Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Kisah di sebalik Facebook yang perlu anda tahu


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Kisah di sebalik Facebook yang perlu anda tahu

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah di sebalik Facebook yang perlu anda tahu

muhrizs
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22819
Posting: 6
Dari: mesir

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 07:06


Sumber asal: http://ajaibbenar.blogspot.com/2010/02/kisah-di-sebalik-facebook-yang-perlu.html

1. Kes Penceraian dan keretakan Rumahtangga.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan, Divorce-Online http://www.divorce-online.co.uk/ Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.


“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.” http://www.telegraph.co.uk/technology/facebook/6857918/Facebook-fuelling-divorce-research-claims.html

--------------------------------------
Setelah 6 tahun berkahwin, Emma Brady dan Neil Brady berpisah. Emma yang terkejut dengan berita itu diberitahu oleh kawannya di Denmark yang suaminya telah membuat pengumuman di Facebook bahawa mereka telah bercerai melalui status, "Neil Brady has ended his marriage to Emma Brady" 'Neil Brady telah mengakhiri pernikahannya dengan Emma Brady'.
Emma sangat kecewa karena perpisahan yang dilakukan dengan mendadak tanpa berbincang terlebih dahulu.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1136503/Husband-dumps-wife-online-message-worlds-divorce-Facebook.html

--------------------------------------------------
Keretan rumah tangga juga terjadi di kalangan rakyat Malaysia. Setelah 14 tahun mendirikan rumah tangga, kemudian isteri meyertai facebook dan mula berjumpa kembali teman-teman lama. Bermula dengan sembang kosong di facebook dan sebok melayan kawan lelakinya yang kini sudah menjadi suami orang, kini galak bergayut di telefon pula!!

http://www.hmetro.com.my/articles/ds31/Article/

Pada mulanya dia mencari rakan lama dari zaman sekolahnya. Selepas berjaya menemui beberapa orang, dia berhubungan dengan mereka. Yang saya tak suka, kawannya bukan hanya perempuan, sebaliknya ramai juga lelaki.

Saya tidak suka dia bersembang dengan rakan lelakinya biarpun hanya melalui Facebook. Pernah saya menyindirnya dengan memberi contoh kejadian negatif yang berlaku pada masa ini jika terlalu asyik bersembang melalui Internet, tapi katanya saya cemburu.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan saya sebagai suami. Baginya, apa yang dia lakukan tidak menyalahi hukum agama. Saya pula berpendapat saya ada hak untuk curiga dan menghalangnya berbuat demikian kerana semua rakan lelakinya di Facebook sudah berkahwin.

Lebih mengecewakan, daripada bersembang melalui Internet, kini mereka galak pula berbual melalui telefon.

Jadi, saya bimbang jika selepas ini mereka merancang untuk berjumpa pula. Dia seolah-olah lupa kawan lelakinya juga sudah berkahwin. Kenapa dia suka sangat berbual dengan suami orang?




2. Melemahkan Generasi Muda Arab

Penelitian ini dilakukan oleh Islam Hijazi, sebuah badan peneliti di Fakulti Ilmu Pengetahuan Politik di Universiti Kaherah, Mesir, dan juga International Centre for Future and Strategic Study in Cairo.


Menurut Islam Hejazi di waktu ini ramai pengguna Facebook bertukar menjadi aktivis alam maya sahaja. Mereka tidak dapat menyatakan menyelesaikan dan memahami permasalahan dunia yang sebenar.
Sebagai contoh, Ketika berlaku apa-apa kejadian ke atas umat Islam, mereka hanya cukup dengan membuat sepanduk, kecaman, atau kumpulan-kumpulan di wall Facebook, dan seterusnya, mereka merasa aman tentang kewajiban yang lain. Tiada tindakan susulan yang dapat mereka laksanakan. Dalam arti lain, para penguna Facebook di negara Arab yang berusia muda hidup dalam dunia yang penuh kepalsuan. (sa/dlhyt)



3. Penghapusan akaun PRO ISLAM dan JIHAD

Pihak Pengurusan Facebook dengan semena-mena menghapus akaun milik Syaikh 'Aidh al Qarni tanpa memberikan alasan apapun tentang penghapusan akaun beliau.

Pihak Pengurusan Facebook tidak menjawab soalan yang bertubi-tubi yang ditanyakan oleh pembela dan peminat Dr. Sheikh Aidh al Qarni. Mereka memadam akaun Dr. Sheikh Aidh al Qarni tanpa sebarang alasan yang jelas.


Selain itu, pihak Facebook juga telah banyak memadam akaun yang lancang menyuarakan Islam dan Jihad di Internet. Salah satunya adalah group Cyber Jihad Community yang dibuat oleh Muhammad Jibriel Abdul Rahman yang juga merupakan pimpinan dari Ar Rahmah Media.

Walau bagaimana pun setiap group yang mati akan diganti baru oleh ahli-ahli komuniti yang lain. Yang ingin dinyatakan di sini, mengapa banyak group yang mempunyai unsur pornografi dan lain-lain tidak ditutup??



Bookmark and Share

    


  Member Information For muhrizsProfil   Hantar PM kepada muhrizs   Pergi ke muhrizs's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 07:43


muhrizs.. Wawa fikir, ianya Bergantung pada kebijakan kita menggunakan kemudahan yang ada.. macam dadah lah contohnya.. Jika kuantitinya betul, kita akan dapat manfaatnya tapi jika berlebihan, kita yang menanggung kemudaratannya..

Muhrizs join fb juga ke?


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

recessbox
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.01.2010
Ahli No: 39107
Posting: 25
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 11:17


Pada 11-02-10 07:43 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

muhrizs.. Wawa fikir, ianya Bergantung pada kebijakan kita menggunakan kemudahan yang ada.. macam dadah lah contohnya.. Jika kuantitinya betul, kita akan dapat manfaatnya tapi jika berlebihan, kita yang menanggung kemudaratannya..

Muhrizs join fb juga ke?



betul tu.....
kenapa layan knaln yang memushkilkan
carilah knalan yang baik-baik :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For recessboxProfil   Hantar PM kepada recessbox   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 11:20


kalau salah guna memang lah jadi begitu.. gunekanlah akal fikiran dengan sempurna..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

muhrizs
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22819
Posting: 6
Dari: mesir

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 15:49


Artikel ini kan sekadar kisah. Kalau tak diberitakan, kita pun tak tahu, bukan? Semua perkara yang harus, ada baik dan buruk. Kadang kala punya akal fikiran yang sempurna juga terbabas ke arah yang salah. Orang yang terjebak di dalam kisah di atas juga bukanlah makcik-makcik sapu sampah atau pembasuh tandas. Jadi dengan adanya kisah ini sebenarnya dapat membantu supaya kita lebih berhati-hati lebih dari 100%



Bookmark and Share

    


  Member Information For muhrizsProfil   Hantar PM kepada muhrizs   Pergi ke muhrizs's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 16:53


Pada 11-02-10 07:06 , muhrizs posting:

!!! QUOTE !!!

Sumber asal: http://ajaibbenar.blogspot.com/2010/02/kisah-di-sebalik-facebook-yang-perlu.html

1. Kes Penceraian dan keretakan Rumahtangga.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan, Divorce-Online http://www.divorce-online.co.uk/ Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.


“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.” http://www.telegraph.co.uk/technology/facebook/6857918/Facebook-fuelling-divorce-research-claims.html

--------------------------------------
Setelah 6 tahun berkahwin, Emma Brady dan Neil Brady berpisah. Emma yang terkejut dengan berita itu diberitahu oleh kawannya di Denmark yang suaminya telah membuat pengumuman di Facebook bahawa mereka telah bercerai melalui status, "Neil Brady has ended his marriage to Emma Brady" 'Neil Brady telah mengakhiri pernikahannya dengan Emma Brady'.
Emma sangat kecewa karena perpisahan yang dilakukan dengan mendadak tanpa berbincang terlebih dahulu.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1136503/Husband-dumps-wife-online-message-worlds-divorce-Facebook.html

--------------------------------------------------
Keretan rumah tangga juga terjadi di kalangan rakyat Malaysia. Setelah 14 tahun mendirikan rumah tangga, kemudian isteri meyertai facebook dan mula berjumpa kembali teman-teman lama. Bermula dengan sembang kosong di facebook dan sebok melayan kawan lelakinya yang kini sudah menjadi suami orang, kini galak bergayut di telefon pula!!

http://www.hmetro.com.my/articles/ds31/Article/

Pada mulanya dia mencari rakan lama dari zaman sekolahnya. Selepas berjaya menemui beberapa orang, dia berhubungan dengan mereka. Yang saya tak suka, kawannya bukan hanya perempuan, sebaliknya ramai juga lelaki.

Saya tidak suka dia bersembang dengan rakan lelakinya biarpun hanya melalui Facebook. Pernah saya menyindirnya dengan memberi contoh kejadian negatif yang berlaku pada masa ini jika terlalu asyik bersembang melalui Internet, tapi katanya saya cemburu.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan saya sebagai suami. Baginya, apa yang dia lakukan tidak menyalahi hukum agama. Saya pula berpendapat saya ada hak untuk curiga dan menghalangnya berbuat demikian kerana semua rakan lelakinya di Facebook sudah berkahwin.

Lebih mengecewakan, daripada bersembang melalui Internet, kini mereka galak pula berbual melalui telefon.

Jadi, saya bimbang jika selepas ini mereka merancang untuk berjumpa pula. Dia seolah-olah lupa kawan lelakinya juga sudah berkahwin. Kenapa dia suka sangat berbual dengan suami orang?




2. Melemahkan Generasi Muda Arab

Penelitian ini dilakukan oleh Islam Hijazi, sebuah badan peneliti di Fakulti Ilmu Pengetahuan Politik di Universiti Kaherah, Mesir, dan juga International Centre for Future and Strategic Study in Cairo.


Menurut Islam Hejazi di waktu ini ramai pengguna Facebook bertukar menjadi aktivis alam maya sahaja. Mereka tidak dapat menyatakan menyelesaikan dan memahami permasalahan dunia yang sebenar.
Sebagai contoh, Ketika berlaku apa-apa kejadian ke atas umat Islam, mereka hanya cukup dengan membuat sepanduk, kecaman, atau kumpulan-kumpulan di wall Facebook, dan seterusnya, mereka merasa aman tentang kewajiban yang lain. Tiada tindakan susulan yang dapat mereka laksanakan. Dalam arti lain, para penguna Facebook di negara Arab yang berusia muda hidup dalam dunia yang penuh kepalsuan. (sa/dlhyt)



3. Penghapusan akaun PRO ISLAM dan JIHAD

Pihak Pengurusan Facebook dengan semena-mena menghapus akaun milik Syaikh 'Aidh al Qarni tanpa memberikan alasan apapun tentang penghapusan akaun beliau.

Pihak Pengurusan Facebook tidak menjawab soalan yang bertubi-tubi yang ditanyakan oleh pembela dan peminat Dr. Sheikh Aidh al Qarni. Mereka memadam akaun Dr. Sheikh Aidh al Qarni tanpa sebarang alasan yang jelas.


Selain itu, pihak Facebook juga telah banyak memadam akaun yang lancang menyuarakan Islam dan Jihad di Internet. Salah satunya adalah group Cyber Jihad Community yang dibuat oleh Muhammad Jibriel Abdul Rahman yang juga merupakan pimpinan dari Ar Rahmah Media.

Walau bagaimana pun setiap group yang mati akan diganti baru oleh ahli-ahli komuniti yang lain. Yang ingin dinyatakan di sini, mengapa banyak group yang mempunyai unsur pornografi dan lain-lain tidak ditutup??



Salam.,

apa yang sahabat ukhwah, muhrizs katakan dan sampaikan diatas ini memang boleh dikatakan 60% punca keretakan hubungan bagi pasangan tertentu (sama ada suami isteri, tunang, atau pasangan yang ber'couple' )hancur berkecai begitu sahaja. Disebabkan oleh teknologi yang meluas ni.. sampaikan manusia dah tak tau bezakan yang baik dan yang buruk.. mudah dipengaruhi oleh kehendak hidup yang kosong dan tipu daya nafsu.

bukan FaceBook sahaja, malahan Friendster dan My Space, juga punca bagi pasangan untuk berubah perasaan dan beralih kasih serta mencari yang lebih memenuhi kehendak hati. dilaman sebegini jugalah kita akan lebih mengenali diri pasangan kita bagaimana?

tak boleh nak dinafikan lagi, lihat saja perkenalannya dengan rakan-rakan web tersebut bagaimana, macam mana ye, ana pun masih confuse lagi.. seorang yang dikatakan islamic (muslimin/muslimat tapi ramai kenalan muslimat/muslimin) logik ke ni?:-? alasan nak berkenalan dan mendapatkan ilmu, betul ke? atau disebaliknya ada permainan dan tipu daya iblis? :-? fikirkan sahabat.

ana rasa perbincangan sebegini perlu diketengahkan bagi membanteras isu sebigini menjadi lebih luas dan memisahkan hbgan/keakraban pasangan. seharusnya portal ini salah satu perantara yang berguna dalam penyampaian ilmu dan pendapat adalah lebih baik daripada menyokong kepada ciptaan golongan kafir itu.

sama-samalah membanting tenaga menangani masalah ini. sama-sama bantu rakan-rakan seagama kita. bersihkan hatimu, perindahkan akhlakmu dan perlengkapkanlah ilmumu dengan suruhanNYA dan mencegah kemungkaran yang ditentukanNYA.

harap jangan salah guna kemajuan yang ada, silap haribulan..takut ALLAH tarikh satu kelebihan yang ada.time ni.. tak ada point nak patah balik.

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

muhrizs
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22819
Posting: 6
Dari: mesir

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 19:45


ya.. kadang-kadang kita boleh lihat guru-guru atau ustaz ustazah kita yang ada akaun Facebook, (juga social networking yang lain), boleh bergurau-gurau di sana. Memang rakan sekerja. Memang tak manis bila suami orang, walaupun rakan lama, berborak di sana melain benda-benda penting. Kemungkinan rakan lama itu adalah bekas kekasih mereka suatu masa dahulu. Ini satu PANDANGAN.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muhrizsProfil   Hantar PM kepada muhrizs   Pergi ke muhrizs's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-10 20:41


Assalamualaikum...

syukran atas info... pandangan akak, mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan... memang ramai pengguna facebook dah bersuami/beristeri... jadi harapnya masing-masing pandai2 lah bawa diri dengan title masing-masing di alam maya tu... nama pun alam maya, nampak secara luaran pandangan mata kasar, segala kemungkinan boleh berlaku... sama jugak situasinya di alam realiti, kat mana-mana pun kita yang penting kena ingat diri, kawal diri... ingat setiap apa yang kita buat tu ada dalam pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui sama ada yang tersembunyi atau pun yang dizahirkan... Malaikat pun setia mencatat amalan kebaikan atau keburukan... apa-apapun, kembali pada nawaitu kita... Lillahi Taala ataupun apa??? Wallahu ta'ala A'alam..:-)


-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

nordalily

Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14076
Posting: 178
Dari: sg buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 10:03


Salam,

manusia dikurniakan akal fikiran,

so fikir-fikirkanlah

senyuk sokmo :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For nordalilyProfil   Hantar PM kepada nordalily   Pergi ke nordalily's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 11:11


Mari kita buat facebook kita sendiri... Allahu Akhbar..

Nak letak nama apa ye? Fesbuk? MukaBuku..? BukuMuka? AllTheGreat(Allah is The Great)?


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-02-10 23:19


salam,
just sharing, moga bermanfaat.




Facebook, Yahudi & Status Hukum

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)



2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?



3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?



Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.





4) Privacy pengguna facebook dijajah?



Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.



Policy menyebutkan :



"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."



Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.



Selain itu, juga disebutkan :



To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."



Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.



Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.



KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.



· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.



· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-



a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

pergi- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.



Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-02-10 11:52


Pada 11-02-10 11:20 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

kalau salah guna memang lah jadi begitu.. gunekanlah akal fikiran dengan sempurna..


Assalamualaikum
agree dengan pendapat di atas....em, kena pandai2la guna untuk perkara yang bermanfaat kan.... :-D


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

Fati_bumbum
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.12.2007
Ahli No: 32000
Posting: 48
Dari: ALoR Setaq

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-03-10 12:05


Pada 11-02-10 15:49 , muhrizs posting:. Orang yang terjebak di dalam kisah di atas juga bukanlah makcik-makcik sapu sampah atau pembasuh tandas. Jadi dengan adanya kisah ini sebenarnya dapat membantu supaya kita lebih berhati-hati lebih dari 100%



mak cik sapu sampah kat tempat kerja saya dah ada akaun facebook. kat rumah mak cik sapu sampah ada kemudahan internet. makcik sapu sampah belajar IT kerana dia berhajat untuk memantau kegiatan anak2nya di laman sosial facebook :-D


Bookmark and Share

    


  Member Information For Fati_bumbumProfil   Hantar PM kepada Fati_bumbum   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-03-10 14:05


erm....my opinion, terserah pada individu masing-masing...fikir mana yang elok...kalau mn2 ada yang sampai bercerai- berai sebabkan FB ni xpttla..

kalau dah kawin 2, buat cari dah kawin..jangan nak lebih-lebih..masing-masing dah dwasa..guna akal secara rasional..jangan main ikut rasa saja...

ai..mcm2la...


-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108724 saat. Lajunya....