Oleh |
Bantah sambutan hari kekasih di Menara KL!!! |
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 12-02-10 19:40
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru umat Islam supaya tidak terlibat di dalam mana-mana sambutan sempena hari kekasih atau Valentine's Day pada 14 Februari ini. Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, remaja negara ini perlu akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan meraikan sambutan Valentine bukan dari ajaran Islam. "Kita risau sekiranya sambutan yang bakal diadakan diisi dengan program-program maksiat yang jelas bertentangan dengan Islam dan budaya timur. "Ia juga menggalakkan budaya 'couple' secara bebas di kalangan anak-anak muda yang menyumbang gejala negatif di dalam negara kita dan bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini," katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih diharamkan oleh agama Islam. Kamaruzaman bersama beberapa orang Exco Pemuda PAS Wilayah sebentar tadi telah menyerahkan surat bantahan sambutan hari kekasih yang akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad ini. Surat bantahan diterima oleh Mohd Zakhir Azam, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan setelah perbincangan selama lebih kurang 30 minit. (gambar) Pihak Menara KL telah menerima baik bantahan dan saranan Pemuda Wilayah dan menjelaskan beberapa perkara yang menimbulkan kekeliruan seperti laporan akhbar pada 11 Februari lalu. Antaranya tawaran baucar hotel yang ditawarkan adalah baucar makanan dan bukannya baucar penginapan untuk pasangan kekasih tidur bersama pada malam tersebut. Mohd Zakhir menjelaskan bahawa tidak ada minuman keras yang akan dihidangkan dan dijual pada malam sambutan tersebut. Selain itu, pihak menara KL akan memastikan tidak ada ruangan bersendirian disediakan untuk pasangan melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral. Pemuda PAS Wilayah turut menyarankan agar pada masa akan datang Menara KL menganjurkan program-program yang lebih bermanfaat kepada masyarakat khususnya anak-anak muda Malaysia. Pada 11 Februari lalu, akhbar melaporkan bahawa sambutan hari kekasih yang akan disambut pada 14 Februari ini, buat julung kalinya Menara KL menjemput pasangan kekasih meraikannya di pelantar terbuka menara KL berketinggian 300 meter itu.
|
chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.01.2010 Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana
|
Posting pada: 12-02-10 20:09
benda haram dah jadi halal... apa nak jadi pun tak tahu lah.. ----------------- PRaiSe To YoU, JuST FoR You, ALLAH....
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 12-02-10 22:04
siapa lah yang anjurkan benda lagha tu... ----------------- Jom masuk syurga...
|
sazuwi
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai
|
Posting pada: 13-02-10 05:54
takut pada awalnyer memang sambutan biasa-biasa saja.. pihak kl tower boleh tutup sebelah mata saja.. ----------------- .: Nafsu itu ibarat batu yang berat. Jika diangkat dengan iman yang kuat dan dilontar ke dalam lautan takwa. Maka tengelamlah nafsu itu :.
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 14-02-10 11:40
semalam saja berjalan2 dengan suami menikmati suasana kl tanpa warga kota"celup" yang kembali ke kampung halaman masing-masing.. kami menyelusuri banyak tempat2 yang tak mungkin di singgah tanpa sebab..ia mungkin lah menara kl mampu mengharamkan terus sambutan itu.. tapi di seluruh kl? best..best... memang best mernjahanamkan mata melihat pemandangan semalam.. anak-anak gadis melayu(sepatutnya Islam lah kan).. sambil mengepit rokok di celah jari..di usung oleh mat2 saleh botak.. di umpan dengan sejambak bunga yang dijual macam pesta bunga di tepi2 jalan.. di lorong2 pula.. jejaka2 jelita .. (dua alam) berpesta meraih pelanggan.. yang ayam2 tua pun sama..berkepit dengan mat bangla.. hampir seluruh tanah KL ada saja cuople2 yang sedang berpeluk sakan.. mungkin ada yang telah berkahwin mungkin ada yang tidak.. sadis..sadis.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
FAZIMY
Warga Rasmi Menyertai: 16.02.2010 Ahli No: 39291
Posting: 10
Dari: johor
|
Posting pada: 16-02-10 15:41
hehehe...bulan november nanti, banyaklah bayi-bayi yang dijumpai di tong-tong sampah, di sungai-sungai, di kaki mesjid dan sebagainya. Cukup 9 bulan kan?
|
riniey
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22591
Posting: 292
|
Posting pada: 17-02-10 00:26
teroknye... mana ada dalam islam sambutan hari kekasih... -----------------
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 17-02-10 16:09
banyak sangat pengaruh....terutamanya TV...bila dah nak dekat tarikh itu..mulalah menayangkan filem2 entah apa-apa entah....TV pengaruh paling besar..lah. ----------------- "InDaHnYa IsLAm"
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 20-02-10 01:56
haa ni lah dia hasil dari KETUANAN MELAYU yang ada forummer sini sokong.....TERIMALAH AKIBATNYA KATAKAN TIDAK KEPADA KETUANAN MELAYU ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 02-03-10 16:48
salah satu program penggalak untuk membuang bayi... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 02-03-10 16:58
program sebegini semakin mendapat tempat di kalangan muslim terutamanya muda mudi.. sedangkan program berbentuk islami semakin asing di kalangan mereka.. islam kembali asing.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|