Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 198
Ahli: 0
Jumlah: 198




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Ya ALLAH, Mungkinkah dia jodoh aku??


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Ya ALLAH, Mungkinkah dia jodoh aku??

Please Mendaftar To Post


Oleh Ya ALLAH, Mungkinkah dia jodoh aku??

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 08:28


Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’?

Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.

1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.

2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.

3. Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.

4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.

5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.

6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.

7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.

8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.

9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda.

Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?

Kalau ya, Alhamdulillah, bincanglah dengan keluarga untuk buat apa yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kira lah untuk hantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah ‘buka pintu’ dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa saja. InsyaAllah, itulah jodoh anda.

Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”.

Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.

Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda. :bunga:


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 12:53


terima kasih atas nasihat ini..iyalah soal jodoh memang persoalan yang sukar tapi kita tetap yakin bahawa jodoh adalah dengan ketentuanNya.., dan berharap semuanya baik-baik..InsyaAllah..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 25-01-10 07:23


saya sangat terkesan dengan posting yang ni.. thanks! :)


-----------------
I'm a million different people from one day to the next..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

muslimin2303
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14727
Posting: 83
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-10 11:12


minta kebenaran untuk copy ye...boleh bagi kat kawan-kawan yang dah ada calon tapi masih waswas lagi...huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin2303Profil   Hantar PM kepada muslimin2303   Quote dan BalasQuote

akhdanie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.07.2008
Ahli No: 34099
Posting: 28

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-10 19:42


perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama....nampaknya pas ni hilanglah rasa waswas yang bersarang di jiwa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhdanieProfil   Hantar PM kepada akhdanie   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 00:26


Pada 23-01-10 08:28 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’?

Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.

1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.

2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.

3. Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.

4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.

5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.

6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.

7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.

8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.

9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda.

Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?

Kalau ya, Alhamdulillah, bincanglah dengan keluarga untuk buat apa yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kira lah untuk hantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah ‘buka pintu’ dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa saja. InsyaAllah, itulah jodoh anda.

Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”.

Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.

Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda. :bunga:

bagaimana dengan anda (penulis)? kan dah ada pengalaman. betul tak semua tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 06:02


Wawa kenal bekas suami tak sampai 20 hari sebab hari ke 20, kami terus bernikah. Ye, pandangan pertama Wawa, dia memang menarik sewaktu memberi tazkirah di JK apa entah, dah lupa.

Bekas suami amat caring pada Wawa tapi bukan pada Wawa saja, rupa-rupanya dia caring dan penyayang pada semua org. Huwaaaaa... Hm, tak apa lah, perkara dah berlalu.

----------------

Ni kisah dulu-dulu, masa Wawa kerja MAS, D KLIA. Wawa suka sangat seorang senior 2. Senior 2 pula pernah call Wawa untuk berkenalan tapi Wawa marah2 dia. Masalahnya masa dia call, Wawa tak tahu dia org yang Wawa minati. Aduhhh.. frustnyaaa..

Masa annual dinner MAS d Hotel ShangRila, Wawa datang dengan pasangan lelaki (Imam muda Masjid Negara, sekarang kawan Wawa ni kerja Tutor d ILIM) Boleh pula ter'kantoi' dengan senior yang Wawa suka ni. Hm.. rupa-rupanya mereka rakan bisnes..

Aduhai Hati,..bukankah sudah berkali2 aku bilang, kemahuan itu usah dipeduli..walau ianya menyakiti hati..

:-) Hm, best kan kalau ada seseorang yang kita admire. Apapun, jangan ikut jejak langkah Wawa. Kenal dulu hati budi secret admire anda tu betul-betul..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

raihan85
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35246
Posting: 6
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 11:47


jodoh........kita kena usaha untuk mencari jodoh yang sejati......bukan semua yang kita idam2kan itu akan kita perolehi sekarang tetapi cukuplah sekadar ianya tidak melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh syarak....
Saya tidak layak untuk bercakap pasal jodoh tetapi sekadar untuk berkongsi idea dan pendapat dengan saudara semua....
tak salah kita mempunyai kemahuan tetapi kena berjaga-jaga kerana kita akan bersama-sama bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya....amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan85Profil   Hantar PM kepada raihan85   Quote dan BalasQuote

silent_reader
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2010
Ahli No: 39139
Posting: 10
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 12:17


..interesting info..

like me..suatu ktika dulu suka sangat kat seorang ni..but, kecewa bila tau dia dah brtunang...

then, second.. suka kat seorang ni pula..but, frust again bila tahu dia dah kawin anak 3..huhu...

Kenapa lah yang kita suka tu kepunyaan org dah ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For silent_readerProfil   Hantar PM kepada silent_reader   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-01-10 06:37


1st attraction tu, silent_reader.. Maybe menarik agaknya? Hihi :-D

Wawa pun pernah tertarik pada suami org juga.. Mungkin kerana dia memahami Wawa dan Wawa suka cara pemikiran dia. 'Angau' jglah dibuatnya... setiap jam 00.30am selalu saja Wawa stanby kat hp, menunggu si dia call. tapi 2 lah..bila Wawa fikir akan kesedihan yang bakal ditanggung si isteri kepada org yang Wawa suka ni tadi, tiba-tiba naluri 'Taubat' 2 muncul, tak sanggup rasanya nak melukakan hati kaum sejenis..

Wawa amat faham perasaan seorang Isteri yang suaminya berkawan dengan perempuan lain. So, bagi Wawa, adalah 'kejam' jika seorang gadis/permpuan sanggup menghancurkan kebahagiaan org lain. dan jujur, perbuatan dia hanya membuat org menilai dia sebagai 'Perempuan murahan' sahaja. So, berfikirlah sebelum nak menggatal.. tak rugi kalau tak kahwin d dunia ni jika kita Redha, ALLAH SWT pasti bagi Pengganti yang 1juta lebih kali hebat dari org yang kita minati 2.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-10-10 20:23


Harap esok lebih baik..jumpa seseorang yang betul-betul ikhlas..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

masz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2005
Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-10-10 22:35


amin..inysa Allah..kena terus berusaha dan berdoa kepadanya :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For maszProfil   Hantar PM kepada masz   Quote dan BalasQuote

masz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2005
Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-10-10 23:12


Alhamdulillah..kak Wawa dipermudahkan urusan dalam bertemu jodoh..betul tu masing-masing ada jodoh yang telah ditetapkanNya..tapi kena juga berusaha mencari siapakah jodoh kita..dan berdoa selalu..
Moga Allah permudahkan segala urusan..amin:)
giliran saya..hurm..kena teruskan usaha:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For maszProfil   Hantar PM kepada masz   Quote dan BalasQuote

masz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2005
Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-10-10 23:18


Pada 26-01-10 12:17 , silent_reader posting:

!!! QUOTE !!!

..interesting info..

like me..suatu ktika dulu suka sangat kat seorang ni..but, kecewa bila tau dia dah brtunang...

then, second.. suka kat seorang ni pula..but, frust again bila tahu dia dah kawin anak 3..huhu...

Kenapa lah yang kita suka tu kepunyaan org dah ek?




pernah juga admire org dalam diam..but when know d true, tak ada kecewa sangat sebab si dia pun tak tahu..just keep it in d heart..lama-lama dah lupa kisah silam:)

silent reader..lah tahzan ya, ada sebab Kenapa Allah tak bagi apa yang kita suka..sebagai renungan bersama:) yakinlah dengan perancangan Nya yang lebih baik untuk kita...teruskan usaha ya, moga dipertemukan dengan jodoh yang jauh lebih baik..inysa Allah:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For maszProfil   Hantar PM kepada masz   Quote dan BalasQuote

aiNa85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2009
Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-10-10 20:10


tak tahu macam mana lagi nak berusaha selain berdoa dan cuba luaskan pergaulan..dari dulu sampai sekarang masih macam ni..tak ada perubahan sedangkan rakan-rakan lain ramai yang dah berkeluarga dan mempunyai anak..

saya risau, susah hati sangat-sangat.. :cry:

saya sukakan seseorang tapi saya sedar..bukan senang nak tawan hatinya..

:-( :-(


-----------------
-PermataAyahBonda-


Bookmark and Share

    


  Member Information For aiNa85Profil   Hantar PM kepada aiNa85   Quote dan BalasQuote

nilam3_6
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.04.2007
Ahli No: 29649
Posting: 53

blank  


posticon Posting pada: 05-10-10 12:18


salam.
Jika nak berdasarkan kepada info untuk kenal jodoh tersebut, saya rasa sampai sekarang saya masih keliru lagi, sebab kebanyakan ciri-ciri tersebut boleh juga jadi ciri-ciri yang menunjukkan 'dia' itu hanyalah sahabat baik kepada anda dan bukan jodoh anda. bagi adik-adik diluar sana, berhati2la dalam bergaul dan membuat penilaian sebab takut kita yang frust nanti. Ada yang sememangnya hanya ingin berkawan baik dengan kita...dan ramai yang diluar sana tu yang mungkin hanya ingin test market, so berkawanlah seadanya sahaja. Bila nak test market ni, berkemungkinan besar semua ciri kat atas tu akan ada pada dirinya, dan maklumlah sebagai perempuan yang lembut jiwanya, tentu sedikit sebyk akan terusik hati. Mungkin juga ada yang memang ikhlas dengan anda, so tengoklah bebtol amalan agamanya. Bagi saya tak salah berkawan berlainan jantina dengan syarat ianya terbatas (no dating,no ayat2 jiwang dan seumpamanya) supaya kita boleh membuat pilihan yang terbaik. jangan hadkan pilihan anda selagi belum ada ikatan rasmi. Berikan masa yang cukup untuk dia dan anda mengenali diri. Sebaiknya tanyalah Allah (istikharah) dan tanyalah diri anda sendiri, siapakah yang anda yakin boleh melindungi anda di dunia dan di akhirat.

berkongsi pengalaman, saya pilih suami sebab dia pilihan Allah dan hanya dia sahaja yang tidak akan mengikut cakap saya jika perkara tersebut salah disisi agama (saja test untuk tengok tahap agamanya:)).Dari situ, saya yakin suami boleh melindungi saya dan anak-anak.


-----------------
indahnya hidup ini jika semuanya kerana ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For nilam3_6Profil   Hantar PM kepada nilam3_6   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-10-10 13:59


Pada 05-10-10 12:18 , nilam3_6 posting:

!!! QUOTE !!!

salam.
Jika nak berdasarkan kepada info untuk kenal jodoh tersebut, saya rasa sampai sekarang saya masih keliru lagi, sebab kebanyakan ciri-ciri tersebut boleh juga jadi ciri-ciri yang menunjukkan 'dia' itu hanyalah sahabat baik kepada anda dan bukan jodoh anda. bagi adik-adik diluar sana, berhati2la dalam bergaul dan membuat penilaian sebab takut kita yang frust nanti. Ada yang sememangnya hanya ingin berkawan baik dengan kita...dan ramai yang diluar sana tu yang mungkin hanya ingin test market, so berkawanlah seadanya sahaja. Bila nak test market ni, berkemungkinan besar semua ciri kat atas tu akan ada pada dirinya, dan maklumlah sebagai perempuan yang lembut jiwanya, tentu sedikit sebyk akan terusik hati. Mungkin juga ada yang memang ikhlas dengan anda, so tengoklah bebtol amalan agamanya. Bagi saya tak salah berkawan berlainan jantina dengan syarat ianya terbatas (no dating,no ayat2 jiwang dan seumpamanya) supaya kita boleh membuat pilihan yang terbaik. jangan hadkan pilihan anda selagi belum ada ikatan rasmi. Berikan masa yang cukup untuk dia dan anda mengenali diri. Sebaiknya tanyalah Allah (istikharah) dan tanyalah diri anda sendiri, siapakah yang anda yakin boleh melindungi anda di dunia dan di akhirat.

berkongsi pengalaman, saya pilih suami sebab dia pilihan Allah dan hanya dia sahaja yang tidak akan mengikut cakap saya jika perkara tersebut salah disisi agama (saja test untuk tengok tahap agamanya:)).Dari situ, saya yakin suami boleh melindungi saya dan anak-anak.



Nice advice and good sharing. Jazakillah ya ukhti.



Pada 03-10-10 20:10 , aiNa85 posting:

!!! QUOTE !!!

tak tahu macam mana lagi nak berusaha selain berdoa dan cuba luaskan pergaulan..dari dulu sampai sekarang masih macam ni..tak ada perubahan sedangkan rakan-rakan lain ramai yang dah berkeluarga dan mempunyai anak..

saya risau, susah hati sangat-sangat.. :cry:

saya sukakan seseorang tapi saya sedar..bukan senang nak tawan hatinya..

:-( :-(



Bismillah
Assalamualaikum Ukhti aiNa85,

Buat mereka yang sering kecewa dan dalam keadaan kekeliruan hati & perasaan.

"Pelayaran hati kita ini..kita yang mengemudinya. Bila kita tewas dengan gelombang yang datang..selalu biarkan badai itu terhakis...tanpa keteguhan jiwa..memang rasa nak nangis, berduka itu sajalah yang akan menemani. Perlu untuk bangkit keluar dari kegelisahan & kegundahan itu dengan mendekatiNya dan penuhi seluruh ingatan padaNya."

Nasihat ini untuk ana juga buat sahabat yang faham situasi ini. Tabahlah..usah layankan rasa itu. Semua itu ada ganjaran disisiNya. Tenanglah Wahai hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-10 16:05


Pada 03-10-10 20:10 , aiNa85 posting:

!!! QUOTE !!!

tak tahu macam mana lagi nak berusaha selain berdoa dan cuba luaskan pergaulan..dari dulu sampai sekarang masih macam ni..tak ada perubahan sedangkan rakan-rakan lain ramai yang dah berkeluarga dan mempunyai anak..

saya risau, susah hati sangat-sangat.. :cry:

saya sukakan seseorang tapi saya sedar..bukan senang nak tawan hatinya..

:-( :-(



never give aina85...insya Allah..da sampai masa bertemu lah jodoh nanti..kena positif selalu...mungkin Allah mkbulkn doa-doa ukhti dengan jauhkn dr bencana..pnyakit berbahaya @ digantikan dengan sesuatu yang lebih baik yang kadang-kadang kita tak sedar & yang bukan kita minta.. terus berusaha ,,Allah merancang yang terbaik untuk hamba2Nya ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

ayattulhussna
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2010
Ahli No: 40353
Posting: 20
Dari: bumi ALLAH

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-10 19:14


hehehhe...

bukan senang dan mudah jth cinta...itulah saya...tapi sejak pts cinta yang pertama...saya jth cinta buat kali yang kedua...hmmm...

dia seorang yang sgttttt baik....dan sekarang...saya dan dia dah bertunang...

insyallah,taun pan saya kawin...sedikit sebanyak apa yang dpostkn dalam ini memberi impak yang sangat mdalam...saya yakin dia jdh yang terbaik...doakan kami ya.... :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayattulhussnaProfil   Hantar PM kepada ayattulhussna   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130556 saat. Lajunya....