Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70

  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu

Bantuan dan Simpati
Topik: DiUGuT BuNuH KeRaNa MeMeLuK ISLAM..

Carian Forum

Moderator: Administrator, sadiqah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bantuan dan Simpati
    »» DiUGuT BuNuH KeRaNa MeMeLuK ISLAM..

Please Mendaftar To Post

Oleh DiUGuT BuNuH KeRaNa MeMeLuK ISLAM..

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 28-01-10 06:48

7 beranak sasaran bunuh
Oleh Hadzlan Hassan
[email protected]
2010/01/27

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang.

Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu.

Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam.

“Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan.

Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga.

“Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim.

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit.

Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun.

Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah.

“Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi.

“Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap.

“Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya.

Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam.

“Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi.

“Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu.

“Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya.

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-01-10 07:19

ishishish. kesiannya dia. rakan-rakan ukwah ada tak cara kita nak bantu mereka ni semua. akak rasa ini adalah cara terbaik kita bantu dia. tak kiralah berupa wang atau sebagainya.

apa pendapat yang lain.

Bookmark and Share

  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 29-01-10 15:24

apakata buat JK_saudara baru... :D
actually saya amat2 terkesan dengan kisah tu...da baca kat metro...kasihan sangat-sangat.. please lah..sesiapa yang jumpa mereka tu bawa lah ke pihak2 sepatutnya... lagi baik jika before tu anda yang bantu dia dengan menempatkannya d sebuah rumah, biarlah mereka menyewa atas nama anda..besar jasa anda tu...tapi pada mereka lebih utama keselmatan...so..pihak2 berkenaan kena lah proaktif..kan?

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 29-01-10 20:07

Wawa pun nak juga tolong tapi tak banyak lah boleh bagi.. Kita try lah 'jejak' dia melalui Wartawan yang catch up berita ni..

U all nak tahu tak? memang ramai tau, Muallaf yang susah nak dapat bantuan zakat. Berulang alik, terpaksa layan karenak birokrasi. kasihan sangat. Dah lah kena buang family.. Saudara sesama Islam pula tak bagi sokongan.

macam yang pernah Wawa cerita dulu, kat PJ ada rumah Perlindungan untuk wanita, org Kristian yang provide rumah tu untuk semua kaum wanita yang tertindas. Kbykannya penghuni rumah tu wanita Islam yang dizalimi suami/bekas suami mereka.

Di dalam rumah banglo tu, ada disediakan 'bilik Ibadat', kat dalam bilik tu, semua penghuni beribadat bersama2. mereka letak Patung gajah, salib, al-Qur'an dan kitab bible. Ha, time beribadat 2, semua menghadap 'Tuahn' masing2lah.. Ini realiti, bkntujuan nak provoke mana-mana agama. Apa yang Wawa nak tekankan d sini ialah, keprihatinan kita ni.

Wawa sokong syemarly buat JK tu. dan Wawa yakin, pasti ramai warga ukhwah.com yang tertunggu peluang nak labur saham akhirat mereka ni..

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 06:58

Pada 28-01-10 07:19 , limah posting:

!!! QUOTE !!!

ishishish. kesiannya dia. rakan-rakan ukwah ada tak cara kita nak bantu mereka ni semua. akak rasa ini adalah cara terbaik kita bantu dia. tak kiralah berupa wang atau sebagainya.

apa pendapat yang lain.

Setuju dengan Kak Limah..ada 39124 ahli dalam ukhwah ni..kalau seorang derma RM1. insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu saudara baru kita ini.

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 07:04

Pada 30-01-10 06:58 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-01-10 07:19 , limah posting:

!!! QUOTE !!!

ishishish. kesiannya dia. rakan-rakan ukwah ada tak cara kita nak bantu mereka ni semua. akak rasa ini adalah cara terbaik kita bantu dia. tak kiralah berupa wang atau sebagainya.

apa pendapat yang lain.

Setuju dengan Kak Limah..ada 39124 ahli dalam ukhwah ni..kalau seorang derma RM1. insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu saudara baru kita ini.

Mungkin pihak atasan ukhwah boleh hantar mesej atau emel kepada semua ahli untuk mengutip menderma..sekadar cadangan saya saja, mungkin ada cadangan yang lebih baik dari kawan-kawan ukhwah.

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 10:23

Ha'ah..derma macam tu, best juga kan?

Dah sms Hanan to respon this topic urgently. Hope 2 b follow up with best action 2 take then. :-) Syukur ada yang yang sudi membantu mereka. Tumpang bahagia..

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 10:38

Assalamualaikum

Cadangan yang baik. Kalau betul nak buat, buat betul-betul. Jangan dipandang pada keahlian yang ramai tu kerana kebanyakan dari warga ukhwah ini, hanya juara di depan sahaja, posting gah tapi nak derma 1 sen pun tak sanggup kecualilah kalau gambarnya diposting dengan derma replika 1 sen. Huh. Tapi tak semualah. mudah-mudahan yang posting di tajuk ini benar-benar prihatin.. Alhamdulillah..

Pada sesiapa yang nak menderma sila bank in ke akaun HANAN NETWORK, Maybank A/C No: 5123 1630 8046
Sila emel slip bank in atau maklumat pembayaran. Setiap derma akan diupdate di posting ini.

Berkenaan JK Saudara Baru, boleh bentuk AJK dan ikut prosedur program Portal. Boleh download borang2 berkenaan di ruang kanan forum.

Wassalam

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 11:14

Wah..tindakan yang pantas..! To all members...ukhwah.com, take your best concern/action. ALLAHUAKBAR..

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 11:18

Pada 29-01-10 15:24 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

apakata buat JK_saudara baru... :D
actually saya amat2 terkesan dengan kisah tu...da baca kat metro...kasihan sangat-sangat.. please lah..sesiapa yang jumpa mereka tu bawa lah ke pihak2 sepatutnya... lagi baik jika before tu anda yang bantu dia dengan menempatkannya d sebuah rumah, biarlah mereka menyewa atas nama anda..besar jasa anda tu...tapi pada mereka lebih utama keselmatan...so..pihak2 berkenaan kena lah proaktif..kan?

Syamerly, awak take action lah... isi cadangan aktiviti kat sebelah kanan tu. Wawa org pertama nak join JK ni. Ha, ada siapa2 lagi tak nak tambah pahala akhirat ni.. Cepat..Cepat!!

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 13:44

ala kak wawa... saya hanya cadang...hehe...biasanya students yang rajin dan bkesempatan buat gather macam ni.. pasal idea kak hanan tu, sabtu depan try cek akaun...insyaALLah nilai dalam akaun tu bganda2.. :D

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 16:27

emm dan sudah diketahuikah akan lokasi,identiti keluarga mualaf itu?

-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....

Bookmark and Share

  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 30-01-10 17:06

org di ukhwah ni hebat berkhutbah/ berdebat.... tapi tu sajalah

Bookmark and Share

  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 31-01-10 12:10

ni sama macam kes tahun 80 an jika tak silap yang 80 an tu siap semua kena bunuh lagi

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 31-01-10 17:56

Pada 30-01-10 10:38 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Pada sesiapa yang nak menderma sila bank in ke akaun HANAN NETWORK, Maybank A/C No: 5123 1630 8046
Sila emel slip bank in atau maklumat pembayaran. Setiap derma akan diupdate di posting ini.

Salam. Kak Hanan, nak emel kat mana?

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-02-10 09:04

Pada 31-01-10 17:56 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-01-10 10:38 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Pada sesiapa yang nak menderma sila bank in ke akaun HANAN NETWORK, Maybank A/C No: 5123 1630 8046
Sila emel slip bank in atau maklumat pembayaran. Setiap derma akan diupdate di posting ini.

Salam. Kak Hanan, nak emel kat mana?

[email protected]

hasanrijal boleh dapatkan info lengkap tak berkenaan kes ini. Alamat dan sebagainya

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 01-02-10 10:07

InsyaAllah nanti saya cuba emel Saudara Hadzlan, pengarang artikel ni..tanya info yang patut.

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 01-02-10 10:33

Salam. Daha hantaremel kepada pengarang artikel ni.Tinggal tunggu feedback. moga-moga dapat cepat.

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-02-10 11:06

assalamualaikum dan selamat pagi semua. terharu akak dengan keikhlasan semua. macam ni lah cara kita nak tolong rakan mualaf kita. sebab agama lain pun buat macam ni. so kalau sesiapa yang dapat tahu perkara2 macam ni cepat-cepat war-war kan kat sini atau pun kat portal muslimah ya.

hanan nanti bila jumpa akak tolong ingatkan ya sebab akak pun nak derma juga.

mana yang lain ni. cikgu azhar, rashdan kami perlu kan sokongan anda.

Bookmark and Share

  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-02-10 12:29

hasanrijal, kalau dah jumpa dia, jangan posting umum. hal-hal macam ni, sensitif. takut2 org yang mencari dia dapat detect nanti. tolong selidik2...dia dah ada tempat tinggal ke belum nanti ye?

we all waiting for your in4, my Man.

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar

posticon Posting pada: 01-02-10 14:02

Assalamualaikum

kasihan juga dengan saudara baru tu,tapi betul kah artikel ini?
:-?

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 01-02-10 17:22

Pada 01-02-10 12:29 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

hasanrijal, kalau dah jumpa dia, jangan posting umum. hal-hal macam ni, sensitif. takut2 org yang mencari dia dapat detect nanti. tolong selidik2...dia dah ada tempat tinggal ke belum nanti ye?

we all waiting for your in4, my Man.

Ok Kak Wawa.

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 03-02-10 11:37

Pada 01-02-10 17:22 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-02-10 12:29 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

hasanrijal, kalau dah jumpa dia, jangan posting umum. hal-hal macam ni, sensitif. takut2 org yang mencari dia dapat detect nanti. tolong selidik2...dia dah ada tempat tinggal ke belum nanti ye?

we all waiting for your in4, my Man.

Ok Kak Wawa.

en hasanrijal da dapat reply ke dr suratkhabar tu. Betul cakap awani tu, kadang banyak berita tak betul. Dah selidik bebetul baru kita proceed ya

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 03-02-10 19:37

Kak Hanan, sampai hari ni tak dapat apa-apa feedback lagi..

Kalau pasal berita ni betul ke tak saya pun tak dapat nak sahkan..tapi check harian metro online berita ni memang ada;

http://www.hmetro.com.my/articles/7beranaksasaranbunuh/Article/

Minta tolong kawan-kawan lain bagi pendapat, kita boleh percaya tak sumber ni????

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 04-02-10 11:36

Wawa ada jumpa ramai saja Muallaf yang duduk di bawah seliaan rumah perlindungan, Hospital dan worst ...tinggal di Gereja!

Ada juga mangsa dera, rogol, suaminya seksa dia, kurung dalam kandang kambing, dilepaskan ular, dilacurkan isteri dia tu...now dah ada anak umur 8 tahun tapi tak tahu siapa 'Ayah' dia.. yang kesiannya lagi, family suami dia pergi toreh/tatoo dahi isteri tu supaya dia tetap dalam agama asalnya ... Ya ALLAH ...

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 04-02-10 14:47

rasanya cerita betul... tapi menyentuh sensitiviti agama... maklumat pun tak boleh nak dedahkan sewenang2nya kerana melibatkan nyawa... pernah dengar kaset ceramah, ada sekeluarga hindu dibunuh sebab memeluk islam... tapi, tak disiarkan di akhbar kerana takut berlaku rusuhan...

-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar

posticon Posting pada: 06-02-10 23:09

macam kan perkara yang berlaku pada saudara baru kita..macam kawan saya di opis baru saja peluk islam taun lepas ramai yang perli2 dia..eh anda sekarang pakai tudung labuh ye,eh anda pakai jugak sarung tutup lengan..sepatutnya kita sebagai muslim sokong dia bukan kata yang bukan2 pada dia..tapi alhamdulillah dia kuat semangat,solat tak pernah tinggal..

-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -

Bookmark and Share

  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 06-02-10 23:24

Masih belum dapat feedback sampai sekarang..apa plan seterusnya???? ada apa-apa pendapat dari kawan-kawan ukhwah????

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

afifomar
Warga Rasmi
Menyertai: 29.01.2010
Ahli No: 39167
Posting: 4

blank   avatar

posticon Posting pada: 06-02-10 23:37

Pada 01-02-10 09:04 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-01-10 17:56 , hasanrijal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-01-10 10:38 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Pada sesiapa yang nak menderma sila bank in ke akaun HANAN NETWORK, Maybank A/C No: 5123 1630 8046
Sila emel slip bank in atau maklumat pembayaran. Setiap derma akan diupdate di posting ini.

Salam. Kak Hanan, nak emel kat mana?

[email protected]

hasanrijal boleh dapatkan info lengkap tak berkenaan kes ini. Alamat dan sebagainya

Assalamualaikum
Kalau ada dapat apa-apa info tolong forwardkan kat saya ye. Boleh letak kat blog nanti. sebagai presiden pasti tahu emel saya.
Jazakallah
p/s - di ukhwah top site ada site lucah di first page itu. Harap boleh ambil tindakan.

Bookmark and Share

  Member Information For afifomarProfil   Hantar PM kepada afifomar   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 20-02-10 18:56

apa cerita ni ek? da dapat jejak ke? btw saya rasa kak hanan tentu da dapat collection serba sikit..

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 23-02-10 11:34

jahat betul orang tu.. memang kafir.. mana boleh paksa-paksa dan ugut bunuh..

Bookmark and Share

  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.117216 saat. Lajunya....