Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 186
Ahli: 0
Jumlah: 186




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: solat itu DOA...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» solat itu DOA...

Please Mendaftar To Post


Oleh solat itu DOA...

pious_muslimah03
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2009
Ahli No: 36681
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 17:15


Assalamualaikum

Pagi tadi,saya terdengar di radio IKIM...
ustaz apa saya tak pasti...
beliau menceritakan:

ada seorang hamba Allah yang selepas solat dia tak berdoa dan terus bangun tanpa sebarang doa..

lalu ustaz ini pun bertanya..
'Kenapa kamu tak berdoa??tak rasa bersalah pada Allah ke??'

jawab hamba Allah tu..
'solatkan Doa..Kenapa perlu berdoa...ikut kesesuaian diri sendirilah sama ada nak berdoa atau tak!!doa iftitah kan banyak doa yang terkandung dalam tu....surah Al-Fatihah pun banyak jugak doa..kalau ada masa banyak,kita berdoalah,kalau tak ada masa..abaikan dulu...kan solat itu Doa...'


apa pendapat ahli ukhwah tentang solat itu Doa..??


:berfikir:


-----------------
Generated image&



    


  Member Information For pious_muslimah03Profil   Hantar PM kepada pious_muslimah03   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 21:16


Dalam solat = Mengingati Allah, mengagungkan Allah, bacaan al-Quran, zikir. perbaharui syahadah, berselawat dan doa. dan juga senaman hihi.

----------------------------
Nabi ada doa2 dalam solat seperti doa selepas tahiyat akhir

"Ya Allah. Aku berlindung daripada azab neraka jahannam dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan daripada keburukan fitnah al-Masih Dajjal" Riwayat Abu Daud.


Doa ketika sujud makbul.. "...........dan semasa sujud, berusahalah bersungguh2 dengan berdoa, kerana (doa ketika itu) sangat mudah untuk dimakbulkan Allah swt" Riwayat Muslim.

Doa yang terbaik ketika sujud ialah membaca doa2 secara berlafaz yang sabit daripada hadis nabi dengan memahami maknanya. Harus membaca doa dalam bahasa apapun tapi elok baca dalam hati untuk jauhi khilaf.

-formula solat sempurna- ustaz. zaharuddin.

------------------------------------
Apapun berdoalah bila-bila pun bukan hanya selepas solat kan.. kalau orang tidak doa selepas solat pun kita juga tidak mudah berasa pelik



p/s: kita orang Islam kena berusaha..setahu saya ramai yang tidak pernah tahu maksud bacaan2 dalam solat sehingga tidak tahu dalam solat pun sedang meminta doa yang sangat baik-baik yang semua orang pun pasti nak.


saja cuba berkongsi..salah silap harap betulkan..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 22:08


Pada 08-01-10 17:15 , pious_muslimah03 posting:

!!! QUOTE !!!



apa pendapat ahli ukhwah tentang solat itu Doa..??


:berfikir:

salam,
takrif al-solah (solat) dari segi bahasa: al-du`a' (doa)...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

pious_muslimah03
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2009
Ahli No: 36681
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 08:42


betul cakap kak sakinahazzahra tu...
orang Islam kena berusaha...
kalau tak...
nak harapkan berdoa dalam solat saja...
tak boleh jugak..
memohon kepada Allah kan harus..
sesiapa yang tak memohon kepada Allah tu umpama sombong kepada Allah..
boleh saja tak nak berdoa lepas solat..
tapi kebanyakan manusia mempunyai banyak kemahuan...
pasti mereka akan berdoa kepada Allah..


;-)

---------------------------------------------------------------------

konsep al-solah daripada bahasa itu dari buku pendidikan Islam tingkatan 2...
betullah apa yang dikatakan oleh ibnu_musa...


-----------------
Generated image&



    


  Member Information For pious_muslimah03Profil   Hantar PM kepada pious_muslimah03   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 20:06


Salam alaiykh...
izinkan anabertanya soalan.
bagaimana solat seseorang yang tidak kusyuk, adakah solatnya itu akan mendokan kelalaipada diriya sendiri?


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

avicenna2504
Warga Rasmi
Menyertai: 03.01.2010
Ahli No: 38918
Posting: 9
Dari: Timur Tengah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 20:13


hoho..
sememangnya solat itu doa.tapi solat fardhu itu wajib.cukupkah dengan melakukan perkara wajib saja selaku seorang muslim?mesti kita cantikkan yang wajib dengan amalan2 sunat kita.

sehari ada 24 jam.solat fardhu pun hanya 5 kali sehari.jika solat purata sekali dalam 6 minit,jadi hanya 30 minit saja sehari kita peruntukkan untuk berdoa?tak kira lagi solat itu khusyuk atau tidak.kalau rasa cukup untuk menampung baki 23 jam 30 minit yang penuh dengan kelalaian pada Allah tak apalah.tapi sebagai seorang muslim kena sematkan dalam diri tak cukup berdoa dalam sedikit masa tu saja.:)

so,apa salahnya kita ambil sedikit masa lagi untuk tadah tangan dengan penuh kerendahan hati pada Allah memohon diberi keampnan dan kebaikan dunia dan akhirat?

seposen dua pandangan peribadi yang tak seberapa.

Wallahu'alam.


-----------------
"Berimanlah kerana Iman itu penghapus duka, penyejuk mata ahli tawhid dan penghibur ahli 'abid."

Dr 'Aidh Abdullah alQarni,


Bookmark and Share

    


  Member Information For avicenna2504Profil   Hantar PM kepada avicenna2504   Pergi ke avicenna2504's Website   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 20:26


Assalamualaikum warahmatullah.....

emm dan pada pandangan hamba yang tak pandai dan xberilmu ini solat itu adalah sebenarnya untuk kebaikan diri sendiri juga dan awalnya dilafazkan oleh mulut dengan niat dan atas keranamu Allah Taala....

Mendirikan solat bkanlah sekadar membacakan ayat2 suci Al-Quran nurqarim tetapi solat itu adalah sebenar-benarnya berkata-katanya diri kita dengan Allah Taala iaitu pencipta kita...

So semasa solat kenalah bersungguh-sungguh dlmana diri berdepan dan berkata-kata dengan Allah dan janganlah buat tanggungjawab di dalam rukun islam tu dibuat secara saja-saja,sengaja2,sambil lewa,acuh xacuh,tergoyang sana,tergoyang sini,tergaru sana,tergaru sini dan jangan memain woo bilamana berdepan dengan Raja Manusia dan pencipta kita ni cause dalam masa yang sama kita juga mengharap-harapkan Allah menerima amal2 dan ibadah2 kita...Kalau Allah xterima solat,amal,ibadah kita macam mana dan bkankah kita akan tergolong ddlm golongan orang-orang yang rugi?

So bilamana sesudah bersolat berdoalah memohon,meminta,mengadu perkara yang baik-baik serta hajat2 pada Allah Taala dan bukan untuk diri kita sahaja,tetapi untuk ibu,ayah kita,pada suami,pada isteri,anak-anak,adik-beradik kita,umat muhammad,muslim dan muslimat,mukmin dan mukminat,pada moyang2 kita yang telah meninggal dunia kerna tanpa mereka maka tiadalah kita,pada golongan makhluk2 halus dan golongan jin ciptaan Allah yang seagama,nabi2 dan rasul2 kita....


-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 23:49


Pada 09-01-10 08:42 , pious_muslimah03 posting:

!!! QUOTE !!!

betul cakap kak sakinahazzahra tu...
orang Islam kena berusaha...
kalau tak...
nak harapkan berdoa dalam solat saja...
tak boleh jugak..
memohon kepada Allah kan harus..
sesiapa yang tak memohon kepada Allah tu umpama sombong kepada Allah..
boleh saja tak nak berdoa lepas solat..
tapi kebanyakan manusia mempunyai banyak kemahuan...
pasti mereka akan berdoa kepada Allah..


;-)

---------------------------------------------------------------------

konsep al-solah daripada bahasa itu dari buku pendidikan Islam tingkatan 2...
betullah apa yang dikatakan oleh ibnu_musa...


salam,
saya tak petik dari buku tu pun ... memang itu pengertian solat dari segi bahasa, buka lah kitab mana pun... kalau dari segi istilahnya panjang sikit... :-)

saya kurang faham, apa masalahnya di sini?

memang bacaan kita dalam solat itu banyak doa pun, dan yang penting doa selepas solat adalah sunat, bukan wajib. benda yang sunat ni buat dapat pahala, tak buat tak dapat dapat pahala sunat tu (makruh).

kalau kita berkesempatan memang sangat digalakkan buat... buatlah! kalau tak berkesempatan, emergency ke dan sebagainya... terpulang...

saya tak pasti org yang bersoal-jawab dengan ustaz tu berkelapangan atau tak, dalam emergency atau tak... jadi saya tak berani nak kata dia tu sombong atau seumpamanya...

cumanya kalau waktu yang singkat kita masih boleh baca doa yang ringkas2, kalau sempat. kalau tak nak baca pun terpulang...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 02:08


salam
tak ada satu sunnah pun yang menunjukkan adanya do'a berjama'ah setelah solat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-10 15:20


Pada 12-01-10 02:08 , ikhwan_islam posting:

!!! QUOTE !!!

salam
tak ada satu sunnah pun yang menunjukkan adanya do'a berjama'ah setelah solat.

salam,
apa kaitan doa secara berjemaah kat sini? :sopan:

formulanya mudah saja, kalau anda berpegang dengan pandangan begitu, tak perlulah doa secara berjemaah, baca saja doa seorang-seorang lepas solat... ok?

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-10 15:29


Pada 08-01-10 17:15 , pious_muslimah03 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Pagi tadi,saya terdengar di radio IKIM...
ustaz apa saya tak pasti...
beliau menceritakan:

ada seorang hamba Allah yang selepas solat dia tak berdoa dan terus bangun tanpa sebarang doa..

lalu ustaz ini pun bertanya..
'Kenapa kamu tak berdoa??tak rasa bersalah pada Allah ke??'

jawab hamba Allah tu..
'solatkan Doa..Kenapa perlu berdoa...ikut kesesuaian diri sendirilah sama ada nak berdoa atau tak!!doa iftitah kan banyak doa yang terkandung dalam tu....surah Al-Fatihah pun banyak jugak doa..kalau ada masa banyak,kita berdoalah,kalau tak ada masa..abaikan dulu...kan solat itu Doa...'


apa pendapat ahli ukhwah tentang solat itu Doa..??


:berfikir:



orang yang tak doa selepas solat tu orang yang sombong..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-10 15:33


Pada 08-01-10 17:15 , pious_muslimah03 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Pagi tadi,saya terdengar di radio IKIM...
ustaz apa saya tak pasti...
beliau menceritakan:

ada seorang hamba Allah yang selepas solat dia tak berdoa dan terus bangun tanpa sebarang doa..

lalu ustaz ini pun bertanya..
'Kenapa kamu tak berdoa??tak rasa bersalah pada Allah ke??'

jawab hamba Allah tu..
'solatkan Doa..Kenapa perlu berdoa...ikut kesesuaian diri sendirilah sama ada nak berdoa atau tak!!doa iftitah kan banyak doa yang terkandung dalam tu....surah Al-Fatihah pun banyak jugak doa..kalau ada masa banyak,kita berdoalah,kalau tak ada masa..abaikan dulu...kan solat itu Doa...'


apa pendapat ahli ukhwah tentang solat itu Doa..??


:berfikir:


pious_muslimah03 , saya nak tahu apa pandangan ustaz tu..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

pious_muslimah03
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2009
Ahli No: 36681
Posting: 18
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-10 09:40


waalaikumussalam....

maaf,memang saya tak tahu apa yang dikatakan oleh ustaz itu oleh kerana sambungan forum pagi itu akan dilanjutkan pada minggu hadapannya..
disebabkan saya sibuk dengan pembelajaran..(saya akan menghadapi PMR)..saya terlupakan sambungan forum itu...

maaf ya semua warga ukhwah yang dirahmati Allah...
kerana timbulkan persoalan ini...
saya hanya ingin meminta pendapat..
saya masih 'muda' dalam pengetahuan agama...

buat kak miftahul_jannah...
saya juga tidak tahu..
adakah solat seseorang yang tidak khusyuk, akan mendoakan kelalaian pada dirinya sendiri?

buat warga ukhwah...
saya minta pendapat kalian semua...


-----------------
Generated image&



    


  Member Information For pious_muslimah03Profil   Hantar PM kepada pious_muslimah03   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-01-10 10:33


Pernah rasa macam tu juga. ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI. Wawa kerap kali tak sempat do'a lepas solat sebab nak attend anak-anak..

Tapi pada Wawa, ALLAH SWT 2 pasti memahami, sebab ada ayat Qur'an menegaskan "ALLAH tidak membebankan hamba-NYA dengan sesuatu yang tidak sanggup ditanggung hamba-NYA" so tak salah jika ambil masa kan?
Lagipun, do'a ni nak kena penuh pengharapan,..

Honestly, lepas solat, Wawa malu nak berdo'a depan Abang2 dan adik Wawa. Mesti Wawa akan masuk bilik dan berdo'a sendiri. sebabnya bila memulakan do'a, pastinya Wawa akan dahulukan Ibubapa.. Mak Ayah Wawa yang dah tak ada ni.. so, pastinya akan menangis. Wawa jenis malu nak menangis depan org..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

nhuda
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.11.2009
Ahli No: 38441
Posting: 47

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-10 06:27


saya tak rasa orang yang tak berdoa lepas solat tu sombong.

ramai orang islam yang luar malaysia selepas solat nya mereka tidak berdoa.
contohnya masyarakat islam turki.

adakah mereka sombong?

kebiasaan kita berdoa lepas solat menyebabkan kita merasakan orang lain yang tak berdoa lepas solat itu sombong?

saya rasa pandangan tersebut tidak adil.


-----------------
-- koleksi nasyid


Bookmark and Share

    


  Member Information For nhudaProfil   Hantar PM kepada nhuda   Pergi ke nhuda's Website   Quote dan BalasQuote

nhuda
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.11.2009
Ahli No: 38441
Posting: 47

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-10 06:35


setiap ayat2 yang kita baca dalam solat adalah ayat2 memuji Allah dan meminta pertolongan Allah.

Allahuakbar : Allah maha besar (kita mulakan dengan memuji Allah)

kemudiannya kita baca surah Fatihah.

dalam surah tu kita juga memuji Allah (ayat 1 hingga 5),
dalam masa yang sama kita mohon pada Allah( berdoa) . (ayat 6&7):

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Itu baru Surah Fatihah.

cuba teliti maksud setiap bacaan hingga tahiyyah akhir.

semuanya adalah bacaan memuji Allah dan meminta pertolongan kepada Allah.

Sebab tulah, kita katakan solat adalah masa untuk kita bercakap dengan Allah.


-----------------
-- koleksi nasyid


Bookmark and Share

    


  Member Information For nhudaProfil   Hantar PM kepada nhuda   Pergi ke nhuda's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-02-10 08:58


Best kan solat? :-) ALLAH SWT MAHA PENYAYANG ...


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 15-02-10 21:30


Salam ...

Apa yang saya tahu solat itu ertinya :

Merendahkan diri kepada Allah, khusyuk (tetap ingatan nya kepada Allah), Menghina diri kepada Allah dengan meletakkan kepala sujud kepada Allah ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117013 saat. Lajunya....