Oleh |
Didera Sampai Mati -Syafia Humairah Sahari, 3 Tahun |
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 27-02-10 20:12
sahabat semua... ada baca beita ni tak? seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di dera sampai mati... Ya Allah, sudah hilang akal ke manusia sekarang ni.. sedihnya saya baca... BERITA UTAMA Didera sampai mati Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim [email protected]Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin. Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan. "Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu. "Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam. "Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya semalam. Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam. "Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian. "Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa," katanya. Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan. Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya. Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu. Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital. sumber : Berita Harian Online..
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 27-02-10 20:37
Al-Fatihah kepada mangsa, dan takziah kepada keluarga mangsa.. betul-betul menyayat hati tengok berita tadi.. ;'(
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 27-02-10 20:45
Macam mana mak dia boleh sedudukan dengan teman lelaki? Takkan tak ada perasaan tengok anak sendiri kena dera dengan org luar. Ini lah bahana bila agama menjadi subjek terkahir dalam kehidupan, pelajari ilmu agama itu kerana Islam saja mampu membuat manusia menjadi manusia.
|
minnie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah
|
Posting pada: 27-02-10 21:15
salam..tkjut juga tengok berita ni tadi..sedih..kenapa budak kcil yang jadi mangsa..memang sedih..harap lelaki yang mndera dia mndapat hukuman yang stimpal dengan prbuatannya.. ----------------- bersama meninggikan martabat ISLAM
|
ridhuan-ajmain
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.10.2009 Ahli No: 37967
Posting: 26
Dari: Dari ALLAH Kita Datang & kepada ALLAH Jua Kita Akan D Kembalikan, untuk D Hisab segala Kerja buat
|
Posting pada: 27-02-10 21:51
ADA something ALLAH TAALA NAK TUNJUK PADA KITA SEMUA UMAT ISLAM B`BANGSA MELAYU D TANAH MELAYU AMNYA.... YANG T`SURAT :- Adik Comel kita "Syafia Humairah" telah kembali ke RAHMATULLAH,Terus masuk SYURGA yang INDAH ( Budak kecik Suci Bersih Tanpa Dosa & Noda ). YANG T`SIRAT :- Salah 1 Tanda Kiamat ( ZINA B`LAKU SECARA TERANG-TERANGAN Tanpa Selindung lagi macam org Barat Dah )..... selagi Hukum HUDUD & QISAS tak d Jalankan d Tanah Melayu Amnya, jangan Harap kita dapat Hidup dengan Aman.Buat lah Rumah p`lindungan Anak Luar Nikah 100 buah setiap Daerah, tak akan dapat selesaikan 'Barah' yang dah Nak Meletop dalam Umat mutakhir ini... KEMBALILAH kepada ALLAH SEBELOM T`LAMBAT ( MATI ).
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 27-02-10 22:01
Alfatihah kepada mangsa si kecil Syafia. Tak tahu macam mana manusia boleh tergamak nak pukul kanak-kanak. Kejam! -----------------
Hargai semasa ada....
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 27-02-10 23:10
terbaca kat harian metro berita ni, yang peliknya orang ramai kat kawasan kejadian, alasan tak nak tolong laki tu ugut mereka jangan masuk campur urusan dia. dah macam binatang blsah budak-budak, tlonglah..takkan tengok saja.kasihan kat budak tu..
|
nailofar_hamidah
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.11.2008 Ahli No: 35797
Posting: 43
Dari: jb
|
Posting pada: 27-02-10 23:23
Orang yang tidak mempunyai anak inginkan anak...yang dah dikurniakan anak tak pandai pula manghargainya...walhal anak itu lah yang akan membantu di akhirat kelak jika dididik dengan acuan yang betul. ----------------- e-mail: [email protected]
|
amna_liana
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh
|
Posting pada: 28-02-10 02:02
mereka dah lama bersekedudukan........takkan jiran2 tak tahu agaknya kan.....
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 28-02-10 11:16
Perangai binatang
KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya. “Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu. “Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali. Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah. Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya. Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan. “Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya. Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam. Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat. Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu. “Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya. Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama. “Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah. Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam. Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka. “Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 28-02-10 11:17
Rebut jenazahKUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu. BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu. Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa. Namun, dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak pengurusan hospital, pertikaian itu dapat dileraikan secara aman. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi.
Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.Difahamkan, bedah siasat terhadap punca kematian Syafia dilakukan sejak jam 3 petang kelmarin dan disambungkan pagi ini (semalam) sehingga jam 11 pagi. Datuk mangsa, Aziz Sahar, 50, berkata tindakan mereka adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku. “Dia (Syafia) adalah cucu saya dan kami sekeluarga adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan majlis pengebumiannya. “Malah, jika difikirkan secara logik pun mereka tidak patut masuk campur dalam urusan ini. Lagipun suspek adalah punca kepada kematian Syafia,” katanya. Aziz berkata, keluarganya tidak menghalang keluarga teman lelaki kepada Siti Nurhanim hadir pada hari pengebumian itu, namun mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan itu.
|
nor_207
Warga 1 Bintang Menyertai: 10.01.2010 Ahli No: 39013
Posting: 36
Dari: Selangor
|
Posting pada: 28-02-10 15:08
Kalau nak pilih teman lelaki, kena hati-hati lah. dah tau panas baran..tapi terima jugak, last sekali, anak jadi mangsa Memang orang yang dera kanak-kanak ni adalah orang yang paling kejam di dunia! ----------------- Ya Allah, bantulah aku untuk redha dengan apa yang belum Engkau tentukan untukku dan jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas nikmat-Mu
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 01-03-10 06:18
Hm.. sebagai Ibu tunggal, Wawa sangat-sangat mengerti perasaan kaum sejenis/senasib Wawa. tak guna juga kita tuding jari pada siapa2 sebab kita kena lihat hal ni dari aspek menyeluruh. Banyaknya pengajaran yang Wawa dapat. Jumaat lepas, Wawa dilamar seseorang yang dah banyak tolong Wawa. Tapi tu lah, hati ni 'berat' dan takut saja nak terima sebab kes2 yang macam ni lah.. Bukan kata 'teman lelaki', waimah Ayah sendiri pun belum tentu lagi boleh menyayagi dan bertanggungjawab pada anak mereka sendiri! ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 01-03-10 06:19
Lucu, Ayah si mangsa dah tahu hal ni sejak sekian lama tapi tak bertindak apa-apa. Memualkan!!! ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
angkabut
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18897
Posting: 251
Dari: KampungKU
|
Posting pada: 01-03-10 10:49
anak seumpama patung mainan.......boleh diperbuat apa saja isk2
|
tou_aii
WARGA SETIA Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku
|
Posting pada: 01-03-10 11:51
Pada 28-02-10 11:16 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! Perangai binatang
KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.
“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.
“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.
“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.
Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.
“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.
Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.
“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.
Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.
Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.
Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.
“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.
“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.
Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.
“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.
Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.
“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya. mak dia kalau sayang anak Kenapa bersekedudukan? kata lelaki tu binatang tapi dia yang tak nikah tu macam mana pulak? binatang pun tak nikah.... ----------------- http://biarbetulblog.blogspot.com
|
bviolet84
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.09.2005 Ahli No: 19281
Posting: 50
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 01-03-10 12:17
tu lah...maknya pun 2 tak 5. kembali ke zaman jahiliyyah. jahil agama, bersekedudukan begitu.
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 01-03-10 12:39
Pada 01-03-10 10:49 , angkabut posting:!!! QUOTE !!! anak seumpama patung mainan.......boleh diperbuat apa saja isk2 Patung permainan pun tak boleh cucuh rokok suka hati takut patung permainan tu terbakar..tapi dia boleh cucuk anak dia dengan rokok? Mana lebih teruk? ----------------- Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku
|
snickers
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.12.2009 Ahli No: 38878
Posting: 23
Dari: SweetHomeAlabama
|
Posting pada: 01-03-10 19:09
budaknya comel...kesiannya.. tapi lebih kasihan kalau ibu sendiri yang mendera anak sendiri.. disuruhnya anak yang tua menekan ubun2 anak yang masih bayi. ish..ish,,,ish..sedih rasanya...apalah nasib bayi tu..nak tolong... tapi tak mampu.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 01-03-10 22:05
Pengakuan ibu SyafiahOleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA [email protected]SITI Norhanim Aziz memegang erat buku mewarna yang terakhir digunakan oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sambil dipeluk erat anak sulungnya yang juga abang kepada mangsa, Mohd. Syafiq di rumah keluarga mereka di Sungai Plong, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Naim Aziz HULU SELANGOR 28 Feb. – Mungkin ramai yang tidak pernah merasai pengalaman kehilangan anak tersayang. Dan jika boleh, sesiapapun tidak sanggup untuk melalui pengalaman itu. Tetapi, jika ditakdirkan berlaku, adakah kita sebagai ibu bapa bersedia dan reda menerima hakikat kehilangan anak tersebut. Sudah pasti, hanya tangisan yang mampu mengiringi pemergian kanak-kanak itu, seperti yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3, mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia pada Khamis lalu. Ibu kandungnya, Siti Norhanim Aziz, sudah tidak mampu lagi mengeluarkan air mata mengenangkan kehilangan anak perempuan kesayangannya. Sebak, pilu dan berlinangan air mata – itulah yang dilalui oleh Siti Norhanim selepas insiden itu dan setiap kali nama Syafiah Humairah disebut. Teman lelakinya ditahan untuk membantu siasatan, namun wanita itu masih belum ‘dilepaskan’ oleh suaminya yang kini ditahan dalam penjara, menambah lagi derita yang ditanggung. Siti Norhanim mendakwa, dia pernah memohon untuk bercerai dengan suaminya yang kini ditahan dalam penjara namun tidak dilepaskan.
Akibatnya, wanita berusia 25 tahun itu mengaku dia telah melakukan kesilapan kerana begitu percaya kepada teman lelakinya yang kini menjadi suspek utama kematian anak keduanya itu.
“Suami saya tidak mahu lepaskan saya...Saya mengaku telah lakukan banyak silap. Untuk itu, saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu saya,” ujarnya sebak.Siti Norhanim ditemui pemberita selepas lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di rumah ibu bapanya di Sungai Plong di sini hari ini. Khamis lalu, Allahyarham Syafiah Humairah meninggal dunia selepas didera teman lelaki Siti Norhanim di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama di Batang Kali. Berikutan kejadian itu, teman lelaki Siti Norhanim yang bekerja sebagai pemandu teksi dan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Siti Norhanim yang masih sebak dengan kejadian menimpa anaknya itu mendakwa, dia tidak menyangka teman lelakinya yang dilihat begitu penyayang dan baik terhadap Syafiah Humairah sanggup bertindak sedemikian. “Sepanjang saya kenal dia (teman lelakinya), dia seorang yang agak kelakar. Depan saya, dia begitu menyayangi anak saya, sebab itu saya tak pernah curiga dengan dia.
“Dia melayan Syafiah seperti anaknya sendiri, memanjakan dia, belikan dia baju. Anak saya pula memang tak pernah mengadu kena pukul,” katanya.
Masih trauma dengan kejadian itu, Siti Norhanim yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual turut menafikan laporan bahawa dia sedang mengandung empat bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya itu.
|
nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9
|
Posting pada: 01-03-10 22:08
macam-macam perkara yang tak masuk dek akal berlaku sekarang ni... dunia dah nak sampai ke penghujungnya... kita ambiklah iktibar... mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang rugi dunia akhirat...
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 01-03-10 22:34
ini adalah pengajaran kepada sesiapa yang panas baran kat luar sana. ingatlah bahawa sikap kita tu boleh menganiayai orang lain. jadi, nak bertindak apapun fikirlah baik buruk dulu..tindakan melulu hanya berakhir dengan penyesalan.. ----------------- Assalalualaikum.. Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.
|
tou_aii
WARGA SETIA Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku
|
Posting pada: 02-03-10 10:13
“Suami saya tidak mahu lepaskan saya...Saya mengaku telah lakukan banyak silap. Untuk itu, saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu saya,” ujarnya sebak. kalau tak hendak lepas kan kau pun... minta lah kahwin.... ades... mak macam ni pun ada ke???? saya ada seorang sahabat.... ibu sahabat saya sanggup menjanda selama 12 tahun semata-mata takut jika dia berkahwin lagi, sahabat saya akan terabai.... ----------------- http://biarbetulblog.blogspot.com
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 02-03-10 10:40
menunggu dr ahli tertentu sama ada akan menyalahkan pihak lain bukan pihak yang terlibat secara langsung.
|
adab
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16492
Posting: 32
Dari: kedah
|
Posting pada: 05-03-10 20:37
berlaku dekat sangat dengan tempat saya belajar..sangat mnyedihkan dan menyayat hati...banyak sangat masalah ummat~~
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 02-04-10 16:28
Ada juga ya manusia yang tiada perikemanusiaan.Al-Fatihah -----------------
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 02-04-10 22:11
al-fatihah buat allahyarhamah... anak merupakan amanah dari allah,yang perlu dijaga dengan sebaiknya... na'uzubillillah dari segala apa yang telah berlaku
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 03-04-10 15:52
Pada 02-04-10 22:11 , ibtisam_nisa posting:!!! QUOTE !!! al-fatihah buat allahyarhamah... anak merupakan amanah dari allah,yang perlu dijaga dengan sebaiknya... na'uzubillillah dari segala apa yang telah berlaku Kenapa budak yang tidak berdosa harus dibunuh? Apakah manusia tiada lagi perasaan kasih sayang. Sedangkan kucing sanggup menjaga anaknya inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran. Orang seperti itu harus dikenakan hukuman yang sewajarnya. Mungkin lain kali dia akan melakukannya lagi -----------------
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 07-04-10 14:07
betul tu ukhti awani,sedangkan kucing pun sayang anaknya,apalagi manusia yang punyai akal fikiran yang telah dikurhiakan olehNya.. anak yang suci bersih yang boleh melepaskan ibu bapanya daripada azab api neraka,tapi ibu bapanya tak tahu menilai yang mana permata berharga dan yang mana kaca,yang ditatang hanya kaca hingga luka tangan sendiri,yang permata dibuang tanpa mengira nilainya... wallahua'lam
|
hasanrijal
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2009 Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD
|
Posting pada: 07-04-10 21:39
jangan kata kucing, harimau yang ganas pun tidak bunuh anaknya sendiri ----------------- Somewhere, something incredible is waiting to be seen
|