Oleh |
Pasangan pelajar agama ditangkap khalwat |
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 21-01-10 11:59
Pasangan pelajar agama dicekup khalwat DI HOTEL inilah tempat sepasang kekasih dari sebuah kolej agama di Selangor ditahan berkhalwat Isnin lalu. SEREMBAN - Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu. Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut. Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu. Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka. Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam yang bermalam di situ. -----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 21-01-10 19:36
no wonder lah umi...naik muak dengar cerita macam ni... satunya sebab masyarakat suka nak hilightkan pelajar agama..keduanya sebab budak-budak agama tu tak perasan yang dirinya diperatikan masyarakat... erm.. ralat rasanya bilamana tengok gambar-gambar kawan-kawan sekolah menengah dulu yang bertudung labuh (malah ada yang pernah berpurdah) kini menyangkan gambar tak betudung dalam fesbuk..rasa tak pecaya.. malah ada yang dulu jenis liar sikit pula kini makin liar tak pakai tudung lagi..ingat org tak kenal muka dia...huh...pelik, kat mana otak tu diletakkan.. istaghfirlahum ya rabb  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
nailofar_hamidah
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.11.2008 Ahli No: 35797
Posting: 43
Dari: jb
|
Posting pada: 21-01-10 20:00
SALAM kadang kala kerana nila setitik...rosak susu sebelanga ----------------- e-mail: [email protected]
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 21-01-10 22:36
Pada 21-01-10 20:00 , nailofar_hamidah posting:!!! QUOTE !!! SALAM
kadang kala kerana nila setitik...rosak susu sebelanga
memalukan .... kalau jasad saja bersekolah agama ...tapi jiwa tak diisi dengan agama....beginilah jadinya.. 'bukan salah ibu mengandung .... salah anak lah yang tak tahu diuntung... bukan salah sekolah agama ... salah pelajarlah yang tak mengamalkan ilmu yang diterima ... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
nur_amal04
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.12.2004 Ahli No: 12712
Posting: 30
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 22-01-10 09:37
kadang kala kerana nila setitik...rosak susu sebelanga memalukan .... kalau jasad saja bersekolah agama ...tapi jiwa tak diisi dengan agama....beginilah jadinya.. 'bukan salah ibu mengandung .... salah anak lah yang tak tahu diuntung... bukan salah sekolah agama ... salah pelajarlah yang tak mengamalkan ilmu yang diterima ... emm..betul-betul, ana setuju dengan pendapat kalian... ----------------- pengemis cinta ILLAHI
|
yoma
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.02.2005 Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak
|
Posting pada: 22-01-10 21:42
masalah kita fikir ilmu agama akan jadi pendinding segalanya..... hakikat yang sebenar sejauh mana kita kenal Pencipta kita sejauh mana kita sedar kita bukan milik kita.... kita milik Allah..... ilmu sebagai penyuluh tetapi kita perlu kenal dan cinta Tuan Punya Ilmu..... yakni Allah SWT kita mahu ilmu sebagai pagar tapi kita tak sandar pada Tuan Punya Ilmu.... justeru bagaimana ilmu itu bermanfaat??? kerana itu Allah dah ingatkan manusia....hanya dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang.... saya kongsikan apa yang saya dapat hasil jalan hidup yang ditempuhi..... semoga ia menjadi peringatan kepada diri dan pembaca semua.... benar...kita dituntut menuntut ilmu.... jangan sesekali kata ilmu agama kita dah cukup..... kita tidak pernah dan tidak akan pernah cukup ilmu agama hatta ulama besar dunia kerana Allah dah katakan ilmunya luas..... hanya Dia yang Tahu segalanya.... kita ditugaskan utnuk tuntut ilmu sebagai jalan untuk kenal dan cintai Allah..... bukan tuntut ilmu sebagai pendinding diri semata-mata..... akhir bicara....sentiasalah berkomunikasi dengan Allah... sejak kecil saya suka cakap-cakap seorang memendam segala rasa... namun kini Alhamdulillah saya belajar untuk berkomunikasi dengan Allah sebanyak yang dapat selama masih bernafas..... ----------------- nuzulrahmatul
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 22-01-10 22:14
Salam ... Berilmu tapi tak berkat ... mungkin ilmu hanya sekadar untuk dapatkan sijil tapi tidak menjiwai erti keperluan agama dalam kehidupan ... mudah-mudahan Allah kekal beri taufik dan hidayah Nya kepada kita semua .... Dan kembalikan mereka-mereka yang telah tersasar kejalan yang diredhai ...
|
panglima_garang
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 22-01-10 22:18
Dalam negara yang bebas daripada perundangan Islam, tidak kira siapa sama ada yang beragama atau kurang dibekalkan dengan ilmu agama, terdedah terhadap melakukan salahlaku di sisi syariat.. Memang benar iman sebagai penghalang, tetapi penguatkuasaan hukum Islam yang bersifat mencegah itu memang diperlukan saat ini dan saat2 lain..kerana manusia itu secara fitrahnya membutuhkan Islam.. ----------------- "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 23-01-10 09:36
Jangan salahkan sekolah dan jurusannya..salahkan lah orangnya..tu lebih tepat..walaupun dia ambil jurusan doktor dan jurutera, dosa tetap dosa kerana dia beragama islam.. ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
panglima_garang
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 23-01-10 19:51
Saya ingin menarik perhatian anda semua bahawa 2 perkara yang boleh dijadikan benteng daripada seseorang Islam itu melakukan kesalahan di sisi syariat termasuk khalwat atau sebagainya adalah: 1) Penguatkuasaan hukum Islam secara syumul segenap segi 2) Didikan agama sebagai benteng untuk mencegah kemungkaran Dalam konteks sekarang, kita lihat negara kita tidak melaksanakan hukum Islam 100%..Walaupun di rumah atau di sekolah kita ditarbiyah iman sekental2nya tetapi, kemungkinan kita melakukan pelanggaran di sisi syariat boleh berlaku..Ini memandangkan pemerintah yang berkuasa tidak menerapkan Islam sepenuhnya yang bersifat mencegah.. Pendek kata, jika Islam dilaksanakan dan umat dididik dengan sebenar2nya menurut Islam, InsyaAllah jenayah, khalwat, salahlaku yang lain akan menjadi zero.. ----------------- "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"
|
maisarahlisa
WARGA SETIA Menyertai: 29.12.2003 Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai
|
Posting pada: 23-01-10 22:28
ish ish Kenapa lah tak nikah saja kalau dah tak tahan sangat... memalukan betul!!! ----------------- Keep Moving Forward
|
pengembara707
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.12.2005 Ahli No: 21299
Posting: 70
Dari: di planet yang ketiga
|
Posting pada: 24-01-10 13:53
erm, saya terfikir mengenai kejadian-kejadian ini berlaku kemungkinan :- 1. kisah-kisah cinta yang sering dipaparkan di media-media yang kononnya menggambarkan ciri-ciri islam tetapi sebenarnya tidak disebabkan menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram + ditambah dengan karekter2x alim. contohnya ; tasbih cinta, nur kasih, cinta tikar sejadah dan lain-lain lagi. 2. ruangan jaringan sosial yang semakin luas, ,memang tidak dinafikan dunia sekarang ini ke arah dunia tiada sempadan. (dengan kehadiran facebook menambahkan lagi kekuatan dunia tanpa sempadan) 3. Naluri semula jadi yang sebelum ini dididik untuk membendung daripada melakukan perkara-perkara tidak elok , ditumpaskan kerana faktor kawan persekitaran, pembacaan, dan tuntutan zaman moden diilhamkan oleh kufar barat yang menggambarkan pergaulan bebas sesuatu yang tidak salah. 4. Kekuatan Jihad yang semakin hari, semakin tiada dalam sanubari. p/s : tercari-cari jemaah islam sekitar 90-an yang menjadi agen perubahan sosial yang benar-benar memberi impak terhadap ekonomi, masyarakat , politik islam sebelum ia diharamkan tahun 1994., jika tidak kerana pemimpinnya menyeleweng. rindu nasyid nada murni. -----------------

Catatan Saya
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 28-01-10 23:27
Kes tersebut dipaparkan agar dijadikan sempadan. Amalkan berpuasa selalu insyaAllah boleh menjadi benteng agar iman selamat. WA -----------------
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 29-01-10 09:06
rasa tak hairan dah...itu baru satu pasangan...yang tak jumpa berlambak lagi...erm... ----------------- BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 29-01-10 18:15
itu baru pelajar agama , belum lagi pelajar yang xblajar agama . agak-agak bagaimana pula ek? ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
FAZIMY
Warga Rasmi Menyertai: 16.02.2010 Ahli No: 39291
Posting: 10
Dari: johor
|
Posting pada: 16-02-10 15:48
Inilah yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan. "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijualbeli, ia tiada di tepian pantai"
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 16-02-10 16:15
Masalah sebegini bukanlah lagi suatu yang asing, kita sendiri semakin kerap mendengar berita seumpama ini. Semasa menuntut dulu, 2 kali kes sebegini berlaku melibatkan kawan-kawan saya yang dari bidang kejuruteraan tetapi perempuannya dari fakulti pengajian Islam. Sebenarnya, baik yang belajar pengkhususan Islam mahupun bukan, kita hidup dalam realiti yang sama. Jika dikampus, student berdating adalah suatu yang boleh kita jumpa dimana-mana, terutama di waktu malam. Ia pantas meruntun naluri mereka yang sedang menginjak alam dewasa ini. Saya kira bagi pelajar yang lain, mereka tidak segan silu untuk dating, bercouple, membonceng motor bersama (naik kereta lagi bahaya), makan dan jalan-jalan bersama-sama. Tetapi bagi yang mengikuti pengajian Islam, tentunya mereka segan walaupun mahu merasakan pengalaman sedemikian. Maka natijahnya, mereka lakukan secara senyap2 dan berakhir dengan kes begini. Saya kira ini cabaran yang agak berat yang perlu ditempuhi remaja hari ini apatah lagi dengan capaian internet yang sangat mudah dengan youtube dan tube2 yang lain. Saya percaya sesiapa yang mempunyai anak mahupun adik-adik pada usia begini pasti risau dengan ancaman sumber begini. Walaupun masing secara peribadi dan kolektif boleh dipersalahkan, saya melihat pihak yang paling bersalah tetap pemerintah. Kerana pemerintahlah yang menciptakan suasana begini. Sebenarnya untuk menghalang penularan web lucah, jika pemerintah benar-benar berusaha menghalangnya ia boleh dilakukan. Kerajaan China telah membuktikan keberjayaan mereka menghalang kemasukan web lucah termasuk tube2 ke China. Jika kerajaang kufur yang berideologi komunis boleh buat begitu, Kenapa kerajaan 1 Malaysia yang diperintah oleh orang mengaku Islam tidak boleh mengusahakan sesuatu. Jawapannya kerana mereka tidak mahu. Kerana jika lebih dekat generasi mudah dengan Islam, maka semakin goyah pemerintahan kufur hari ini.
|