Oleh |
RM17 Juta Dibelanja Sehari Hantar SMS |
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 11-01-10 05:43
Pengguna telefon bimbit di negara ini membelanjakan lebih RM17 juta sehari untuk menghantar sekurang-kurangnya empat khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang bagi pelbagai tujuan, termasuk melanggan dan memuat turun nada dering. Kajian yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 2002 hingga sekarang mendapati secara keseluruhan penggunaan SMS menunjukkan peningkatan jumlah SMS iaitu dua hingga tiga bilion setiap tahun. Angka perbelanjaan dan jumlah SMS itu diperoleh daripada anggaran 21.5 juta individu yang menggunakan telefon bimbit di negara ini. Secara purata seorang pengguna telefon bimbit akan menghantar lebih empat SMS sehari dan jika dihitung dengan jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit di negara ini, ia mencatatkan 86 juta SMS. Caj perkhidmatan yang dikenakan syarikat telekomunikasi tempatan lebih murah dan praktikal berbanding panggilan biasa, sekali gus menarik lebih ramai pengguna memilih menggunakan SMS. Pada masa sama, caj melanggan dan memuat turun nada dering serta �wallpaper� antara 50 sen hingga RM5 turut meningkatkan lagi kadar perbelanjaan pengguna telefon bimbit. SKMM mengingatkan pengguna agar perlu peka dalam penggunaan SMS, termasuk mengelak daripada pembaziran sehingga mendedahkan mereka kepada risiko ditipu. -----------------
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 11-01-10 09:59
Pada 11-01-10 05:43 , isa777_musa posting:!!! QUOTE !!! gus menarik lebih ramai pengguna memilih menggunakan SMS. Pada masa sama, caj melanggan dan memuat turun nada dering serta �wallpaper� antara 50 sen hingga RM5 turut meningkatkan lagi kadar perbelanjaan pengguna telefon bimbit. SKMM mengingatkan pengguna agar perlu peka dalam penggunaan SMS, termasuk mengelak daripada pembaziran sehingga mendedahkan mereka kepada risiko ditipu.
nada dering... yang untung syarikat tapi mawi dapat tiga ratus ringgit lebih saja untuk royalti tu baru mawi..cub tanya yuna berapa dia dapat untuk lagu dia yang diambil untuk nada dering ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|