Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 17 jam, 51 minit yang lalu
isa777_musa: 22 jam, 33 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 27 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Burj Dubai Dibuka


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Burj Dubai Dibuka

Please Mendaftar To Post


Oleh Burj Dubai Dibuka

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-01-10 23:55


Assalamualaikum

Burj Dubai dibuka


/
Burj Dubai mercu tanda Emiriah Arab Bersatu.

Menara catat rekod dilengkapi masjid tertinggi

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu: Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai secara rasminya dibuka hari ini oleh Sheikh Mohammed bin Rashid al- Maktoum, emir Dubai dengan kawalan ketat.

Secara rasminya hampir 6,000 orang dijemput menyaksikan majlis berkenaan, tetapi pihak berkuasa menjangka beberapa ribu lagi akan turut menyaksikan upacara penuh glamor itu dari luar kawasan menara itu.

Kawasan di keliling Burj Dubai, bertentangan dengan Dubai Mall akan ditutup kepada lalu lintas dan dikawal 1,000 anggota polis, termasuk dari unit pemusnah bom dan komando.

Semua kerja pembinaan berhampiran kawasan menara akan dihentikan sementara waktu untuk mengurangkan sebarang ancaman keselamatan, kata polis Dubai.

Pengarah perkhidmatan perlindungan dan kecemasan polis Dubai, Mohammad Eid al-Mansouri berkata kebanyakan polis yang bertugas akan memakai baju orang awam agar jemputan “tidak akan merasa berada di kem tentera.”

Beliau tidak menjangka sebarang masalah keselamatan akan berlaku pada majlis itu.

Burj atau menara Dubai yang dibina dengan kos RM2.7 bilion secara rasmi masih merahsiakan ketinggiannya sebenar sehingga pembukaannya hari ini.

Bagaimanapun arkitek yang terbabit dalam pembinaan menara itu berkata ia akan mencapai lebih 2,700 kaki (824 meter) atau setengah batu.

Menara itu adalah 1,000 kaki atau 304 meter lebih tinggi dari saingannya iaitu Taipei 101 (1,671 kaki atau 509 meter) dan hampir dua kali ganda ketinggian menara kembar Petronas.

Ia adalah struktur buatan manusia tertinggi dunia mengatasi menara telekomunikasi KVLY-TV di Dakota Utara, Amerika Syarikat yang mempunyai ketinggian 628 meter.

Burj Dubai mempunyai 169 tingkat yang melalui beberapa zon iklim dengan suhu di tingkat paling atas adalah sehingga 10 celsius lebih rendah daripada tingkat bawah.

Ia mempunyai kolam renang tertinggi di dunia di tingkat 76 dan masjid di tingkat 158.

Penyempurnaan pembinaan Burj Dubai juga bermakna ia adalah kali pertama dunia Arab dapat mengembalikan status struktur tertinggi dunia ke rantau itu selepas Piramid Giza di Mesir diatasi oleh Lincoln Cathedral pada 1311


-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 20:54


mak oiiiiiii tingginya kolam renag menara ni???tak gayat ke????jauh betul imagination pak syeikh ni kan


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 22:22


ALLAHUAKBAR..!! Maha Besar Allah yang mengurniakan ilham buat hambaNya mencipta sesuatu kehebatan.

terasa sedikit bangga apabila orang Islam menguasai kemajuan..semoga pembangunan ini menjadi penyuntik semangat untuk Islam terus bangkit dan mematahkan jangkaan org kafir yang orang Islam mundur dari segala segi...


-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 22:54


subhanallah... rasa nak p saja sana rasa sendiri renang kat kolam dia..huhuhu.. dan tentu saja nak solat kat tingkat 156 dia tu..huhu... tapi apakandaya...angan2 sajalah..

cuma risau lah Kalau ada yang sabotaj sebab dengki...takut juga.. :D


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 06:40


Akibat dari krisis ekonomi yang melanda Dubai, ia terpaksa meminta bantuan dari Abu Dhabi. Sehingga terpaksa menukar nama Burj Dubai ini kepada BURJ KHALIFA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 08:01


untuk maklumat lanjut mengenai burj ni sila rujuk di sini-burj khalifa-


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 09:57


Pada 05-01-10 22:22 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

ALLAHUAKBAR..!! Maha Besar Allah yang mengurniakan ilham buat hambaNya mencipta sesuatu kehebatan.

terasa sedikit bangga apabila orang Islam menguasai kemajuan..semoga pembangunan ini menjadi penyuntik semangat untuk Islam terus bangkit dan mematahkan jangkaan org kafir yang orang Islam mundur dari segala segi...



pasti ke yang arkitek dan engineer terdiri dari orang islam ?
hotel yang terkenal kat dubai tu pun hampir keseluruhan pembinaan bukan dari idea orang islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 10:21


..sekadar kehebatan manusia hasil meminjam setitis ilmu Allah yang umpama lautan tidak berdasar dan tidak mempunyai pantai...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 10:28


Pada 06-01-10 09:57 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-01-10 22:22 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

ALLAHUAKBAR..!! Maha Besar Allah yang mengurniakan ilham buat hambaNya mencipta sesuatu kehebatan.

terasa sedikit bangga apabila orang Islam menguasai kemajuan..semoga pembangunan ini menjadi penyuntik semangat untuk Islam terus bangkit dan mematahkan jangkaan org kafir yang orang Islam mundur dari segala segi...



pasti ke yang arkitek dan engineer terdiri dari orang islam ?
hotel yang terkenal kat dubai tu pun hampir keseluruhan pembinaan bukan dari idea orang islam..


Samalah seperti Twin Tower Petronas...hehehe.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 10:33


harta lebih banyak lebih susah nak jaga..

nak tahu..betul ke banyak bangunan tinggi-tinggi antara tanda nak dekat kiamat?

thank you


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-01-10 10:41


HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT

Ertinya:
Daripada Umar bin al-Khattab .a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
H.. Muslim

Keterangan
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 13:18


INDIA... jaga-jaga... sebab LEPAS NI ada SPIDERMAN DATANG SOROK-SOROK PANJAT MENARANG HANG.... HEHEEHE... COMING SOON....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 13:20


Pada 06-01-10 13:18 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

INDIA... jaga-jaga... sebab LEPAS NI ada SPIDERMAN DATANG SOROK-SOROK PANJAT MENARANG HANG.... HEHEEHE... COMING SOON....



PEMBETULAN... DUBAI.... SALAH TAIP...


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 06-01-10 22:23


bestnya kalau boleh terlibt sama dalam projek tu.... agak-agak kalau naik lif dari ground floor ke tingkt169 berapa lama tu. hampir 1 km juga tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-01-10 22:49


Pada 06-01-10 22:46 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Burj Dubai itu hanya sedikit saja pak arab nak buat. tengok ini plan projek mereka maksimum 1.6km iaitu Jeddah-Saudi Arabia.





/


p/s: ini sajalah kerja mereka.duit banyak tolong muslim2 kat palestine pun bagus jugak agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 23:03


dubai oh dubai....bangunannya hebat..hutangnya pun hebat..

http://www.edibek.com/wp-content/uploads/dubai/Dubai_oriantal_sim_city.jpg

Dubai can and will meet all its debt obligations, which currently stand at $80 billion, the chairman of Emaar Properties said on Monday.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 12:24


betul itu,hutang pun banyak..bagaimana lah mereka ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 12:37


Pada 05-01-10 22:54 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

subhanallah... rasa nak p saja sana rasa sendiri renang kat kolam dia..huhuhu.. dan tentu saja nak solat kat tingkat 156 dia tu..huhu... tapi apakandaya...angan2 sajalah..

cuma risau lah Kalau ada yang sabotaj sebab dengki...takut juga.. :D




seronok tau berenang kat tingkat tinggi tu.......sewa apartment best juga


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118586 saat. Lajunya....