Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 94
Ahli: 0
Jumlah: 94




  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 3 hari yang lalu
kismis: 3 hari yang lalu
qaulah_atrah: 14 hari yang lalu
muaz9768: 18 hari yang lalu
Rashdin: 24 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: KeTaHui RaHMaT ALLAH SWT yang DIA sEMbuNYikaN


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» KeTaHui RaHMaT ALLAH SWT yang DIA sEMbuNYikaN

Please Mendaftar To Post


Oleh KeTaHui RaHMaT ALLAH SWT yang DIA sEMbuNYikaN

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 08:20


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. :bunga:

Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. :kelip:


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

nordalily

Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14076
Posting: 178
Dari: sg buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-10 17:15


salam


Allah SWT menyembunyikan mustajabnya doa pada sesuatu waktu

Allah SWT menyembunyikan para wali dikalangan hambaNya

Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya dalam sesuatu ibadat

Bookmark and Share

    


  Member Information For nordalilyProfil   Hantar PM kepada nordalily   Pergi ke nordalily's Website   Quote dan BalasQuote

al_Muddathsir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2010
Ahli No: 39247
Posting: 74

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-02-10 07:41


AlhamdulilLah..


!!! QUOTE !!!

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. :kelip:



Terima kasih.. bermanfaat..


-----------------
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_MuddathsirProfil   Hantar PM kepada al_Muddathsir   Pergi ke al_Muddathsir's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-02-10 23:51


Pada 23-01-10 08:20 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. :bunga:

Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”



Salam.,

SUBHANALLAH.. indahnya ciptaan ALLAH,
terima kasih ukhti datas perkongsian ilmu.
JazakaALLAH.:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-10 00:52


Anyway bukan mudah mencari pengertian rahsia di dalam rahsia jikalau diri sendiri xmencari...
Dan bukan juga mudah untuk mengenal cahaya di dalam cahaya jikalau diri sendiri xcuba melihat dan mengenali.....

Walau bagaimanapun bagi yang mendapat petunjuk dan hidayah serta kesedaran dr setiap penerangan yang disampaikan atas dasar ingat-mengingati ini memanfaatkanlah,sematkanlah sebaiknya sesama kerana semakin jauh diri cuba berjalan memahami,maka semakin jauhlah ilmu pengetahuan diri....:-)


-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-10 06:55


Betul tu pausputih, kadang-kadang risau juga..semakin jauh diri cuba memahami, semakin banyak pula yang kurang difahami.. Semoga kita sentiasa menghargai rahmat-NYA..Amin..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-02-10 01:39


Itu benar,tetapi setiap tindakan dan perbuatan yang hendak dilakukan dan yang akan dilakukan oleh diri hendaklah dipastikan oleh akal pikiran agar tidak lari dr border kebenaran agama kita sebelum kita melakukannya....
Sekiranya conpius maka bertanyalah agar batu yang besar itu dapat dihancurkan seperti debu...

Lagipun ada sesetengah perkara yang kita manusia menganggapnya baik dan tapi pada pandangan tuhan pula adalah azab sebenarnya untuk kita....so watch out dan berhati-hatilah di dalam tindakan kerana syaitan laknatullah akan senantiasa mghasut diri kita setiap masa,setiap detik agar lari dr landasan dengan strategi2nya yang menyesatkan itu...

Anyway bukan mudah melawan musuh2 yang berkata-kata di dalam diri ni dan wathal di dalam solat kita pun diganggunya jua...

Oleh itu cubalah mengawalinya dengan baik,kemas,teratur dan mulakanlah,tanamkanlah dr hari ini,saat ini dan ketika ini sebelum jasad dan roh kita berpisah kerana bersedia untuk menghadapi alam kematian adalah lebih baik dan banyak berakahnya....

Tiada siapa tahu tatkala Allah mengutus izroil menemui kitakan...
Namun tidak mustahil dan hanya mereka yang terpilih oleh Allah sahaja yang dapat mengetahuinya akan perihal tersebut..... :-)


-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

nor_207
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.01.2010
Ahli No: 39013
Posting: 36
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-02-10 15:51


Kadang-kadang kita insan yang lemah ni tak mampu nak mentafsir hikmah di sebalik ujian yang datang pada kita. Semoga kita tabah dalam mengharungi semua ujian ni


-----------------
Ya Allah, bantulah aku untuk redha dengan apa yang belum Engkau tentukan untukku dan jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas nikmat-Mu


Bookmark and Share

    


  Member Information For nor_207Profil   Hantar PM kepada nor_207   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-02-10 16:59


mabruk alaiykh... perkongsian yang indah untuk ditatapi..sebagai hamba dan umat nabi muhammad s.a.w...


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-02-10 19:52


Pada 23-01-10 17:15 , nordalily posting:

!!! QUOTE !!!

salam


Allah SWT menyembunyikan mustajabnya doa pada sesuatu waktu

Allah SWT menyembunyikan para wali dikalangan hambaNya

Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya dalam sesuatu ibadat




Assalamualaikum

alhamdulillah dapat baca artikel macam ni..........

em,kadang-kadang terfikir bila doa kita nak dimakbulkan Allah....

anyway....sabar+ REDHA dengan segala pemberianNya..... :cry:


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 20-02-10 08:29


kadang-kadang hambanya berasa berjauhan dari yang esa kerana merasakan allah itu murka padanya sedangkan dia tak tau yangallah itu maha pengampun pada hambanya yang selalu leka dan alpa...

betapa pengasihnya allah terhadap hambanya...


-----------------
jangan menyesal jadi manusia


Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-02-10 08:49


Pada 19-02-10 19:52 , sakinah283 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-01-10 17:15 , nordalily posting:

!!! QUOTE !!!

salam


Allah SWT menyembunyikan mustajabnya doa pada sesuatu waktu

Allah SWT menyembunyikan para wali dikalangan hambaNya

Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya dalam sesuatu ibadat




Assalamualaikum

alhamdulillah dapat baca artikel macam ni..........

em,kadang-kadang terfikir bila doa kita nak dimakbulkan Allah....

anyway....sabar+ REDHA dengan segala pemberianNya..... :cry:



Emm dan bersabarlah seadanya ya...

Kita kena lawan dan terus lawan,bangun dan terus bangun...:-)
Sejarah nabi kita,nabi Allah ayob dalam senang disusahkan dan di dalam susah disakitkan atas kebenaran....
Namun Allah jualah Hakim diatas segalanya.....

Kadang-kala Allah sembunyikan matahari dan Allah dtgkan hujan petir,maka kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari...

Rupa-rupanya Allah hadiahi kita pelangi yang indah dan Allah berikan kita kesusahan ,rintangan kerana Allah akan berikan kesenangan,kebahagiaan sekiranya kita tabah dan terus berusaha....:-)


-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-03-10 05:07


kadang-kadang u all perasan tak? Bila kita kehilangan sesuatu, kita sibuk nak tangisi kehilangan tu, padahal bila kita fikir, perkara yang kita hilang tu, jauh lebih 'murah' daripada Rahmat ALLAH SWT..

Bila kita kenal cinta ALLAH SWT,.. Wawa fikir segalanya akan terjawab, segalanya akan dipertunjukkan, segalanya menjadi tenang, segalanya menjadi luar biasa..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-03-10 15:27


Pada 12-03-10 05:07 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

kadang-kadang u all perasan tak? Bila kita kehilangan sesuatu, kita sibuk nak tangisi kehilangan tu, padahal bila kita fikir, perkara yang kita hilang tu, jauh lebih 'murah' daripada Rahmat ALLAH SWT..

Bila kita kenal cinta ALLAH SWT,.. Wawa fikir segalanya akan terjawab, segalanya akan dipertunjukkan, segalanya menjadi tenang, segalanya menjadi luar biasa..



Salam ukhti..,:-)

yes, betul.. seperti apa yang berlaku pada diri ana
dan mungkin yang lain.

rupa-rupanya.. ada yang lebih baik ALLAH nak hadiahkan buat kita.
Antaranya nikmat kemanisan Iman dan Mengenal seluruh PenciptaanNYA..:bunga:

Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116804 saat. Lajunya....