Oleh |
hukum makan makanan yang tak berbayar |
shinobi
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...
|
Posting pada: 08-01-10 11:03
assalamualaikum semua saya ada satu kemusykilan di sini. tempoh hari saya pergi mydin putrajaya, beli barang2 keperluan dan makanan, termasuk 2 tin tuna. bila balik rumah, saya cek dalam resit, cashier tu tak bil kan sekali 2 tin tuna tu.. dia terlupa lah gamaknye.. jadi nak tanya, apa yang perlu saya buat dengan 2 tin tuna tu ek? nak buang memang rugi, nak pulangkan balik, memang bukan lah dalam masa terdekat ni..leceh juga nak pergi sana.. nak makan rasa serba salah pulak walaupun bukan salah saya... ada sesiapa yang pernah ada masalah yang lebih kurang same, dan apakah solusi terbaiknye? syukran ----------------- Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu? Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-01-10 11:17
saya pernah terlupa bayar seringgit untuk pasembur yang saya makan di padang kota.. dah sampai rumah (adik ipar) di xxx (saya lupa nama tempat tu apa tapi memang agak jauh lah, dalam setengah jam perjalanan naik kereta) baru ingat.. esok pula plan nak ke tempat lain (masa tu time bercuti-cuti malaysia).. tapi akhirnya, saya ke padang kota semula, walaupun sebenarnya tiada perancangan untuk ke sana kembali, sebab isteri nak makan pasembur juga.. jadi, saya pun bayar lah seringgit tu.. memang ALLAH nak tolong saya agaknya.. sebab dok mikir saja bagaimana lah nak bayar.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|
shinobi
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...
|
Posting pada: 12-01-10 10:55
tu hafiz yang terlupe bayar.. ni saya nak bayar tapi cashier pula tak bil kan... hohoho ----------------- Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu? Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 12-01-10 13:06
kalau pergi mydin bila-bila masa lagi, bayar sajalah.. bagi extra duit kat cashier.. bagitahu kat dia, "dulu awak tak masukkan tuna dalam bil saya".. "ni saya bayar balik"..
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 13-01-10 13:56
Pada 12-01-10 13:06 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! kalau pergi mydin bila-bila masa lagi, bayar sajalah.. bagi extra duit kat cashier.. bagitahu kat dia, "dulu awak tak masukkan tuna dalam bil saya".. "ni saya bayar balik"..
saya sokong jawapan halesorurun.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 14-01-10 10:46
Pada 12-01-10 13:06 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! kalau pergi mydin bila-bila masa lagi, bayar sajalah.. bagi extra duit kat cashier.. bagitahu kat dia, "dulu awak tak masukkan tuna dalam bil saya".. "ni saya bayar balik"..
Sebaiknya ambil tin yang sama dan bayar macam biasa, lepas bayar letak tin tu semula. Kalau bagi pada cashier tu takut masuk poket sendiri pula sebab tak ada hitam putih. -----------------
Hargai semasa ada....
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 14-01-10 15:25
kalau rasa macam jauh saja nak pergi bayar, cuba cari web mydin dan contact customer service dia.. bagi tau cerita sebenar dan minta nak bayar secara online. rasanya itu lagi mudah
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 14-01-10 22:10
pada saya... makan, bila-bila masa p mydin tu balik ambil benda sama p scan then letak balik...macam kak hanan beritahu tu.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 17-01-10 18:46
kalau bahan ilmiah, kita potostat macam mana pulak ek? masa zaman muda-muda, selalu potostat buku-buku, macam mana pulak ye?
|
shah_hidayah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.03.2008 Ahli No: 32774
Posting: 84
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 18-01-10 08:54
Salam... Kalau saya dalam situasi anda, saya niatkan nak bayar sardin tu dengan sedekah kan pada masjid atau surau berhampiran..
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 15-02-10 21:17
Pada 14-01-10 15:25 , izdham posting:!!! QUOTE !!! kalau rasa macam jauh saja nak pergi bayar, cuba cari web mydin dan contact customer service dia.. bagi tau cerita sebenar dan minta nak bayar secara online. rasanya itu lagi mudah Saya setuju dengan pandangan saudara kita ni ... kalau tak dapat bayar secara online, cuba hantar email ... beritahu mereka pekara yang berlaku ...
|