Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64

  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 3 hari yang lalu
kismis: 3 hari yang lalu
qaulah_atrah: 14 hari yang lalu
muaz9768: 18 hari yang lalu
Rashdin: 24 hari yang lalu

Copy & Paste
Topik: Diam Itu Lebih Baik

Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Diam Itu Lebih Baik

Please Mendaftar To Post

Oleh Diam Itu Lebih Baik

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 21-02-10 20:34

Assalamualaikum

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas .a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,Kenapa kamu lakukan ini atau Kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

** Sumber: Majalah Anis Edisi Mei 2009

-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 21-02-10 20:56

alhamdulillah dapat baca article ni....

tapi ramai org lagi suka bercakap dr diam kan...

termasuklah yang org yang comment ni....huhu

-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"

Bookmark and Share

  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 21-02-10 22:04

Ana suka diam...tak suka sangat cakap....sampai org cakap bisu...ehehe....

Ibu bapa risau bila anak tak reti cakap..takut2 communication lack...tak dapat kerja...itu lah pandangan manusia...

Disisi ALLAH, rupanya diam itu lebih baik...

Nak cakap boleh, tapi biarlah kearah kebaikan dan urusan akhirat

Wallahu'alam

-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 22-02-10 07:14

Sekarang ni, Wawa perlu bercakap dan berkawan untuk kepentingan peribadi :-D Hahaha .. selfish sungguh..

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

nor_207
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.01.2010
Ahli No: 39013
Posting: 36
Dari: Selangor

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 22-02-10 11:18

Kadan-kadang, orang yang diam tu lagi tinggi limunya dari orang yang pandai bercakap, tapi ilmu kurang

-----------------
Ya Allah, bantulah aku untuk redha dengan apa yang belum Engkau tentukan untukku dan jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas nikmat-Mu

Bookmark and Share

  Member Information For nor_207Profil   Hantar PM kepada nor_207   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 24-02-10 22:31

Jarang org dapat melakukan benda diam ini.....

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 24-02-10 22:35

Pada 24-02-10 22:31 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Jarang org dapat melakukan benda diam ini.....

setuju, lagi-lagi kalau dapat sesuatu yang 'kena' dengan hati..ada saja nak dicakap :kelip:

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 24-02-10 23:46

Dah .. Dah...semua diam..! Hihi :-D jangan marah ..

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 24-02-10 23:50

Dah .. Dah...semua diam..! Hihi :-D jangan marah ..

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 25-02-10 09:18

Memang tengah diam, tak bercakap pun...cuma menaip saja...
ehehhehe,,,,,

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar

posticon Posting pada: 25-02-10 14:27

Pada 21-02-10 22:04 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Ana suka diam...tak suka sangat cakap....sampai org cakap bisu...ehehe....

Ibu bapa risau bila anak tak reti cakap..takut2 communication lack...tak dapat kerja...itu lah pandangan manusia...

Disisi ALLAH, rupanya diam itu lebih baik...

Nak cakap boleh, tapi biarlah kearah kebaikan dan urusan akhirat

Wallahu'alam

Assalamualaikum

Bagi ana bercakap apabila perlu saja..Kalau untuk sesuatu urusan penting seperti temuduga, maka haruslah hadapinya dengan sebaik-baiknya.banyak cakap pun kalau apa yang diperkatakan itu tidak berfaedah maka rugi saja :-)

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 25-02-10 17:35

tup...susah jugak nak diam..selalu ada benda saja nak cakap....huuhu
tak apa..kita sama-sama latih diri untuk diam...bercakap bila perlu..hehhee

-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..

Bookmark and Share

  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 25-02-10 18:28

kadang-kadang org cakap bila nak cakap sesuatu mahupun bagi pandangan org akan gelar sebagai blagak. tu sebab kadang-kadang diamkn saja walaupun boleh mmbrikan pendapat...memang diam itu lebih baik dr bkata yang boleh mnybbkn wujudnya tanggpan tak baik kepada kita.

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 26-02-10 00:21

kadang-kadang kalau diam pun ada orang yang negatif jugak..sombongla, kera sumbangla....tapi pahalpun, saya juga sependapat dengan kawan-kawan lain yang diam itu lebih baik...

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 26-02-10 00:22

opps ralat...'kadang-kadang kalau diam pun ada orang beranggapan negatif jugak"

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 15-03-10 11:23

diam.. sunyi.. sepi.. sejuk.. tak ada suara.. tak dengar apa-apa.. relaks.. santai..

Bookmark and Share

  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 15-03-10 19:10

Pada 25-02-10 09:18 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Memang tengah diam, tak bercakap pun...cuma menaip saja...
ehehhehe,,,,,

Hafeezul, diam di mulut tapi hatimu tetap 'pot pet, pot pret..' :sopan:

.. Tapi, jangan tak tahu juga ye? Ada juga jenis manusia yang ambil tindakan diam untuk menyelamatkan diri. Al maklum, dah terkantoi .. bukti, saksi dah ada.. so, better lah dia jawab "No komen" untuk cover line. Hai...manusia, Wawa pun 2 tak 5 saja.. :-?

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 15-03-10 23:23

Pada 26-02-10 00:21 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

kadang-kadang kalau diam pun ada orang yang negatif jugak..sombongla, kera sumbangla....tapi pahalpun, saya juga sependapat dengan kawan-kawan lain yang diam itu lebih baik...

Sekali lagi statement ini menunjukkan kita lebih risaukan manusia berkata dari ALLAH berkata...

kita sangat risau org kata sombong,kera submang, tidak bercampur gaul...

tapi Kenapa kita tak bangga ALLAH iktiraf diam kita...

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 15-03-10 23:25

Pada 15-03-10 19:10 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-02-10 09:18 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Memang tengah diam, tak bercakap pun...cuma menaip saja...
ehehhehe,,,,,

Hafeezul, diam di mulut tapi hatimu tetap 'pot pet, pot pret..' :sopan:

.. Tapi, jangan tak tahu juga ye? Ada juga jenis manusia yang ambil tindakan diam untuk menyelamatkan diri. Al maklum, dah terkantoi .. bukti, saksi dah ada.. so, better lah dia jawab "No komen" untuk cover line. Hai...manusia, Wawa pun 2 tak 5 saja.. :-?

Rasanya hati pot pet tak mengapa sebab kita berperang dengan diri sendiri dari meluahkan...

tapi lebih baik jika dikurniakan hati yang sentiasa bersangka baik..

:kelip: :berfikir:

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 15-03-10 23:25

Pada 15-03-10 23:25 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-10 19:10 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-02-10 09:18 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Memang tengah diam, tak bercakap pun...cuma menaip saja...
ehehhehe,,,,,

Hafeezul, diam di mulut tapi hatimu tetap 'pot pet, pot pret..' :sopan:

.. Tapi, jangan tak tahu juga ye? Ada juga jenis manusia yang ambil tindakan diam untuk menyelamatkan diri. Al maklum, dah terkantoi .. bukti, saksi dah ada.. so, better lah dia jawab "No komen" untuk cover line. Hai...manusia, Wawa pun 2 tak 5 saja.. :-?

Rasanya hati pot pet tak mengapa sebab kita berperang dengan diri sendiri dari meluahkan dengan kata...

tapi lebih baik jika dikurniakan hati yang sentiasa bersangka baik..

:kelip: :berfikir:

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 15-03-10 23:28

Kesinambunagn mari kita menyanyi...

Bicara Kata
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 16-03-10 10:40

Hafeezul, best lagu tu, sesuai lah dengan tajuk. kadang-kadang bila Wawa tak diberi peluang untuk bela diri dalam sesuatu situasi, Wawa amati lagu tu, memang 'kena ' sangat-sangat lah..

Apapun, kepada sesiapa yang 'suka mengintai2 keaiban' org ni.. Stop it.. (Even me...my self) kecuali dan niat nak baiki situasi/keadaan..

"I hate backstabber" .. - (Surau Mahallah Asma, UIA)

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

wan_danial
Warga Rasmi
Menyertai: 14.03.2010
Ahli No: 39479
Posting: 5

burkinafaso   avatar

posticon Posting pada: 16-03-10 12:07

Pada 25-02-10 14:27 , Awani posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-02-10 22:04 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Ana suka diam...tak suka sangat cakap....sampai org cakap bisu...ehehe....

Ibu bapa risau bila anak tak reti cakap..takut2 communication lack...tak dapat kerja...itu lah pandangan manusia...

Disisi ALLAH, rupanya diam itu lebih baik...

Nak cakap boleh, tapi biarlah kearah kebaikan dan urusan akhirat

Wallahu'alam

Assalamualaikum

Bagi ana bercakap apabila perlu saja..Kalau untuk sesuatu urusan penting seperti temuduga, maka haruslah hadapinya dengan sebaik-baiknya.banyak cakap pun kalau apa yang diperkatakan itu tidak berfaedah maka rugi saja :-)

...saaaaaaaaaaangat setuju.... :-) tapi masalahnya manusia diam apabila d arahkan bercakap dan bercakap apabila d arahkan diam :jangan:

Bookmark and Share

  Member Information For wan_danialProfil   Hantar PM kepada wan_danial   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar

posticon Posting pada: 16-03-10 12:08

betul tu engrfeez. amalan ni selalu atok akak beritahu pada akak dan dia suruh amalkan. dia kata diam tak semesti kalah. kerana bila kita kurang bercakap maka kita tak akan cakap yang mengarut2 sehingga membolehkan berdosa. bila banyak cakap nanti semua yang mengarut tak mengarut pun keluar. maka timbulah dosa.

tapi org selalu kata diam tu kalah. tapi kalah pun kalah lah kan. :oops:

Bookmark and Share

  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

sharinor
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.03.2010
Ahli No: 39398
Posting: 29
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 16-03-10 12:13

Terima kasih kerana mengingatkan supaya diam. Bagus diam. Tapi saya terfikir kalau lama sangat diam kalau sekali bercakap tu bahaya juga maklumlah dah lama diam, kemahiran untuk menggunakan kata-kata pun kurang agaknya tak? Apa-apa pun yang penting niat nak bercakap tu dan jangan cepat bersangka buruk.

Bookmark and Share

  Member Information For sharinorProfil   Hantar PM kepada sharinor   Pergi ke sharinor's Website   Quote dan BalasQuote

CapGurl
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2010
Ahli No: 39234
Posting: 39
Dari: Petaling Jaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 22-03-10 14:53

tak cakap apa-apa pun....tumpang lalu sambil baca artikal jewww......

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For CapGurlProfil   Hantar PM kepada CapGurl   Quote dan BalasQuote

mutmainah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37471
Posting: 96
Dari: sbh-kedah

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 23-03-10 00:07

Assalamualaikum ..hmm..betul-betul diam itu lebih baik...tapi diam d mulut...bising d hati...hmm...susah2...saya jenis diam juga tapi itu dulu..dah meningkat dewasa ini...makin kuat merapu....hish2...saya diam time tak ada teman berbicra :-D ..time solat...tidur...dan time lecture garang mgajar.... :-D :-D ..

DIAM ku bukan kerana takut..
DIAM ku bukan kerana kalah...
DIAM ku bukan kerana salah...
DIAM ku bukan kerana bisu...
tapi DIAM ku kerana sabar..... :bunga: :bunga:

-----------------
there is no such thing as a safe journey life is full of ups dan downs

Bookmark and Share

  Member Information For mutmainahProfil   Hantar PM kepada mutmainah   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 23-03-10 15:01

Pada 21-02-10 20:34 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas .a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,Kenapa kamu lakukan ini atau Kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

** Sumber: Majalah Anis Edisi Mei 2009

kena faham betul-betul diam yang macam mana dan diam yang bila yang rasulullah maksudkan tu.

rasulullah bukanlah seorang pendiam.

jangan main sampaikan saja or main telan saja..fahami betul-betul, baru cek betul or salahnya. bukan semua yang ada kat internt tu betul.

tambah ilmu kita.

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.122986 saat. Lajunya....