Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 6 jam, 32 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Khas buat ibu bekerja


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Khas buat ibu bekerja

Please Mendaftar To Post


Oleh Khas buat ibu bekerja

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 15:30


Pengurus Kediaman Jawapan Kepada Pembantu Rumah Asing

Oleh Rohana Mustaffa

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Seorang pembantu rumah Indonesia sedikit teruja bila membaca laporan timbulnya kembali cadangan mewajibkan majikan di Malaysia supaya membayar gaji RM800 sebulan dan menyediakan beberapa kemudahan lain untuk pembantu rumah dari negara itu.

Secara berjenaka majikannya berkata, "bisa diatur" tapi pembantunya kena bersetuju untuk menyewa rumah di luar dan berulang setiap hari datang bekerja.

Majikan ini mendapat idea daripada pengurus kediaman yang kini semakin ramai menawarkan diri untuk bekerja di rumah-rumah dengan gaji hampir serupa.

Pengurus kediaman ialah rakyat Malaysia dan syaratnya tidak tinggal serumah dengan majikan. Mereka akan datang bekerja mengikut jam yang dipersetujui majikan setiap hari dan bercuti pada hari-hari yang ditetapkan.

Mereka mendapat latihan intensif selama dua minggu di bawah kursus asas pengurus kediaman yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebelum diberikan sijil pengiktirafan untuk memberi khidmat di rumah-rumah kediaman.

Sepanjang tahun lalu kira-kira 600 orang diberikan latihan, terdiri daripada wanita berusia 18 tahun ke atas.

Mereka dilatih oleh perunding bertauliah mengenai pelbagai aspek kepakaran menguruskan kediaman secara profesional.

Sepanjang latihan itu, antara lain pengurus kediaman didedahkan secara teori dan amali, kepada prinsip dan etika profesion berkenaan, memahami konsep keluarga, penjagaan bayi, orang tua, orang kurang upaya, keperluan mengurus dan mengemas kediaman, aspek pemakanan dan kesihatan.

LATIH PERUNDING DULU

JPW sebelum itu mengadakan bengkel melatih perunding bagi kursus asas ini yang mewakili syarikat perundingan yang dilantik jabatan itu di seluruh negara.

Seorang perunding di Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Perundingan Penjagaan Kanak-kanak Negeri Sembilan, Rozita Kamil berkata tumpuan mereka ialah melatih peserta untuk menjadi pengurus kediaman yang cekap dan profesional.

Pengurus kediaman ini disaring oleh JPW termasuk dari segi kesihatan, bersih rekod jenayah, berminat bekerja, mempunyai kebolehan bahasa dan kemahiran lain.

Aspek ini memang menarik diberi keutamaan berdasarkan pengalaman majikan yang banyak dipaparkan di media. Baru-baru ini seorang artis mengadu mempunyai pembantu rumah asing yang ada masalah mental, suka merosakkan harta benda dan disyaki mencederakan bayi beliau.

Ramai juga majikan menghadapi masalah pembantu rumah yang malas, tidak tahu menggunakan peralatan rumah dan tidak faham bahasa komunikasi mudah.

Kenapa tidak memikirkan untuk mengambil pengurus kediaman sahaja, yang sudah disaring tahap kesihatan dan dijamin kebolehan mereka?.

TAWARAN DI INTERNET

Seorang pengurus kediaman begitu yakin mengiklankan perkhidmatannya di Internet, -- "Tiada masa untuk mengemas rumah dan membersih rumah? Perlukan pembantu untuk menguruskan rumah tangga yang tak sempat dilakukan? Memerlukan pembantu untuk penjagaan warga tua/OKU/kanak-kanak /bayi di rumah?

Dapatkan perkhidmatan pengurus kediaman anda hari ini. Bayaran boleh dibincangkan kemudian�"

Rubiah Othman, 40, yang mengikuti kursus asas pengurus kediaman pertama di Melaka bersama 29 orang lagi, kini bekerjasama dengan rakannya menawarkan khidmat penjagaan bayi, mengemas dan membersih rumah mengikut jam.

Dengan memiliki sijil JPW, beliau menawarkan perkhidmatannya melalui Internet dan setakat ini sering dihubungi majikan yang mahu rumah mereka dibersihkan terutama pada hujung minggu atau guru-guru yang meminta beliau menjaga anak-anak mereka ketika mereka menghadiri kursus atau aktiviti sekolah.

Turut menggunakan Internet ialah beberapa perunding atau service provider pengurus kediaman yang bertauliah. Mereka mempelawa wanita yang berminat menjadi pengurus kediaman untuk menjalani latihan di bawah mereka dan menawarkan kepada majikan, pengurus kediaman yang terlatih.

SYARAT

Pelbagai syarat kini dicadangkan bagi majikan yang mengambil pembantu rumah asing bagi mengelak penganiayaan terhadap pembantu rumah, seperti gaji lebih tinggi, cuti sehari seminggu dan yang terbaru majikan diwajibkan menghadiri seminar tentang hak dan tanggungjawab majikan dan pembantu rumah.

Pada hal JPW sudah memandang ke depan dalam perkara ini dengan menetapkan berapa syarat penggajian pengurus kediaman, iaitu mestilah melalui perunding yang berdaftar, majikan mestilah suami isteri yang mempunyai anak di bawah usia 17 tahun atau warga tua atau anggota keluarga OKU yang memerlukan penjagaan.

Untuk memastikan pengurus kediaman ini tidak dianiaya dari segi gaji, JPW mensyaratkan jumlah pendapatan majikan mestilah tidak kurang daripada RM3,000, majikan bertangungjawab menyimpan rekod pembayaran gaji dan bersedia menunjukkan kepada JPW jika diminta untuk tujuan pemantauan.

Gaji pengurus kediaman hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan dan majikan tidak dibenarkan memukul, mendera atau mendatangkan kecederaan kepada pengurus kediaman atau mereka akan disenarai hitam.

Majikan dan pengurus kediaman dikehendaki supaya sentiasa mematuhi perkara-perkara yang dipersetujui di dalam perjanjian pekerjaan.

PRIVASI

Menurut Rozita yang juga Pengasas MURNI Childcare and Development Centre di Seremban dan Kuala Lumpur, yang paling menarik ialah syarat pengurus kediaman tidak dibenarkan tinggal atau bermalam di rumah majikan.

Ini bagi memastikan privasi keluarga terpelihara terutama pada sebelah malam.

"Ini ialah syarat yang sihat, untuk menggalakkan hubungan keluarga yang erat kerana kecenderungan kini ialah pembantu rumah asing banyak mempengaruhi dalam aspek penjagaan anak dan urusan kekeluargaan, kerana mereka menguruskan serba serbi di rumah memandangkan ada majikan yang sibuk 24 jam sehari," katanya.

Pengurus kediaman yang dilatih JPW tidak semestinya yang bekerja 8 pagi hingga 5 petang di sesebuah rumah, tetapi ada juga yang menawarkan perkhidmatan khusus seperti membersihkan rumah dan menjaga bayi untuk beberapa jam sehari. Ini bersesuaian, umpamanya bila majikan menghadiri seminar, kursus malah menghadiri majlis makan malam.

RINGAN BEBAN

Maznah Ahmad, 45, ialah seorang suri rumah, tetapi beliau tidak cukup tangan untuk mengemas dan membersihkan rumah kerana sibuk setiap hari untuk ke pasar , menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah atau kelas tuisyen, memasak dan membasuh.

Oleh itu beliau mengambil khidmat pengurus kediaman untuk membantu membersih dan mengemas rumah serta menggosok baju.

"Sekurang-kurangnya beban saya ringan dan saya tidak perlukan pembantu rumah tinggal dengan saya dan tidak perlu membayar levi, permit, mengupah ejen dan sebagainya jika menggaji pembantu rumah asing," katanya.

Beliau berharap lebih ramai warga tempatan menceburi bidang ini kerana bagi beliau, bukan sahaja suami isteri yang bekerja memerlukan khidmat pengurus kediaman, tetapi juga suri rumah seperti beliau yang memerlukan bantuan, bukan sepenuh masa.

LEBIH RAMAI PATUT BERMINAT

Perunding Norma Abd Wahab berkata permintaan terhadap khidmat pengurus kediaman setakat ini melebihi tawaran dan beliau benar-benar berharap lebih ramai warga tempatan menyahut cabaran ini terutama dengan adanya kemudahan latihan yang disediakan, bantuan penempatan di tempat kerja oleh perunding dan syarat pekerjaan yang terjamin.

Bagi Rozita, matlamat menyediakan khidmat pengurus kediaman ini bukan setakat mahu menawarkan alternatif kepada masalah pembantu rumah asing.

Perkembangan sihat akan terbina apabila anak-anak diasuh warga tempatan yang lebih memahami adat budaya dan tata susila masyarakat sendiri, keselamatan keluarga terjamin kerana orang yang dibawa masuk ke rumah ialah mereka yang terlatih, katanya.

Beliau melihat kepada satu bidang pekerjaan mulia yang dipandang sepi oleh masyarakat tempatan -- majikan dan pembantu -- kerana kononnya pekerjaan ini setaraf untuk orang asing yang memerlukan pekerjaan bagi menyara keluarga mereka nun jauh di tanah air sendiri.

Sedangkan masyarakat tempatan sendiri memerlukan pekerjaan dan pendapatan serupa. Jika istilah pembantu rumah satu gelaran yang dianggap rendah, maka pengurus kediaman diharapkan memberi pengiktirafan atau status lebih tinggi, apatah lagi mereka ini sudah disaring dan terlatih dalam pelbagai kemahiran asas.

"Kita mahu mengangkat status pengurus kediaman ini kepada satu pekerjaan yang dihormati dan digemari rakyat tempatan," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kursus lanjutan diberikan kepada pengurus kediaman ini untuk menjadikan mereka lebih profesional dalam aspek mengurus rumah, menjadi peneman kepada ibu bapa majikan yang sudah lanjut usia, guru kepada anak-anak semasa menyudahkan kerja sekolah, menjadi pemandu kepada ahli keluarga majikan yang uzur atau anak-anak OKU,, menguruskan pembelian barang dapur dan kelengkapan harian keluarga, merancang majlis jamuan dan sebagainya.

"Ingat tak The Nanny," kata Rozita merujuk kepada sitcom popular televisyen di Amerika Syarikat.

Siri "The Nanny" memaparkan kisah seorang wanita periang dan bergaya yang bekerja sebagai pembantu kepada majikan lelaki dengan tiga orang anak. Beliau datang setiap hari untuk menguruskan kediaman keluarga itu dan dia disayangi serta dihormati keluarga berkenaan.

Jadi, kalau buntu dengan kerenah dan masalah pembantu rumah asing, fikir-fikirkanlah untuk mendapatkan khidmat pengurus kediaman.

-- BERNAMA

Apa komen sahabat ukhwah? :berfikir:


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 15:34


Assalamualaikum amriahni .....sekarang ni itulah rancangan akak slepas berhenti kerja.hahaha.last bulan april ada sapa nak pembantu tak boleh lah pm.hehehehe :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 15:35


not bad..if it really works..
ok jugak..sebab macam kurang selesa ada org lain tinggal sama..walaupun sama-sama wanita.. dah tentu suami pun jadi kekok..huhu
tapi setakat ni masih belum perlukan lagi..sebab kerja yang tidak menuntut berada di dluar rumah sangat.. sekali sekali saja.. hehe


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 15:46


Betul ke kak limah?
Tinggal kat mana? Promotelah kat ukhwah ni.. Mana tau ada yang sedang tercari-cari.
Saya buat masa ni belum perlu lagi tapi stanby...cari maklumat dulu.
Mana tau kena kursus ke...tak pun bila anak dah ramai nanti....

Saya pun macam mimi ...
tak selesa ada orang lain tinggal sesama..
bab kekok satu hal... bab aurat lagi..
Pembantu rumah asing yang tak profesional ni aneh-aneh perangai..
Kawan saya ngadu suami dia malu nak tengok berita jam 12 sebab bibiknya dengan selamba pakai seksi dan tumpang menonton...kawan saya pula jenis tidur awal.
Bila ditegur...katanya mahu tidur...perlu selesa...sekarang dah hantar anak kat TASKA sebab dia serik nak ambik maid.
Macam-macam lagi kerenah...Boleh sakit jiwa dibuatnya.


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 16:12


ooo akak kat tinggal kat klang. memang berhasrat lepas berhenti nak jaga budak-budak kat rumah. ada sapa yang minat ke? :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-03-10 16:39


Pada 19-03-10 16:12 , limah posting:

!!! QUOTE !!!

ooo akak kat tinggal kat klang. memang berhasrat lepas berhenti nak jaga budak-budak kat rumah. ada sapa yang minat ke? :-D


saya berminat tapi tangan tak sampai ...jauh sangat limah... :cry:


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-10 16:37


satu laman web untuk cari pengurus rumah dan kanak-kanak
www.oranggaji.com

Saya harap dapat menbantu mereka yang memerlukannya...
Kira jalan penyelesaian dari upah warga asing yang pelbagai kerenah...


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099238 saat. Lajunya....