Oleh |
berapa kali awak derhaka pada suami? |
sinobi21
Warga Rasmi Menyertai: 12.01.2010 Ahli No: 39027
Posting: 3
|
Posting pada: 12-01-10 02:45
salam untuk muslimah. berapa kali derhaka pada suami? apakah dia masih lagi memaafkan?
|
myway
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25327
Posting: 291
|
Posting pada: 12-01-10 07:18
bukan mudah nak jadi seorang isteri solehah ni kan. untuk renungan bersama.. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat perempuan yang berada di Neraka ialah: i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya. ii. Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya. iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya). iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami."
|
myway
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25327
Posting: 291
|
Posting pada: 12-01-10 07:20
tetapi bertuahnya kalau...  Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud: "Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir disungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga"
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 12-01-10 08:32
saya ada satu soalan masih ingat-ingat dalam satu ceramah agama.. apabila anak mengatakan "uh" "huh" atau dengusan sepertinga pada ibu dan ayah.. sudah boleh dikira dosa pada orang tuanya... kalau pada suami.. setekat mana sesuatu perlakuan itu boleh jatuh pada level derhaka pada suami? ada stgh2 pasangan berborak dengan suami seperti kawan.. kadang-kadang berdebat seperti biasa.. adakah ini salah? adakah merajuk seperti marik muncung, duduk diam-diam seorang-seorang..dikategorikan derhaka? need to know di mana empangan kederhakaan...agar tidak terjejak ke keluar empangan yang sepatutnya..  ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 12-01-10 08:55
Pada 12-01-10 08:32 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! saya ada satu soalan
masih ingat-ingat dalam satu ceramah agama.. apabila anak mengatakan "uh" "huh" atau dengusan sepertinga pada ibu dan ayah.. sudah boleh dikira dosa pada orang tuanya...
kalau pada suami.. setekat mana sesuatu perlakuan itu boleh jatuh pada level derhaka pada suami? ada stgh2 pasangan berborak dengan suami seperti kawan.. kadang-kadang berdebat seperti biasa.. adakah ini salah? adakah merajuk seperti marik muncung, duduk diam-diam seorang-seorang..dikategorikan derhaka? need to know di mana empangan kederhakaan...agar tidak terjejak ke keluar empangan yang sepatutnya.. 
Saya berpandangan dalam hal ini, pihak suami juga perlu sporting. Wanita itu emosional sifatnya, terkadang membuat mereka tidak dapat berfikir secara rasional lalu mengikut perasaan. Luahan perasaan baik melalui leteran, rajukan manja mahupun tindakan itu mungkin boleh terkadang menyentuh hati suami. Tetapi jika kita memahami dan bersikap terbuka, maka ia boleh jadi sekadar bahan jenaka,yang tidak menyentuh hati mana-mana pihak. Malah keterbukaan suami mampu membuat si isteri bersikap lebih rasional dan sporting juga. Pada hemat saya, walaubagaimana kasih pun seorang suami kepada isteri, tidak mampu menandingi kecintaan seorang isteri kepada suaminya. Maka sebagai suami, bersikap terbuka dan sportinglah kepada isteri, jangan sampai mereka terperangkap dengan istilah durhaka, kerana pemikiran sempit kita. Just my2cent, wuzara
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 12-01-10 09:23
salam kederhakaan isteri bencana pada suami.. saranan saya yang tak seberapa ni..untuk yang lelaki atau suami check diri mengapa isteri jadi begitu.. dan untuk isteri 'sedar diri" dan check diri mengapa nada jadi begitu. ada sahabat saya cakap rumahtangga ibarat kapal dan suami itu adalah pengedalinya..kalau kapal karam atau hanyut..kesalahan sebenarnya adalah salah pengendali...sama ada suka atau pun tidak. Benar, kalau sudah takdir nak buat macam mana.tetapi bukankah ada takdir boleh diubah. benar, ada suami baik, alim, berbudi pekerti ..tetapi beliau gagal memahami dengan baik isterinya tadi, mengunakan pendekatan yang sesuai, dan mungkin mengajar perkara yang baik tetapi dengan pendekatan yang salah, akan memungkinkan pemberontakan. Benar, suami perlu baik terhadap isteri tetapi si isteri juga perlu memahami suami. diluar mungkin suami anda pemimpin negara, tetapi di rumah suami anda perlu dilayan seumpama "budak lelaki kecil" ynag perlukan perhatian yang serius dari isteri. Komunikasi dua hala penting dan mustahak, kalau lari dari perbincangan, lari dari masalah dan hanya mengadu kepada Allah bukanlah cara yang terbaik. Islam juga mengatakan musyawarah adalah yang terbaik. ramai yaang mengadu pada Allah, berdoa dan sebagainya, tetapi adakah mereka selalu berbincang dan berunding ... tapi yang jadi kebanyakan nya berdebat, bukan berunding.. pesanan untuk diri saya juga. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 12-01-10 09:27
ALHAMDULILLAH dah jadi single  tak ada lah istilah derhaka bagi pihak suami. Tapi kan, pengalaman Wawa lah, biasanya kalau kena tackle dengan bekas/suami org ni, si lelaki selalu saja bagi alasan 'Isteri saya derhaka pada saya', 'kami tak bahagia' dll. Bila diselidiki, (Wawa bukan feminisme ye?) Perempuan ni sebenarnya makhluk yang sanggup berkorban. Contoh realitinya, Kita sedia maklum kebanyakan tanggungjawab mengurus nafkah keluarga sekarang dibahagi sama rata -suami isteri. Tapi bagaimana jika suami tak berkerja, malas berkerja atau hobi sang suami hanya 'laburkan' duit yang ada ke cyber cafe? kasihan si isteri kena pikul tanggungjawab Isteri/Ibu dan Ayah dalam 1 masa, kan? Tup tup! Dalam kesibukan suami melayari internet 2, ada pula beberapa perempuan yang sempat dikacau sang suami, hp sang suami yang sentiasa di'silence' kan 2, selalu saja vibrate. (Kuasa ALLAH SWT-Nak tunjuk kebenaran) walaupun tengah-tengah malam. rupa-rupanya hubungan sang suami 2 dah 'jauh' dengan 'kekasih gelap'nya, sehingga memaksa ibu gadis itu menelefonnya bertanggungjawab pada perbuatannya. Si Isteri, demi memahami hati seorang perempuan, berusaha untuk melamar gadis itu bagi pihak suaminya. Hati Isteri? ALLAH SWT saja yang tahu. Remuk! tapi Sang suami, dengan selambanya cakap "abang bukan org pertama yang 'sentuh' dia".  Bagusnya, salah ke sang isteri argue dengan tindakan suami nya? Adakah dia dikira derhaka? 2) Oleh kerana kecewa agama dipermain2kan, si isteri menampar suami saat dia dapati suaminya bermandi di air terjun bersama kawan-kawan perempuan yang lain. Sedangkan sebelum itu, sang suami bersungguh2 meng'war2'kan haram untuk lelaki dan perempuan untuk mandi 1 kolam yang sama. 3) Sang Suami refuse to go home. Katanya ada program dan kuliah. Bila diselidiki, jadualnya bukan dipenuhi dengan program/kuliah pun. Kebetulan saat si isteri minta suami pulang adalah kerana untuk menjaga anak yang demam panas, sedang isteri terpaksa pergi berkerja. Derhaka ke jika isteri 2 marah sedangkan suami tak ada apa-apa program waktu disuruh membantu menjaga anak? 4) Si isteri menolak keinginan suami-seks luar tabi'e, si suami cakap ianya dibolehkan dalam Islam dengan menggunakan ayat al-Qur'an �Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki". Si isteri minta cerai, itu derhaka, ke? ...... Semoga bekas2 suamiku memaafkan aku jika aku bersalah kepada mereka.... ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 12-01-10 09:38
dari pada "ustaz google" minta di jauhkan lah dari terjadinya perkara dibawah.fikir-pikirkanlah. Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian. Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat. Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya. Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami. isteri Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah: Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian. Enggan tinggal serumah dengan suami. Keluar rumah tanpa keizinan suami. Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya. Menjauhkan diri daripada suami. Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami. Tidak memelihara kehormatan. Tidak menjaga amanah suami. Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri. Suami Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah: Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah. Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai. Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak. Tidak memberikan nafkah kepada anak. Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak. Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri. Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah. Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam. Tidak memelihara kehormatan isteri. Tidak memberi nafkah batin kepada isteri. Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil. Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap. Tahap pertama (amara�), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, �Yang, �Ya bang� kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi. Pada tahap kedua (shiqa�) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing. Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab. Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam. Pada tahap ketiga (dara�) pula amat serius kerana membabitkan keganasan. Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 12-01-10 09:50
undang-undang syari'ah? Disgusting ...  ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 12-01-10 10:03
Pada 12-01-10 09:50 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! undang-undang syari'ah? Disgusting ... 
er.. do you mean that islamic law is disgusting? or you ada maksud lain? jangan sampai org salah paham pula ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 12-01-10 10:21
Pada 12-01-10 10:03 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-01-10 09:50 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! undang-undang syari'ah? Disgusting ... 
er.. do you mean that islamic law is disgusting? or you ada maksud lain? jangan sampai org salah paham pula
snma apa maksud anda.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 12-01-10 10:23
Pada 12-01-10 10:03 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-01-10 09:50 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! undang-undang syari'ah? Disgusting ... 
er.. do you mean that islamic law is disgusting? or you ada maksud lain? jangan sampai org salah paham pula
undang-undang-undang syariah yang tak syar'ie. saya ada kenalan yang mana proses cerainya memakan masa 4 tahun baru selesai. Yang kasihan si isteri, selama 4 tahun tak boleh bernikah dengan orang lain.
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 12-01-10 10:25
Perlaksaan sesetengah Mahkamah tak firm. tak terniat langsung nak hina agama Islam yang amat sempurna ni tapi tu lah.. setiap etnik/komuniti/bangsa/agama/negeri/negara pasti ada 'kambing hitam'nya. Wawa sedar diri.. Adalah tak adil jika Wawa menuding jari pada org lain. Wawa pun berjuta2 juga salahnya.. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 12-01-10 10:32
Pada 12-01-10 10:23 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-01-10 10:03 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-01-10 09:50 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! undang-undang syari'ah? Disgusting ... 
er.. do you mean that islamic law is disgusting? or you ada maksud lain? jangan sampai org salah paham pula
undang-undang-undang syariah yang tak syar'ie. saya ada kenalan yang mana proses cerainya memakan masa 4 tahun baru selesai. Yang kasihan si isteri, selama 4 tahun tak boleh bernikah dengan orang lain. off topic: tu sebab kena ada ramai yang pakar dan boleh implement yang lebih baik..ini tidak, tukang rotan syariah pun tak ada ..bkin malu saja..dato Jamil khir dan para sultan dan mufti2 kena serius. bacck to teh topic.. kalau perempuan derhaka .....kalau lelaki atau suami..berapa kali tuan khianat isteri tuan..dalam sedar atau tidak..dalam terang atau pun gelap.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 12-01-10 10:38
Ramai yang tak tahu suami pun ada NUSYUZ, bukan isteri sahaja yang boleh nusyuz. Cakap pasal derhaka ni, kadang kala selalu sangat ditekankan isu ketaatan pada suami, tetapi selalu terlupa pada ketaatan pada ibu. Syurga lelaki di bawah tapak kaki ibunya. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 12-01-10 11:00
Ha, lagi 1. Selepas bercerai, suamipun ada tempoh i'ddah juga. tak boleh sesuka hati 'terbang' ke sana sini dengan perempuan yang bukan muhrimnya.. Ye, suami pun ada 'usyuz'nya juga. Kenapa bila runtuhnya sebuah institusi perkahwinan, org cenderung nak salahkan perempuan. Perempuan nusyuzlah..itu lah .. inilah.. Sedangkan, kebijaksanaan memimpin terletak pada akal suami? Berfikirlah sebelum mempercayai fitnah atau menyebar fitnah. Kasihan pada yang teraniaya. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
snickers
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.12.2009 Ahli No: 38878
Posting: 23
Dari: SweetHomeAlabama
|
Posting pada: 12-01-10 12:16
SumOne Said..!!! QUOTE !!! �That�s irritating too. Agak-agakla kalau nak menipu pun.. If I were the husband, maybe dia dah kena smackdown sampai patah2.Jst like what her FIRST husband did 4 her.�
OooOpss sorry..sorry to all..  . I didn�t mean anything. My above statement is general. I just want to show another EXAMPLE of how do we look on the perspective of the disobedient wife...am i on the right track..??? Dear All..smile always ya�
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 12-01-10 12:32
Bukan undang-undang syari'ah disgusting... perlaksanaannya tak efisyen...menyebabkan yang teraniaya terus merana..yang menganiaya terus bermaharajalela... Pernah ke dengar suami kena hukum sebab tak bagi nafkah? Kes Wan norazlin tuntut nafkah...Settle ke?bagaimana anak-anak dia?Ini cerita org popular... Yang tak popular.... tak faham undang-undang....miskin...tak tahu hak sendiri... Apa nasibnya? Orang yang melaksanakan hukum Allah bukan saja perlu bijak tapi ikhlas tegakkan keadilan untuk mangsa... ----------------- BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL
|
CapGurl
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.02.2010 Ahli No: 39234
Posting: 39
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 10-03-10 15:43
Setujuuuu...dengan SNMA & amirahni..... Cap >> "tau tak apa".. -----------------
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 10-03-10 16:32
Pada 12-01-10 08:55 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Saya berpandangan dalam hal ini, pihak suami juga perlu sporting. Wanita itu emosional sifatnya, terkadang membuat mereka tidak dapat berfikir secara rasional lalu mengikut perasaan. Luahan perasaan baik melalui leteran, rajukan manja mahupun tindakan itu mungkin boleh terkadang menyentuh hati suami. Tetapi jika kita memahami dan bersikap terbuka, maka ia boleh jadi sekadar bahan jenaka,yang tidak menyentuh hati mana-mana pihak. Malah keterbukaan suami mampu membuat si isteri bersikap lebih rasional dan sporting juga. Pada hemat saya, walaubagaimana kasih pun seorang suami kepada isteri, tidak mampu menandingi kecintaan seorang isteri kepada suaminya. Maka sebagai suami, bersikap terbuka dan sportinglah kepada isteri, jangan sampai mereka terperangkap dengan istilah durhaka, kerana pemikiran sempit kita.
Just my2cent, wuzara Salam., setuju sangat dengan pendapat wuzaraa. persoalannya,.... berapa ramai seperti yang digambarkan oleh sahabat kita ni.. 97% saat bercinta semuanya dikatakan manis, walau yang ditelan itu pahit pun masih dikatakan madu.. bila dah kahwin, semua itu pergi mana ya?  ni lah dia ALLAH tak berkat.. sebab sebelum kahwin dah bercinta, memang benar janji ALLAH, pandai ambil risiko maka pandai juga yang menanggungnya. asam garam kehidupan, no one is perfect.. kalau suami memanjang nak judge isteri derhaka (segelintir saja ya), maka.. terjadilah macam-macam kes: perceraian, pergaduhan, sebaik-baiknya kan bermakna hubungan itu jika pasangan saling memahami dan boleh berbincang BERSAMA, Pasti boleh menegur dengan hikmah lagi indah.. kan? ana belum berkahwin, tapi keadaan sekeliling ana yang membuka mata ana untuk melihat realiti kehidupan ini. Semua ini takkan terjadi jika tempat pertama dan akhir kita didunia ini kerana ALLAH dan ianya berpandukan sejauhmana IMAN & Taqwa hambaNYa itu sendiri. Ukhti SNMA, mungkin ini satu pembelajaran tersirat dari ALLAH untuk ukhti dan BERSABAR serta REDHA lah. InsyaALLAH, yang berlalu lebih mematangkan dan menjadikan kita insan yang mampu mengenal dunia sebenar... dunia ni pun banyak sangat yang kadang-kadang tak terjangkau. itulah betapa rendahnya kita disisi ALLAH, yang penting.. KUATKAN HATIMU kepadaNYA. yang bergelar alim, ulama, ustaz, ustazah..dan apa-apa lah.. Iman tidak selalunya kekal, Ianya Pemberian dari PENCIPTAMU, Kamu yang harus membimbingnya ke jalan yang betul, yang diredhai dan diberkatiNYA. Letakkan HATI dan ROHANI mu bahawa ada YANG MEMERHATI segala tindakanmu, baik suami atau isteri.. (nak curang ke, dayus atau nusyuz) semua ni akan ada Balasan dariNYA. ALLAH MAHA LUAS & MAHA BERKUASA.. kadang IMAN yang KUAT pun boleh jatuh.. hanya ikutkan nafsu dan kata-kata syaitan. Kesimpulan: ana dan semua rakan, berhati-hati walau dalam apa jua keadaan. kita tak tau ada pihak lebih besar lagi pengaruhnya untuk melemahkan hamba yang taat dalam menjalani perintahNYA. Itulah tipudaya iblis laknatullah. semakin kuat IMAN, semakin banyak lagi cabarannya. AWASI ianya sebaik mungkin. haih! belum kawin lagi ni.. dah kawin baru tau kan.. apapun, rakan-rakan ambillah inisiatif untuk berbaik dan adakanlah perbincangan yang baik dengan pasangan. buang ego dan segala tindakan yang tak menjanjikan manfaat ye. Pesanan buat diri ini juga...  ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 10-03-10 21:40
Jutaan Terima Kasih kepada semua yang memberi nasihat.. rasa terharu sangat-sangat.. Semoga ALLAH SWT memperkayakan lagi kalian semua dengan ilmu yang bakal dimanfaatkan kepada org lain, khususnya kepada Wawa ni .. Amin.. ... ... ... Sejujurnya Wawa sebenarnya dah semakin bersyukur dengan segala ujian-NYA.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH .. ALHAMDULILLAH .. tak tahu nak cakap macam mana. Wawa bahagia jika bekas suami dah sedar tgjwbnya pada anak. Syukur ALHAMDULILLAH.. Segala masalah kita, memang kita kena usaha untuk slesaikannya..tapi, jika undang-undang tak dapat membantu kita, biarkan saja ALLAH SWT mengaturkannya. Ianya lebih 'sesuai' untuk kita. Syukur, ALHAMDULILLAH .. KUASA ALLAH SWT mengatasi segalanya.. segala-galanya. Kepada sesiapa yang telah menderhaka atau diderhakai, Pintu taubat masih terbuka. Rahmat ALLAH SWT sentiasa melambai2 ke arah kita.. Hargai sama-sama ..  "Hargai semasa ada"..  ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 10-03-10 22:13
Salam ... Setelah membaca posting Sinarabadi, saya teringat kata-kata seorang Habib, kalau semasa sebelum nikah dah pegang-pegang, semasa perkenalan saja Allah dah kutuk ... macam mana nak dapatkan keberkatan dalam rumahtangga ... Menurut Habib tu, perlulah solat taubat meminta ampun diatas perlakuan yang pernah dilakukan semasa bercinta ...
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 29-06-10 09:11
penting punyai ilmu agama sebelum berumahtangga.. dan penting nilai agama adalah kriteria yang diletakkan di priority pertama yang perlu ada pada diri pasangan sebelum kita membuat keputusan hidup bersamanya. ----------------- ~Cemerlang Dunia Akhirat~
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 29-06-10 09:40
Selalu diperkatakan anak derhaka kepada ibubapa,jarang diperkatakan ibubapa derhaka pada anak. Begitu juga selalu diperkatakan isteri derhaka pada suami jarang diperkatakan suami derhaka pada isteri. Isteri mahupun suami harus tahu meletakkan keutamaan pada tempatnya. Allah, Rasulullah seterusnya suami (untuk siisteri) atau Allah, Rasulullah seterusnya ibu (untuk sisuami)
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 29-06-10 11:45
hirarki.. 1. Taat pada Allah 2. Taat pada Rasul 3. Taat pada suami bagi wanita berkahwin. ibu bagi lelaki & wanita belum berkahwin.. Apa juga perintah dan suruhan dari suami yang bertentangan dengan perintah Allah dan risalah RasulNya, tak perlu ditaati sama sekali. suami kita pastilah tidak sejahat firaun. nasihat untuk saya... bersabarlah wahai isteri, sesungguhnya mentaati suami akan memudahkan jalan-jalan ke syurga. ketahuilah, bukan suami yang minta diangkat untuk memimpin, tetapi itulah tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul dan pasti disoal di akhirat kelak. sebagai isteri, sama-samalah kita berusaha untuk meringankan bebannya di dunia dan akhirat.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 29-06-10 12:23
Andai para isteri tahu hak suami ke atas mereka tentu mereka akan takut berkahwin.
|