Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 195
Ahli: 0
Jumlah: 195




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 32 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Komputer dan IT
Topik: Apa dosa bayi perempuan ini..??


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» Apa dosa bayi perempuan ini..??

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa dosa bayi perempuan ini..??

al_Muddathsir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2010
Ahli No: 39247
Posting: 74

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 17:35


Bismillahirrahmanirrahim



babygirl
KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut
dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong,
Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL




Apa dosa bayi perempuan ini?


MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.


Oleh Rizanizam Abdul Hamid
[email protected]

Sumber:
Utusan Online, 11 Februari 2010


-----------------
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_MuddathsirProfil   Hantar PM kepada al_Muddathsir   Pergi ke al_Muddathsir's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 17:42


:( apabila manusia mula menjadi bukan manusia...


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 21:11


natijah dari keruntuhan akhlak masyarakat Islam masa kini... lebih dahsyat dari zaman jahiliyyah... Na'uzubillahiminzalik... Akhir zaman makin menghampiri kita... sama-sama kita ambil iktibar, mudah-mudahan kita dalam golongan selamat di dunia dan akhirat...


-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

daisi
Warga Rasmi
Menyertai: 09.02.2010
Ahli No: 39246
Posting: 6

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 23:33


Sedih apabila membaca kes -kes macam ni..tiada kesudahan. Tiada nilai nyawa bayi-bayi yang dibuang ni, sama ada mereka melemparnya seperti melempar sampah hingga pecah kepala, sama ada mereka meletakkan di celah rimbunan sampah sehingga anjing-anjing liar memakan bayi ni secara lahapnya atau sama ada mereka membunuh bayi ni dengan apa cara saja pun, kita tidak terdengar tangisan pilunya...Akhirnya, bayi-bayi ni jugalah yang akan bangkit di akhirat nanti untuk bertanya apa sebab mereka dibunuh?

Tiada siapa yang sudi untuk membantu bayi-bayi ini diberi peluang untuk hidup..Kita di sini hanya untuk mampu melihat dan terus melihat beberapa adegan membuang bayi sehingga menjadi mayat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For daisiProfil   Hantar PM kepada daisi   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-02-10 06:47


naik bulu roma tengok gambar tu....kejamnye manusia....
ak dah lah suka budak-budak....
Kalau lah jumpa siapa mak budak ni...
eeee....geramnye...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

muhdevori
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38634
Posting: 26
Dari: kl

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-10 17:02


hmm..
happens all the time..
umat sekarang mana lagi jahil daripada umat jahiliyah dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhdevoriProfil   Hantar PM kepada muhdevori   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-10 19:18


Geram betul a dengan pembunuh2 kejam ini. Patut kena rejam dengan batu saja..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-02-10 20:18


tak sampai hati nak tengok .. Wawa ni..memang org susah tapi tak terfikir pula nak buang/jual bayi.. 4X ada org datang berjumpa dengan Wawa dengan harapan akan dapat memiliki bayi Wawa ni .. ada yang tawarkan RM13K.

Sungguh ... tak sanggup.. memang dulu Wawa ada terfikir untuk serahkan bayi Wawa pada Penjaga.. walaupun rasa sedih dan tak sedap hati, Wawa tabahkan juga..tak putus-putus do'a Wawa minta bantuan ALLAH SWT. Sekiranya org yang bakal menjaga anak Wawa tu kurang akhlak dan ilmu agamanya..maka gagalkanlah tujuan Wawa, walaupun niat nak serahkan anak buat sementara waktu pada waktu itu ialah untuk Wawa cari kerja...

Waktu yang amat pantas, segalanya berlalu, Wawa bersyukur kerana anak Wawa masih bersama Wawa, syukur juga kepada teman-teman yang sudi menolong dan membantu dari segala segi..

kepada sesiapa yang bercinta, ingat..! jangan hampiri zina..kerana zina itulah yang akan menyebabkan hal-hal macam ni terjadi. Insaf sangat .. :-( Bersyukur juga pada Tuhan yang Maha mengasihi Wawa dan anak-anak kerana 'menyelamatkan' kami dari fitnah manusia yang berhati ............... entahlah ...


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-02-10 20:23


bila hukum Allah tak dilaksanakan dengan sempurna, manusia pun naik tocang lah.. sabar lah sahabat-sahabat ku sekalian, kat akhirat nanti, mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ini akan dibalas dengan balasan yang setimpal..


-----------------
PRaiSe To YoU,
JuST FoR You,
ALLAH....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chiyo_kajujiProfil   Hantar PM kepada chiyo_kajuji   Pergi ke chiyo_kajuji's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-02-10 02:26


Tapi tu lah.. kita kena lihat kejadian ni dalam banyak aspek. Contohnya, pengaruh keadaan sekeliling.

macam tak adil jika kita tuding jari pada org yang membuang bayi tersebut 100%. Ye, memang ianya kejam tapi mungkinkah dia juga dipaksa berbuat demikian oleh pelbagai pihak yang kita tidak ketahui? Mungkin juga dia telah berkawan dengan org yang 'salah' atau di saat dia mulai sedar, tiada siapa yang sudi membimbingnya?

Ye, memang setiap perbuatan tu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak tapi ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI, MAHA PENGAMPUN.. sama-samalah kita berdo'a agar si agdis ini diberi petunjuk rahmat-NYA, Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang terlanjur hamil luar nikah. Jangan ambil jalan singkat membunuh bayi anda. Banyak pertubuhan Islam yang boleh membantu kita menjaga bayi kita, Pertubuhan Nur Hikmah umunya.

Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara yang mendatangkan marah ALLAH SWT kepada kita, Amin ..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-02-10 09:43


Sampainya hati buat darah daging sendiri macam tu mengalahkan sifat binatang....isk..


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

cruncing
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.02.2010
Ahli No: 39239
Posting: 29
Dari: Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-02-10 10:45


Salam....
Ni lah manusia yang dah baligh tapi belum mumaiz.....
Bertaubat lah pada mereka yang buat kerja terkutuk ni, dosa zina tak habis lagi..... dah tambah dosa membunuh pula.


-----------------
Kita adalah apa yang kita fikirkan.......


Bookmark and Share

    


  Member Information For cruncingProfil   Hantar PM kepada cruncing   Quote dan BalasQuote

Bangchik11
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2011
Ahli No: 41657
Posting: 4

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-09-11 20:45


Sampainya hati buat darah daging sendiri macam tu mengalahkan sifat binatang....isk..

Binatang pun sayang akan anaknya ...

Manusia yang diberikan akal oleh Allah tetapi tidak digunakan sebaik-baiknya ...
malah DIROSAKKAN...

Nauzubillah min zalik ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bangchik11Profil   Hantar PM kepada Bangchik11   Quote dan BalasQuote

ilahnurani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2005
Ahli No: 21425
Posting: 164
Dari: Kuantan,Pahang Darul Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-11 19:08


org yang nak anak,tak dapat anak..tapi org yang ada anak di buang pula anak 2...

sgguh kejam manusia sekarang ni...


-----------------
Love GOD Care for Others....:-)   

Latahzan_ilahnurani.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilahnuraniProfil   Hantar PM kepada ilahnurani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149844 saat. Lajunya....