Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 258
Ahli: 0
Jumlah: 258




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 25 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peluang Pekerjaan
Topik: Peluang Menjadi Imam


Carian Forum

Moderator: Administrator, RuMaishaaa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peluang Pekerjaan
    »» Peluang Menjadi Imam

Please Mendaftar To Post


Oleh Peluang Menjadi Imam

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-03-10 11:30


PERCAYA atau tidak, golongan anak muda yang diberikan peranan memegang jawatan imam di masjid-masjid di negara ini boleh dikatakan agak kecil bilangannya.

Di kawasan kampung, sebagai contoh, jawatan imam dikuasai oleh sebahagian besar generasi yang sudah lanjut usia iaitu pada kadar 75 peratus dan kebanyakannya memegang jawatan itu secara sukarela.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tatkala ditemui ketika melancarkan program Siri Pencarian Imam Muda di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ujar Jamil Khir, tugas imam bukanlah sekadar mengimamkan solat tetapi peranannya cukup luas.

"Mereka ini adalah sebahagian daripada pemimpin setempat dan bukan sekadar menjadi imam ketik solat semata-mata.

"Berdasarkan pemerhatian, di kawasan kampung terutamanya, kebanyakan jawatan imam dipegang oleh golongan tua.

"Tetapi, di masjid-masjid daerah dan bandar, kita ada imam yang berusia dari 20 hingga 58 tahun,'' katanya.

Atas dasar itu, ujar Jamil Khir, pihaknya amat mengalu-alukan penerbitan sebuah program realiti yang dihasilkan Astro Oasis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Siri Pencarian Imam Muda.

Siri Pencarian Imam Muda bakal bersiaran di saluran Oasis (saluran 106, Astro) bermula 27 Mei ini.

Antara insentif menarik yang bakal menanti juara adalah penajaan penuh biasiswa ke Universiti Antarabangsa al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan.

Bukan itu sahaja, juara turut membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba di samping pakej menunaikan haji.

Kata Jamil Khir, Siri Pencarian Imam Muda, selain bertujuan mencari pelapis imam, ia adalah satu sajian terbaik kepada penonton untuk memahami Islam dan kepimpinan imam.

"Saya melihat program ini nanti bukan sahaja akan berupaya mengukir paradigma baru dalam alternatif hiburan bercorak keagamaan tetapi juga dapat mengangkat martabat dan profesion imam itu sendiri di mata masyarakat.

"Usia 18 hingga 27 tahun adalah usia di mana anak muda sedang mencari identiti hidup.

"Oleh itu, saya optimis bahawa program ini dapat menatijahkan keputusan yang optimum kepada semua pihak dan percaya ia dapat menarik minat anak muda ke arah mendalami ilmu berkaitan Islam dan kepimpinan masyarakat,'' ujarnya yang turut teruja dengan penerbitan Siri Pencarian Imam Muda.

Tanggungjawab

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah berkata, idea menerbitkan Siri Pencarian Imam Muda tercetus selepas pihak penerbitan melihat anak-anak muda ketika ini punyai potensi memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.

Namun, katanya, kebanyakan mereka tidak memiliki panduan untuk mengetengahkan potensi itu dengan cara yang teratur.

"Oleh sebab itu, kami sediakan platform untuk mereka mendalami Islam dan menjadi imam serta pemimpin masyarakat.

"Siri Pencarian Imam Muda juga sebagai pemangkin kepada kelahiran pelapis imam daripada generasi muda yang mampu ditampilkan sebagai seorang yang versatil dan relevan kepada komuniti,'' jelasnya.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar pula memberitahu, imam muda yang mahu dilahirkan bukanlah sekadar imam yang mampu berbicara soal keagamaan semata-mata.

Tetapi, katanya, matlamat penerbit adalah untuk melahirkan imam yang berpengetahuan luas dalam pelbagai cabang kehidupan termasuk kepimpinan, kemasyarakatan dan alam sekitar.

Astro Oasis juga, tutur Izelan, akan menyediakan sari kata dalam bahasa Inggeris sepanjang penyiaran Siri Pencarian Imam Muda yang bertujuan membolehkan bangsa asing memahami apa itu imam.

Mengenai tawaran penajaan penuh pengajian di Universiti Antarabangsa al-Madinah kepada juara, katanya, pihak Astro memberi ruang yang luas untuk juara memilih jurusan yang diminati.

"Namun, kami mencadangkan agar juara nanti memilih jurusan kepimpinan Islam, al-Quran atau jurusan bersesuaian lain,'' tambahnya.

Sesi temuduga mencari peserta Siri Pencarian Imam Muda yang bertemakan Memecah Tradisi Penyiaran dengan slogan Satu Penemuan...Sebuah Perjalanan Kehidupan akan diadakan pada 26 dan 27 Mac ini serta 2, 3, 10, 11, 17 dan 18 April.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari serta memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam oleh tokoh-tokoh agama serta pemimpin Islam bertauliah.

Bakal imam muda ini juga akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas seorang iman, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Mereka turut diuji pada setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan perihal keagamaan, kemasyarakatan serta kepimpinan.


-----------------
http://www.stormreaders.net/putraborneo


Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106531 saat. Lajunya....