melaka....kita disuap dengan cerita kekalahn melaka konon persenjataan melaka yang lemah berbanding portugis, sedang melaka sudah ada meriam dan senapang kala itu. tapi kerana Islam yang semakin luntur pada sultan , pembesar dan rakyat maka mereka tidak dapat kalahkan kafir portugis...

saya tak nafikan kemodenan teknologi serta persenjataan perlu dikuasai sebagai keupayaan untuk bersaing dengan musuh dimedan perang....tapi paling utama iman dan taqwa itulah senjata yang paling ampuh menggerunkan serta berupaya menewaskan musuh.




tu semua betul tapi bantuan Allah tiba selepas hambaNya bersuaha.....yang ni saya tengok berusaha nak tunjukkan kemewahan ada lah



myhoney memang sangat betul kenyataan di atas, siapa kata org Islam tak ada duit, tengok sahaja pencapaian negara Arab...siapa kata kita tak cukup org...org Islam majoriti penduduk dunia...tapi Kenapa kita jadi mangsa...sebab kita semua lemah disisi Allah..mana iman dan taqwa kita?

semua dalam diri kita, walaupun senjata kita doa...nak sampai doa kita dimakbul kan pun belum tentu pasti lagi selagi iman dan taqwa kita tidak berada diposisi yang betul

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-10 16:44


Ya Allah bilalah nak berakhir?
tak tahan rasanya dengar berita palestin ni... dari kecik sampai dah jadi mak orang...
Palestin sentiasa diuji..
Kuat betul mereka..
Moga Allah lindungi saudara kita di Palestin....


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113706 saat. Lajunya....