Oleh |
Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari |
panglima_garang
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 22-01-10 22:11
Sejak berkecimpung dalam dunia perguruan ni bermacam ragam dapat dilihat di 'tembok besi' sekolah tu. Aktiviti pendidikan yang rancak berlaku di situ. Pelajar atau murid diletak dalam pengawasan peraturan sekolah yang bertujuan untuk mendisiplinkan mereka. Kerap juga berlaku kes2 salah laku dan jenayah dalam kalangan budak-budak sekolah ni. Soalnya adakah mereka mendapat pendidikan yang sebenar2nya? Rasanya tidak memandangkan banyak faktor yang menyumbang ke arah ketidakberlakuan penjanaan syahsiyah pelajar yang betul. Pendidikan yang patut diberikan kepada mereka bukan hanya ilmu akademik saja, bahkan ilmu yang membentuk syakhsiah diri yang kompeten. Terbaiknya adalah syakhsiah Islam. Pertamanya adalah dasar kerajaan sendiri. memandangkan kerajaan Malaysia bukanlah sebagai negara Islam, dasar pendidikan pula adalah 'rojak', campur2 lah apa yang dirasakan dasar yang sesuai. Keduanya mungkin syakhsiah gurunya yang tak berapa 'kemas' (maafla kalau anda pun guru seperti saya). Ini benar, kebanyakan guru yang itu sendiri menyuruh pelajar membuat kebaikan, walhal guru itu sendiri yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Bukan semua guru begitu. Bagaimana guru hendak jadikan anak didiknya berdisiplin dan baik, tetapi guru itu sendiri 'kencing berdiri'.. Sedar2lah.. ----------------- "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 23-01-10 01:59
!!! QUOTE !!! Keduanya mungkin syakhsiah gurunya yang tak berapa 'kemas' (maafla kalau anda pun guru seperti saya). Ini benar, kebanyakan guru yang itu sendiri menyuruh pelajar membuat kebaikan, walhal guru itu sendiri yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Bukan semua guru begitu. Bagaimana guru hendak jadikan anak didiknya berdisiplin dan baik, tetapi guru itu sendiri 'kencing berdiri'.. masyarakat zaman sekarang ... macam tu lah ... bukan senang nak cari guru yang soleh wa musleh ... yang baik dan mengajak orang lain berbuat baik. guru juga insan biasa yang banyak kelemahan dan akan ada kesalahan. Kalau guru salah ...murid boleh tegur dan betulkan... tapi adab sopan serta akhlak mesti diutamakan. Bila di kelas, sesekali guru kena jelaskan supaya murid tolong tegur jika guru ada kesalahan, pasti suatu masa akan ada pelajar yang berani berterus terang bagi tahu kita punya kelemahan. Memang lah agak sakit, kerana sebagai guru kita nak kita sentiasa benar dan murid cuma nampak kita punya kelebihan. ..Tapi dalam masa yang sama kita kena belajar untuk sanggup ditegur dan diperbetulkan oleh pelajar2 apatah lagi jika teguran itu memang ada kebenaran. pada saya ...jika guru kencing berdiri ...murid jangan kencing berlari....apa salahnya kalau tolong basuhkan kencing cikgu tadi ... pasti lebih berpahala nanti. panglima garang guru jugak rupanya ..sekolah kat kuala ketil ka? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
panglima_garang
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 23-01-10 19:36
Pada 23-01-10 01:59 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! Keduanya mungkin syakhsiah gurunya yang tak berapa 'kemas' (maafla kalau anda pun guru seperti saya). Ini benar, kebanyakan guru yang itu sendiri menyuruh pelajar membuat kebaikan, walhal guru itu sendiri yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Bukan semua guru begitu. Bagaimana guru hendak jadikan anak didiknya berdisiplin dan baik, tetapi guru itu sendiri 'kencing berdiri'..
masyarakat zaman sekarang ... macam tu lah ... bukan senang nak cari guru yang soleh wa musleh ... yang baik dan mengajak orang lain berbuat baik.
guru juga insan biasa yang banyak kelemahan dan akan ada kesalahan. Kalau guru salah ...murid boleh tegur dan betulkan... tapi adab sopan serta akhlak mesti diutamakan.
Bila di kelas, sesekali guru kena jelaskan supaya murid tolong tegur jika guru ada kesalahan, pasti suatu masa akan ada pelajar yang berani berterus terang bagi tahu kita punya kelemahan. Memang lah agak sakit, kerana sebagai guru kita nak kita sentiasa benar dan murid cuma nampak kita punya kelebihan. ..Tapi dalam masa yang sama kita kena belajar untuk sanggup ditegur dan diperbetulkan oleh pelajar2 apatah lagi jika teguran itu memang ada kebenaran.
pada saya ...jika guru kencing berdiri ...murid jangan kencing berlari....apa salahnya kalau tolong basuhkan kencing cikgu tadi ... pasti lebih berpahala nanti.
panglima garang guru jugak rupanya ..sekolah kat kuala ketil ka?
Bukan kuala ketil..kat Gerik Perak  ----------------- "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 25-01-10 14:22
Pepatah Melayu yang tidak berapa kena.. Rasulullah pun pernah kencing berdiri... bila berada diluar rumah... atau medan perperangan.. -----------------  Koleksi Busana
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 25-01-10 14:24
dah cerita pasal kencin ni .. nak tanya sikit lah kan.. bila kita nak ajar anak lelaki kencing.. nak ajar duduk ke berdiri? never had brother in my life so memang blur sikit dalam bab didik mendidik budak lelaki ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 25-01-10 14:58
Pada 25-01-10 14:22 , Amrizal posting:!!! QUOTE !!! Pepatah Melayu yang tidak berapa kena..
Rasulullah pun pernah kencing berdiri... bila berada diluar rumah... atau medan perperangan..
eh betul ka amrizal ? Saya pernah juga mendengar seorang ulama' masyur di Kelantan yakni Tok Kenali juga kencing berdiri....pelik  .... kencing berdiri macam kurang akhlak kan ... sedangkan masa zaman saya sekolah dulu, ada ustaz bercerita tentang siksaan kubur untuk org yang kencing berdiri...dan Abu bakar telah bersumpah tidak akan kencing berdiri lagi setelah mendengar larangan dari Rasulullah. saya menjumpai tulisan yang sebegini : Islam telah mengajar umatnya memiliki ciri-ciri akhlak yang baik dengan mematuhi adab-adab dalam semua keadaan termasuklah bersuci. Amalan kencing berdiri bukan sunnah Rasulullah SAW. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa sesiapa yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW kencing berdiri janganlah mempercayainya sesungguhnya Rasullullah SAW kencing dengan cara duduk. Hadis riwayat Al-Tarmizi. Dalam hadis lain riwayat Ibnu Mas'ud mengatakan bahawa harus kencing berdiri bagi orang yang uzur. Pembiasaan kencing berdiri mempengaruhi tingkah laku yang kurang sopan.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 01-02-10 08:34
Menjawab persoalan myHoney... !!! QUOTE !!! Hukum Kencing berdiri
Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.
Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.
Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.
Hadis daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath ?no: 5998 (Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad, hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum...........) dan isnadnya dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, masa 83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih
Hudzaifah .a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.
Sebahagian dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim ?no: 273. (Kitab Taharah, Bab Menyapu di atas kasut)
Sementara itu ada sebuah athar daripada A’isyah .a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.
Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).
Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dengan penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.
Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah. Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?page=77lain-lain sumber : http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=2&t=28834-----------------  Koleksi Busana
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 02-02-10 19:34
uish...jauh da melencong ek.. pasal guru ni.. saya juga slaku guru akui saya ni tak lah baik sangat.. memang benar saya seorang guru yang menggalakkan kepada kenaikan namun tidak pula saya berkelakuan yang sebaliknya kala di khalayak murid.. sapa lah guru tu Kalau bukan insan biasa...salah silap tu biasala.. tapi seboleh2nya jangan sampai akhlak dan perilaku buruk guru tu diketahui murid...sebab tu akan jadi fitnah atas diri sendiri.. tu pasal lah saya rasa tak slesa nak menetap d persekitaran sekola..saya rela travel 15 minit tetipa hari untuk tidak duduk di rumah sewa yang 2 3 minit saja dr sekolah..tatkala p ambil angin petang atau p pasar mlm akan ada yang menegur..sedangkan masa tu kita berada dalam keadaan kurang tauladannya..contoh, berpakaian..apapun Kalau rasa kita tak mampu seperti malaikat sentiasa hindarila diri dari dipandang org keliling..hehe.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 04-02-10 16:05
Pada 02-02-10 19:34 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! uish...jauh da melencong ek..
pasal guru ni.. saya juga slaku guru akui saya ni tak lah baik sangat.. memang benar saya seorang guru yang menggalakkan kepada kenaikan namun tidak pula saya berkelakuan yang sebaliknya kala di khalayak murid.. sapa lah guru tu Kalau bukan insan biasa...salah silap tu biasala.. tapi seboleh2nya jangan sampai akhlak dan perilaku buruk guru tu diketahui murid...sebab tu akan jadi fitnah atas diri sendiri..
tu pasal lah saya rasa tak slesa nak menetap d persekitaran sekola..saya rela travel 15 minit tetipa hari untuk tidak duduk di rumah sewa yang 2 3 minit saja dr sekolah..tatkala p ambil angin petang atau p pasar mlm akan ada yang menegur..sedangkan masa tu kita berada dalam keadaan kurang tauladannya..contoh, berpakaian..apapun Kalau rasa kita tak mampu seperti malaikat sentiasa hindarila diri dari dipandang org keliling..hehe..
Nak bagi info saja.. seolah-olah buruk sangat kencing berdiri ni...hehe.. Padahal kencing boleh ikut suasana.. kalau kat rumah elok lah kencing duduk/cangkung.. tapi kalau keadaan mendesak seperti kat hutan.. tak salah kencing berdiri.. Guru memang memainkan peranan penting dalam mendidik.. kalau guru buat mender tak elok.. murid lagil rosak akhlaknya.. sebab tu penting memastikan anak-anak kita mendapat didikan dari guru yang baik. Guru termasuk juga ibubapa yang didik anak dirumah.. Tapi mengatakan kencing berdiri salah... adalah satu kesilapan.. -----------------  Koleksi Busana
|